Thursday, November 03, 2011
Biar Tuhan buat kerja Tuhan
Jika difahami kejadian hidup yang setiap manusia tercipta dengan akaun rokid atid dan kubur yang berseorangan, negara kecil dunia ketiga akan mudah dan cepat maju umpama negara negara barat.
Rata rata mereka mengambil tahu hal mereka sendiri tanpa mengabaikan sikap dan sayang sesama insan.
Mengadili sesama sendiri, menghukumi sesama sendiri dan menzalimi sesama sendiri berpunca daripada kekeliruan asas dengan dalil prihatin dan konon kisah.
Kalau tahu tahap dan adab, tiada manusia akan berbuat demikian kerana manusia hanya harus menjadi sekadar manusia iaitu menyembah tuhan, amal makruf serta nahi mungkar.
Senang cakap, biarlah Tuhan buat kerja Tuhan.
Wallahua'alam
Wednesday, November 02, 2011
"Entah," Pegawai Itu Menjawab
"Entah," Pegawai itu menjawab sambil berlalu pergi mungkin mendapatkan goreng pisang di kala time break organisasi mereka.
Semudah Air Batu Campur kerjasama dan komitmen yang diberikan buta-buta di depan pelanggan mereka. Itulah attitude yang masih berleluasa walau sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Mungkin remeh bagi sesetengah manusia cetek tapi kerana itu kerajaan, negara dan masyarakat kita akan terus dikritik oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dek disebabkan keremehan-keremehan bangang ini.
Tiada penyelasaian dan tiada siapa peduli.
Malaysia terus maju menuju 2020.
Tuesday, November 01, 2011
Masa Itu Emas
Lantas memberanikan diri ke butik mahalnakmamp dan tekad untuk bertanya soalan bagaikan wartawan yang tidak bertauliah tapi berhemah tentang perkakas cantik, koleksi, rare dan mahal berjudul sang jam tangan.
Bagai cinta pandang pertama, bagai berdebar melafaz akad. Kaget dan kaku dalam butik jam tangan rare dari serata dunia kepala berpusing pusing. Harap suatu hari nanti bertemu jodoh dengan calon yang paling menghampiri sunnah. Insyaallah.
Betullah, demi masa dan masa itu emas. Harap sampai hajat.
P/s: gua cerewet tahap dewa19
Monday, October 31, 2011
Kafir, Terkenal, Kaya tetapi tidak sombong.
Itu yang membuatkan gua konpius untuk dibandingkan dengan persekitaran gua yang berjudul Malaysia. Kat sini pun banyak band, tapi yang menjadi persoalannya band di Malaysia tidak terkenal mana, tidak kaya mana, tetapi poyo tahap gaban.
Sama sama jerit, sama sama rocknroll tapi professionalisme tak sama langsung. Kenapakah? Apa yang tak cukupkah? Atau Malaysia ini lebih 1st world dari negara 1st world.
P/s: Kesian P.Ramlee.
Sunday, October 30, 2011
Namanya sangat Unik
Aku yang merupakan encik kelantan ni konfius nak sebut nama dia. Nak tergelak pun ada, nak kutuk pun ada. Nasib baik sedang dalam situasi menunjukkan tauladan yang baik pada dan anak-anak. Kalau member-member ada time ni memang barailah beliau kena sound direct tepet dan senget.
Namanya "SETE". Panggilan SETAN untuk orang Kelantan. Memang kena sangatlah badge yang beliau pakai berjudul "At your service, my name is SETE."
*na'uzubillah* (gelak kuat sangat)
Whitesnake World Tour 2011
So demi tidak nampak macam outdated esok malam gua akan turun padang ushar apa kobondonyo Whitesnake nih. Hehehe walhal kat youtube pun dah ado. Tapi gua terpaksa pergi jugak sebab untuk this week gua belum ada lagi profil picture menarik untuk Facebook gua.
Therefore, gua janji untuk tetapkan iman gua yang ala ala imammudadottwitterdotnet nih dan akan mengulas dan mengupas secara live tentang kehebat band penjajah dari Zimbabwe yang bergelar Ulau Melingkau Atas Pagau ni besok.
Ok bro, cekkidaut amekkau boboiboy!
Tiket Bola Mahal Tiba-tiba
Tak kisahlah pasukan mana yang layak ke peringkat akhir. Seladang ke, Kenari ke, Kijang ke, Beghuk ke. Yang penting dan main peranan di sini ialah pengisi tempat duduk stadium itu sahaja. Ia umpama kayu ukur box office industri sukan pulak. Sekali lagi ingin ditegaskan, mereka juga ada KPI masing masing. Bisnes apa apa pun, sejak Malaysia tertubuh dan sejak bergelar Tanah Melayu pun, mana ada yang pernah balik modal pun. (modal sembang diorang)
Oleh itu, tiket bola mahal tiba-tiba ini juga bermusim. Ketika ia sedang ranum dan masak, maka dituai oleh petani petani. Rakyat sekarang hanya boleh komplen dan membebel saja di atas platform yang ada sahaja. Setakat komplen melepaskan gian sahaja. Sebab Tun sentiasa mengingatkan kita 'melayu mudah lupa.'
Jumpa pada final game lain pulak, dengan harga tiket yang berbeza. Bye.
Content Rempit untuk Rempit.
Walau stok berangan spoof David Letterman, yang penting mesej yang disampaikan berjaya sampai kepada aku yang banyak songeh dan boleh dikategorikan sebagai "most difficult audience". Apa yang dipersembahkan mereka sebenarnya untuk menarik seramai mana pelabur a.k.a advertiser melabur dan membeli airtime mereka. Bagi aku kalau aku kaya, aku tak risau dan puas hati untuk berbelanja di situ. Hanya dengan terpengaruh pada presentation mereka yang lawak, pedih dan berisi itu.
Good job untuk korang yang sangat tahu apa yang korang buat. Aku tak hairan kalau ratings dia takde orang boleh beat sebab memang diorang bagi content yang tepat pada penonton yang tepat. Sepatah kata Ahmad Izham Omar CEO media prima "Setiap orang Malaysia ada rempit dalam hati masing masing der."
Bananana!!!
Friday, October 14, 2011
Islam agama yang sukar?
Masya allah. Situasi pakaian ketika solat ditegur dan jemaah merebut saf depan hingga terlanggar jemaah lain. Apakah itu isu yang besar berbanding jumlah jemaah di kalangan orang 'yuppy' yang kurang rancak melangkah ke masjid.
Namun yang gemar dibicarakan ialah keegoan diri dan mata yang terlalu sombong untuk tidak mahu melihat situasi situasi tadi. Lantas disampaikan dalam nada komplen yang menggambarkan ada golongan jemaah yang mampu berpakaian bersih dan bergaya dan ada jemaah yang selekeh. Ada jemaah yang 'cool' dan 'chill' dan ada jemaah yang gelojoh merebut pahala saf pertama.
'What Will Jesus Do' itu ngeri didengari tapi ada benarnya jika diganti dengan 'What Will Muhammad Do' jika baginda masih ada dan berdepan dengan situasi situasi itu tadi. Adakah Muhammad sebongkak kamu membezakan jemaah berpakai baju melayu putih wangi berpelikat dengan jemaah yang miskin harus bekerja mencari rezeki dan berpakaian seadanya pakaian kerja mereka.
Kerana kasta itu masjid masjid di negara melayu masih kosong dan ajk ajk bongkak pura pura bertanya dan mempersoal kenapa golongan muda tidak mahu tampil ke masjid.
Harus diingat dan pahat di dalam jiwa, menjadi AJK masjid tidak menjanjikan menjadi AJK syurga. Kalau boleh google kisah ulama yang matinya ke neraka dan perempuan pelacur pula matinya ke syurga dek kemuliaan setiap detik dan ketika.
Melayu muslim harus membuka mata dan minda kerana bangsa ini tidak pula dipetik dalam rujukan Muhammad berbunyi "carilah ilmu walau ke China."
Kalau berbaju melayu berkain pelikat itu melambangkan kebenaran berpakaian dalam solat, mungkin Muhammad juga memakainya.
Jangan terlalu berkasta dan membazir masa menghakimi sesama manusia sesama hamba. Hakim yang maha benar hanya Tuhan yang maha esa. Markah yang sebenar hanya datang dariNYA dan bukannya AJK masjid yang berangan 'fashion designer' dari syurga.
Sebelum bersuara mencermin kelemahan ilmu pada jelata, renungkan situasi umat manusia bertumbuk tolak untuk mencium Hajarul Aswad kalau melangkah terlanggar jemaah lain di masjid Malaysia itu berdosa.
Dan jangan pula lupa Masjidil Haram juga tiada 'fashion police' di muka pintu untuk menge'check' manusia serata dunia hanya telekong Gucci dibenar mampir menyentuh kaabah yang mulia.
Islam agama yang sukar? Tidak sama sekali.
Tepuk dada di setiap situasi. 'What Will Muhammad Do?'
Sunday, October 09, 2011
Bajet 2012 yang hensem
Objektifnya simple, mahukan yang terbaik untuk semua di bumi yang fake lagi sementara ini. Nak hadap sangat pun takut mati cepat, tak hadap pula nanti kang panjang pulak umurnya.
Bajet a.k.a belanjawan yang dibentangkan baru baru ini katanya memang hensem. Untuk majoriti golongan. Tak kisah orang nak kata fake atau ori tapi sapa sapa yang berada di tempat menjatuhi dasar itu harus dan confirm bagi benda yang boleh 'carma' (cari makan).
That's why gua cakap gua pun dah goyang ke kiri kanan dan macam lalang. Sebab member yang cuba bangkang pun memang takde benda yang mampu ditawarkan. Setakat bercakap kaum pencadang pun bisa bercakap. Sehinggakan ada petikan bahasa berkata "talk is cheap."
Apa apa pun hakikat jaga bontot sendiri adalah hakikat kehidupan sebenar. Menjaga bontot gua bermaksud lu orang pun kena jaga bontot lu orang sendiri. Sebab pabila bontot masing masing pedih bak dicucuk jarum, kala itu lu orang akan menerima nasib lu orang semakin tidak penting.
Walau Bajet lu Bajet Hensem, kuasa pilihan tetap di tangan semua makhluk yang hidupnya dikurniakan Tuhan Allah yang benar benar SATU.
Wednesday, October 05, 2011
Kontraktor Bangang
Mungkin kerana trend dan kurangnya ilmu. Ramai pakat dok nak ikut jadi pembina pembina. Yang dinampak adalah benda benda best saja. Untuk cepat, sedap dan margin penipuan yang tak kurang hebatnya.
Namun kisah mereka semakin bangang bila bangunan yang dipilih ialah sebuah masjid yang mulia. Sepasang mempelai bersatu atas dasar kasih dan niat kerana Dia yang satu umpama masjid cantik yang lebih perlu diperhatikan keperluan kekal mulianya.
Salah faham, salah niat dan salah nafsu, jadilah masjid masjid yang roboh dan hodoh pandangannya. Budaya budaya ini semakin popular atas dasar pendek akal dan pendek kesabaran mengekalkan keutuhannya. Maka terlahir mereka mereka yang sengal bergelar Kontraktor Bangang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
korupsi desperado
Tuesday, October 04, 2011
Miki: Sesah Tok Guru apatah marhaein
Kartunis bergelar Miki tampil menggegarkan akhbar utama negara sekali lagi dengan lukisan mencabar minda beliau.
Apalah sangat karakter karikatur terbaru ini setelah kayu ukur keberanian dibuktikan melalui kartunnya sebelum ini yang cukup berani mempersendakan tokoh yang terkenal dengan kewarakannya.
Apa mesej yang cuba diketengahkan atau apa penjenamaan sahsiah diri yang sedang dibina kartunis ini.
Well, anyway, it is something.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 02, 2011
Gomeng dan Gowasta
54 tahun sudah berlalu, umpama umur seorang tua yang menunggu hujung. Apa yang dicapai si tua itu. Harta, nama mahupun kuasa. Begitu juga budaya kerja. Tertubuh pentadbiran mengatur rakyat. Rakyat bersatu bumi terangkat.
Namun dalam jalan untuk bersatu dua budaya bertembung hebat. Satu, sepekat kelat kaki berkarat. Lagi satu, ringgit dikejar sepantas kilat. Hidup jelas ada datelinenya. Umpama susu pekat dalam tin yang masam busuk jika ternyanyuk.
Terlalu santai mengheret tubuh bumi merdeka dijajah utuh. Harus seimbang tugas dijawat agar kejayaan dicapai sempat. Dua budaya bertembung silang. Menyalah pandang menyalah wayang. Matlamat dikejar bermaksud tekad. Ingin terbang walau terlipat.
Selagi budaya budaya belum bersatu kaulah Gomeng dan kaulah Gowasta.
Realiti Sejuta Impian
Apa yang penting, wang yang diperolehi oleh peserta adalah berdasar proposal yang agak relevan dan mantap mengikut keadaan semasa. Juri harus 99.9% memahami situasi dunia. Apa yang dipinta peserta itu benar atau sekadar mengada-adakan cerita.
Sukar juga tugasnya, tapi paparan yang dilihat umpama membuka pekung di dada penggubal dasar negara. Rancangan ini dilihat nilai bolos pentadbiran kerajaan bisa dibongkar rakyat bergelar peserta ialah RM1juta untuk satu musim penerbitan.
Apa tidaknya setiap kertas kerja yang dipersembah bagaikan tiada wakil wakil rakyat melakukan tugas mereka. Seciput RM10,000 diperlu dalam projek pemohon dengan impian membasmi kemiskinan sekelumit penduduk di seperosok kawasan dalam negara.
Di atas kertas Sejuta Impian umpama rancangan mulia pemurah luah mengagih RM1juta teratur celik. Siratan ditafsir banyak lagi lubuk lubuk buaya yang belum tertimbus membongkar Realiti Sejuta Impian.
Sunday, September 25, 2011
Tandus Hero
Sejarah negara janganlah diubah, janganlah sekongkol merubah sejarah negara. Video klip dan filem wadah baru pemujuk ideologi. Desperado tandus kesuntukan masa. Langkah angkuh dan gopoh merebut peluang yang ada. Apa cerita pemantau kita, apa cerita penaung bangsa.
Jangan kasar dalam berpropaganda. Kalau dah kemaruk nak tunjuk lagak, masakan musuh diangkat bongkak. Menjadi lambang penyatu rakyat, yang konon mengharap rahmat penjahat.
Bertabur-tabur kempen dianjur. Ke sana ke mari bersohor sohor. Dah macam tak ada hero yang wajar. Petualang negara juga yang kau kejar.
Tandus hero itu umpama negara yang hanya dihuni mereka yang sia sia. Simpati membawa mati.
Hari Tanpa Plastik 20 sen
Apa punca masyarakat yang seolah-olah menafikan hari yang begitu penting sebegini. Mungkin kerana harganya terlalu murah yang tiada jauh bezanya dengan harga sebelum ini iaitu percuma.
Dicas 20 sen ke atas satu beg plastik tidaklah dirasakan begitu berat jika dibandingkan kecelaruan polisi dan imej penggubal dasar yang harus diratap setiap saat. Kepimpinan melalui tauladan terlampau dipasak dan terpasak di kepala semua lapisan insan. Sedikit silap walau sehalus zarah tetap dibilang tidak sempurna dan sudah diangkat sembah menjadi kayu ukur amalan kehidupan.
Lantas walau kempen yang amat memberi makna untuk bumi yang semakin usang ini akan sentiasa dipandang remeh kerana minda minda remeh ini juga masih belum bersedia untuk melihat kebaikan laksana kuda kuda lumba yang fokus berlumba di gelanggang lumba.
Loophole yang harus dikambus, penggubal dasar harus dinobat sebagai tauladan dan marhaein harus aktif berpositif demi kepentingan diri dan masa hadapan. Kunci utama yang harus dileburkan ialah kepentingan diri dan PHD (perasaan hasad dengki) yang menular tinggi.
Selagi tidak dilaku, mungkin semakin hari semakin kelakar dasar yang harus digubal. Hari Tanpa Plastik 20 sen mungkin akan menjadi Hari Tanpa Plastik RM2k. Macam-macam boleh jadi kalau dah tak sedar diri.
Sunday, September 19, 2010
Juara
Namun dalam menyampaikan khabar berita, kenapa harus ada unsur kemenangan tanpa disogok kebenaran dan ketepatan. Hanya untu dilihat sebagai pendahulu penyampai?
Lantas? Apa yang dicapai?
Ini contoh pesanan ringkas atau sms tersebar tentang kisah pemergian artis terkenal M.Rajoli. Kenapa harus tampil keralatan dalam berkongsi kisah kecil penyampai teladan?
Messages:
---------
Info mengelirukan, semoga panjang umur: AL-Fatihah M rajoli menghembuskn nfs terakhir lewat ptg td..Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
Info mengelirukan, semoga panjang umur: Maaf,maklumat mengelirukan ttg M.Rajoli,dari buat masa skrg sy menarik blk kenyataan I sy perolehi & fowardkan daripada azuan melodi yg diperolehi dari Huda News TV3.Belum pasti status M.Rajoli.Harap Maaf.
Sent via BlackBerry from Maxis
Monday, September 06, 2010
Dakwah mereka
Termasuk oleh umat islam sendiri yang semakin moden hanya menjadi sebagai pengguna sahaja. Sukar dan kurang arif apatah lagi untuk mencetuskan aplikasi atau medium baru untuk diikuti puak lain.
Sedar atau tidak, mereka kini halus dan cekap berdakwah supaya memesong ummati yang sedia peluk agama keturunan agar menuruti mereka. Sehalus penceritaan, seindah gambaran dan semerdu bunyian untuk ummati jadikan ikutan.
Dakwah mereka lebih teratur dalam masa kita terhegeh-hegeh mengatur dakwah dalam mencatur.
Wallahu'alam
Sent via BlackBerry from Maxis
Saturday, September 04, 2010
Maaf Zahir Batin
Dengan rendah diri ingin mengucap salam lebaran penuh kemaafan sempena hari mulia kurniaan Yang Esa.
Selamat Hari Raya Aidifitri 2010
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, September 01, 2010
Aidilfitri 2010
Syawal menjelang merai kemenangan. Menang berjuang berlapar dahaga. Menunai korban tuntutan Yang Esa.
Sekali lagi aidilfitri tanpa ayahanda. Sedih berpisah ramadhan. Sedih juga merindui dia. Moga aidilfitri ini tetap gembira walau secebis merai juang ramadhan.
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, August 25, 2010
Kematian
Syukur buat mereka yang pergi terdahulu di masa yang lain menanti giliran. Giliran yang dinanti dihadiri ujian dan godaan supaya leka dan terbabas untuk kita kekal bebas dosa hidup di dunia.
Umpama lirik lagu 'pergi tak kembali' ... "Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terakhir..." Hari ini juga baru saja seorang teman bergelar balu di usia yang cukup muda. Suami kembali kerana penyakit kanser.
Apa kisah yang tuhan tentukan untuk mereka dan kita pelajari. Hanya Dia yang mengetahui. Sedih itu perasaan, gembira itu perasaan. Sayang itu hanya pada tuhan. Insyaalllah hadapilah dengan senyuman.
Sent via BlackBerry from Maxis
Tuesday, August 24, 2010
Tarawikh: Tidak Sukar
Rupa rupanya ianya mudah sahaja. Bila berfikir dan bertenang yang segalanya adalah dari hati. Hati yang suci ikhlas mengadap Dia.
Tarawikh itu tidak sukar. Ianya umpama isyak dilaksana 3 kali dan ditambah witir 2+1. Tiada yang sukarnya insyaallah. Mungkin jika minda ini sudah dipasak dengan pelbagai adat bangsa yang tiada kena mengena agama.
Tarawikh itu tidak sukar.
Sent via BlackBerry from Maxis
Ramadhan 2010
Lapar dan dahaga bukan lagi menjadi isu. Bazar juadah bukan lagi matlamat utama. Tiada masalah untuk terasa letih. Kerana ini adalah untuk Nya yang esa. Jiwa semakin mudah untuk menyujud dan patuh pada yang Satu saja.
Alhamdulillah, alam dan manusia juga semakin tenang. Tenang dan hormat pada bulan yang sangat unggul. Penghulu segala bulan. Syukur alhamdulillah, alam dan manusia juga semakin sedar bumi ini bukan milik mereka.
Ramadhan semakin indah, bila anak yatim kekal disanjung. Yang fakir kekal dirai. Alhamdulillah yang susah kekal dibantu.
Ramadhan 2010 kekal ramadhan yang indah.
Sent via BlackBerry from Maxis
Sentap!
Lemahnya insan bila sentap kemarahan itu menguasai kesabaran dan ketenangan yang berkuasa pada asalnya.
Oleh itu ruangan cetusan harus disediakan supaya hembusan api kemarahan itu semakin kurang dan mengalir keluar menyejuk jiwa tinggal.
Sentap pada tempat yang berhak dan tetap. Supaya ia sama berentap!
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, July 21, 2010
Pincang
Pincangnya berparti parti sampai bertanding tanding sesama sendiri membukti siapa hebat. Sedang bangsa lain menelan bumi kita juga menjadi barua mengiakan karutan mereka. Sedih tetapi tiada daya untuk berbuat apa kerana kuasa terletak pada mereka yang berjaya di atas.
Ekonomi
Pincangnya bila ilmu berniaga tidak diterap sesungguh sungguh. Gerai kecil bangsa dirobek robek beria ria. Paling sedih oleh bangsa sendiri. Sedang pada masa yang sama kita dituntut untuk terus gemilang sambil hak dirampas halus.
Agama
Usah buat terkejut kerana sejak azali kita dipincangkan oleh musuh sejati Adam. Pincang itu pasti cuma akal dikurnia untuk mengurangkan dan mententeramkannya.
Sukan
Sudah tentu pincang itu kerana ianya lumrah pertandingan. 'Best Man Win' tanpa perlu pertimbang pasukan kita atau lawan. Matlamat bakal menghalalkan cara, kerana itu adalah budaya.
Hiburan
Ia sebenarnya sampingan hidup bagi mententeram tekanan yang direka. Namun ianya juga menjadi medan pertempuran perebutan harta yang seco'et.
Pincang semakin pincang di bumi yang kian gersang.
Idea Kontang
Lantas tiada luahan bulat yang dibentung dalam menjelaskan sebuah pandangan dan pendapat tentang apa yang berlaku.
Ada baik dan ada buruknya. Namun ingin saja diri ini terus mencuba untuk bercerita walau setitik kata.
Saturday, June 12, 2010
Sekadar renungan bersama
Syukur pada tuhan kerana dengan restunya dapat juga filem pendek ini menemui masyarakat. Pelbagai cabaran dan sokongan yang dilalui. Seruan (The Calling) akhirnya siap sepenuhnya.
Semoga ianya mampu menjadi bekalan sedikit sebanyak kepada penonton jika ianya mengandungi mesej yang bersesuaian dan berfaedah.
Terima kasih Finas, Keluarga, Tenaga Produksi dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Doakan Seruan The Calling untuk mendapat tempat di hati dunia.
Thursday, June 10, 2010
SERUAN is coming
semoga apa yang dipaparkan mampu memberi kesan...
terima kasih kepada semua yang menyokong... dan terima kasih juga kepada semua yang menghalang...
kerana diri ini belajar tentang kehidupan melalui kedua duanya...
Thursday, June 03, 2010
palestin dan israel
pernah berbual dengan seorang pemandu vip di Dubai tentang kenapa Pak Arab yang kaya raya tidak langsung membantu malah umpama buta tentang nasib Palestin. katanya itu kisah lama turun temurun dari zaman nabi atau sahabat mungkin. kurang jelas juga. katanya ringkas umpama bencinya ahli sunnah wal jamaah pada si syiah walau solat sebumbung menyembah Allah yang sama.
sejarah atau dendam bangsa harus diteliti sedalam dalamnya. lafaz asean atau islam liberal pada situasi konflik rumah tangga mereka harus seutuh utuh dalam taat pada yang Esa atau ia akan sia sia sahaja. kerana matlamat yang jelas membawa kepada sasaran yang tepat. dan bukan hanya sekadar pak turut menurut fesyen umpama seringan lalang ditiup sepoi khabar yang longlai.
kisah dubur
terpapar di dada media seluas luasnya. anggota tubuh manusia yang hanya membantu hidup kini sesensasi watak utama. berbuih buih mulut bicara berkata kata tentangnya yang kini tidak malu disapa dunia.
apa nak jadi bila manusia kini mula bergantung nasib padanya. gaji, nyawa malah air muka kini berada di tangan dubur. karma hidup mula berkuasa. nawaitu yang salah di balas adil oleh Tuhan yang Maha Kuasa. hati hati dengan setiap anggota badan mu yang kini mula bersuara dan tunjuk kuasa.
Berparti umpama Partisi
tindakan berparti hanya menyempitkan lagi semangat bersama. di bawah satu nama agama, bangsa atau negara.
tepuk dada tanya selera apa pula makna Satu Malaysia.
Monday, May 17, 2010
Industri Kreatif Ya Sangat
Apatah lagi dengan masuk campur golongan pemimpin yang dilantik, diundi dan dipilih setelah layak mengisi borang di jabatan perkhidmatan awam ciptaan mereka sendiri. Mintak itu mintak ini arah itu arah ini mengikut piawaian yang ditetapkan oleh mereka yang memakai baju bercorak batik yang menghelip sesuka hati sesedap rasa.
Antara idea idea penaung penaung yang penat telinga untuk mendengar:
Mendekati mat rempit dengan penganjuran acara mengecat topi keledar bersama.
Penerbitan filem bercorak fiksyen keutuhan rakyat pelbagai bangsa mengikut bidang kaum.
Memainkan muzik indie mengikut trend sambil tidak meninggalkan budaya hidup.
dan banyak lagi...
Tolonglah bebaskan media.
Tolonglah bebaskan Industri Kreatif.
Ya La Sangat.
Friday, May 14, 2010
Kisah Selipar
Terdetik pula aku melihat jemaah yang membawa kasut masuk ke dalam ke tempat solat. Mengutuk itu tidak cuma memerhati saja dengan hati yang kosong tanpa kata. Selesai solat itu kami keluar. Aku ke tempat selipar aku di 'parking'. Ianya masih ada tapi bertukar pada selipar yang amat buruk berbanding selipar asalku. Namun warna tetap sama. Satu petanda atau kebetulan sahaja. Aku terus menyarung dan tertunduk diam berjalan pulang ke hotel.
Bercerita di dalam kamar kepada adik adik ipar. Mereka hanya tertawa dan tersenyum biasa. Mereka sudah lalui agaknya pengalaman sebegini sebelum ini. Tapi adik ipar aku gelak terlebih sedikit dari biasa. Nak dijadikan cerita selepas itu 4 pasang seliparnya hilang sepanjang kami berada di sana. Hati hati di hati dengan tutur laku kita demi kebaikan kita semua.
Wallahu'alam
Riak Di Kaabah
Bertalbiyyah dalam nada khusyuk sepanjang perjalanan. Diri ini gembira bercampur sayu dan adakala terlalu ceria tidak sabar untuk tiba di Mukarammah yang mulia itu.
Selesai tawaf dengan kadar segera dan mudah membuatkan diri ini begitu bangga apatah lagi di depan rumahNya yang indah mulia. Kini menunggu giliran isteri menunai tawaf di kala aku meneman anak yang riang berlari lari.
Ketika tenang aku disapa oleh Tok Saudara yang kebetulan berjumpa di sana juga. Dunia yang luas bertemu kami di rumah Yang Esa. Disapa beliau selamba "mana yang lain?" Aku ceria menjawab semua selesai tawaf dan kini menuju saei.
Puji beliau "wahhh awal korang". Aku hanya tersenyum ceria membalas yakin "insyaallah kami nak selesaikan sebelum Asar." Katanya pula dia hanya terdaya membuat ibadah ibadah ini di kala malam yang kurang bahang panas. Aku hanya mengiyakan saja. Sambil bersalaman insyaallah bertemu lagi.
Ditakdirkan Ilahi penantian kami menunggu isteri selesai tawaf terasa amatlah lama. Hinggakan doaku ingin glamour dimakbulkan dengan ada warga Qatar yang datang menyapa dan mengambil foto katanya wajah aku mirip anak saudaranya. Sempat berborak borak agak lama dengannya tapi isteri langsung tak kunjung tiba.
Gelisah mula dirasakan langsung aku tanpa sabar mengheret anakanda menuju saei. Sangkaku isteri mungkin sudah ke sana. Tiba di saei aku terus melaksana. Di pusing kedua, kedengaran namaku dipanggil. Oh... ibu mertuaku di seberang sana. Dengan gaya isyarat seolah olah menunjuk isteriku menunggu aku di tempat tadi. Umpama silap aku yang tidak menunggunya.
Dengan segera aku ke sana kembali menunggu sambil takut dan resah diuji Yang Esa. Tunggulah aku dan anakanda di situ tanpa bertemu isteri. Sehingga satu waktu yang isteri serta bapa mertua muncul. Mereka selamat dan selesai melakukan saei rupanya. Hanya aku sorang saja yang belum.
Kali pertama menunai umrah, resah gelisah dan kabur aku tekad menyelesaikan saei. Tidak marah dan terus bersabar pantang ihram ku tetap jaga. Alhamdulillah hampir maghrib saei aku selesai dan aku terus berdiri di marwah untuk berdoa dan ingin bertahlul. Gembira bukan kepalang, sendirian aku berjaya kutempuh ujian dari Dia.
Toleh saja selepas berdoa, seorang remaja berbangsa tanah arab menawar aku untuk bertahlul. Aku gembira kerana dipertemukan dengan orang peramah terutama di Tanah Haram ini. Aku menghulur kepala untuk rambut ini dipotong. Sambil berdoa penuh khusyuk dan tawadhuk. Selesai saja acara aku berterima kasih sambil bersenyum lebar kepadanya.
"Fulus Fulus!" sergahnya padaku. Aku terkejut dan tergamam. "Sorry?" tanyaku. "Muslim?" tanyannya lagi. "Yes!" sah sah aku buat umrah sebab aku islam. Sabar je lah. "Haram! Haram!" Mungkin itu maksudnya jika aku tidak membayar upahnya memotong rambutku. Baru aku faham itu yang dia mahukan. Aku seorang diri di Bumi Mekah, Tanah Suci yang mulia diuji sebegini rupa. Goyang langsung iman aku sedikit. Harus diberi atau tidak fulusnya ini. "How much?" tanyaku. "50 riyal" katanya. Terkujat beruk aku di situ.
Maka berlakulah proses tawar menawar di situ. Aku juga sempat berbuat helah untuk pergi sahaja tetapi ditariknya dan terus meminta. Aku perbetulkan niat hati akhirnya. Kataku mungkin ini cara wang aku ingin disedekahkan di Mekah ini agaknya. Aku terus memberi wang ringgit Malaysia 50 ringgit dan terus beredar dari situ terpinga-pinga. Waktu hampir maghrib dan segera aku berjalan pulang keseorangan ke hotel.
Kembali ke masjid untuk maghrib dan isya' aku masih termenung dan terkenang peristiwa menanti isteri, saei yang lewat dan tahalul berbayar. Aku terus terdetik itu hanya kesilapan aku ketika bertutur di depan kaabah siang tadi bersama Tok Saudara. Terdetik sedikit riak ketika aku berbicara memberitahu bangga yang ibadah tawaf dan saei akan diselesaikan kami semua sebelum Asar. Siapa aku untuk tahu bila mana waktu dan apa yang akan berlaku.
Tergamam aku bila setiap kali teringat kisah ini dan kerana ini aku amat dan sangat mengerti istilah TUHAN BAYAR CASH DI DUNIA terutama di Tanah Haram ke atas apa yang diniat, ditutur dan dilakukan oleh kita.
Nauzubillahiminzalik ... Wallahu'alam.
Thursday, May 13, 2010
Pengalaman Umrah
Kali pertama seumur hidup mendapat rezeki untuk ke sana. Syukur alhamdulillah bertubi tubi dari aku. Bertolak dalam nada sederhana juga kerana segan jika ada dugaan tidak jadi malu menutup muka.
Kaki meletak di medinah. Hati sayu suci merindu tak tahu kenapa. Bersyukur lagi kerana berpeluang bersolat di masjid mulia an nabawi. Bersemuka dengan makam rasul dan sahabat. Bersujud di taman syurga bernama Raudha. Indah bukan kepalang.
Melangkah keluar menuju Mekah. Rindu meruntun teringat Nabi. Hati sayu meninggal Baginda untuk berjuang di Baitul Allah. Hati kosong mengingat Tuhan. Tiada dunia tiada pilihan. Berkobar kobar berdebar debar. Impian doa harap dimakbulkan.
Menangis hati ini teresak-esak. Tak tahu kenapa keliru pun ada. Menuju Mekah melambai lambai. Mengucap-ucap Labbaikallah Hummalabbaik.
Tiba di Tanah Haram yang Suci itu. Air mata menitis umpama kagum umpama dungu. Tidak pernah tersangka, adalah rezekinya untuk diri ini sampai dijemput ke Rumah Mulia Yang Maha Esa. Mengenang diri yang paling hina. Kotor segala tetap diterima.
Mulut ini dijaga rapi takut tersasul menjilat api. Bila mata bertentang Dia, Kaabah Allah Yang Maha Kaya. Mulut kelu tidak terkata. Tidak percaya jasad busuk ini diterima juga. Ampunkan aku ampunkan aku. Kau Maha Kuasa Kau Maha Kuasa. Hanya itu yang mampu dikata. Kaku kaku tidak terkira.
Teruskan amal teruskan jasa padaMU yang Satu aku berlaku. Hati hanya gerun memberi tumpuan sepenuh-penuh.
Wednesday, April 07, 2010
zahir dan batin
berbandingNYA semulia Yang Maha Besar dan Agung. serendah rendah diri ini memohon keampunan dan keberkatan sepanjang perjalanan pergi dan kembali. dipinta hati ini dibuka, cuci dan disentuh semulia nabi nabi dan para pemimpin agung tercinta.
pergi diri ini dengan senyum dan syukur agar kita dijemput lagi berkali kali. insyallah.
rumah DIA
5 waktu sehari membayang tutur kita serendah rendah pada DIA. insyaallah besok terpanggil aku ke sana. bertemu angan yang bakal menjadi nyata.
hasrat hati untuk dicuci dibersih supaya hidup ini singkat yang memberi nikmat. doa aku pada DIA sejahterakanlah kami semua di dunia dan juga akhirat.
ingin syukur sesyukur syukurnya kerana DIA ingat pada hamba yang ini.
Saturday, April 03, 2010
hati yang senang pergi yang tenang
juang hidupnya lebih sukar kerana berjiwa jujur sering ditentang, apatah lagi di bumi yang terang. bumi yang terang penuh dengan penghalang hati hati senang yang ingin senyum lenang. ramai yang lebih puas mengherdik, menjatuh malah menolak si lain konon diri terangkat tinggi melangit.
pentas terhias pemain berkurang. dipanggil pulang menghadap Tok Dalang. iktibar diambil sekelip mata. sekelip petir menyambar dunia. syukur kita masih berada, ingatlah nasib ingatlah Kuasa.
hati yang senang pergi yang tenang, jika kau juang engkau disayang.
al fatihah
###
perhatian
namun situasi yang dianggap peluang diragut pantas dalam menafsir sifat dan akhlak setiap mereka. sehingga ianya dikira perhatian yang murah dan publisiti yang paling mudah. tiada salahnya tiada dosanya.
cuma setelah perhatian diberikan, ada lagi pertandingan lain yang wujud. selain perhatian mereka mereka kini mencari pandangan kontroversi, bizzare, news value malah spekulasi dalam menyata tutur setiap info yang digodek godek. atas niat ingin terus diperhatikan.
tidak salah diperhati. tapi perhatian yang diberi adalah datang dari hati... jangan remukkan hati hati ini.
###
Monday, March 29, 2010
keyboard di kb
sedih juga kerana prinsip 'matlamat menghalalkan cara' turut melanda minda mereka. seharusnya berserah pada yang Esa di atas niat perjuangan yang ada. tak perlu tunduk pada kehendak semasa walau hiburan yang dipinta. kini hormatnya semakin menyusut kerana 2 x 5 sahaja pegangan kamu semua.
kekalkanlah identiti atau imej tidak peduli akan dunia dan hanya bersederhana sahaja. tapi itulah bila bergabung dengan pakatan yang tidak semegah minda kini kembali dijajah. janganlah pula pemimpin atas turun tahta tiada apa lagi untuk disapa.
hati mula goyang terhadap segala pimpinan yang ada. undi saja pemimpin yang solat 5 waktu.
###
Monday, March 22, 2010
tuntut ilmu yang baik
baru dapat erti kenapa mereka di atas. kerana mereka lebih rajin, lebih usaha dan lebih minatnya. setiap apa yang dilakukan mereka adalah dengan bersungguh sungguh.
peluang untuk diri ini tuntut ilmu yang baik baik saja.
Monday, March 15, 2010
hadap
ingin dan mahu yang tinggi membentuk sifat perilaku. tercungap, gelojoh dan terhegeh lahir dari nafsu yang berlebih dalam menuntut hak untuk terus hidup. namun budaya norma meletak kayu ukur perilaku yang bagaimana menjadi rutin sopan atau rakus.
panjangnya akal, tingginya ilmu dan kuatnya iman menjadi perunding imej membentuk sahsiah supaya segala apa hadir sebangang tisu muka atau sebesar rumah banglo kita adalah kekal waras.
dan kita tidak hadap.
tidak nampak tidak salah
namun bukan semua dikurnia sanubari yang tidak benak. kerana hati ini semakin hari semakin malap. malap digilap perasaan tamak dan dengki. langsung mengabur gajah di depan mata dalam waktu mencari kuman nun jauh di sana.
biar dan diamkan saja. kerana teguran tidak mampu menyinggah hati yang bongkak. apatah teguran dari hati yang rendah.
dari sudut pemiliki peribadi, tidak nampak tetap tidak salah.
Friday, March 05, 2010
merengek
diadun pula sifat yang keji. menghalal cara walau berabdi. berabdi budi menggadai murni. selekeh jiwa bertuan badi.
bertopeng topeng berbunyi nyaring. berlakon watak bergigi taring. tidak diikut dikau memaling. memaling topeng umpama gasing.
merengeklah terus jika itu senjata hadiah mencari sesuap nasi yang tidak dimuntah.
jenguk ke bawah
jenguk ke bawah akan memujuk hati yang kadang kadang tamak dan gelojoh. hati yang lemah dengan dunia yang manja menggoda jiwa nak leka.
tiada siapa menghalang untuk ke atas menongkat langit. terus saja tanpa henti. tanpa ada takbur diri. terus saja tanpa henti. tanpa ada lupa bumi.
jenguk ke bawah mengerak hati agar gayat mengimbang budi.
tupai melompat yang jatuh
peluang tetap diberikan. untuk merasa menikmat dan mencuba waktu dunia walau menjadi medan berdongeng sementara.
tupai yang pandai melompat juga ada peluang jatuh. jatuh dek diri sendiri, sekeliling mahupun lumrah kitaran bumi yang berbentuk roda.
sebelum tupai itu terjatuh, harus dinilai tinggi mana lompatan yang ingin diamal.
Tuesday, February 23, 2010
tepis dan kalis
menepis sana ke sini kerana tidak cukup gentleman untuk berdiri bersuara. rela menyumpah diri umpama batu terdiam atau aircond berjenama.
namun itu segalanya terpulang kepada isi ilmu yang dibawa sejak dari kecil.
pai nai?
pepatah, pesanan dan mungkin hadis berkata untuk berjalan jauh ke negeri china. kerana jauh berjalan luas lah pandangan. pandangan hati sebenarnya. yang mampu meluaskan pengalaman. pengalaman yang menjadi pegangan untuk hidup dengan tepat.
rezeki ini tidak banyak. hanya mampu ke negeri sebelah sebelah dalam jarak waktu yang cukup jauh dek mengumpul wang belanja. namun pertukaran budaya sudah cukup memberi diri cerita yang indah menghargai insan ciptaan tuhan berlainan tanah geografi.
segalanya mampu dijadi pedoman untuk kita kekal beriman. kerana atas matlamat yang sama kita semua tercipta di dunia cuma diberikan kisah warna yang berbeza.
menariknya hidup mereka yang maju teknologi mahupun maju hiburan, pegangan mereka ternyata berbeza dengan hidup umat negara yang sedang aman. kerana umat negara yang aman tetap ingin berlumba untuk maju mengingati tuhan.
Monday, February 15, 2010
kisah dubur
aib sana dan aib sini adalah satu budaya baru dalam proses menjatuhkan kita sesama melayu. namun kisah dubur yang dulunya sudah berlangsung pada zaman nabi luth kini semakin popular.
kanak suci dan si cacat kini turut pandai bicara erti liwat dek kerana tajuk utama media media penting negara kita tercinta. dengan jelas diajar secara tidak langsung untuk berbual bincang tentang proses tingkahlaku tabiat yang dilaknat Tuhan yang Esa.
kisah dubur kini lebih popular dari segala kisah jelata. entah apa faedah yang kita dapat daripadanya. terima kasih kepada pelaku, tetuduh mahupun penuduh kerana mengajar kita semua perkara yang kita sepatutnya menjadi sisi kehidupan gelap di dunia.
kisah dubur yang luhur buatmu yang jujur bertutur.
Saturday, January 30, 2010
Hebat Filem Mereka
Dari pembikin kisah kapal karam yang sama, jalan cerita cinta tetap menjadi tunjang konflik yang dinanti nanti.
Pencetus ikutan kembali seperti musim kisah angkasa dan dongeng fantasi. Fenomena manusia berimpian jauh kini tradisi hari ini.
Bagusnya pembikin kerana ketelitiannya mampu menjadikan karyanya ditempat pertama sekali lagi kerana kutipan dan juga pengisian.
Paling mengagumkan apabila ada peminat mula mengedit wajah mereka berwarna biru bercorak indah kerana terlalu minat.
Sent via BlackBerry from Maxis
Tuesday, January 26, 2010
dengki bangsa
situasi berlaku di pejabat. kononnya gotong royong. mengemas barang barang yang ingin dilupuskan. si melayu yang sayang benda cuba mengambil mengganti situasi ianya bakal terbuang. diperhatikan 1 malaysia.
namun ianya menjadi isu diperingkat atasan syarikat. pabila si dia melaporkan si melayu melayu ini dikata mencuri. direlakan benda itu dibuang dari diambil guna oleh si melayu melayu kasihan.
dengki sendiri selalu berlaku. dengki bangsa berlaku buruk padahnya.
Saturday, January 23, 2010
kesenian
orang seni sangat peka kerana mereka peka pada apa apa tindakan terhadap mereka. pada mereka dunia berpusing putar di sekitar mereka sahaja.
namun apa yang sukar bagi mereka ialah dunia ini harus dikongsi bersama. bersama mereka yang pelbagai jiwa. dan ada jiwa yang tidak langsung peka. ada jiwa yang kasar. ada jiwa yang pantas dan ada jiwa yang tidak peduli pada sesiapa.
seni itu tidak apa. alangkah indahnya seni itu untuk agama. kerana kesenian islam tiada tolok bandingnya.
Thursday, January 21, 2010
Yus vs ed hardy
Terkejut dia bila aku offer baju ed hardy. Katanya jahat sangat la gambar gambar ni. Ujarnya yang mendapat jolokan ustaz dalam keluarga.
Alhamdulillah, at least ada ahlil yang tidak ed hardy. Hehehe sebab yang lain semua perangai macam pembikin tatoo.
Sent via BlackBerry from Maxis
Berinternet
Di negara barat, mereka tidak lagi bebel atau bicara kerana semua ingin bergerak ke hadapan walau apa cara.
Namun mungkin kita belum bersedia untuk merayau merentasi susur masa terlalu laju. Kerana mungkin kita bimbang kita akan mudah lupa.
Berinternet tidak berdosa jika kena cara.
Sent via BlackBerry from Maxis
Tuesday, January 19, 2010
kisah pulau
zaman nabi, pemimpin berjaya dan the chosen one melalui ujian yang sama untuk berjaya dan kekal bernama. dalam erti lain mereka mula di tempatkan di atas tanah yang sendiri terus menyendiri.
namun pesan ilmuan. biar pedih dipulaukan balas saja dengan senyuman. hidup umpama persinggahan sebelum terus kekal di hari pembalasan. hadapai saja dengan senyuman. dengan berkat ketentuan mereka kembali ke pangkal jalan. si nasib dibalas kemenangan dari tuhan.
bumi ibarat roda yang berputar. menunggu giliran bertukar tema. kisah pulau jadi teladan untuk terus lembut bersabar hadapi ujian.
Monday, January 18, 2010
melodi sekadar hiburan
semua akan berilmu dan merasa seperti lebih berinformasi selepas menontonnya. "merasa". namun pengisiannya masih di tahap mencurigakan. curiga kerana penceritaan yang dibawa terlalu jelas songsangnya.
perantara memain peranan seperti si batu api dan tukang melaga lagakan. tingkah ini sungguh tidak digemari dalam hidup biasa. namun dengan sedikit props, perhiasan, gimik yang menarik dan logo syarikat yang kredibel segalanya dilihat meyakinkan dan seolah olah benar.
melodi sepatutnya hanya sekadar hiburan.
Saturday, January 16, 2010
penyampai dan azam yang baru
halim othman dan linda onn muncul sebagai penyelamat dan nadi yang baru untuk azam baru bakal terlaksana. dahagakan rating untuk dihormati oleh penaja penaja kapital negara demi survivor di kotaraya lumba. wajah baru mungkin bakal memberi nafas dan isi baru bersempena susur masa yang baru.
pejabat semakin tenang kerana arah tuju mula diatur dan disusun. objektif dan matlamat mula kelihatan jelas di samping sokongan kuasa war war bergelar media yang menyokong positif perjalanan tanggungjawab stesyen muda ini.
semoga segala galanya tenang dan lancar. tahniah suria fm dengan rombakan kabinet terbaru.
suria fm, muzik terbaik tanpa henti.
usrah sebelum khutbah
memilih untuk awal ke masjid kerana tidak mahu sekadar menunai dua rekaat tanpa sunat dan khutbah yang samar dek masih berjalan jalan. berpeluang mendengar ceramah sebelum khutbah menceritakan kisah kewafatan Rasulullah s.a.w dan kehebatan para sahabat menyambung perjuangan baginda.
terharu kerana dalam usrah ceramah itu, imam memperingatkan tentang mati merupakan proses perpindahan dari bumi ke alam kehidupan sebenar iaitu hari akhirat. pesannya untuk bersederhana melainkan kekayaan seiring kerinduan kepada tuhan dan agama adalah satu kebaikan dan keajaiban hari ini.
usrah itu turut memberi kesedaran tentang hidup dunia akan bermakna jika masa diluangkan bersama keluarga dan melakukan benda yang berfaedah untuk hari kekal. katanya jangan terlalu sibuk bekerja dan mencari wang tetapi lupa pada tujuan sebenar bumi dan manusia diciptakan.
diri ini lemah dan leka. beri saja peluang dan ruang untuk ilmu itu hadir walaupun ia sekadar teman di sisi yang hanya berdiam diri.
Saturday, January 09, 2010
konsep hidup
hidup ini untuk ke depan dengan mengambil iktibar hari belakang. hidup ini sebentar, semua kata kena enjoy puas puas. tapi itu kalau tiada hari pembalasan.
hidup dianggap permainan, pertandingan dan peraduan. fahami konsep, fahami prinsip dan fahami perundangan. jika kita tidak mampu untuk menang, tapi kita mampu untuk menguasai dengan tenang.
hingga akhir nanti.
barakah
kesimpulan kehidupan. ketenangan dan kebahagiaan. dalam proses menghirup udara keinsafan dan kerahmatan dari tuhan.
cari saja jalan untuk diberkati. pilih saja aktiviti yang direstui. taat saja pada sesiapa yang harus ditaati. insyaallah apa yang dicari muncul kembali.
Wednesday, January 06, 2010
masalah itu ujian
hadapi saja dengan tenang. kerana segalanya pasti. untuk melengkapi kitaran datang dan pergi. senyum saja insyaallah semua kan baik baik saja.
kalau diuji maknanya kita ini DIA ingati. DIA kenalpasti kehadiran. anggap saja masalah itu ujian. kerana ujian itu untuk mereka yang rapat denganNYA.
Sunday, January 03, 2010
apa ada pada fdam
31 disember 2009. penutup tahun dengan Mesyuarat Agung Pemilihan jawatankuasa persatuan pengarah filem malaysia (fdam). kecoh, panas dan gempak. suasana yang dapat digambarkan pada hari tersebut.
terutama kerusi Presiden yang disandang oleh Ahmad Ibrahim atau orang tua industri bergelar Mat London. kerusinya dicabar oleh pengarah filem terkenal yang sentiasa menang festival kerana karyanya yang ada touch, seperti Kala Malam Bulan Mengambang dan beberapa lagi. nama yang tidak asing iaitu Mamat Khalid.
Mamat Khalid memiliki gerombolannya yang tersendiri. gabungan nama nama besar arus perdana pengarah tersohor negara yang berjuang membayangi kabinet asal. Erma Fatima, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman dan Hans Issac. dan dinasihati oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba adalah di antara mereka.
mesyuarat berjalan umpama soal siasat di balai polis dan di pejabat SPRM mencari loophole untuk kabinet baru tampil memimpin. keseimbangan penyokong dapat dilihat apabila sorakan yang diberikan kepada calon calon agak sama rata riuhnya.
rata rata tidak mampu menjangka apakah keputusan yang akan dicapai. ditambah dengan kehadiran Pak Menteri KPKKW yang mencemar duli hadir merasmikan AGM tersebut dengan janji dana baru yang akan digunapakai sebaik baiknya oleh AJK yang akan dilantik.
maka AGM pemilihan AJK FDAM saling tak tumpah umpama parti parti politik yang bertanding untuk mentadbir negara ini. kerana seperti ada sesuatu istimewa yang tersembunyi di sebalik jawatan sedang ditanding.
marhaein hanya melihat dan tidak mampu mentafsir umpama ahli sihir kerana marhaein tiada kuasa sixth sense. namun apa yang dapat disimpulkan dari mata seorang small time director ini adalah, sifat kepimpinan hari ini terletak kepada kepetahan orang itu bertutur cara. kerana mereka yang terlalu artistik dalam berkarya akan juga artistik dalam berbicara.
bicara yang terlalu seninya umpama lagu yang terlalu dalam maksudnya dan lukisan yang terlalu kuat abstraknya. kebolehan memimpin terletak kepada misi yang jelas. jelas dalam lafazan mereka walau tidak terlaksana.
kabinet bayangan adalah mereka yang popular. popular pada mata media dan rakyat jelata kerana karya mereka yang diambil kira. ini bermakna mereka adalah pengarah yang hebat.
kemenangan jawatan pula berpihak kepada mereka yang lama berkuasa, membuat kerja pentadbiran dan kurang seni karyannya.
nampaknya, untuk menjadi AJK yang bagus, masa kan nama nama popular itu sanggup berbelah bahagi berkarya sambil bermesyuarat karipap dan mee hoon membuang masa demi persatuan tercinta. atau berfalsafah 90 minit gaya filem untuk Menteri memahami hasrat ahli lembaga.
manakalah ahli sembang hebat sudah mula turun padang melahirkan filem filem berunsur sembang memangkin minda rakyat.
put the right thing at the right place agaknya. pandai mengarah teruskan mengarah. pandai berpolitik teruskan 'memimpin'. kerana untuk lengkap, kita saling memerlukan.
lawak
yang tak boleh blah bila hos yang masih tidak secured dalam industri. offended dan rasa macam tercabar kot. mula over dalam menzahirkan bakat mereka untuk menepis kehadiran bakat baru. mulalah buat lawak fizikal dengan mengajuk gaya peserta. meniru memek peserta dan mula berlagak sempurna dan mengutuk peserta.
lahir pula pertembungan budaya 3 juri yang kononnya taiko lawak negara. please lah. juga tidak secured dalam industri yang pethatic ini. di mana tidak menjana ekonomi negara pun. malah tidak menjana ekonomi mereka sendiri. lawak sendiri pun kering. dengan rancangan yang tidak seberapa. dialntik menjadi pemangkin generasi baru mulut pulak bitter. adoyai. letih.
mungkin negara ni kena develop dulu sampai maju nak mampus baru boleh berhibur. belajar jadi penghibur yang ikhlas menghibur. bukannya membuat muka ketat ketika menghibur dan menyalahkan penonton kerana tak faham lawak.
dah lah diri belum siap. tapi dah kena siapkan generasi baru untuk berjuang. mulut mengalahkan johnny depp dan brad pitt mengutuk rupa paras orang. aduh. letih.
tahun baru yang macam lama
impian dan harapan pelbagai bagai. diumum dan ada tidak dikota. sekadar lampiran wajah riang ketika dunia menyambut salam hiburan yang terus baru.
tahun yang baru dengan jiwa yang menua. berfikir untuk terus beramal meninggal leka yang sudah berada. nombor itu terus bertukar membawa pergi sifat yang mencari cari.
jika sudah ditemui, tiada azam yang baru cuba dipatri. hanya kesejahteraan duniawi diimpi sambil bahagia akhrawi dihajati.
merempit ke tu
teringat kisah muda muda. merempit kata mereka. sedangkan itu saja transportasi yang ada. kalau keturunan raja mungkin 5 series menjadi jenama. bila tua dan berpunya segalanya mula diambil kira.
naik motor umpama si tupai yang sesat di kaki umat di kota tokyo. kecil dan kerdil dan teramat bahaya. kiri dan kanan, kereta dan bas, depan dan belakang menggigil gigil memeriksa. takut kalau dilanggar terlanggar dan terleka.
simpati pula pada mereka penunggang motor walau roadtaxnya hanya rm2. bahaya sebenarnya di kotaraya. sebenarnya elok buku dan ruas yang berlaga. jangan salahkan mereka yang tidak berdosa. apa kata pertembungan mat rempit durjana dan si pembuli berkereta. baru kena.
Wednesday, December 30, 2009
kuasa media
oleh itu posisikan maklumat yang anda ingin kongsikan sebaik baik maklumat. maklumat yang mampu membawa semua kehadapan maju dan memberi manfaat.
prinsip anda sebagai muslim berbangsa melayu utamakan apa yang harus diutamakan. kalau Kitab katakan kitab. kalau hadis katakan hadis dan kalau adat katakan adat.
kami alukan maklumat tambahan. walau kami dah ada petunjuk utama iaitu Kitab suci.
perang pangkat
peluru bedil berganti kata kata kesat. peluru yang mampu melukakan hati tanpa menembusi kulit. lagi bahaya agaknya. dah macam silent death hehehe.
perang dan berkempen untuk jadi ketua. ooo... hari ni kalau nak jadi ketua kena promote diri sendiri rupanya, bukan sebab layak dan dipilih rakyat. ish ish ish.
semua berkobar kobar nak memimpin. kalau dulu semua menolak kerana tanggungjawab memimpin itu cukup besar. hari ini jawatan ketua menjadi rebutan. ada udang di sebalik rojakkah?
oklah... doakan sahaja kepimpinan mana mana itu bagus dan diberkati. amin.
Monday, December 28, 2009
satu malaysia
lalu aku bertanya siapakah yang akan memasangnya. india itu menjawab jacob. ok kataku. tetapi upahnya lain kira. ok lagi kataku.
aku terima satu panggilan telefon. bunyinya seperti lelaki cina yang menentukan masa untuk datang. aku tunggu sahaja. muncul 2 lelaki cina memberi hello di depan pintu rumah. masuk dan terus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.
aku yang kedekut bertanya upah mereka. ayakkk dibukanya dengan harga yang agak tinggi. ditawarkan padaku barang barang yang katanya "yang ini special sikit bos". aku yang kedekut dan berkira tetap kalah dengan kehebatan matematik mereka.
kerja selesai. kami semua berkawan baik kerana berkongsi negara yang sama. aku kedekut dan berkira tetapi aku akur, masing masing memiliki kebolehan yang sama. cari makan ma... di bumi malaysia.
satu hasrat, satu harapan, satu santapan, satu malaysia!
pendekar!
Sunday, December 27, 2009
rockstar malaysia
kiblat tidak jauh. kerana ada internet. type saja google image terus dapat tiru. kalau nak pergi berkawan dan belajar mahal. kecuali main tikam tikam online dengan air asia.
asap rokok berkepul dalam tempat suram yang sejuk berekon. baunya tak mahal macam cigar di havana sebelah hardrock. baunya macam tongkang yang haram berlayar mencari rezeki ke seberang.
apa yang menarik attitude itu penting. gaya jalan, pertuturan dan pergaulan. sebijik. sebijik dengan attitude turun temurun hang tuah, tok janggut dan ibnu ibnu agaknya. kesian sungguh.
kesiannya kerana orang lain dah berlabuh. kita masih berlayar. berlayar mencari identiti. sampai kesudah masih tak ada. dan masih sukar untuk ditaksubkan. agaknya daulat bangsa dan agama agaknya.
lupa 5 perkara
sakit itu penghapus dosa. peringan beban di kala hari pembalasan. tapi mengharunginya di dunia sangat memedihkan. namun ia mampu membuat kita terus sedar tentang diri ini sementara yang hanya menanti tarikh luputnya tiba.
sakit itu adalah rahmat. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
Wednesday, December 23, 2009
I LOVE KB
Berasal dari pantai timur yang terkenal dengan keenakan makanan tradisional mereka membuatkan diri ini terasa seperti demam setiap kali ingin menjamu selera di ibukota.
Mencari rezeki di sini pula sudah menjadi tuntutan ramai perantau yang berasal dari seluruh negara dek habuan yang lumayan dan sangat memuaskan. Biarpun diuji dengan kerinduan untuk berada di kampung halaman.
photo:backpackingmalaysia.com
Untuk itu, Kampung Baru juga menjadi pilihan penduduk setempat menjamu mata dan selera di pasar minggu yang menghidangkan jualan pakaian, makanan dan juga barangan kraf.

Monday, December 21, 2009
angan si polan
tidak meminta langit dan bumi. berpijak di tanah yang nyata menyedar diri si melayu sedu. angan si polan mampu dicapai. membuai hati melambai santai.
doakan saja pohonkan saja. moga ianya direstu makbul. hati hamba tumpang gembira. angan si polan menjadi simbol.
haluan
kitaran roda yang berputar pusing. di atas di bawah dalam nada makmur yang cukup majmuk. ada jahat dan ada baik. ada hak dan ada yang batil.
satu jalan satu haluan. namun di kiri dan kanan ada hentian untuk berehat, berhibur malah tafakur yang senteng bisa menjadi kufur.
haluan aku dan haluan kita. harusnya sama mula dan juga akhirnya. semoga bahagia mengiringi kita semua. senyum sahaja melambang kita gembira.
kerna Dia
kerna Dia kehidupan kita. aku lalu hidup ini dengan diri sebagai manusia biasa. yang punya lemah dan silap. latah dan gelap. lalui hidup ini dengan cita cita kononnya. perjuangan kononnya untuk kaya dan jaya di dunia.
kadang kadang dan selalu aku alpa. tentang ketentuan dan keadilan itu bukan dari aku. bila aku berbudi dan berkarya aku tagihkan habuan, pujian dan sanjungan. dalam kadar segera. umpama si abu yang senantiasa lahab hidupnya. lupa lupa lupa aku kecewa. aku kata hidup aku duka, hidup aku lara.
aku sebenarnya lupa untuk perbetul nawaitu. nawaitu hidup seharusnya Kerna Dia.
Sunday, December 20, 2009
rock the world 9
LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BUNKFACE, PESAWAT, DISAGREE, YUNA, ONE BUCK SHORT, SATURNINE, BITTERSWEET, BLIND TRIBE, JOHN’S MISTRESS, THE TIMES, SEVEN COLLAR TSHIRT, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, RESTRAINT, MEET UNCLE HUSSEIN, AZLAN & THE TYPEWRITER, BLEEDING MASCARA, MONOLOQUE, KUGIRAN DI TEPI PANTAI, & 2 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR
INDIE STAGE
BRAINHEAD, CAR CRASH HEARTS, JOANNA & CO., PRETTY UGLY, SKUDAP SKUDIP, AUBURN, THE OTHERSIDE ORCHESTRA, LABRAT, COUPLE, FORTY WINKS, FREE LOVE, Y2K, STONEBAY, SAM KUMAN, SECOND COMBAT, AN HONEST MISTAKE, ROBOT ASMARA, AKU & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR
CHILL OUT STAGE
RASHDAN HARITH, LIYANA FIZI, LURKS, OTAM, MOHD JAYZUAN, KAREN NUNIS BLACKSTONE, BO BEDROOM SANCTUARY, SLOWJAXX, SHARIDIR & NIZAM P, RENDRA ZAWAWI & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR.
itu nama nama band yang akan membuat persembahan. untuk aku yang semakin meningkat umurnya ini. nama nama band ini menjadi semakin hari semakin asing.
kalau dulu semua ini lebih mudah dihafal berbanding mata pelajaran sains di waktu sekolah.
well, demi masa, sesungguhnya aku perlu sedar diri.
Wednesday, December 16, 2009
erti bahagia
hari demi hari. dari berbogel kini berfesyen. dari menapak kini bercanyenne. hajat utama hanya singgah beriman dan kembali ke Esa. dengan markah yang tinggi dan tepat untuk kekal ke alam kiamat.
namun di dunia sementara semua semakin hilang pedoman. menjadi apa dan ingin ke mana. mencari erti bahagia hidupnya. hidup yang sementara tak mahu ditangisi. hidup yang sementara semuanya mahu tersenyum. senyuman gambaran gembira. gembira kerana bahagia.
terkapai kapar mencari erti dan bagaimana cara untuk bahagia. segala konsep dinyata. katanya dengan kaya, dengan selesa kita mampu bahagia. ada yang kata tak perlu kaya, tak perlu selesa untuk bahagia.
pucuk pangkal, diri hina ini ingin lahir dan pergi dalam senyuman. tunjukkan aku jalan yang lurus. jalan yang membantu buatku senyum. senyum kerana bahagia.
baik bukan bodoh
sifat setan tidak pernah putus asa untuk menghasut. menghasut manusia manusia yang berhasad dan berperut jahat untuk terus menjolok dubur harimau yang sedang tidur. menjolok sarang beribu tebuan atau mengetuk kepala si ular tedung.
baik dikatanya bodoh. sedangkan si bodoh sebenarnya mencari nahas memperbodohkan diri membuat kerja kerja bodoh. mengundang ramai menyertai gerombolan setan jatuh menjatuh sesama insan. mengurangkan bilangan ahli ke syurga bersama nabi.
posisikan dirimu
itu yang terjadi pada mereka yang kelihatan tidak seberapa tapi perginya mencanak canak ke udara. apatah lagi si cun melecun persada hollywood yang tahu meletakkan diri mereka dengan harga yang sepatutnya.
expresikan dirimu. posisikan dirimu sebaik baiknya.
Tuesday, December 15, 2009
liat dan leka
dalam sibuk menyusun atur aktiviti dunia yang terus berterabur. badan semakin berat dan liat bila hati terdetik dan masuk waktu.
itu yang paling ditakutkan. sedar atau tidak sehari hari yang berlalu. menuju kejayaan semakin lesu. liat dan leka dek hasutan mereka mereka yang durja.
tuhan tolonglah permudahkan perjalanan ini.
kagum dengan iphone
sekadar bercerita dan berangan. itu aku dengan angan angan mat jenin ku terhadap gajet. lebih baik aku simpan duit untuk susu anak dan makan keluarga hehehe. tapi hati ini sentiasa bertiup kencang bila hadirnya gajet baru.
baru saja selesai demam blackberry yang berakhir dengan membelikannya kepada kaum keluarga. kini muncul pula kemaruk iphone. salute untuk mac dan mac user. setelah menggodek godek kawan kawan punya. aku terpaksa kagum dengan aplikasi yang dimilikinya.
sangat sesuai bila aku mengalami mode anti sosial secara tiba tiba. iphone mampu menyelamatkan kita dari bersembang dan melayan manusia manusia yang sia sia. aplikasi yang dicipta atau tercipta sungguh unik dan istimewa.
sekeping besi sebesar tapak tangan mampu mendodoi pemiliknya umpama video game dimain di tv. aplikasi yang direka bisa mengheret pengguna terbang ke alam fantasi mereka.
paling aku jatuh hati dengan aplikasi sesempoi menjentik kertas ke dalam tong sampah di pejabat sambil diganggu oleh tiupan kipas. satu lagi aplikasi ialah cara memegang kord gitar yang sebenar dan memetik iphone yang menghasilkan bunyi kord. damn... disaat sangap... anda mampu memetik gitar, feel bermain gitar, menghasil bunyi gitar tanpa memegang gitar.
aku terpaksa kagum dengan iphone.
Saturday, December 12, 2009
politikah
dulu dulu berjuang dengan jiwa. mengangkat bangsa kerana wibawa. tulus dan ikhlas menjadi pedoman. semua ke depan berjaya sakan.
hari ini sukar sekali. berjuang juga mengharap budi. apatah menyokong melihat beli. taburnya lebih di situ berlari.
ingin bermadah kenalah gagah. gagah di mulut dipoket tumpah. barulah engkau pejuang hebat. baru ku sanjung baru ku hormat.
Friday, December 11, 2009
semangat bangkit
bangkit untuk berjuang mengatur diri bertemu hidup tersusun rapi. menyusun atur kisah duka dan suka semalam, hari ini atau besok masih ada. semoga bangkit dengan semangat dan semangat tidak akan hilang.
syukur Dia membuka hati untuk bernafas dengan hati yang segar. meresap aura kutukan sinis taulan penghasad memangkin jiwa menjadi murni. melihat depan dengan terang sinar menyuluh hidup luhur. semangat bangkit selagi nyawa dikandung badan sebelum pulang mengadap tuhan.
tidur itu penutup cerita
bacul dan busuk untuk berdepan realiti kehidupan yang tidak semegah. hilang arah menyentuh hidup menjadi indah. kerana buta di hati menghadap tuhan memohon berkat mencari hasrat. lalu jalan yang singkat mula dipilih malas berjuang terus menagih.
tidur itu penutup cerita bagi si lemah pengalih bahagia.
Thursday, December 10, 2009
gerakan menjatuh
pendedahan terlalu banyak. melalui pelbagai cara. tentang cara menjadi juara. juara memimpin, juara popular dan juara kaya. impian dilihat semakin mudah digapai. kononnya lebih mudah jika kurang pertandingannya.
gerakan menjatuh semata mata bertujuan mengurangkan lawan yang ada. untuk lebih mudah si lawan lain mencapai cita menjadi juara. juara segala gala.
jangan harap untuk bicara gerakan menaik sesama kita kerana itu hanya bakal menambah hasad dengki membulu mata.
Tuesday, December 08, 2009
bikin tak serupa cakap
dasar penjajah ni tak boleh kasih muka katanya. mulalah nak jajah kita balik. kononnya nak tunjuk kuasa diorang terhadap melayu.
gang gang gang gong gong bunyi bising dari mulut si melayu ini berborak besar. semangatnya saling tak tumpah sekuat semangat rosli dobi dan tok janggut.
itu cerita sebulan yang lalu. sebelum air setan tajaan red box menerjah anak tekaknya. sambil didendangkan lagu ice ice baby oleh mat saleh 'penjajah' tersebut.
hari ini, mereka adalah kawan baik dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
PHD
insan A: "bro... kalau setakat datang ofis 'main' facebook apa hal bro..." (dalam nada meraung)
insan B: "Eeeiii... rambut kau macam p%ki..." (sambil lalu)
insan C: "kenapa kau tak duduk tempat kau? kenapa kau bla bla bla... eeii tak bestnya kehidupan kau..."
mangsa hanya mampu tergelak dan tidak berkata apa apa untuk menjawab teguran dan sapaan insan insan ini.
namun pada tahun 2009, itulah intonasi dan dialog dialog yang berkumandang di pejabat syarikat besar di Kuala Lumpur.
semuanya bermulut melayu beragama Islam bernabi Muhammad dan bertuhan Allah.
Sunday, December 06, 2009
penghibur yang tidak menghibur
aku penghibur sepatutnya sebagai hamba. court jester mulia adalah hanya untuk semua mereka semata mata. kini dunia itu dipanggil industri dan industri itu semakin hari semakin hipokrit. menyarung selaput ceria mengaut untuk merosak wajah.
jika itulah suasananya beralih saja kepada mereka yang betul betul berjiwa jiwa dan berkarya kaya. berbaloi juga kita belanja mereka. kerana penghibur yang tidak menghibur hanya meminta dan bukan memberi kepada kita.
loklak
namun setiap kebebasan pasti ada batasan. kerenah yang terlalu memualkan, perangai yang terlalu berlebihan pasti ada balasan menanti.
lalu dia mengingatkan kita dengan kekuasaanNya dengan insiden yang kita tidak pernah terduga. jangan kita terlalu loklak alpa sehingga Dia merasa murka durja. buruk padahnya.
Saturday, December 05, 2009
kepulauan
pulau berdiri dengan sendiri. bisa membangun memaju santun. menyedar diri seorang hayun. si pulau mentadbir turun temurun.
pulau yang hebat pulau yang kuat. pulau yang maju serata tempat. menjadi pengkalan seluruh rakyat. taulan dunia disapa ketat. pulau tetap akan di pulau. diguna perlu diherdik hirau. darah dan jiwa terus berbeza, pulau dan darat tak perlu setia.
tanah yang rata tidaklah kuat. bersatu teguh berbalah kesat. jiwa maufakat kerana pelat. berdiri sendiri terkulat kulat.
sukar memimpin
sukar memimpin mereka yang kuasa. sukar memimpin mereka yang hebat. walau termaktub hukum yang dahsyat. terserah tuhan merestu juang menyokong hamba mengisi ruang.
pemimpin yang ideal bak rasulullah. lembut di hati cekal di jiwa. berjuang harung kerana Allah. mempamer mulia diharap ikut. keji tidak dibalas keji. benci tidak dibalas benci.
memang dia memang mengerti. yang adil itu sudah tertulis. memilik bumi pentas beraksi. sukar memimpin tidak berbunyi. terserah tuhan memacu erti.
jurusan kehidupan
bila tamak membisik di telinga, jurusan politik mula berkumandang. terlalu tertekan dengan kekacauan tugasan jurusan hiburan penyelamat keadaan. menenang jiwa menghela perasaan.
semakin banyak jurusan wujud mengalih perhatian. memukau minda menarik waktu. meleka diri mendabik dada.
apakah jurusan kehidupan anda? tentukannya umpama esok masih ada.
seni pun berpolitik
mungkin al sabab itu karya hiburan hari ini semakin tawar dan cair auranya. tak sekuat langsung berbanding karya p.ramlee yang mampu ditonton berjuta juta kali.
hinggakan tema dan penghargaan juga bermotif kepentingan. berprinsip setiap yang dihasilkan mampu dijana kembali modal bercampur keuntungan yang berlipat lipat kali gandanya.
mungkin suatu hari nanti pentadbir negeri terdiri dari penyanyi utama berkumpulan ataupun pelakon terbaik drama. siapa tahu.
Thursday, December 03, 2009
tetap riak walaupun sedikit
hari berganti hari. kehidupan semakin dilimpahi rezeki. kejayaan hidup mula dikongsi. pengalaman mula dicurahi. tutur semakin hebat tiada kalah walau sesaat. umpama diri penunai hajat. umpama diri memberi darjat.
aku ini hamba yang lemah. kau ingatikan kuasa Mu dalam doa yang sering ku pohon. jauhkan aku dari sombong. kerana taulan ku mula berubah dan tetap riak walaupun sedikit.
dikaburi sistem jualan
lumrah dunia hari ini. bila segala ingin dikecapi dek cerita dongeng yang disaji. diri mula dikaburi oleh sistem jualan ciptaan yahudi waima nasrani.
kata kata manis mula ditabur. menjual mewah memancing pelaburan dari semua. berpidato riak kononnya setia untuk berjaya bersama sama. segalanya dirancang, diatur. malah pertuturan kini disusun bak skrip sketsa bersenario mario.
mereka termakan. tidak salah mereka. tetapi karangan yang diatur si pencipta sistem memang bravo. tuntutan hidup tidak bersalah. tekanan hidup yang memerah merah. nipisnya iman akal terkoyak. nafsu membuak merobek kehendak.
misi utama hanyalah satu. mengaya sang pencipta menjaya sang penaja. si bawah berhempas pulas disulam mimpi yang bayangnya dilihat jelas. menuju ke atas dalam angannya sang pereka terus bahagia.
hati ini hanya tawar bila berbual. bila sahabat lama bercerita tentang hidup yang konon berjaya jika kita turut serta. mula dan loya melihat teman yang kini setia dikaburi sistem jualan.
hanya satu prinsip dipegang. hidup ini inginkan bahagia walaupun tidak sekaya mana.
Wednesday, December 02, 2009
tamak moden
kesukaran untuk berdepan dengan kenyataan akan menyentap minda dan akal taulan. membuatkan mereka terburu buru tergesa gesa untuk membuat pembaharuan. bermulalah episod tamak di zaman moden yang mengejar kekayaan idaman.
si asabiyah yang dulunya muafakat dek kesederhanaan kehidupan kini berlumba lumba membodek kuasa pimpinan. mengharap perhatian diberi lalu mengimpikan percikan projek yang mengundang pitih seulas dua yang mampu dijoli.
impian si hutan mula tercapai memandu laju jentera mewah ke hulu ke hilir membuat pengumuman. pertandingan kini bermula. si hutan si hutan berjuang usaha cepat ke arah 1 jentera mewah 1 si polan. menghalal cara mencapai matlamat.
tapi, adakala bagus luaran mempamer pengisian. supaya dihormat handai taulan. yang penting doa diiring menghalau riak untuk berpaling.
pergabungan
bergabung adalah penyelesaian terbaik untuk mencapai cita cita. mereka akan bekerjasama untuk mencari peluang mengisi ruang kelemahan yang ada.
dengan cara ini mereka akan berjaya ke atas. kerana mereka mereka yang di dalam perjalanan ke atas akan membawa mereka bersama. atau mereka yang sudah bernama akan mengangkat mereka ke sana.
pergabungan akan memberikan kesan yang lebih jelas. beberapa kuasa bersatu akan membuatkan kuasa kuasa ini semakin kuat. tidak kira negatif atau positif mereka akan tetap meningkat.
sifat sifat ini sangat sebati dengan mereka yang penuh dengan agenda peribadi dan cita cita yang tinggi. saling tak tumpah dengan sifat tumbuhan yang untuk kelangsungan hidupnya menggantungkan sebahagian atau seluruh sumber energinya pada tumbuhan lain.
filem melayu yang best
kerana bangsa selain melayu berada di luar tempurung melayu.
pisau cukur dan setem. mendapat sentuhan pemerhatian seorang lelaki india dan cina kacukan.
pembikin filem melayu hari ini masih melahirkan bahan bahan yang dimainkan secara langsung dalam nada gerak perlahan. opening scene menggunakan crane shot dari atas pokok, ke dalam dahan turun ke batang, bergerak ke tepi langsung establish sebuah rumah kayu yang didiami oleh seorang lelaki melayu tua yang berkain pelikat, baju pagoda dan kopiah lusuh kekuningan.
babak dan skrip ditulis di penghujung 2009 yang menggambarkan kehidupan si melayu pada waktu yang sama.
jika ianya realiti dan ingin dijuangkan, kewujudan teknologi hollywood dan kemenangan filem box offiice selain filem berlatar begini nampaknya satu kesilapan.
Kenapa Perlu Bangang
tetapi itulah senario dunia hari ini. tidak perlu pergi jauh. lihat saja muka depan akhbar akhbar yang menjadi bahan bacaan utama rakyat. dan menjadi bahan bacaan generasi baru yang ingin menjadi dewasa.
letakkanlah benda yang betul di tempat yang betul. lemah betul jika perhatian perhatian dunia hari ini mula ditarik dan sanggup ditarik walaupun dengan cara yang paling menyedihkan.
kenapa perlu bangang.