Monday, November 02, 2009

asabiyah

"mereka memang macam tu, suka berpuak puak"
"diorang kalau dah jumpa puak puak dia, memang tak layan orang lain"

ayat popular berkumandang di telinga aku yang tak pernah nipis. malah sentiasa bangga dan megah di atas bait bait itu.

bersatu kami kerana hati. bersatu kami kerana ikhlas. bersatu kami kerana saksama. pintu kami sentiasa terbuka untuk dimasuki. tetapi sudikah anda untuk memasuki. sudikah anda untuk menyelami. sudikah anda untuk memahami.

tiada yang sukar untuk bersatu. lemahnya pendirian mudahnya berhanyut. itulah kami yang memelihara bangsa. bangsa dan rumpun puak yang sekata. tak kira kaum dan juga warna. satu bahasa dikira keluarga.

namun zaman moden semakin memecut. segala cepat segala berkira. engkau engkau aku aku. hari ini kita bersama berlumba. kasih dan hati semakin susut. darah dan daging semakin kecut. tiada kita tiada kami. tiada suara mengikat janji.

urbanisasi melupus hati yang murni. bersatu umpama keluarga, tiada lagi. tiada bangga bahasa ditutur. tiada megah perbarisan dianjur.

semoga kiasu mencuit hati jelata dan buat mereka tersenyum bangga kerana tiada lagi istilah asabiyah yang akan mengganggu mata mereka di dalam negara.

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sunday, November 01, 2009

pemuzik jalanan

masih diberi rezeki menganjur acara untuk remaja walaupun diri sudah berusia. baru kini mampu memahami hati orang tua yang geli geleman melayan kerenah si riang muda.

acara battle of the band, mencari bakat untuk diketengahkan. pertandingan kugiran peluang peraga kemahiran bermain alat muzik pelbagai genre.

apa yang menggelikan hati diri ini ialah bila mereka mereka itu hadir untuk acara dalam nada rockstar terkemuka dunia yang dibayar berjuta juta. dengan lagak dan gaya, lambat dan kerek. lengkap semua pakej bak artis yang sudah popular.

sabar sahajalah bila dibanding dengan orang orang seni lama. jauh orang dulu lebih disiplin, fokus dan tekun.

kalau ini kualiti attitude, tidak mustahil industri seni negara kekal tepu berkarat setempat. tidak mungkin untuk ke luar negara, berjaya mahupun kaya.

dasar pemuzik jalanan berwayang tinggi.

Friday, October 30, 2009

berangan lagi

Mangkuk betul mamat ni. Dia pergi eksiden pulak kat tempat dia. Tercalar sikit jer pun, sebab lari dari paparazzi. Tapi awak tu dah la top artis dunia. Dah citer tu jadi berita seantero.

Sekarang tak pasal pasal aku tau rupa dan gaya lu naik moto macam mana. Aku ngan lu ni memang pantang la. Pantang tak berangan nak jadi lu.

Sekarang siapa yang susah. Aku jugak yang susah sebab nak kena berangan cari motor macam lu. Pastu bini aku jugak yang susah hati sebab laki dia bawak motor.

Sah sah kau naik kereta kebal ke... Steam roll ke jadi trend. Inikan pulak motor yang klasik lagi cool. Lain kali jangan eksiden. Takde orang akan tulis berita kau. Sure aku tak berangan punya.

Brad Pitt... Brad Pitt... Berapa kali aku pesan kat kau.

Dhani The Swinger



berpeluang untuk hadir pada perlancaran album terbaru Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19 Indonesia berjudul 'Muhammad Dhani & The Swinger' di Bangkok Jazz Kuala Lumpur. Dakyah baru yang cuba ditanam ialah dia merupakan pelopor 'pioneer' genre Jazz mahupun Swing di persada nusantara.

Seperti biasa, dia kekal bongkak dan hanya bercerita tentang dia, dia, dia dan dia sahaja. Bagi aku yang hampir menyembah dia, Muhammad Dhani & The Swinger hanya merupakan karya tumpul 'cover his ass' untuk hari tua yang semakin pancit dan tidak mahu lagi terkinja-kinja.

Ujarnya, album ini lebih kepada idealis dirinya sendiri atau dalam kata lain, album syok sendiri. Akurnya dia bila terpaksa berbelanja dengan wang ringgit sendiri sambil lagu lagu yang diremake kembali pada nada swing adalah lagu lagu kegemarannya sendiri.

Namun awranya dilihat semakin kuat di Malaysia apabila, kini peminat peminat barunya adalah terdiri daripada golongan golongan yang suatu ketika dulu mungkin tidak akan menerima Ahmad Dhani Dewa 19 dan juga The Rock.

Muhammad Dhani & The Swinger terbukti menyelamatkan kariernya sambil meletakkan namanya bersama pendengar muzik jazz dan swing yang rata rata terdiri dari golongan atasan dan elitis.

Wednesday, October 28, 2009

munafik jika tidak berpoligami

adoyai... letih sungguh fahaman dan ajaran si muhammad dhani sekor ni. konflik rumah tangga dibuatnya. ilham mana entah datang tiba tiba membuatkan dia buat statement sebegini.

lagu dan karya seni dia terlalu hebat untuk i.q serendah aku. mengagungi dia adalah harus bagi umat melayu ini yang turut meminati seni muzik dan jiwa sebegitu.

namun kontroversi terbaik membuatkan diri ini terduduk seketika dan berehat sebentar dari terus menyanjungi beliau.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/10/26/mstar_hiburan/20091025122436&sec=mstar_hiburan

binatang dalam kita

bayangkan kita adalah manusia terkaya di muka bumi. segala benda mampu kita beli dan miliki. terutamanya jika ada yang bercita cita untuk membeli kelab kelab bolasepak ternama di dunia.

bayangkan kita memiliki wang yang tiada hadnya. apakah 3 binatang yang ingin kita pelihara?

1. binatang pilihan pertama : menggambarkan perwatakan yang kita mahu orang fikirkan.
2. binatang pilihan kedua: menggambarkan perwatakan kita yang orang lain fikirkan.
3. binatang pilihan ketiga: menggambarkan perwatakan kita yang sebenar.

pilih 3 binatang sekarang dan anda pasti kenal siapa diri kita sebenar.

apa binatang dalam hidup kita?

bila judging a book by the cover

'meeting', perkataan yang memang asing bagi mamat kampung ini 20 tahun lalu ketika riang riang berlari lari di kawasan perumahan rumah kami. hari ini, situasi itu sekerap ruji ke tandas yang dijemput berkali kali.

semalam, berpeluang ber'meeting' dengan orang besar akhbar kegemaran arwah ayah 'the star' bagi membincangkan mengenai akhbar bahasa melayu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

hamba ini tampil dengan jeans koyak, bertshirt band hitam, dengan converse menyarung tapak. tidak lupa rambut kerinting menyelaputi kepala juga kaca mata selenga peneman mata. betapa diskripsi itu menggambarkan betapa cikainya individu ini.

sesi perbincangan rancak berjalan. idea berterabur di meja mencari kata tagline untuk akhbar mingguan terbaru versi malaysia. sehingga giliran suara ini berkumandang tiada sesiapa yang menghirau waima mengambil kisah sumbangan maklumat yang cuba dikongsi.

diri ini sedar kerana mereka mereka berlabuci di kepala mahupun berbaju kot berfabrik mewah tidak mungkin ambil peduli. diakhir majlis senyuman dan bualan mula disahut setelah kad nama diserah bertulis creative producer,"ooo... for sure you can give us creative idea la...."

bila judging a book by the cover... itulah manisnya.

Tuesday, October 27, 2009

bayi vs kereta

situasi berlaku di kawasan orang orang kaya tinggal. waktu pula jam 9 malam. ada yang baru balik kerja dan mungkin ada yang baru lepas makan malam.

ibu dan ayah dan mungkin saudara mereka sedang menolak kereta sorong bayi untuk melintas jalan raya yang tidak terlalu sibu tetapi tidak terlalu tenang. cuma ianya agak kelam kabut kerana ada stesen minyak dan satu lorong keluar.

mereka terperangkap di tengah tengah mengharapkan dengan mudah diberi peluang untuk terus melintas. alangkah hebatnya rakyat malaysia yang terkenal dengan budi bahasa serta nilai murni amalan hidup kita, malaysian airlines = malaysian hospitality, bersalaman sambil meletak tangan di dada tanda welcome dan adat resam yang tinggi dalam setiap kaum.

tiada sebuah kereta pun yang memberhentikan kereta mereka memberi peluang keluarga tadi melintas jalan. masing masing memperlahankan seolah olah memastikan keluarga itu tidak melintas dan sebaliknya membenarkan kereta kereta itu pergi terlebih dahulu.

mungkin kesemua mereka yang memandu tadi terkena cirit birit. kerana dengan berhenti selama 12 saat dan membenarkan keluarga bayi tadi melintas, mereka akan terkincit di dalam kereta lantas tahi tahi cair mereka tadi tepercik ke muka lantas dijilat kerana begitu bangga mereka mampu berak di dalam kereta sambil berlalu mentertawakan bayi tadi yang hanya berjalan kaki di jalan raya.

budi bahasa amalan hidup kita.

Monday, October 26, 2009

konspirasi murahan

selalu begitu. perjuangan kecil kecilan menentang kezaliman. tak kira di mana zalim berlaku. ingin ditentang sepenuh hati, perasaan dan emosi. tubuh dan jiwa kecil ini sering meronta bangkit berjihad mencari sempurna.

maka timbul konspirasi murahan dianggota mereka yang tumpul semangat sekadar syarat. namun niah dan azam tetap kuat walau dirasuk melayu perlahan berjalan segan.

akhir kata mereka pecah bertabur kecil meratap hati. membawa diri mencari paksi. nasib yang sama di mana mana paksi dicari, paksi ditemu tetap paksi penipu.

Sunday, October 25, 2009

EH!

Party Ulangtahun 10 Yang Anggun untuk majalah EH! berlangsung dengan penuh glamour meraikan pembaca pembaca setia mereka. rata rata pembaca berdemografi Young Executive Urban area. Tahniah diucapkan kepada Blu Inc, penganjur yang begitu hebat bergaya.

Camelia, Ella, Rozita Che Wan, Fasha, Tg. Azura, Fazura, Dato Siti, Maya Karin, Nasha Aziz dan Diana Danielle merupakan 10 Yang Anggun pilihan majalah EH! Pilihan mereka agak tepat dan bersesuaian. Terbukti itu kepakaran mereka.

Namun manusia tetap hebat mencari cacat cela. Dan ada beberapa saja kekurangan acara tersebut yang mengusik hati ini.

Kehadiran peminat melebihi kemampuan lokasi menampung bilangan.
Panas yang terlampau yang merubah sebuah kelab pub bistro megah CENTRO kepada sebuah sauna dan pusat kecantikan pemanas badan.
Kelam kelibut reserve seating yang tidak mengambil berat pihak media yang berpotensi memberi milage kepada penganjur mahupun artis yang hadir.
Sikap ajk pendaftaran yang membelakangkan ajk penganjur bersama dengan tidak menjaga kebajikan masing masing.

Namun segala-galanya mampu dihurai selesai jika sikap ignorance lenyap dalam diri setiap insan.

Waima obstacle yang melanda, EH! Tetap Maintain Anggun. Keep it up guys.

Saturday, October 24, 2009

lesu untuk berhibur

lagi bercerita soal usia. kuat sangat terasa lemahnya anggota. terutama ketika ingin melakukan kerja kerja. walaupun dalam tema acara yang gemilang ceria. badan ini seperti ditarik tarik untuk berbaring di katil sahaja.

lemah dan tidak semangat walau perkara perkara berlangsung di venue yang megah bergaya. bicara tentang segala kelab mahupun penaja berjenama. badan ini mengalah untuk alpa di rumah bahagia.

salam perpisahan buat dunia hiburan yang ingin ditinggal perlahan demi perlahan.

600 ribu ringgit untuk sebuah motor

memang tahap gaban minat mereka ini. jentera beroda dengan harga sebegitu rupa. memang sah fanatik atau orang kaya gila.

kalau di hometown aku 600k mampu terbina sebuah mahligai syurga berbilik 10 beranak 20 gayanya.

tapi itu dinamakan kepuasan dengan tahap yang berbeza. kejayaan di paras yang diluar duga. serpihan kisah hidup di negara kita.

nipis saja jika dibanding mereka di UAE atau pemain bola bertaraf dunia.

gua bajet lu punya bajet memang sempoi

sedar diri pemilikan kuasa yang rapuh dan mudah runtuh. pembentangan bajet dilihat sungguh selamat dan teliti mesra. memilih jalan untuk digemari jelata.

anyway whatever nawaitu waima ulterior motive, segala terucap dan tertulis kekal diaplikasi. jika selalu majoriti rakyat yang menanggung buli, kali ini kerajaan konon menanggung rugi.

atas modal rakyat didahulukan. bajet ini adalah bajet rakyat. memang sempoi.
memang gua bajet lu punya bajet memang sempoi.
lu tadbir negara dan buat lawak pun dah macam A C ?

ducati events oleh naza

naza cukup kaya dan hebat dalam menjayakan events ini. melancarkan model ducati street fighter terbaru dengan penganjuran party yang begitu happening bersama warna tema logo ducati iaitu merah putih.

namun seperti biasa, kehebatan cara globalisasi bersuka ria, air air itu dijamu secara percuma. rentak lagu berdentam dentum juga sudah cukup untuk menggoncang kepala kepala pemilik ducati, ferrari mahupun si kaya bermotor chopper.

tidak mampu untuk menghayati, aku yang disarung sweater vespa lebih sudi meneguk teh tarik setelah melangsaikan tugasan yang disaran syarikat bekerja.

tahniah untuk naza atas kelancaran acara.

Thursday, October 22, 2009

jika mampu aku carut dengan halilintar

laknatnya sikap mereka mereka ini yang nyata sial juga sifat budi nilai hati benak. sial insan insan yang celaka tidak mulia menilai nafas dan nyawa umat lain terutama mereka bergelar anak kecil kita.

tergamak tangan kotor bangsat si sial hanjing menyentuh jamah meluka tubuh budak yang tidak kenal erti neraka. suci mereka menghadap syurga dibiar hidup bersama sial sial celaka melakar pedih tubuh murni anak anak kecil milik Yang Esa.

jika mampu aku mendoakan hidup hidup si sial sial ini dicarut dan direjam bagaikan panah lintar merentas badan hanyir mereka yang menakung darah jahanam hidup selama seketika meminjam harta tuhan berkuasa.

kau calarkan anugerah DIA umpama kau lukakan hati seluruh umat jelata. jika mampu aku menderhaka, akan ku hancurkan anggota sifatmu satu persatu agar engkau tahu erti berderai pecah hati aku meratap sanggup kau merobek tubuh si kecil suci yang tiada berdosa.

semoga Allah dapat membalas.

kreatifnya aku

dibawa berjumpa client untuk meyakinkan idea syarikat itu gempak dan mampu dijual. rasa seperti peguam pula. diberi peluang untuk merapu dan memberikan gambaran terbaik kononnya dalam memasarkan produk dan kempen mereka.

dengan vokal dan gaya persembahan tangan senada adlin aman ramli. melayu kampung ini berjaya membuahkan pemikiran yang kononnya berseni kepada bangsa lain yang selama ini memandang jauh ke bawah umat takkan hilang di dunia ini.

kepuasan dan riak kecil mula terbit dalam melangsaikan kerjaya yang sebelum ini terumbang ambing nilai penghargaannya.

syukur aku dikurnia minda gila ungkapan arwah terhadap dunia seni kreatif jiwa.

kalam perdana

tidak pernah ada hati untuk mencuba bakat yang kurang yakinnya pada arus perdana. mampu menglipur dan berkarya yang sederhana indahnya sahaja.

aku cuba mencuba bercerita lama kenangan tokok dan tambah untuk dilihat megah di laman perdana milik air asia. blog.airasia.com diberi nama.

percubaan santai yang menikam tiket untuk ke motogp berjudul 'my wildest ride' dan terkena tikaman itu untuk menghadiri di grandstand utama.

tembakan itu mengena. karya itu terpapar pada dada laman coretan yang semakin popular. penglipur ini hanya mencuba dan terus mencuba. dalam menghayati nafas ketika masih ada.

kalam jumud ini kini cuba hadir jolokan kalam perdana.

curiga

bila ada bisikan dia. maka curiga muncul mengusik jiwa. mengganggu kekukuhan tiang terbina. hati ini harus kuat dan iman itu main peran.

tawakal saja pada pemilik moga redha temani kalbu.

hadir curiga menguji hati yang cuba mengukuh jambatan kasih cinta demi dia pencipta kita. tepuk dada tanya selera dan jangan kau hampiri jahil jika itu perapuh batil.

Monday, October 19, 2009

aman malaysia

baru setepet ilmu mengembara ke luar negara tetapi masih tercari cari negara negara lain sehebat malaysia. hebat menyatukan segala menu di seluruh dunia hanya di satu foodcourt sahaja. foodcourt itu pula berada di mana mana di negara ini. yang paling menyukurkan ialah semuanya halal.

murah pula dibandingkan dengan segala negara di dunia yang menyajikan menu yang sama. ada juga meletakkan harga yang gila hanya kerana menu itu menu yang unik di negara mereka.

amannya malaysia bila pelbagai bangsa hidup bersama tanpa sebarang benci cela. selain dihasut atau disuntik hasad seketika masa oleh mereka yang tidak bahagia.

terbukti bila segala macam bangsa dunia mengharamkan diri memijak di bumi malaysia tercinta atas dasar mencari kerja. tidak pula rakyat negara ini kecoh menghalau mereka kerana masyarakat di sini bergeliga walau digelar dunia ketiga.

indahnya hidup tanpa sebarang perang, ganyang, gempa mahupun celaka akibat restu dari Tuhan yang Esa. biarlah malaysia terus aman dan bahagia sehingga kau seru israfil meniup sangkakala.

tunjuk power

pethatic - bila kita mengenalpasti tindakan atau perlakuan yang disengajakan. dengan niat mengharap reaksi tertentu. yang paling kesian bila ianya adalah usaha untuk menunjuk kekuatan yang terang-terang disedari oleh sekeliling sebagai sesuatu yang sia sia.

ini kerana terbukti ada pertelingkahan peribadi semulajadi dan juga perlakuan yang dibuat buat tadi.

lalu wujud perasaan tidak hormat dan memupuk kebencian terhadap mereka mereka yang pethatic ini dan jelas melanggar kehendak Esa untuk menidakkan permusuhan sesama insan.

penang

melihat dari kacamata ingin memiliki. sesebuah negeri atau negara memiliki kelebihan tersendiri. kurniaan Esa dari segi geografi mahupun demografi. namun bagaimana diaplikasi dan siapa kini yang mengemudi.

kelekaan kerajaan persekutuan memberi peluang kepada pulau mutiara ini dikuasai oleh pembangkang parti. sedang aku mengkhuatiri apa sangat yang dimahukan pada sebuah pulau yang kini menjadi nadi.

usaha kerajaan besar menakluki tertumpu kepada dun dun ketot kemetot yang memberi kepuasan sorakan untuk bergaduh sesama psychography. sedangkan seluar terlondeh untuk memerhati sebuah negeri yang berpotensi menakluki selat selat laluan ekonomi.

masih tidak mahu belajar dari kehilangan singapura oleh PAP. dan kini melempias kebodohan yang sama terhadap penang kepada DAP.

lubuk itu tetap lubuk. negara yang dulu lengkap memiliki segalanya baik dataran, kuala dan juga pulau kini bakal hilang anggota.

melihat penang dari kacamata rakyat yang perihatin. penang sebuah pulau ekonomi nadi negara yang harus dimiliki.

memandu marathon

dari penang ke kuala lumpur. memandu dalam suhu mengantuk dan letih dari percutian yang mencabar dan mengembirakan. tetapi dikejutkan oleh beberapa teguk nescafe classic.

berjaya menamatkan perjalanan pada exit tol jalan duta.... blueekkkk 3 jam lebih... wuhu kereta yang banyak dan meriah selepas pulang beraya vathukal.

masuk pula ke highway DUKE... memecut pantas kerana tidak sabar untuk menjengah rumah yang ditinggalkan selama hampir 5 hari. dan apakah nasib ikan puyu ku terpaksa berpuasa 5 hehehe...

selamat tiba. dengan pantas dan cargas memandu ke ampang point untuk membeli hadiah kepada adinda ke 5 yang menyambut harijadi pada hari yang sama dan menanti di rumah bonda di putrajaya. alamak! ampang point takde... langsung ke KLCC butik nike mencari jersey MU. opocot! dah habis... adoyai... ok... mengangkat sweater yang agak gempak juga designnya berbanding LIV...

vroooommm!!! memecut ke arah jalan Tun Abdul Razak untuk ke highway sungai besi - seremban. dalam masa setengah jam tiba di putrajaya dengan rasa yang cukup lega langsung mentekedarah jamuan makan yang telah disediakan. singgey, budu, petai, tempoyak yang melempiaskan nafsu kelaparan pengembaraan.

alamak! harus memandu pulang ke rumah. memecut lagi dengan pantas kerana apa yang dibayangkan hanyalah bantal yang empuk di atas katil.

krooohhhhhh zzzzzzzzzz akhirnya... dengan selamat.

Sunday, October 18, 2009

para para parasailing

haram aku nak mengadventurekan diri kalau mengharapkan kromosom semulajadi. tak kira apa aktiviti. sesempoi roller coster hingga ke bungee jumping. semenjak dua menjak tiga menjak ni jer perut semakin nipis ususnya bertoleransi dengan kehendak insan bergelar isteri.

bermula dengan sesempoi chairlift yang tinggi dan tak pakai seat belt begitu juga dengan gelongsor waterpark yang membuatkan adrenerlin semakin cair membuak di dalam darah kecut perut keturunan famili samseng kampung dusun ini.

ke pantai batu feringgi, diiringi riak riak pelancong yang rugged diri. aku mula melangkah perlahan macho di atas pasir bersama isteri dan anak menuju ke tepi pantai. preeeennnnnggggg!!! jetski mula melintas. prrrroooooooonnnnnnnn!!! motobot meluncur eksyen... nun jauh di atas langit dua payung terjun terbang ke kiri ke kanan pantai membawa makhluk makhluk bergayut bernama manusia.

aktiviti ini nyata merangsang nafsu isteriku yang cukup nipis toleransinya terhadap sukan X atau lebih dikenal sebagai xtreme game. sungguh opposite dengan sifat ku yang lebih suka menghabiskan masa di dapur, mengemas rumah dan melipat kain baju.

demi cinta ku sahut saranannya yang ingin berduet di atas langit berlantai laut dengan acara diberi nama para para parasailing kesuma jiwa jantung telurku bagaikan direntap ke dasar.

dipakaikan cawat menggantung dan jaket keselematan dan menunggu giliran. bagaikan menunggu masa untuk dibius bagi menjalani pembedahan. berdebar debar jantung ini bagaikan menunggu keputusan peperiksaan. (ya rite, peduli tahik peperiksaan)

melangkah tali payung diiringi mamat mamat pantai bertubuh awie berkulit acapan. dengan kata kata nista bermain angin menghenjut ringgit yang suspen di awan. yang paling tak boleh blah dalam nada dia menyuruhku tenang dia berkata," rilek bro, banyakkan mengucap bro, asyahadualla ilaha illallah..."

waktu itu juga klip cawat ku mula disangkut pada tali payung yang bakal diterbangkan oleh bot laju panduan kawan mereka. terkebil terpinga biniku sudah ceria bersedia dengan aku yang menyusun otak mendengar penjelasan berlepas mendarat pada kali pertama. hati ini cuak dan takut hanya rumpai laut yang tahu.

bot mula berlepas. tapi terhenti kerana terlanggar kaki mat saleh yang sedang menyelam. kami yang sudah bersedia berlari anak untuk terbang terhenti terkujat dan tersangkut blur. bot kembali melaju dalam nada kami berlari anak sambil keliru dan aku tersentak dengan lompatan badul biniku yang ceria untuk berlepas sedangkan masa masih untuk mengambil lajak.

terjatuh ia ke lantai pasir dengan aku yang terhegeh hegeh mengekal langkah untuk tidak tersungkur aib di depan masyarakat antarabangsa yang rata rata merakam untuk dihantar ke video zonkers. dengan berhati hati tangan ini menurut kata arahan dan isteri ku kembali berlari kami berlepas ke angkasa dengan jayanya.

berberapa jarak di atas permukaan laut, aku mula tersedar yang ianya bukan kelakar mahupun lawak. cawat tadi menggantung aku dalam imbangan anu yang agak seram lalu menolak jaket untuk mencekik leherku yang agak kaku ketakutan.

mula menarik nafas debar dengan ayunan payung kami akibat kaki isteri bergoyang ceria keriangan. aku berfikir membetulkan posisi kedudukan. melihat pada tangan yang diarah untuk berpegang pada tali biru klip pemegang, bingung sebentar rasanya jika dengan ketinggian ini aku terpetik klip lalu terbuka melepaskan burung bagak ini menjadi habuan jerung penang yang lapar daging kelantan.

aku berdiam bernafas perlahan. melihat gelagat bini yang melambai lambai tangan bak burung riang berterbangan melupakan suaminya seekor kambing yang diberi sayap usang. cuba bertenang dan mampu bertenang hinggalah payung kami semakin tinggi dan mula digoyang.

menyumpah membebel sambil beringat. takut terjatuh sambil mencarut neraka padahnya. berselang seli ayat ayat dibaca sambil bebelan melayu memain peran. agenda menenang hati yang beberapa minit tergantung di langit tinggi membunuh diri.

tinggi bukan kepalang. beri saja berapa tingkat hotel di pinggiran, bisa aku cuci tingkap tingkap mereka. sayup sayu melihat insan insan lain bertaburan bermain main di atas pasir pantai di bawah buaian kaki kami. hati semakin kecil teringat akan goyangan angin yang bergurau kejap ke atas kejap ke bawah.

aduh lamanya rasa bagaikan menunggu kereta yang sedang di servis. namun di selekoh terakhir penerbangan kami mula di atas pasir dan bukan di atas air. ku sangka kalau dua makhluk ini menghempap bumi hancur tenggelam saja mereka yang lain.

tiba tiba laungan mamat mamat pantai mula berkumandang. "tarik! tarik!" cuba mengenang arahan untuk mendarat, kedua dua tangan lemah ini harus menarik kuat tali payung di sebelah kiri tujuannya untuk mendarat tiba.

akhirnya penerbangan semakin menuju ke penghujung. masyarakat pantai kelihatan semakin besar dan kami mula melintas atas kepala kepala itu sambil mereka menunduk nunduk tanda kami sudah terbang rendah.

ibarat nada gerak perlahan pesawat payung terjun laut ini menjunam bagaikan dirancang. jeritan lari... lari... pula dilaungkan. setiba di atas pasir pendaratan dibuat dalam gaya tersendiri.

para para parasailing tadi jatuh terbaring. satu ayat terlahir dari mulut ini... "ini adalah pengalaman pertama dan terakhir seumur hidup aku..."

Friday, October 16, 2009

berhimpun kita

melaung laung, menggulung gulung, bernista kata. beberapa hari acara gemilang membebel tuli bak wayang kita beradu suara. dengan dana yang ditaja rakyat jelata.

namun itu hanya ibarat episod lanjut drama bersiri siaran ulangan terbitan tempatan yang kelakar seramnya.

watak baru, impian baru, harapan baru dibentuk jana mengharap sokongan semua melempias acara depan negara. dialong baru mula disunting dipetik tulis menjadi slogan slogan muda membakar jiwa.

demi negara tercinta, demi pemimpin wibawa, ku turut serta bertamu curiga bersama sama.
berhimpun kita.

kalau dah jahat

susah bila orang semulajadi jahat darahnya. tak bisa melihat insan lain bersenang tenang. dengan rela hati dia membuka langkah mengganggu tegur walaupun bercuti lena. atas dasar memperingatkan jawatan yang disandangnya.

ironik dan jelas kebodohannya bila bertanyakan perkara perkara sumbing yang tidak ditanya bila kita terpacak tegak di depan mata. diibaratkan kita bagai halimunan ceria melompat tanpa disapa.

kalau dah jahat jahat lah jua.

Monday, October 12, 2009

bazir atau sunyi

tabiat paling entah. suka memasang tv ternganga tanpa menontonnya. sekadar tahu ia terpasang dan terus berkumandang. bazir gayanya. kerana tangan mengetuk laptop. mata pula memandang monitor.

apa yang dibebel tv dibiar begitu saja. tapi jika ditutup sunyi pula. penyakit atau tabiat? atau membazir seperti kaya. hakikat sebenar mungkin penakut agaknya.

gelombang radio

kejutan budaya bila mula bertukar cerita. dari tv ke online dan kini radio pula mula dicuba. alhamdulillah bila mampu untuk mengadaptasi segala cobaan dunia. sementara semua masih ada.

radio hari ini semakin nipis pertimbangan pendengar terhadapnya. dia media yang pertama diguna untuk menjana berita di dada. timbul tv yang tampil memuaskan mata dengan visual indah belaka. internet pula mula membuka minda dengan proses interaksi dan menyuap khidmat kuasa di tangan kita.

dugaan untuk merancakkan radio di hati insan sesukar juang yang kini tumpul kuasa. pengalihan perhatian kini semakin menggila. pelbagai perantara semasa yang harus disaing untuk membawa radio kekal dimain.

bicara soal muzik terbaik tanpa henti sebagai nadi, agak kolot baunya. bersaing dengan telefon bimbit secangih stesen penyiaran peribadi gayanya. tak terkira gajet gajet halus yang memberi puas nafsu robot semulajadi diri diri urban di negara ini.

pengisian kreatif dicabar cabar untuk menyaing pesaing lain. apa sangat yang mampu dimuat jika lagu sudah mula padat. benak dan senak bila terkepit meletak bahan yang dilihat ringan. namun tiada sambutan melekat bila pesaing semakin hebat.

formula demi formula, sains demi sains. kreativiti kini hilang sentuhan. diharap kajian memberi kesan. ditambah sesat si consultant berangan.

gelombang radio mula tawar. setawar tea o dibanding ribena. doakan aku terus merawat. disamping idea yang makin karat.

105.3fm mampukah dia bertukar hebat?

masa itu emas

masa itu sangat berharga. janganlah kita mempersia siakannya.

apatah lagi aparatus yang digunakan untuk menilai waktu juga mahal seperti emas.

bangsa apa yang menghargai waktu mahupun alat itu.

bangsa yang maju?

Sunday, October 11, 2009

kesukaran

memikul tanggungjawab agak sukar. jika diri ini tidak lengkap. atas dasar kasih dan sayang perjuangan tetap diterus.

diduga itu ibarat harus. dunia yang penuh ujian. sabar itu pasti untuk menuju bakti.

sukar menjadi gusar untuk terus segar.

Saturday, October 10, 2009

serangan sundal

minah ini spesis yang pathetic. tidak pernah kenal dunia sebenar dan terlalu jahil bertanya khabar. salam ice breaking sudah pun mengalami detik detik bangang di mana zahirku yang nerdy ditafsir seumpama. lalu aku sudah mula membuka ayat mematah gerakan.

bermulalah dendam dendam sedih si sundal pathetic tak cukup kasih sayang menarik perhatian dunia. ditambah pula kurniaan Ilahi yang tidak seberapa untuk dia redha dan bersifat mulia. namun hati dibalut selaput sial sentuhan syaitan untuk bersifat sebaliknya syurga.

hari demi hari mencari pandangan dan juga sandaran. dengan suara sumbang berkumandang kononnya mengundang pujian dari umat taulan. janganlah kau berangan kerana ukur diri di cermin badan. memang tak semegah wajah mahupun zahir ciptaan tuhan. untuk engkau jadikan pedoman supaya beramal bertabiat tauladan.

muka yang cantik berperangai hodoh tempatnya ada di dunia yang alpa. muka yang buruk bersifat mulia, tempatnya di sisi Allah tercinta. muka yang buruk bersifat celaka, tepuklah dada tanya selera, di mana layak patut kau berada.

serangan sundal biasa kutempuh. ku faham matlamat untuk menjatuh. aku berundur bukan ku kalah tapi tak sanggup bergelumang si bangsat yang murah.

salam seribu penghinaan buat manusia agung di sisi syaitan.

Thursday, October 08, 2009

penjajah mula dijentik

membebel bebel membentang idea. bukannya baru pun idea itu. cuma 10 tahun terdahulu diguna di negara dunia pertama. mat saleh consultant ni datang mengencing negara dunia ketiga yang ternganga bagai merestui JWbirch seterusnya.

bongkaknya bagaikan dia terror. kreatif konon dan juga kritikal. membantai budak budak malaysia yang terhegeh berjuang menapak aman mencari nafkah.

bertanding kejayaan bila bicara tentang piala dunia. dialah segalanya dan kita tiada. dialah maju dan kita tidak. dialah pencipta dan kita pengguna.

sebaris saja yang terpacul dari mulut si kampung tok janggut ini; "yet you still earning your salary in this country..."

suria kita

menghargai mereka mereka yang menghargai suriafm. rumah terbuka sempena hari raya berjalan lancar. sebagai ahli baru, semuanya agak asing dan janggal. melihat tetamu dari kacamata team suria.

stesen radio yang suam suam ini banyak sejarahnya. sukar sungguh melangkah jaya dalam industri yang penuh pancaroba. muncul makhluk murahan ini menyertai pasukan akibat tawaran yang disalahsangka.

makhluk ini berada di mana mana. sehingga mual juga dilihat rakan kerja. luasnya jarak pertukaran kerjaya. dulu diratapi kini dipandang sebelah mata.

karakter gila tetap setia. ibarat semulajadi di dalam jiwa. lalu makhluk janggal ini mula mengeluarkan warna. warna yang pernah dipapar pada majikan majikan sebelumnya. melawak spontan seperti biasa.

episod lama berulang kembali. jelingan puaka muncul bertubi. semuanya ternganga bagaikan terkejut. melihat aksi yang kelakar takut. makhluk ini dipandang sinis. selepas cahaya terpancar manis. dari diri yang ceria habis. bagai sempurna hendaknya digilis.

makhluk ini sudah lali. disuka mula dibuang benci. apakan daya semula jadi. perlahan awal diakhir belari. bakat yang ada kurniaan Ilahi. tidak pernah dipinta untuk didengki. usahakan diri kau mampu berdiri. berdiri selari hasad dijauhi.

mulanya episod merendah diri. setelah warna dipancar tinggi. tak mampu ku tahan empunya naluri. tapi ku tahu ku punya hati.

selamat hari raya aidilfitri. mintak mak kuih sepotong. saya mahu makan kerna saya suka lompat lompat macam ibrahim ali.

meeting with naza bike

cool jugak. they plan to have something in radio. promo kind a thing. the GM strategy is so happening and so cool. patutlah kena kidnap from developing modenas with his brilliant ideas.

best betul orang yang gifted nih. ke mana saja ada rezekinya. Naza is having their carnival n street party soon. in conjunction with motogp. juga meraikan pelancaran ducati street fighter serta kehebatan automotive kolaborasi naza yang lain.

limited time to impress whos who in a straight forward meeting. alhamdulillah with the touch n the smile, i've been offered to purchase any naza bike at staff price. huhu... without having to work with them. kelakar and perasan giler. (credit to arwah ayah)

to confirm that, after small chat with the meeting members, the GM announce that he is kelantanese and keturunan Nik's. his final ayat for his staff during that is "we kelantanese is always related, if he kena pukul, i will be with him to fight back."

relaks tidur makan

tiada lagi definisi ini. katanya bajet semakin kontang. gara gara bergabung gagasan sempena 1negara. hehehe aku suspek bajet lari pergi kat team lumba kereta negara.

kesian dengar cerita teman teman dihentikan, dinasihat henti dan tidak diperbaharui lesen memandu tugasan mereka selama seketika.

teringat lagi kata kata ketua bilik tempat aku tercanguk hina, "kat sini tak akan buang orang sebab kita kukuh, kat luar sana susah nak cari kerja dikala gawat ini"

rezeki makhluk diberi Allah. hati hanya perlu tawaduk. insyaallah dia murahkan. mana saja kita berada untuk bertugas, bertugaslah dengan jelas. jangan diganggu relaks tidur dan makan.

Wednesday, October 07, 2009

ke luar kotak ke dalam tempurung

melaung bagaikan yang lain itu jumud. ketinggalan di zaman batu. menyuruh menyaran agar berfikiran di luar kotak. menjadi lain dari yang lain. hebat berjaya dan terus ke hadapan.

itu hanya impian dalam bentuk ucapan yang digarap bagaikan tersusun teks teks mereka. ucapan harapan yang mengharap dilabel cendiakawan lantang berpendapat.

sedangkan kotak itu adalah mereka. mereka yang berkemeja putih berseluar hitam berminda ketat bagaikan karat. fikiran tadi melompat dan cuba melompat keluar dari kotak kotak ini.

lalu terpelantun ke dalam tempurung yang bersabut lembap. umpama pelikat bergajah duduk berjaket hebat.

fikiran itu masih di dalam. kalau tidak di kotak atau tempurung, ianya di hati yang sendat.

mengumpat itu brainstorm

paling sedap umpama meratah ayam goreng rangup. berbicara menganalisis sisi gelap insan lain atas dasar menginsafi. atau menjadi kayu ukur peribadi yang lebih berdiri tinggi budi pekerti.

petah dan arif mengenalpasti, salah dan silap strategi musuh dibenci. umpama juri sempurna dunia akhirat mengadili sifat mereka.

peduli apa, yang penting serakah dilontar bingit berdegar degar disambut gelak setuju handai taulan. berbicara kisah mereka ada buruk dan ada baiknya.

hari ini ramai berkata, mengumpat itu adalah brainstorm, supaya diri tidak secelaka mereka.

dasar penjajah

mat saleh kembali menjajah. kali ini memegang nama yang lebih gah. consultant katanya. menuju mangsa berpangkat tinggi serta berkuasa. memantau dan mengawal minda mereka.

si barua mudah akur dengan kulit putih kepala botak dan hidung besar penjajah ini. tambahan marhaein tempatan berhidung kemek sawo matang walaupun cerdik diherdik kerana tidak perlu diimport.

si mangkuk penjajah ini mula membuka stratergi membodek dan membasuh otak penjawat tertinggi supaya mencuci minda bawahan lalu akur kembali pada idealogi sumbang mereka. maka membazirlah perjuangan pahlawan negara menuntut kebebasan dan kemerdekaan yang kini menjadi lambang perayaan sahaja.

semakin berlambak lambak tuan penasihat import menenggek bontot di syarikat konglomerat muntahkandarah ringgit buta sambil melibas maruah dara negara.

si nombor berkreatif

latar seseorang memain peranan. kelakar sungguh berhadapan si kaki nombor menilai kreativiti seseorang. itu ini dicarinya sebab. umpama akaun yang tidak seimbang. umpama kira kira yang tidak dikunci.

menilai setiap perkataan bagaikan nombor. menafsir setiap dialog umpama mencari untung rugi. kelakar juga situasi. menuju tepu juga jika ianya hari hari.

sabar sajalah. si nombor mula berkreatif, si kreatif mula menjadi geli.

Tuesday, October 06, 2009

kerja keras

tidak bijak dan tiada sentuhan. itu saja kesimpulan yang dapat dibuat dengan senario yang berlaku. bagai nak rak bertungkus lumus tetapi keputusannya menonggeng.

susah kalau dah nahkoda keras kepala sombong mengikut angin sendiri. tidak terbuka minda untuk menerima pandangan orang. bila penghujungnya jahanam, mulalah semuanya harus menanggung bangang.

tersengeh bagai kerang busuk mencari kambing hitam. untuk berkongsi kebodohan hasil dari kerja keras yang tidak langsung bijak mahupun ada sentuhan.

Sunday, October 04, 2009

kasih kan anak

ibu dan ayah mendekati anak dalam nada yang berbeza. dengan nilai yang sama iaitu kasih dan kasihan kan si anak.

melihat atas dasar insan comel, sepi dan tidak akil, hanya jantung saja layak ditugar ganti. begitu erti sayang yang dipapar ibu dan ayah.

anak itu kurniaan dari DIA yang maha mengetahui nasib takdir setiap insan di dunia. melengkapkan kisah penciptaan dari syurga, dunia dan kembali ke alam kekal.

ujian, dugaa, sudian dan kurniaan mewujudkan rasa kasih ibu dan ayah kepada anak anak mereka.

Peringatan peribadi:
"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. "

matlamat menghalalkan cara

menggila bagaikan dunia ini dia yang punya. berlagak tuhan dengan jawatan yang disandang. menghukum hakam membabi buta tanpa dalil mahupun alasan yang munasabah. gerak gerinya bagaikan dendam yang tak pernah padam. atas sejarah diri yang pernah kecundang menjunam ke bawah.

matlamatnya tidak pernah jelas. kabur sekabur kabus dikala kepul asap mencemar mata bumi dan insan merenung hidup suci. semakin hari semakin jelak dengan ikhtiar songsang untuk menongkat langit beradu kuasa. kejam yang kucar kacir mentadbir pejabat kecil mampu menabur pasir halus berkaca di dalam periuk nasi.

tuhan saja mampu membalas. tuhan saja melindung mangsa. menggila gila membukan bukan gaya menyusun atur malah memorak peranda masa hadapan kantor penat yang semakin tenat. dirobek, dilacur dan dirompak halus hanya untuk diri yang impinya ke atas sambil diludah pemain industri lain yang juga membuak loya kerenah mangkuk.

itulah gaya bila matlamat bangsat menghalalkan cara menternak sifat menuju neraka.

tuntut penjelasan

hairan aku dengan perilaku manusia yang pelbagai. yang paling tidak terima akal bila tiada simpati perikemanusian.

kasih terbina lihatnya bagai terutuh padu antara mereka. sehingga menguntum ikatan yang tidak mampu terlerai bergelar zuriat.

namun dizahirkan kekejaman dan tiada simpati untuk meratap kembali simbol hubungan yang tercipta.

bagaikan lalai hilang arah wajah kehidupan.

aku hanya ingin tuntut penjelasan di atas pembiakan perlakuan perlakuan sebegini.

Wednesday, September 30, 2009

idola niaga

kagum langsung pada pencapaian dia. sinisnya usaha dikala 11 sept bila burung besi mula dibenci untuk dinaiki malah dibeli mereka mereka ini. kerja gila kata sahaya, ringgit berbillion dijoli membeli pesawat lelong yang hilang populariti.

cabaran si minoriti ini diambil opitimis dan mula melangkah tinggi. bajet yang murah mula menjadi inspirasi sedangkan dulu mewah dan gaya menjadi jati. branding dan pasarannya menggila mula menyerang minda negara. merah putih yang berani mula membanjiri umpama tumpahan coca cola di hati sanubari.

kagum aku lagi dengan penyebaran idea yang semakin liar. menawan antarabangsa bagaikan mamak menanam teh tarik disegenap usus rakyat. lebar lagi perjuangannya sehingga lahir hotel ironik murah tetapi mewah bergaya bangga.

terus dia melangkah membina gedung, telcos dan berbagai merah untuk dirai rakyat yang semakin murah. mulanya niat mencuci money tetapi membiak bertubi tubi.

kemuncak jaya bila pemimpin negara mewarkah 60% harta kita kepadanya umpama series Las Vegas dengan wajah jalur gemilang terpampang megah memecut laju berjentera gagah.

semoga dia bukan pak pandir baju terkoyak, kampung tergadai dan ayamnya kalah.

dia idola niaga waktu ini bergelar tony yang cukup berani.

gegar bumi

jarang bencana menyudi diri di bumi malaysia. kerana lihatnya bagai aman dan damai murni pekerti makhluk penghuni.

hari ini kecoh status fb sekecoh berita terkini tentang pengalaman peribadi insan yang digegarkan dengan gegaran usikan bumi.

apa tandanya atau sekadar sindiran alpa tentang bumi ini yang semakin tua. sihat afiat bumi sahaja yang diduga atau budi iman insan yang disapa.

gegar bumi hari ini menggegar naluri kami yang sedar diri hanya KAMU yang maha berkuasa.

Monday, September 28, 2009

biar buta mata, jangan buta hati

terlepas pandang kata mereka ini. mereka yang buta hati. bisa melihat dengan mata yang jelas pandangannya. kecantikan keindahan gambaran. namun sukar mengenal kesucian kemurnian kasih.

suci murni kasih itu bisa dilihat dengan hati. hati dan naluri yang terdetik untuk menyintai dan menyayangi. kasih hati itu lebih ikhlas dan jujur kerana hati tidak mampu berbohong. mata mudah ditipu semudah helah silap mata.

zikir dan munanjat tanpa henti mengharap hati tidak buta. untuk mengenal zat Yang Esa dan juga kasih murni kehidupan yang sementara. agar tidak kecewa kerana tertipu dek lakonan bayangan menggoda mata.

berhati hati hidup di bumi. biar buta mata dan jangan butakan hati.

apa yang kau mahu

pertama kali seumur hidup bertugas dengan manusia yang sukar diramal. apa yang kau mahu dalam hidup mu. segalanya bagaikan kau sudah punyai. tapi pahit hidupmu bagai semua yang tidak kena.

lagaknya sepadan dengan pangkatnya. tapi lagak negatifnya sahaja. pengisian langsung tidak ada. berdentum dentum bunyi ketukan batu dari dalam tin yang besarnya sebesar kepala gajah yang sombong.

gaya memang tiada tandingan. umpama model yang maha berfesyen. umpama rockstar yang dikerumuni peminat gila.

tuturmu berterabur. menyukarkan cendiakawan cendiakawan di bawah yang tidak mampu ke atas kerana lahir dari keluarga penoreh penoreh miskin. berbanding kamu yang lahir dalam guni berisi ipod mahupun blackberry.

pedihnya hati ini bila aku harus melayan kerenah si sombong yang semakin jelas bodohnya dengan permintaan bukan bukan yang tidak masuk di akal makhluk tuhan mahupun bergelar kanak kanak.

apa yang kau mahu wahai mangkuk hayun.

Saturday, September 26, 2009

hasad itu rugi

aku sukar untuk faham ada hasad dan benci pada orang yang telah tiada. apa faedah dan apa untungnya.

mengata mencaci itu merugikan. tiada apa yang didapati baik untung mahupun puas. selain dosa meratah daging saudara sendiri.

namun mungkin mereka mereka ini mendapat sesuatu. hanya Allah yang tahu.

mimpi dipeluk budak

dua kali mengalami peristiwa ini. kali pertama pada hari akhir puasa. malam raya. isteri terjaga jam 3 4 pagi. dia menoleh memerhatikan aku nyenyak terlentang mendongak. badanku dipeluk erat budak berumur 2 tahun berkulit putih melepak berbaju melayu biru sepasang.

disangkanya anak kami yang satu. isteri meneruskan niatnya untuk memeriksa blackberrynya. sehingga esok pagi baru dia bertanya mengenai anak kami yang dilihatnya memelukku erat semalam. disangkanya anak kami kembali ke katilnya.

aku hairan kerana diskripsi berbeza dengan apa yang anak kami sedang lakukan. iaitu tidur nyenyak memakai t shirt dan seluar pendek seolah olah tidak berganjak dari katilnya sendiri. bulu romaku mula berdiri dan aku dan isteri bertentangan mata berfikir.

kali kedua, budak itu kembali dalam waktu yang sama. umpama anak kami yang mengigau mencari ibu dan bapanya. kali ini berbaju melayu pink sepasang yang dipakainya pada hari raya kedua. aku sempat menyambutnya dan meletakkannya untuk baring di antara aku dan isteri.

pagi esoknya aku bangun dan memberitahu isteri. sekali lagi kami terbeliak bertentangan kerana anak kami masih nyenyak di katilnya bersama tshirt dan seluar pendek umpama tidak pernah berganjak.

Friday, September 18, 2009

salam hari raya yang mulia

sebulan berjuang berlapar dahaga kerana Allah yang dikasihi. Ikhlas amal ini untuknya. dan dibalasnya dengan rahmat yang berlipat kali ganda. tanpa berkira kira.

ramadhan pergi syawal menjelma. syawal dirai sebagai tanda kemenangan perjuangan ramadhan yang mubarak. semoga Allah memberkati puasa kita dan perayaan aidilfitri yang bakal disambut ria.

si miskin di hadiah zakat. si kaya bersedekah ikhlas. mukmin mukmin aman tenteram ziarah melawat tanda hidup bahagia di dunia kurnian yang Esa.

ingat pada mereka yang masih ada. si tua tua menanti kehadiran anakanda. si mati pula jangan dilupa. ziarahi lah makam makam mereka. sedekahkan doa sebagai tanda kasih si hidup yang masih di dunia.

insyaallah kita semua dirahmat berkat DIA.
salam hari raya, hari raya yang sangat mulia.

Wednesday, September 16, 2009

siapa mereka

tak kenal maka tak cinta. tak perlu kenal kerana tidak mahupun bercinta. namun persepsi benci mudah menghantui. menghantui mereka yang belum langsung mengenali.

entah kenapa hasad itu cukup kuat. cukup kuat untuk membenci. tanpa alasan yang abadi. tetapi hanya sekadar suka membenci.

hasad tetap menghantui diri. membeci mereka yang tidak dikenali. mereka mereka yang tidak peduli.

teruknya hasad, jahatnya hasrat. siapa mereka? adakah aku perlu peduli.

lupa daratan

ada manusia yang kita simpati akan cacat cela mereka. simpati kerana diperlakukan sehina hinanya. kita cuba menghulur salam kesihan tanda peri kemanusiaan berleluasa.

namun manusia mudah alpa dan yang penting melayu mudah lupa. mereka dikasihani tetapi terasa pula dipuja. mereka disokong terasa pula disanjung. mereka silap dan mudah melatah. mungkin kerana kemantangan di bumi masih mentah.

terlalu cetek untuk berjuang. di dunia sebenar atau di dunia cereka. mereka mudah lupa. mereka terus melatah. menikam balik mereka yang simpati pada cacat cela mereka. mereka kabur untuk berterima kasih.

dasar lupa. lupa daratan agaknya.

Monday, September 14, 2009

kurang ilmu dan kurang peka

kurang ilmu adalah lemah. tetapi kurang peka tentang kekurangan ilmu lebih melemahkan. menjadi pembikin keputusan bukan mudah. layak dan berpengalaman itu adalah kewajipan yang utama.

mereka di bawah mampu mengata dan mampu bernista. mereka di atas harus lebih dewasa memikir apa yang di bawah gambarkan. agar tidak wujud caci cerca. terutama sesama kita berdarah islam mulia.

jangan bodoh dan jangan sombong untuk bertanya. tiada padahnya jika kita turun belajar. kerana belajar itu menuntut ilmu. dan menuntut ilmu sabda rasul biarlah jauhnya sampai ke negeri china.

yang lemahnya, bila kurang ilmu, berlagak sombong dan terus kurang peka dengan perlakuannya.

jasa padamu

tak hebat dan tak kaya. tapi hati ini cukup besar ingin melihat keluarga bahagia. terutama satu satu ibu yang umpama harta yang paling berharga gembira.

ibu mintanya tak tinggi. dia hanya ingin hidup dikelilingi oleh anak anak yang pernah dibesarkannya yang berlari lari di depan matanya. anak anak yang pernah didodoi, disusukan, diasuh dan kasih sepanjang zaman.

ibu insan yang paling mulia dan tinggi darjatnya di mata Yang Esa. kasih ibu pada anaknya tidak tergambar dengan harta mahupun benda.

aku tak hebat dan aku tak kaya. tapi aku ingin membuat ibuku gembira. apa yang aku ada hanya sekeping hati yang ikhlas untuk berjasa seadanya. walaupun hanya dengan duduk disisi mendengar dia bercerita.

jasa padamu tidak tertanding jasamu padaku.
semoga Allah merahmati insan mulia bergelar ibu.

muka tak malu

bulan puasa kulit aku menjadi semakin tebal. muka tak malu untuk berbuka puasa di majlis keramaian. tak tahu la salah ke tidak tindakan aku ini.

mungkin melayu beradab akan berkata; jemputan berbuka itu adalah untuk mereka yang beria ria. tapi aku hanya menganggapnya sebagai satu rezeki tuhan.

suatu hari aku tercongok blur di depan pc di pejabat. jam menunjukkan pukul 5.30 dan aku masih tiada plan untuk berbuka. isteri pula memenuhi jemputan berbuka rasmi pejabatnya.

sambil termenung merenung font bertulis facebook di pc tersebut, rakan sepejabat menyapa aku; "kau berbuka di mana?" aku terperanjat dari khayalan. "hah? entah tak tahu lagi,"

"ok jom join kitorang, ada sebuah syarikat rakaman ajak kita berbuka."

masyaallah... hebatnya kuasa tuhan yang maha pemurah rezekinya. terus aku tidak menolak segala tawaran bebuka hingga ke hari ini kecuali aku sudah memiliki rancangan berbuka bersama keluarga.

muka tak malu kini bertukar menjadi muka bersyukur padaMU.

Wednesday, September 09, 2009

Raya Tanpamu

Ayah Ibu
Kasih Kita

Ayah Ibu
Kasih Cinta

Aidilfitri Yang Mulia
Aidilfitri Ku Kelana
Aidilfitri Oh Indahnya
Jika Dia Masih Ada

Raya Tanpamu Ku rindu
Ayahku Tanpamu

Raya Tanpamu Ku rindu
Ibuku Tanpamu

Tuesday, September 08, 2009

titis jernih mata

teguh tabah dan sasa. berdiri si jantan gah dengan hati yang goyah. lemah jiwa umpama kertas nipis yang dikoyak mudah.

dipamer wajah yang bengis dan langua badan bak si sombong berkuasa. tiada apa sebenarnya dalaman organ yang tidak mampu bernyawa.

kasih cinta rindu hiba pada sang pencipta. sang pencipta yang mengerti segala apa yang diberi. segala sementara. bak hati meronta ronta untuk dipanggil pergi. kerana kasih... kasih mereka... tapi tidak mampu ditutur lagi.

dituju jujur titis jernih mata buat mereka tercinta.

lafaz luka

lafazan yang melukakan tidak patut muncul walaupun sedetik dalam hidup yang sementara. tiadalah faedah malah ianya hanya cela yang kusut kusutkan warna.

namun lemah longlai insan tiada lawan pada godaan jelmaan kelabu yang membawa haru. lafaz luka hadir lagi untuk menguasai indah kasih cinta setiap insan insan mulia. lafaz luka sengaja tiba untuk tidak memberi cinta cinta mulia.

paculan kata dari insan maksum seperti nabi mungkin semulia kejadian tuhan. semulia kejadian tuhan yang tidak pernah terima wujudnya lafaz luka.

lafaz luka hanya patut lenyap dan biarkan insan menikmati syurga dunia dalam nada bahagia keluarga bersama.

sangat letih

hidup yang dipilih. mungkin lurus atau mungkin tidak. tapi hidup di dunia ini sememangnya mencabar. kalau boyan dan buruh dicabar keringat mereka, ada di antara kita dicabar mentalnya.

bukannya apa, itu hanya pelengkap lumrah. pelengkap resam duniawi ciptaan Yang Maha Esa. menguji sejauh mana aplikasi akal dihargai atau tidak.

langkah yang betul atau langkah yang salah sering diambil. dengan nawaitu yang satu, kerana DIA Yang Esa Yang Maha Kaya. tapi hidup tidak semudah syurga. kerana dunia ini dicipta sebagai gelanggang duga.

namun dengan hati yang ikhlas, kasih yang jelas. hidup ini mencari bahagia. walaupun kadangkala ia sangat letih.

Sunday, September 06, 2009

hanya satu peluang

hanya satu peluang untuk menjalani hidup se'ideal'nya. hanya satu peluang untuk membuktikan ketaatan kita pada pencipta. hanya satu peluang untuk hidup dengan aman dan bahagia.

aku pernah memiliki satu peluang untuk memuja sang bapa. kini dia tiada. aku tidak pasti adakah peluang itu aku guna sebaik baiknya.

aku kini sedang berpeluang menikmati kehidupan berumahtangga dan diindahkan dengan cahaya mata. aku harap aku mampu menghargai mereka sebaik baiknya.

kini yang tinggal hanya satu ibu yang aku berpeluang untuk membelainya. dan satu keluarga bahagia yang aku harap akan bahagia selamanya.

hanya satu peluang untuk aku buktikan kasih aku pada ibu, isteri, anak dan adik beradik tercinta sebelum kita semua kekal berpisah selama lamanya.

mutual respect

sama sama hormat. sebab sama sama nak hidup dengan aman. dah tau negara ni pelbagai kaum dan pelbagai kepala hotak, janganlah sekali kali hampiri situasi yang boleh membuatkan kita bengang antara satu sama lain.

budaya dalam tentera dilihat menyatukan pelbagai bangsa. begitu juga dengan sukan. tak lupa juga dengan kekuatan asabiyah kenegerian umpama indonesia, kedah dan kelantan. mereka bersatu dengan satu dialek.

dengan satu label kita tidak akan ada benci antara satu sama lain insyaallah. susah untuk penduduk dunia ketiga mencapai tahap intelektual yang akan mewujudkan mutual respect. kita terlalu manja dan tertekan sikit kita akan merusuh. hanya memerlukan alasan untuk membenci satu sama lain.

kerajaan paling berkuasa mencerdikkan kepala hotak rakyat. wang ringgit mampu membuat semua menjadi tenang.

kerajaan perlu lakukan sesuatu kepada rakyat untuk turut mendapat mutual respect.

Saturday, September 05, 2009

spirit cina di malaysia

darah keturunan pedagang agaknya. segalanya boleh dan bisa. tak pernah aku dengar alasan untuk tidak. semuanya angguk tanpa geleng. dicubanya dibuatnya sedaya upaya. melainkan di luar bidang terus dikatanya tidak.

ibarat babi tanah yang terus menyondol ke depan untuk jaya dalam hidupnya. satu matlamat satu wawasan. wang ringgit menjadi sasaran tanpa sebarang hari pembalasan yang dibayangkan.

senang berurusan dengan mereka yang tiada drama, wayang mahupun perkara mengada ngada. kerana kerja adalah profession yang professional tidak membawa perasaan dan emosi ke arah hasil yang dicari.

lurus dan tulus berdasarkan keputusan yang diiginkan mereka sanggup mencapai matlamat dan menghalalkan segala cara yang ada. dan itu tidak bagus untuk si melayu yang beragama mulia.

yang baik dijadikan teladan yang tidak dijadikan sempadan.

Thursday, September 03, 2009

apa dosa imam

melayu pemalu. semua tahu. kerana sopan dan santun mereka. tapi islam harus tegas. samseng kerana Allah dan sentiasa ke depan.

curiousity kecil aku bila solat di mana mana lokasi seperti surau membeli belah atau pejabat. tidak ramai yang mahu ke depan. mungkin melayu melayu tadi malu. kalau islam tulen tegas umpama orang orang kuat yang berjuang ke depan untuk agama.

katanya jadi imam dapat pahala. jemaah dapat pahala. tapi melayu melayu ini mengelak ngelak ke belakang dan sangat kaku untuk menyentuh bahu teman jemaah.

rukunnya sama tunduk bangun sujud dalam tempo yang sama. tapi mereka rela markah satu berbanding banyak dengan hanya menyentuh bahu di depan.

markah satu untuk satu melayu agaknya.

renungan untuk saya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

teksi tunai

seminggu dua minyak naik, aku mula belajar menghargai pengangkutan awam. tiba tiba rasa adventure sebab selama ini dimanjakan keluarga dengan kenaikan sendiri.

tak mahir, tapi semakin berani mencuba. masih kekok untuk tidak memandu, tidak mengisi minyak dan tidak membayar tol.

selesai majlis berbuka puasa di sebuah hotel, aku terpaksa ke sebuah kedai mamak bertemu rakan. terhegeh hegeh mencari lrt atau monorel. nampak. tapi tak jumpa stesen mereka. atau berada jauh dari tempat aku tercegat.

cuba menahan teksi. terus berhenti. lelaki berketurunan india muslim menyambut dengan nada beria ria. "saya tak amik itu pelancong. saya suka melayu saja. sebab pelancong suka tanya itu harga berapa. melayu tak kisah wang. dia akan bayar berapa berapa saja."

aku tersenyum dan melayan saja sambil memerhatikan meter tidak dinyalakan. dia terus berbual bebel dalam topik yang sama. aku hanya mengiyakan saja. kerana ini sesuatu yang baru bagi aku dalam menceburi dunia pengangkutan awam.

bertubi tubi dia memuji melayu yang mungkin kebetulan itu bangsaku. betapa melayu ini sempoi, baik hati dan tidak berkira. dibilangnya melayu di kampungnya cukup peramah dan pemurah. tetapi jika marah buruk padahnya.

aku tergelak terbahak bahak. dia umpakan melayu ini lebih hebat dari lembu dan kerbau ketika baran. "itu kerbau pun u boleh ikat dia kat pokok. melayu ni kalau dia baik memang baik. tapi kalau kepala sudah naik gila u tak boleh buat apala..."

aku tergelak terkekek kekek. disamakan aku dengan kerbau ke? tiba di destinasi aku tanya berapa tambang yang hanya dalam 3 kilometer itu. dia tidak mampu memberitahu.

"suka hati la cik. saya tak kisah punya. u nak kasi berapa pun." "mana boleh, mana saya tahu harga tambang," sambil berniat untuk sedekah.

"ok, 10 ringgit." "ok... thanks aaa..."

ketika duduk meng'order' minuman rakanku membebel, "salah tu tak guna meter... gila patut 3 ringgit jer... ada mulut kau boleh complain kat dia..."

"tea o satu anneyyy"

Wednesday, September 02, 2009

dory untuk bersyukur

dory ikan biru dalam animasi hollywood 'finding nemo' yang mengalami penyakit hilang ingatan jangkamasa pendek. amat sinonim untuk aku yang semakin rabun dan lanjut.

kehidupan yang dikurniakan tidaklah sehebat langit dan gunung. tetapi kebahagian sentiasa menjadi teman. amat jarang dikurniakan dugaan melukakan. dan tiada alasan untuk aku pahit walaupun pernah didatangkan cubaan.

namun aku dory bila tiba masa untuk berterima kasih pada tuhan. terima kasih di atas segala rezeki dan hadiah yang bertubi tubi.

aku ingat bila untuk mengomel rezeki rezeki tadi dilambatkan. rezeki rezeki tadi ditunda dan rezeki rezeki tadi terus dihentikan.

maafkan aku yang dory.

syukur syukur syukur alhamdulillah... (macam iklan bio aura la pulok)

mencari maksiat

agama menyusun atur hidup seseorang untuk tidak memupuk toksin dosa yang banyak dalam diri. kerana selain membahayakan kesihatan ianya juga membahayakan tingkah laku. dari baik menjadi jahat dan dari aman menjadi kucar.

itu tanggungjawab sendiri untuk menjadi apa. sementara hidup di duniawi yang sekejap saja. dari kisah kisah nabi yang diperturunkan, banyak insiden menggambarkan rasul, nabi, ulamak dan sahabat sibuk dan tekun memperkasakan diri menghampiri tuhan. kerana dakwah bermula dari diri yang maksum dan suci.

bagaimana dengan diri yang memakai cincin besar, berseluar jeans, menyarung jaket berlogo persatuan agama, berkumis ala ala, bermulut melayu dan berperut melebihi dada keluar berjuang mencari maksiat.

atas nama ingin mencegah maksiat, si pencegah pencegah maksiat perlu sentiasa membawa cermin ke hulu ke hilir dalam menjalankan tanggungjawab mereka. untuk tujuan peringatan adakah celak masih di mata dan janggut labuh ada.

atau mungkin mereka sentiasa maksum dan suci dalam menjalankan tugas yang dianugerahkan ketika mengisi borang SPA secara online mahupun persuratan.

renungan untuk saya:
Dalil mengenai pengharaman zina ialah firman Allah SWT Allah SWT dalam surah al-Isra':ayat 32. yang bermaksud:: "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."..

Tuesday, September 01, 2009

kreatif bagai tentera

dua situasi yang berbeza. tapi itu realiti. aku suka seni dan aku juga anak seorang mejar. berjaya menempuhi hidup dengan aman juga bahagia. tapi ada dugaan dan konfliknya.

aku lembik dan lembut jiwa. disuruhnya aku pegang senjata. memburu itu sunnah. tapi janggal rasanya. aku bisa berkarya tanpa usul periksa. aku bisa berkarya tanpa rancang kira. kerana hasil hasilku adalah dari jiwa. jiwa yang lembut untuk aku terus bahagia.

kreatif bagai tentera. tuntutan hidupku hari ini. aku pilih dengan rela. mungkin juga terpaksa. dan aku juga kata tidak sengaja. segalanya perlu ada rancangan. rancangan untuk terus berjaya. ke depan jayanya bukan mundur bagai si gila.

kreatif bagai tentera. aku harus pecah kepala. pecah kepala berkarya tidak apa. tapi aku makin pecah kepala kerana ada waktu dan aku harus menurut masa.

masa datang dan pulang untuk berkarya. kreatif dalam berkarya dituntut mereka.

kreatifku hadir bagai tentera. bisa atau tidak bisa itu hanya lahir dalam doa.

Monday, August 31, 2009

satu: dewa19

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Chorus:
Tak ada yang lain selain dirimu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
Ku sebut namamu, ku sebut namamu

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu aku memandang
Dengan telingamu aku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa

1 malaysia

mungkin silap aku untuk tersalah faham jari telunjuk yang selama ini aku tujukan pada Allah taala ketika tahyat dalam solah.

kuat sangat usaha mereka nak meng'establish'kan jari telunjuk dengan perpaduan bangsa negara kecik bergelar malaysia.

antara kempen yang dianjurkan, kempen satu ini paling lame dan sukar menjadi ikutan. terlalu lama wujud dan hanya mampu menjadi bahan jenaka.

mungkin itu agaknya sakit hati sebuah telco terkemuka menyindir simbol satu yang dibelasah dan dipijak dengan kereta. bad taste tu apa?

cukup lah dengan tanah melayu jadi malaya. malaya jadi malaysia. malaysia jadi hadhari. dan kini hadhari jadi satu malaysia. tu belum bercakap mengenai jalur gemilang atau national glory yang belang dan warna lebih kurang sama dengan kuasa perasaan no.1 dunia.

konfius lagi aku dengan sejarah. kita pernah dijajah oleh british. cool la tu... sebab diorang ada beatles dan juga oasis dan currency paling tinggi. tapi kenapa bendera kita sama dengan bendera US dan slang kita sama dengan slang US. so tak cool. sebab US ada bush yang kita dok kutuk kutuk dan artis US tak se'gentle' artis british.

zaman arwah ayah sentiasa smart dan segak dengan image the beatles mereka.
zaman aku tampil dengan seluar koyak dan grunge ala ala nirvana.

aku sanggup anak aku minat mr.bean. sebab dia lagi proper dan segak berbanding ikon ikon negara bendera berbelang merah dan putih itu.

1 kini hanya untuk negara yang satu kononnya.
1 Malaysia

merdeka ke 52

merdeka ke berapa pun makin lama makin tak difahami. tak dapat difahami atau semakin jauh erti erti yang harus difahamkan. keliru dengan kenapa dan apa yang ingin disambut. mengenang kembali sejarah atau pengorbanan mereka yang terdahulu?

kempennya sangat kurang. tak semua ingat jasa semua perdana menteri. tak semua ingat jalan cerita pendekar pendekar bangsa. dan tak semua hafal apa yang berlaku di hari merdeka.

pentadbir negara ada segala. ada kuasa, ada wang dan juga ada perantara. kalaulah memang ikhlas untuk semua penduduk malaysia ngerti apa itu merdeka tak mustahil segala cara dilakukan. sebagai contoh. sebaran sms tentang trivia sejarah yang bisa melampaui sebaran sms mlm atau kempen ringtone bodoh yang mengganggu minda.

semudah itu sahaja semua handphone penduduk di malaysia ini mengibarkan jalur gemilang sebagai wallpaper mereka. tanda seciput ciput sokongan terhadap merdeka negara. itupun setelah khatam memuat turun program yang mampu bercerita dari A sampai Z merdeka malaysia ke 52.

tak perlu lagi wheely dan wikang di atas rxz di dataran merdeka sambil awek seksi mengibarkan jalur gemilang tercinta.

padaku, penghayatan lahir dari hati. jika ianya ikhlas dan suci. merdeka 52 juga bisa Allah rahmati.

Sunday, August 30, 2009

melayu cool atau laid back

setahun ada 12 belas bulan. 1 bulan sahaja yang melayu serta si islam nak makan malam jam lebih kurang 7. setiap hari dalam sebulan tu pulak si melayu dan islam ni tak makan bermula imsak dan hanya akan berbuka pada maghrib.

tapi waktu tulah semua makhluk nak turut serta memeriah dan memanjangkan barisan yang sedia ada. memenuhkan kerusi meja makan yang separuh penuh dek makhluk yang mula mentekedarah dari waktu asar lagi.

melayu cool atau laid back kerana dalam 12 belas bulan dalam setahun tak ada mengomel atau menyampah terhadap makhluk yang bangga mentekedarah jam maghrib.

kerana melayu tahu, mencekik dan mentekedarah ini tidak semegah selain mengisi perut yang sudah pun terisi dari pagi tengahari dan juga petang.

cuma si melayu dan islam ini hanya pohon toleransi untuk sedar erti hanya sebulan sahaja dari 12 bulan setahun mereka harus melaksanakan hukum tuhan untuk makan pada waktu maghrib. tiada entitled atau gazette pun dalam dunia makan di waktu maghrib itu hak sapa sapa.

oleh itu jangan lah menjeling juling ketika si melayu dan islam ini cuba menikmati juadah di bumi sendiri. belajarlah berlaku hormat seperti si melayu dan islam selalu lakukan terhadap makhluk lain.

melayu cool atau laid back bila bersifat sabar di tanah sendiri melayan kerenah kerenah pementing diri yang terkinja kinja menggelupur macam dunia ini akan tamat tempoh dan mereka mereka itu terlepas peluang untuk mengaut segala untung mahupun seco'et hak.

melayu cool atau laid back? atau lama lama hilang di dunia.

Saturday, August 29, 2009

band adik beradik not 'IN' anymore

zaman aku membesar. oasis is the best band for me. kebetulan mereka unik kerana zaman tu adik beradik lepak sekali adalah benda tak cool dan memalukan. dan oasis menjadi alasan untuk aku lepak bersama dengan adik beradik ku. (padahal tak suka... tapi kena paksa ngan parents)

bermodalkan oasis, hubungan adik beradik menjadi semakin okay. dan ada satu ketika ianya menjadi 'rare' kerana gurauan rapat brothers dan juga father ini mungkin memualkan untuk sesetengah melayu.

dugaan bisa ditempuh. dan aku dengan bangganya melantik diri aku untuk menjadi trend setter kepada perbuatan melepak dengan siblings is cool. (how sad melayu ni).

kematian ayah membuatkan aku lagi semangat nak buat band. band adik beradik. lalu tertubuh lah the wans yang masing masing telah lama berjamming, bersatu, berpecah, memang dah ada kumpulan lain, genre lain lain, dan pelbagai drama lagi.

hari ini thesun.co.uk melaporkan OASIS band idola aku berpecah. memang aku tau diorang selalu bertekak. terutama the main band members si dua beradik noel dan liam. tapi takkan la air dicincang akan putus. so berita official hari ini menjastifikasikan air bisa putus kerana air itu sudah beku bak air batu yang dipotong dengan gergaji.

tak dapat dinafikan. the wans juga nyawa nyawa ikan. mungkin siblings rivalry, mungkin kepala otak sendiri dan mungkin tradisi kesukaran untuk adik beradik itu bersatu.

so aku tak kisah lagi. usaha noel berjuang dalam oasis aku berani samakan dengan effort aku untuk menyatukan siblingsku. demi membahagiakan arwah ayah dan mami.

well, bila OASIS yang dipersada kaya pun mampu bertelagah, mereka sekali lagi telah memulakan satu trend baru iaitu: band adik beradik not 'IN' anymore padaku.

sekarang aku sekali go with the flow tentang hubungan kekeluargaanku...

Thursday, August 27, 2009

anak yatim anak yang mulia

dunia hiburan meriah. kini sibuk merai mereka yang kurang bernasib baik. menjamu berbuka puasa dan juga sambutan hari raya yang bakal disambut nanti.

sesuatu terpancar dari wajah mereka yang ramai ramai beratur mengambil makanan. membuat mataku bergenang. muka mereka yang cuba melahir dan menyembunyikan satu perasaan di sebalik dengung bising muzik raya dendangan artis artis arus perdana.

cuba untuk menggambarkan apa yang dirasa. tidak sukar kerana aku juga seperti mereka. tidak mampu menerima pemergian ayahanda pada masa yang aku belum bersedia.

apa yang lahir dari wajah mereka mungkin perasaan keliru sedih bercampur gembira. sedih mengenangkan tersayang tiada tetapi gembira kerana cuba dirai mereka.

namun genangan air mata tetap tiba dikala petikan kata kata "bila tiba hari raya... semua insan bergembira... tetapi bagiku..."

semoga anak yatim adalah anak yang mulia yang dilindungi Allah setiap masa.

mikro manager

baru ngerti maksudnya secara pasti. kerana melaluinya sendiri. bukan sebagai pelaksana tetapi sebagai mangsa.

aku simpati pada mereka mereka yang berada nun jauh di atas. tetapi terlalu paranoya dalam mengambil tahu tentang segala perkara nun jauh di bawah. simpati pada mereka ini kerana memilih untuk menelan pelbagai beban yang tidak harus malah boleh dikatakan sebagai makrukh.

perlu atau tidak perlu sebenarnya. kerana walaupun dengan niat yang mulia, dalam sesebuah organisasi, perlantikan middle management dikira redundant dan sia sia. pembaziran namanya. tidak dilihat bijak malahan dikira sebagai kurang layak untuk menjadi orang yang paling di atas.

kerana paranoya dan mungkin masih suka berada di bawah, mikro manager adalah sesuatu perkara yang harus diambil fikir berkali kali.

nauzubillah

Tuesday, August 25, 2009

the kulit putih

pandang orang sebelah mata. nak pulak negara ni negara dunia ketiga. apa nak heran. kalau kau memang hebat, takde lah terbuang ke negara orang untuk mencari makan.

nampak sangat kau tu 'the rejects' negara sendiri. datang negara orang nak tunjuk pandai. ilmu baru takde langsung. apa yang ada cuma benda yang dah dilaksanakan di negara kau. kebetulan negara kau maju dulu.

belajar lah hormat adab orang. belajar lah orang budaya orang. dan belajar lah hormat agama. jangan terlalu bangga dengan ideologi sekular yang tak semegah itu. lain bangsa lain matlamat hidupnya.

jangan asyik dok kalut pikir bottom line hanya nak buat profit. itu aje yang ada dalam otak agaknya. kesian...

dasar the kulit putih.

Sunday, August 23, 2009

melayu ceria badul

terbolah, kata si kelantan. melatah di tempat yang salah. masuk kandang kambing kau mengembek sepatutnya.

melayu bangang yang tiada budi murni. terkinja melompat tanpa bertanya hujung pangkal dan usul asal. maka terbolah badul la jawabnya.

susah sangat agaknya bertanya khabar. menge'check line' sebelum membuka pekung kebangangan. dengan tuan rumah pun tersalah laku. dengan tuan pengarah pun tersalah laku. melayu bangang ini harus dilempar di mana entahlah tempatnya.

ceria tak kena tempat. kurang hajar tak kira tempat. hadir tidak membantu tetapi sebalik lebih menyusahkan.

hakikatnya, melayu ceria badul spesis yang paling akhir diperlukan.

'loophole' si anak 2

untung mereka. segalanya terlepas. atas alasan dugaan si anak 1 terlalu mencabar. tak perlu usaha. tak perlu berjaya. kerana keselamatan diri terletak atas kesilapan si anak 1.

untung mereka. beria-ia mengangguk angguk berkerjasama. tiba tiba hilang lenyap begitu saja. terabai begitu saja. tanpa alasan tanpa pedoman. terlepas selamat sambil terbela.

kesian mereka. jika ini sebagai amalan, tiada ajaran yang dapat dikesan. segala benda sendiri aturan. tiada teguran jadi panduan.

kesian mereka. ramai ingin tolong kerana sayang. tapi mereka sombong bukan kepalang.

'loophole' si anak 2, makin disimpan semakin meluka.

bila si cetek bersuara

mual mendengar nasihat dan bebelan si cetek. tak pernah keluar dan tak pernah kenal dunia tapi berkobar melontar kata. itu ini serba tak kena bagai dia yang maha tahu.

yang lenguhnya bila suara itu memberi bayang insan kerdil yang belum berpijak di bumi nyata.

diam diam ubi, semakin tunduk semakin berisi harusnya. tapi lebih kuah dari sudu bila pandangan lisan diguru sendiri di alam mimpi.

bila si cetek bersuara maka si dalam terbang durja.

Saturday, August 22, 2009

menu buka

tak tahu kenapa. sehari berlapar kerana puasa, tiba waktu berbuka kelibat nasi kerabu juga yang aku terbayang. aku cuba belajar berbuka dengan kebab dan sesimple kurma kononnya. tetapi itu hanya menjadi rancangan dan tidak mungkin terlaksana.

katanya sebab aku ni orang nasi (the nasi guy). setiap apa benda juadah tersedia bila dah lapar, nasi jugalah yang dituntut. tambahan lagi pembikinan nasi kerabu yang dipenuhi dengan hirisan ulam dan kombinasi meriah kelapa goreng, ikan hancur, budu dan kuah.

apatah lagi dengan side dishes sombongnya yang bergelar solok lada, telur masin dan keropok goreng tersusun rapi di tepi. jangan lupa pada daging bakar atau ayam percik yang menjadi lauk utama hidangan nasi biru ini.

arkkggghhh... lagi 3 jam waktu berbuka... aku mencari pasal blogging dalam topik ini. mungkin makrukh hukumnya.

baik aku keluar saja mencari mereka untuk berbuka nanti.

melayu kerja

kalau dipilih bangsa lain untuk berkerja, bangsa sendiri akan marah. kata mereka kita ini memilih bulu. tapi kalau dah tak paham istilah profesional tu agak susah jugak lah kerja jadinya.

melayu bangsa yang laid back katanya. bumi aman yang tidak ada tekanan membuatkan mereka ini kurang ambitious apatah lagi untuk tertekan.

lalu terhasil lah hasil kerja yang 'aku tak heran majikanku' punya standard.

dengan setiap jawapan mereka yang lebih kepada berbaur dalih, bangsa ini semakin biadab dan lebih kreatif untuk menafikan tanggungjawab mereka.

aku tak heranlah jika ramai melayu akan hilang di dunia. bangsa tak semegah... kerana Rasul s.a.w pun bukannya melayu. bagiku Islamlah yang harus lebih diangkat sanjung. waima kau cina, india atau lain lain bangsa.

perlu konflik

ada sesetengah insan yang tidak merasakan nadi kehidupan tanpa konflik. hidup normal bagi mereka ini dirasakan terlalu kosong dan sunyi.

lalu dengan sengaja atau tidak, drama sebabak yang tidak perlu akan dicetuskan. demi memberi khayalan dan perasaan hidup ini bermakna. hanya kerana tiada pertelingkahan dan itu ini mereka merasa terabai dan tidak penting.

bagi mereka dunia adalah segalanya. tamat di sini saja kisah hidup yang dialami. walhal hari akhirat masih banyak mahu berbicara. kerana di situlah berlaku drama dan konflik sebenar yang sukar terungkai untuk jangka masa yang lama.

tidak perlu konflik sebenarnya... jika mereka tahu bahawa dunia ini sementara.

bersyukur Alhamdulillah

masih kurang faham dengan umat yang tidak tahu erti syukur dan redha.

rezeki yang diterima diherdik herdik, dikomen ibarat tiada berharga.

sukar juga bila mereka mereka ini meletakkan diri semulia siapa agaknya. kerana orang berilmu akan tahu menghargai permata atau kaca.

sangat sukar untuk berterima kasih agaknya kerana terkeliru dengan hutang budi sesama manusia. sedangkan segalanya dari DIA yang Maha Esa.

"rezeki janganlah ditolak... kerana ia mendatangkan musuh yang tidak dicari..."

Friday, August 21, 2009

kepuasaan

umat A: akan kurus la kita tak lama lagi. sebab tak makan petang

umat B: bagus. kurus dan mungkin lapar saja.

umat A: kenapakah kau cakap begitukah padaku?

umat B: sebab niat kau. mungkin puasa membantu diet kau. tapi hukumnya apa, kalau kau ingat.

umat A: oh hukumnya kita buat kerana ini adalah untuk Allah.

umat B: betul, puasa adalah untuk NYA. pengorbanan kita menahan nafsu makan dan segalanya.

umat A: untung kita. badan kita pun sihat kerana membuang toksin. malah kita juga dapat pahala.

umat B: hehehe betul tu. apatah lagi jika kita buat ibadat lain yang pahalanya berkali ganda bersempena bulan ramadhan.

umat A: aku syukur sebab berkesempatan untuk masih bertemu dengan bulan mulia kali ini.

umat A dan umat B: Selamat Berpuasa dan bersyukur dengan kurniaanNYA yang tidak terbalas oleh kita semua.

Sunday, August 16, 2009

kesempurnaan hidup

harta dan benda adalah segala galanya. itu ini semuanya ada... walaupun sederhana tapi itu adalah kelengkapan yang memuaskan hati dan nafsu.

tapi tanpa keluarga tiadalah sempurna. tanpa teman tiadalah sempurna. tanpa kebahagiaan tiadalah sempura.

kesempurnaan hidup harus dicari dan dituntut kerana ia ada, cuma harus dilihat dari hati yang tulus.

Friday, August 14, 2009

si sial bergelar cicak

bersahaja aku berjalan di dapur menghampiri sinki sebelum membasuh tangan yang dicemari habuk karpet. pinggan mangkuk di dalam sinki tiba tiba menggeletar dan bergerak mengejutkan angan aku yang separa sedar sambil menghulur tangan membuka paip.

kepala dan mata yang besar bersifat lembik menggelabah ke hulu ke hilir di dalam sinki tadi dalam proses menyelamatkan diri. badan yang gemuk kelabu menggelebeh ke kiri kanan kelam kabut memanjat dinding sinki licin kering memerangkap.

si sial itu terus cuba. aku membuka paip dengan niat untuk membunuh dan cuba membasahkannya supaya lemas. air itu rupa rupanya menjadi penyelamat si sial yang kini membantu anggota badan untuk melekap dan terus memanjat.

si sial bergelar cicak kali ini selamat dari niat aku yang kejam di hari jumaat.

kaya yang mulia

ada golongan kaya yang membelanjakan wang ringgit mereka dengan meraikan anak yatim. ada yang sanggup memanggil kumpulan alim untuk memeriahkan rumah mereka dengan upacara tahlil, selawat dan juga berzanji.

anak yatim anak yang mulia. dilindungi Allah setiap masa. apatah lagi anak yatim bergelumang diri mereka dengan hafazan kalam Allah, berjubah kopiah ke hulu ke hilir memberi cahaya selawat di perumahan orang orang kaya dunia.

syukur alhamdulillah, melihat si kaya dengan kemurahannya memewahi anak anak yatim suci berzikir cinta. lillahitaala... satu senario yang amat tenang di kala Kau mengangkat pulang makhluk Mu satu persatu.

Thursday, August 13, 2009

pergi tak kembali

Al-Fatihah. Mohd Asri Bin Ibrahim (03/08/1969 - 13/08/2009)

dia selalu tujukan lagu ini untuk kita semua


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim (Kumpulan Nasyid Rabbani) yang kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi di hospital pantai bangsar kuala lumpur.

Wednesday, August 12, 2009

bila kontraktor jadi produser

mak ayah selalu menyuruh aku belajar tinggi dan menjawat jawatan yang kukuh. jurutera, peguam atau doktor menjadi cadangan. katanya untuk menjamin kewangan dan masa depan yang gemilang. aku sangat setuju.

bidang yang diceburi ini tersangatlah glamour. dengan lampu lip lap dan selebriti bergaya raya. tapi jaminan belum tentu untuk senang dan kekal kaya. tergantung pada nasib. kerana job dan kejayaan pecah panggung ibarat satu perjudian dan pelaburan yang berisiko tinggi.

namun negara dilanda kemerosotan. kerajaan bertindak mengurangkan pembangunan fizikal dan infrastruktur. digalakkan pembangunan minda rakyat. istilah lain, modal insan. maka pembangunan maklumat mula disokong. segala dana dialih dari membuat bangunan menjadi membuat filem cereka untuk tontonan.

dengan harapan bahan yang ditonton mampu menjadi ilmu pengetahuan dan kembali membuat bangunan untuk kegunaan sekalian.

walaubagaimanapun, senario membuat bangunan penuh dengan adat politikus mereka. tak perlu mahir tetapi jika pakar mengambil hati perolehan anda lah jutawan. pemain pemain industri ini kini sudah lelah. kerana peruntukan mereka telah dicatu dan dialih kepada industri kreatif.

maka ramailah kontraktor kontraktor ini beralih arah mencuba nasib untuk menjadi produser.

sifirnya sama. mereka sudah mahir dan orang orang kuat tertentu sudah berada di dalam kocek mereka. tandatangan mereka mereka itu cukup berharga. berharga untuk menggerakkan seorang kontraktor membuat longkang menjadi produser filem sampah yang bakal berjaya malahan popular.

berjalan mereka memasuki festival yang gilang gemilang dengan pemain pemain cantik dan gelagat kreatif orang seni. macam rusa masuk kampung pun ada. terbeliak dan tertonjol biji mata. mana taknya sebelum ini hanya melihat urat dan belikat buruh indo dan bangla berpeluh busuk di sini sana.

dinding konkrit dan simen berhabuk tidak lagi menyapa baju baju baru yang mula ditempah di butik butik ternama. jalanlah dia gah mendongak berbaju kot lengkap bowtie bersama kumis yang kini ditrim nipis dengan harapan mengucup pipi fauziah gous atau liyana jasmay.

harapan kerajaan dengan degar degar modal insan agaknya hancur juga jadinya. mana taknya, infrastruktur yang ada dan terbina memakan belanja berbillion billion oleh orang yang sama masih dilihat tiada faedahnya. inikan pula projek menjana minda, makhluk makhluk yang sama juga dilantiknya.

pernah terdengar pepatah "put a right thing at the right place" dan masih mengupas otak mencari apa tujuannya berkata kata.

kusut masai agaknya... bila kontraktor jadi produser.

wajarkah tribute yang melampau

semakin hari manusia semakin kagum sesama manusia. tambahan bila manusia manusia itu berjaya dalam hidup mereka. tak lupa kepada mereka yang berkuasa, bernama dan juga kaya.

kebelakangan ini muncul satu musim yang datang secara tiba tiba dan juga mendadak sekali. musim tribute. sebagai contoh pemergian seseorang yang ternama dalam kehidupan. muncul lah pelbagai tribute dan penghargaan sebagai tanda kenang kenangan.

yang menjadi senario mual ialah bila tribute itu melepasi satu tahap melampau. melampau memberi maksud melangkaui satu tahap atau benchmark penghargaan di mana benchmark tersebut adalah lebih utuh dan kukuh alasannya.

sebagai contoh, tribute pada nabi s.a.w yang termaktub dalam kalimah syahadah agak dikrompomi oleh pemimpin media yang berkuasa. sedangkan ianya satu alasan yang sebati untuk dihargai baik kerana dunia apatah lagi akhirat.

berbalik kepada ikon dunia, mengikut bintang dan standard, ramai lagi yang sepatutnya mendahului carta penghargaan. contohnya lagenda agong p.ramlee. itu belum lagi kita bicara pasal pejuang bangsa, pejuang negara dan pejuang agama yang harus mendapat tribute yang berlarutan.

namun sekali lagi hari ini, manusia mudah dilanda musim. majoriti makhluk bukanlah trend setter sifatnya. maafkan mereka. mereka hanya mengikut kata kata media yang utama. apa yang disogok, disuap, maka itulah saja yang ditelan. kerana itu saja yang ada.

alaf millenium hari ini, kematian seorang pengarah filem mampu mendapat ruang dan tapak untuk diratapi. pemergiannya boleh ditangisi dan insafi. agungnya dia bila satu saluran khas ditujukan sempena karya dikenangi.

wajarkah tribute yang melampau, kerana tiada yang tinggi selain Tuhan dan Rasul yang harus diimbau.

Tuesday, August 11, 2009

marah marah sayang

diuji dan disudi dengan kenakalannya. mungkin itu definasi 'the terrible twos' agaknya. seolah olah macam di provoke dan memang kena pada masanya untuk kita meninggikan suara.

pengalaman pertama menjadi 'parent' yang agak mencabar dalam nada yang berbeza beza. kita melihat mereka membesar. kelahiran mereka kedunia dari sebagai bayi. hanya ibu bapa adalah orang pertama seharus menjadi kenalan mereka.

dia anugerah atau hadiah dari Yang Esa. tanda penghargaan kita adalah insan yang dipilih Nya. seharusnya hadiah dari Tuhan Yang Satu itu dijaga dan ditatang kerana ia amat istimewa.

kini dia mula pandai berkata kata. berkata kata sambil berkelakuan 'testing' kesabaran kita melihat sedalam mana kasih kita pada mereka.

cerdiknya dia sampai membuat aku tertipu dengan tricknya untuk tidak mahu tidur petang.

tidak membenarkan aku menggunakan komputer kerana dia mahu melayari youtube lagu kegemaran.

menutup tv yang kutonton, katanya terlalu bising mengganggunya di komputer.

padahal umurnya baru 2.

aku memang ingin marah padanya tapi marahku adalah marah marah yang terlalu sayang.

(aku menulis ni sambil dibungkus kepala olehnya dengan t-shirt sambil bertanya; "where daddy?")

sayang keluarga tinggal tinggalkan

peribahasa yang tak pernah memberi pengertian pada mulanya. aku mengambil negatif dan tidak mungkin perpisahan mampu membuat kita menyayangi keluarga. secara nipisnya perpisahan membuat kita menjadi lupa.

silap rupanya. perpisahan dengan mereka yang kita sayang membuatkan kita rindu. rindu serindu rindunya. memang tak pernah terbayang wujud perasaan rindu sebegini. pada diri yang pernah menyalah erti perjalanan jauh meninggalkan keluarga.

saat bila bertemu, satu magis muncul dan melihat ahli keluarga sebagai satu cahaya. cahaya mengubat kerinduan perpisahan yang sudah berlangsung.

kini diri lebih menghargai mereka mereka yang setia berada di sisi.

filem ganti novel berjela

lepak minum bersama wartawan terkemuka utusan dan h.metro. ideologi mereka berdua ini memang class. cuma tekanan orang atas di negara dunia ketiga ini membuatkan potensi mereka lambat untuk diiktiraf.

kata mereka yang arif menulis dan membaca ini, dunia semakin berubah. masa semakin terhad dan singkat. hidup semakin sibuk.

walaubagaimanapun, minda hendak sentiasa dikemaskini. maklumlah tanggungjawab sebagai pelapor berita yang bertanggungjawab. mereka amanah untuk menyumbang pengetahuan dengan sedikit saluran yang mereka ada.

maka bakal terhasil artikel artikel dan penulisan yang mampu membuat kita peka dan semasa.

namun tak semua orang suka membaca. penceritaan yang hebat dan satira tinggi selalunya terdapat dalam novel berjela ditulis mereka yang berilmu di dada.

ujar mereka, filem menjadi wadah baru untuk kita terus berwibawa dalam masa hanya 2 jam sahaja. novel berjela yang mengambil waktu yang berjela lama kini mampu dipadatkan dalam masa yang singkat. hanya demi mengejar ruang waktu hidup yang semakin terhad.

ye tak ye... filem juga boleh ganti novel berjela jela.

Saturday, August 08, 2009

festival apa buat apa

apa yang dibayangkan jika ada festival makan. banyak makanan mungkin. pelbagai jenis makanan untuk dicuba, dirasa dan dikritis barangkali.

festival dimaksudkan sebagai perayaan. merayakan subjek yang dipilih sebagai watak utama.

ironiknya festival filem negara agak kurang mereka yang hadir untuk mencuba, merasa atau mengkritis ia. sebaliknya ia dipenuhi dengan majlis keramaian ala kerajaan yang dihadirkan dengan santapan makan.

lebih banyak mencuba, merasa dan mengkritis makanan di festival yang seharusnya dipenuhkan rakyat dalam pawagam dengan filem filem percuma.

mungkin antarabangsa harus belajar memakai slack dan batik ke sana ke mari dalam mengangkat kreativiti pembikinan filem di negara mereka.

kerana seluar jeans koyak dan t shirt biasa tidak mampu mencuba, merasa dan mengkritis filem filem hebat seperti selalunya di festival festival filem antarabangsa.

pelastik

aku perhati manusia ini pemalu. semulajadi sifatnya. terutama si melayu. dalam dunia hiburan yang aku berdiri, ramainya si pemalu pemalu ini tampil sebagai 'public figure'.

mereka memilih hidup untuk diperhati. membenarkan peribadi mereka diselongkari. siapa? si pemalu pemalu ini tadi... terutama si melayu.

siapa yang bukan pemalu? aku perhati yang bukan pemalu, mereka mereka si berbangsa asing. mungkin pembawakan mereka sudah sebegitu rupa. cakap lepas dan tiada nyot nyet di belakang seperti pemalu yang berdendam.

siapa lagi yang bukan pemalu? bagi aku, mereka mereka yang berkeyakinan terlalu tinggi. mereka yakin kerana mereka juga berilmu tinggi. mereka tidak malu untuk diperhati.

sengalnya pemandangan di mata aku ini kerana ramainya si pemalu pemalu ini berada di landasan pameran. mudah untuk bukan pemalu menerobos kejanggalan yang terpacul tidak sengaja.

yang tidak sihat apabila berlaku pertembungan budaya dua ini untuk bertegur sapa. tidak ori, tidak tulen lantas memupuk bibit bibit pelastik.

anak yang manja

anak sulung produk pertama si ibu bapa. banyak sangat kenangan yang dilalukan bersama. banyak sangat perkara pertama dengannya.

maka dengan itu kasih sayang yang sarat ada padanya.

perasaan anak yang manja kerana dia tahu dia istimewa. dia manja kerana dia pengasih dan penyayang. terutama buat mereka yang dikenalinya kali pertama.

ibu bapa adalah unsur pertama yang ditemuinya bila kaki mula dijejak di bumi yang nyata.

aku akui aku anak manja. dan aku bersyukur kerana aku juga dikurniakan anak yang manja.

deligasi pemerhati

menyertai FFM22 kali ini atas dasar sibuk sebelum penganjuran sebagai ajk salah satu aktiviti. dinama sebagai deligasi pada waktu acara kerana penganjuran diambil alah pihak sabah yang lebih arif.

lalu bermula detik detik sepi yang jika tiada inisiatif aku kaku di dalam kamar hotel. mempamer muka pada jawatankuasa berkuasa yang dipenuhi selebriti tidak terkecuali vvip.

hendak tak hendak itulah tujuan selain mampu meningkatkan konektiviti. kononnya ingin memperluaskan kabel perniagaan. apatah bidang dan industri itu memang selari.

masa aku tidak disia-siakan, memandangkan memilih keputusan untuk tidak bersama anak dan isteri untuk beberapa hari.

alhamdulillah... wasatiah keramahan membawa kepada kenalan yang bertubi-tubi dan cukup sebagai bekal rezeki di kemudian hari.

segalanya di tangan anda untuk berjaya, walau ada ketika anda memilih untuk menjadi deligasi pemerhati.

:)

sabah trip

kali pertama menjejak kaki ke negeri di bawah bayu ini. atmosphere yang cukup menarik. di kelilingi oleh kebiruan dan kejernihan air laut.

transit di labuan selama 30 minit. aku sudah bertukar jakun langsung foto di tulisan labuan airport. excited yang bertempat.

mendarat di KKIA pula dengan rasa ceria. beg dibawa tangan tanpa check in demi kemudahan diri yang keseorangan. rombongan FFM22 ini disambut meriah oleh penganjur dari Sabah.

merasa aku dikalung dengan rantai tasbih sabah berwarna warni ala ala vip.

sabah trip tidak kurang hebatnya dan meninggalkan memori baru yang tersendiri.

Sunday, August 02, 2009

semput yang kekal

dah lama diserang semput. dari sekolah lagi. terbatuk batuk bagaikan si lembik yang tak baik baik.

dari merempit, samseng sekolah dan juga berfoya foya. semput masih setia menemani diri ini. bagaikan teman sejati yang tak mahu pergi.

bertukar tukar kerja bertukar tukar gaya dia tetap setia. hari ini jerebu semakin tebal, aku yang terhegeh hegeh mengambil ubat, madu dan segalanya untuk merawat.

dia tidak berganjak, malah ceria mengusik letih letih aku di dada. mungkin dia akan terus ada dan terus bersama. dengan itu dia ku gelar... semput yang kekal.

kiamat sudah dekat

masa tidak berjalan undur sejak ia diperkenalkan. ilmuku tetap nipis untuk khatam kisah adam hingga ke alam semesta hari ini.

bergerak ke depan, itulah makhluk yang bergoyang goyang di bumi yang katanya sfera dan bukan bulat.

nyawa yang terhenti tidak popular sehinggalah ayahku sendiri yang mengalami. hari ini nafas disedut hembus dengan kononnya ada matlamat diri.

ingin berjaya dalam hidup tak kira kaya atau tinggi. dengan gaya melayu hidup di malaysia diri ini dibawa rapi.

tercetus evolusi kehidupan bergerak penuh kegemilangan. dari berperang, bercinta, berjual dan kini berdusta itulah warna keriangan.

melayan layan perasaan hiba dan sesekali juga teringat... hidup itu singkat kerana kiamat sudah dekat.

yasmin ahmad yang dikenali

aku pernah mengatanya kerana karyanya pernah menjadi punca pertelingkahan. memuji dan mengata itu lumrah manusia yang terperangkap di dunia dan berjiwa syurga.

mengasuhnya seketika di astro untuk sesi wayang kita atas kejayaan sepetnya. dia belum disanjung puja kerana masih asing untuk warga hiburan sahaya.

eager dan simple orangnya, positif dan senantiasa meraya. yasmin yang dikenal seketika memang berbaloi untuk dibual bicara.

kini dia tiada dan karyanya menjadi tutur berita. kerana itu juga aku belajar istilah 'tak kenal maka tak cinta'.

al fatihah yasmin ahmad yang pernah dikenali seketika.

anak wayang lagi

mulut tak henti henti mengata dan mengomel... segalanya tak kena. macam aku yang bagus.

tapi itulah hakikat dengan sesuatu benda yang membuat kita geli untuk melihat. memang mengundang sisi gelap untuk terus menjadi jahat.

anak wayang ulangan ditonton untuk mengusik hati ini lagi untuk terus mengomel dan membebel tentang orang lain yang tak cukup pandai.

kadang kadang aku terfikir kembali. sempurnakah aku untuk mengherdik. kerana ilmu aku juga sama dengan mereka. setitik air berbanding laut milik yang Esa.