Tuesday, August 11, 2009

marah marah sayang

diuji dan disudi dengan kenakalannya. mungkin itu definasi 'the terrible twos' agaknya. seolah olah macam di provoke dan memang kena pada masanya untuk kita meninggikan suara.

pengalaman pertama menjadi 'parent' yang agak mencabar dalam nada yang berbeza beza. kita melihat mereka membesar. kelahiran mereka kedunia dari sebagai bayi. hanya ibu bapa adalah orang pertama seharus menjadi kenalan mereka.

dia anugerah atau hadiah dari Yang Esa. tanda penghargaan kita adalah insan yang dipilih Nya. seharusnya hadiah dari Tuhan Yang Satu itu dijaga dan ditatang kerana ia amat istimewa.

kini dia mula pandai berkata kata. berkata kata sambil berkelakuan 'testing' kesabaran kita melihat sedalam mana kasih kita pada mereka.

cerdiknya dia sampai membuat aku tertipu dengan tricknya untuk tidak mahu tidur petang.

tidak membenarkan aku menggunakan komputer kerana dia mahu melayari youtube lagu kegemaran.

menutup tv yang kutonton, katanya terlalu bising mengganggunya di komputer.

padahal umurnya baru 2.

aku memang ingin marah padanya tapi marahku adalah marah marah yang terlalu sayang.

(aku menulis ni sambil dibungkus kepala olehnya dengan t-shirt sambil bertanya; "where daddy?")

sayang keluarga tinggal tinggalkan

peribahasa yang tak pernah memberi pengertian pada mulanya. aku mengambil negatif dan tidak mungkin perpisahan mampu membuat kita menyayangi keluarga. secara nipisnya perpisahan membuat kita menjadi lupa.

silap rupanya. perpisahan dengan mereka yang kita sayang membuatkan kita rindu. rindu serindu rindunya. memang tak pernah terbayang wujud perasaan rindu sebegini. pada diri yang pernah menyalah erti perjalanan jauh meninggalkan keluarga.

saat bila bertemu, satu magis muncul dan melihat ahli keluarga sebagai satu cahaya. cahaya mengubat kerinduan perpisahan yang sudah berlangsung.

kini diri lebih menghargai mereka mereka yang setia berada di sisi.

filem ganti novel berjela

lepak minum bersama wartawan terkemuka utusan dan h.metro. ideologi mereka berdua ini memang class. cuma tekanan orang atas di negara dunia ketiga ini membuatkan potensi mereka lambat untuk diiktiraf.

kata mereka yang arif menulis dan membaca ini, dunia semakin berubah. masa semakin terhad dan singkat. hidup semakin sibuk.

walaubagaimanapun, minda hendak sentiasa dikemaskini. maklumlah tanggungjawab sebagai pelapor berita yang bertanggungjawab. mereka amanah untuk menyumbang pengetahuan dengan sedikit saluran yang mereka ada.

maka bakal terhasil artikel artikel dan penulisan yang mampu membuat kita peka dan semasa.

namun tak semua orang suka membaca. penceritaan yang hebat dan satira tinggi selalunya terdapat dalam novel berjela ditulis mereka yang berilmu di dada.

ujar mereka, filem menjadi wadah baru untuk kita terus berwibawa dalam masa hanya 2 jam sahaja. novel berjela yang mengambil waktu yang berjela lama kini mampu dipadatkan dalam masa yang singkat. hanya demi mengejar ruang waktu hidup yang semakin terhad.

ye tak ye... filem juga boleh ganti novel berjela jela.

Saturday, August 08, 2009

festival apa buat apa

apa yang dibayangkan jika ada festival makan. banyak makanan mungkin. pelbagai jenis makanan untuk dicuba, dirasa dan dikritis barangkali.

festival dimaksudkan sebagai perayaan. merayakan subjek yang dipilih sebagai watak utama.

ironiknya festival filem negara agak kurang mereka yang hadir untuk mencuba, merasa atau mengkritis ia. sebaliknya ia dipenuhi dengan majlis keramaian ala kerajaan yang dihadirkan dengan santapan makan.

lebih banyak mencuba, merasa dan mengkritis makanan di festival yang seharusnya dipenuhkan rakyat dalam pawagam dengan filem filem percuma.

mungkin antarabangsa harus belajar memakai slack dan batik ke sana ke mari dalam mengangkat kreativiti pembikinan filem di negara mereka.

kerana seluar jeans koyak dan t shirt biasa tidak mampu mencuba, merasa dan mengkritis filem filem hebat seperti selalunya di festival festival filem antarabangsa.

pelastik

aku perhati manusia ini pemalu. semulajadi sifatnya. terutama si melayu. dalam dunia hiburan yang aku berdiri, ramainya si pemalu pemalu ini tampil sebagai 'public figure'.

mereka memilih hidup untuk diperhati. membenarkan peribadi mereka diselongkari. siapa? si pemalu pemalu ini tadi... terutama si melayu.

siapa yang bukan pemalu? aku perhati yang bukan pemalu, mereka mereka si berbangsa asing. mungkin pembawakan mereka sudah sebegitu rupa. cakap lepas dan tiada nyot nyet di belakang seperti pemalu yang berdendam.

siapa lagi yang bukan pemalu? bagi aku, mereka mereka yang berkeyakinan terlalu tinggi. mereka yakin kerana mereka juga berilmu tinggi. mereka tidak malu untuk diperhati.

sengalnya pemandangan di mata aku ini kerana ramainya si pemalu pemalu ini berada di landasan pameran. mudah untuk bukan pemalu menerobos kejanggalan yang terpacul tidak sengaja.

yang tidak sihat apabila berlaku pertembungan budaya dua ini untuk bertegur sapa. tidak ori, tidak tulen lantas memupuk bibit bibit pelastik.

anak yang manja

anak sulung produk pertama si ibu bapa. banyak sangat kenangan yang dilalukan bersama. banyak sangat perkara pertama dengannya.

maka dengan itu kasih sayang yang sarat ada padanya.

perasaan anak yang manja kerana dia tahu dia istimewa. dia manja kerana dia pengasih dan penyayang. terutama buat mereka yang dikenalinya kali pertama.

ibu bapa adalah unsur pertama yang ditemuinya bila kaki mula dijejak di bumi yang nyata.

aku akui aku anak manja. dan aku bersyukur kerana aku juga dikurniakan anak yang manja.

deligasi pemerhati

menyertai FFM22 kali ini atas dasar sibuk sebelum penganjuran sebagai ajk salah satu aktiviti. dinama sebagai deligasi pada waktu acara kerana penganjuran diambil alah pihak sabah yang lebih arif.

lalu bermula detik detik sepi yang jika tiada inisiatif aku kaku di dalam kamar hotel. mempamer muka pada jawatankuasa berkuasa yang dipenuhi selebriti tidak terkecuali vvip.

hendak tak hendak itulah tujuan selain mampu meningkatkan konektiviti. kononnya ingin memperluaskan kabel perniagaan. apatah bidang dan industri itu memang selari.

masa aku tidak disia-siakan, memandangkan memilih keputusan untuk tidak bersama anak dan isteri untuk beberapa hari.

alhamdulillah... wasatiah keramahan membawa kepada kenalan yang bertubi-tubi dan cukup sebagai bekal rezeki di kemudian hari.

segalanya di tangan anda untuk berjaya, walau ada ketika anda memilih untuk menjadi deligasi pemerhati.

:)

sabah trip

kali pertama menjejak kaki ke negeri di bawah bayu ini. atmosphere yang cukup menarik. di kelilingi oleh kebiruan dan kejernihan air laut.

transit di labuan selama 30 minit. aku sudah bertukar jakun langsung foto di tulisan labuan airport. excited yang bertempat.

mendarat di KKIA pula dengan rasa ceria. beg dibawa tangan tanpa check in demi kemudahan diri yang keseorangan. rombongan FFM22 ini disambut meriah oleh penganjur dari Sabah.

merasa aku dikalung dengan rantai tasbih sabah berwarna warni ala ala vip.

sabah trip tidak kurang hebatnya dan meninggalkan memori baru yang tersendiri.

Sunday, August 02, 2009

semput yang kekal

dah lama diserang semput. dari sekolah lagi. terbatuk batuk bagaikan si lembik yang tak baik baik.

dari merempit, samseng sekolah dan juga berfoya foya. semput masih setia menemani diri ini. bagaikan teman sejati yang tak mahu pergi.

bertukar tukar kerja bertukar tukar gaya dia tetap setia. hari ini jerebu semakin tebal, aku yang terhegeh hegeh mengambil ubat, madu dan segalanya untuk merawat.

dia tidak berganjak, malah ceria mengusik letih letih aku di dada. mungkin dia akan terus ada dan terus bersama. dengan itu dia ku gelar... semput yang kekal.

kiamat sudah dekat

masa tidak berjalan undur sejak ia diperkenalkan. ilmuku tetap nipis untuk khatam kisah adam hingga ke alam semesta hari ini.

bergerak ke depan, itulah makhluk yang bergoyang goyang di bumi yang katanya sfera dan bukan bulat.

nyawa yang terhenti tidak popular sehinggalah ayahku sendiri yang mengalami. hari ini nafas disedut hembus dengan kononnya ada matlamat diri.

ingin berjaya dalam hidup tak kira kaya atau tinggi. dengan gaya melayu hidup di malaysia diri ini dibawa rapi.

tercetus evolusi kehidupan bergerak penuh kegemilangan. dari berperang, bercinta, berjual dan kini berdusta itulah warna keriangan.

melayan layan perasaan hiba dan sesekali juga teringat... hidup itu singkat kerana kiamat sudah dekat.

yasmin ahmad yang dikenali

aku pernah mengatanya kerana karyanya pernah menjadi punca pertelingkahan. memuji dan mengata itu lumrah manusia yang terperangkap di dunia dan berjiwa syurga.

mengasuhnya seketika di astro untuk sesi wayang kita atas kejayaan sepetnya. dia belum disanjung puja kerana masih asing untuk warga hiburan sahaya.

eager dan simple orangnya, positif dan senantiasa meraya. yasmin yang dikenal seketika memang berbaloi untuk dibual bicara.

kini dia tiada dan karyanya menjadi tutur berita. kerana itu juga aku belajar istilah 'tak kenal maka tak cinta'.

al fatihah yasmin ahmad yang pernah dikenali seketika.

anak wayang lagi

mulut tak henti henti mengata dan mengomel... segalanya tak kena. macam aku yang bagus.

tapi itulah hakikat dengan sesuatu benda yang membuat kita geli untuk melihat. memang mengundang sisi gelap untuk terus menjadi jahat.

anak wayang ulangan ditonton untuk mengusik hati ini lagi untuk terus mengomel dan membebel tentang orang lain yang tak cukup pandai.

kadang kadang aku terfikir kembali. sempurnakah aku untuk mengherdik. kerana ilmu aku juga sama dengan mereka. setitik air berbanding laut milik yang Esa.

Friday, July 31, 2009

apa masalah anak wayang

dari mula launch lagi rancangan ni aku rasa macam tak sedap hati. sebab logo dia jer. lepas tu kebetulan ada rival dalam tv kerajaan. pilih kasih. yang mana penerbit pilih kasih adalah bekas penerbit di astro.

dalam masa ke dua dua rancangan tengah on... ramai yang memilih pilih kasih. aku masih skeptikal dengan pilih kasih sebab ditayangkan di tv kerajaan.

tapi anak wayang yang tengah aku tonton ni memang confirm mampu dititik hancur oleh pilih kasih yang juga tak semegah. sebab anak wayang memang kosong.

pembaziran airtime cukup ketara. pemilihan pelakon yang kononnya ada rupa tapi hancur persembahannya.

apa masalah anak wayang sebenarnya. dibuat oleh mereka yang amatur dalam bidang ini atau oleh mereka yang tiada sentuhan.

malunya menonton anak wayang sehingga aku musykil apa standard m.nasir untuk turut berada di sana.

dan aku masih menanti nanti tulisan dari blogger bermulut lepas tekenal di akubimbo.blogspot.com yang kini menjadi antara tenaga kerja pentadbiran di astro syarikat naungan utama anak wayang.

letihnya melihat gelagat pengacara pengacara yang macam kosong dan ada tak kena. lebih baik aku keluar minum dulu sebelum aku termuntah.

Thursday, July 30, 2009

a&w klcc

bangang dunia ke 3 bekerja di restoran keluarga amerika di infrastruktur dunia pertama.

dalam nada lapar dan mendukung anak. isteri away ke atm machine. dua kaunter dibuka untuk membuat pesanan makanan.

malangnya nasib kaunter yang dipilih selembap kura kura. sambil melayan kerenah anak yang sekejap ingin berdukung dan berlari, dengan sabar aku menunggu giliran.

tiba giliran untuk membuat pesanan. "cik boleh beratur kat sebelah tak?" sambil menunjukkan ke arah barisan yang terdiri daripada 3 orang lagi.

mata aku terbeliak, ingin saja tangan ini melempang si bangang dunia ke 3 yang membuat muka sundal ala ala blur dan tidak bertimbang rasa.

mulutku terus memaculkan kata kata maki hamun dalam nada seorang ayah yang penyayang dengan api neraka yang membuak buak.

aku bertegas dia selesaikan aku hanya kerana anak yang juga lapar. kasihankan lah kami.

"ok lah," sambil menghempas talam pukimak di atas kaunter di depan muka aku.

memang perempuan ni nak mampus agaknya. aku tetap bersabar kerana takut anakku berlapar hanya dek kerana kepongohan bodoh ayahnya yang berdarah kelantan.

dicampak campaknya cili sos ke dalam dulang, aku masih menahan kerana lapar dan masih mengasihani pada situasi.

dapat saja pesanan aku ke meja untuk makan bersama anak.

sambil memerhati kerenahnya di kaunter, rupa rupanya ramai lagi yang mengalami masalah dengan makanan yang dipesan kerana tidak sampai sampai.

isteriku sampai dan kami makan. selesai makan aku basuh tangan dan mata melilau mencari manager on duty.

dalam nada kelantan yang tidak sabar aku berdialog:

"masaloh gapo muko mace taik wak kijo untuk bide ni?"

"ambik buwe la poster gambar ore senyum atah dinding tuh, jange tepek."

"kalau tok minat kijo dale bidey ni jange kijo la"

"tau doh bidey ni memey keno laye ore... mace hotel la..."

"doh kalu malu kijo a&w gi ngaji tinggi tinggi nu jadi CEO teruh."

"bodo! malu ko a&w amareka la"

"bukok a&w kat klcc tapi darak mace keda kopi dale hute."

aku kembali ke meja bersama keluarga. ramai staf mereka keluar mencari siapa dan apa yang berlaku.

aku dapat rasakan semuanya mengomel ngomel. kita semua staf a&w adalah satu keluarga. kita harus bersama menentang musuh kita iaitu pelanggan kita yang membayar gaji kita.

oleh itu pelanggan adalah salah dan kita pekerja ini adalah yang betul. mari kita buat muka kepada mereka yang mengantoikan kepukimakan kita.

lantas kesemua yang berada di kaunter tadi menjadi over friendly kepada pelanggan pelanggan yang baru datang. terutamanya yang bukan dari malaysia.

seolah olah mereka memang friendly, dan tak pernah buat muka pantat pada mana mana pelanggan yang cuba memporak perandakan keutuhan team building kami tenaga kerja a&w cawangan klcc.

kami difitnah... oh... kasihanilah kami.

kami memang semulajadi perangai macam hanjeng, terutamanya bila kerja yang melibatkan khidmat pelanggan.

kami tak paham kenapa kena hormat pada pelanggan. sedangkan yang bayar gaji kami ialah syarikat kami sendiri. dan syarikat kami mendapat pendapatan dengan membeli sendiri barangan yang kami jual.

oleh itu... kami berhak membuat muka celaka semasa mengambil pesanan makanan.

just like the first world country yang kami idolai... lihat saja bendera negara kami... belang belang macam amareka... sebijik mentaliti kami yang cukup dunia pertama.

pendekar atau pahlawan

orang yang hebat dalam memperjuangkan sesuatu. terutamanya dalam menegakkan kebenaran demi agama, bangsa dan negara.

ingin bergelar pendekar atau pahlawan, ciri ciri seorang perwira harus tebal dalam diri. berani melawan dan menentang bangsat atas nilai pengorbanan demi sejagat.

sebelum maju, negara memerlukan mereka mereka ini untuk dimerdekakan. menghalau pertualang dan sebagainya.

hari ini, sudahkah kita maju dan bebas atau merdeka?

tetapi kenapa mesti ada sesi peperangan dan perbalahan yang masih boleh melabel mereka mereka yang terlibat sebagai pendekar atau pahlawan.

pendekar atau pahlawan untuk siapa?

Wednesday, July 29, 2009

cicak yang hodoh

membasuh dapur yang jarang jarang berasap. kini berhabuk. bermain jirus jirus air membersih lantai. berlari keluar beberapa ekor cicak dari belakang tong gas.

cicak gemuk putih dan mengerikan. badan ala ala tidak mampu berlari. dan setiap langkah urat urat badan kelihatan. sambil terjelir jelir lidah menjilat air jirusan yang terpercik ke badan.

sial punya cicak. dah lah hodoh menyibuk dalam rumah orang. ingat ingat lupa tentang kisah nabi dengan cicak dan labah labah. kalau tak silap cicak itu harus dimusuhi dan dibunuh kerana perasaan hasad dengkinya pada rasulullah. dan labah labah pula menjadi teman rasul yang menyelamatkan rasul dari musuh.

tetapi yang hairan, negara barat yang berpaksikan salib dan kekufuran mencipta superhero mereka dari ikon yang sifatkan mulia dalam islam. spiderman.

si bodoh dunia ketiga pula melahirkan superheronya dari binatang yang diharuskan untuk dibenci dan diberi pahala jika dibunuh pada malam jumaat.

kepala kau yang seperti ular, dengan mata yang liar, lidah yang busuk dan terjelir, kulit badan mu yang terik dan lembik menampakkan urat urat badan yang sial... kau seharusnya mampus dan lenyap...

kerana itulah kau seekor cicak yang hodoh.

Tuesday, July 28, 2009

orang gaji dot com

bahalol atau tidak. terkangkang menonton tv dikala patut tidurkan anak. dengan nada yang terhegeh hegeh membebel seorang diri menjastifikasikan perangai bangang yang baru saja dikantoikan.

nak atau tidak tuan rumah terpaksa ikut atau mengamuk. tapi kedua dua ada kesan yang tidak bagus. ikut... lemak semakin naik. kepala semakin biol. dan kita membenarkan perlakuan biol berleluasa. mengamuk... dendam membara. kedua dua tidak bertegur sapa. ibarat membiarkan si musuh menjaga darah daging. kita pulak yang biol.

dah rasa macam isu telur atau ayam dahulu. masalah harus diselesaikan hakikatnya. senang cakap hidup di dunia ini untuk anak anak... aku cari jalan sajalah untuk jaga sendiri anak anak ini.

persatuan sucks!

persatuan sucks! ada politik dan gossip sesama sendiri. aku join fdam (persatuan pengarah filem malaysia) sebab itu syarat kalau nak aktif dalam bidang ini.

sebab dia syarat yang perlu ada so aku kena masuk untuk memudahkan kerja cari makan. kebetulan stand out aku terpilih untuk menjadi ajk simposium ffm22 finas di sabah.

aku yang termuda dan terpelik. sebab tak skema macam ahli persatuan lain. dan mungkin juga too loud dan mencabar ahli ahli veteran.

aku terpaksa hadirkan diri untuk beberapa meeting. syarat sebagai ahli. kena hadir meeting. untuk lontar idea. dikalangan idea tua aku ada beberapa idea muda.

hari semakin hari, lepas tiga meeting disertai dan dijanjikan bayaran kehadiran, meeting itu semakin sepi. aku tidak lagi dipanggil. katanya rombakan kabinet kementerian menyebabkan bajet finas lari.

latest updates... nama aku dah terkeluar dari senarai. dan digantikan dengan nama nama yang tepu, tua dan ada dalam industri seadanya.

kelakar sungguh. dengar cerita ramai yang namanya dicaras. atas alasan bajet. wtf. kalau dah takde duit takyah la organize dan beria ria diperingkat awal dan bila nak jadi buat ala kadar.

third world planning sungguh. persatuan pun satu hal. lain kali dari awal hantar lah ahli ahli kerepot korang tu. walaupun takde idea yang bernas yang penting mereka adalah wajah industri yang kematu ini.

wtf. lengoh berfikir dan kelakar di hati melayan birokrasi terpimpin kepala hotak kau yang berleluasa di negara yang ada F1 circuit dan menara berkembar tertinggi di dunia.

persatuan sucks!

sarawak trip

suasana di sana macam di kota bharu tahun 90an. mungkin orang orangnya. macam orang selalu kata orang kelantan tidak mahu maju dan assabiyah.

cuma di sarawak budayanya lagi kuat. puak puak pun kuat. kerajaannya kaya. segala kemudahaannya memang ada dan lengkap.

cuma rutin di sana dilihat agak perlahan. aku masih mengkaji dan memerhati. orang orangnya lebih suka mencangkung di hadapan rumah masing masing. bertenang dan tidak kelam kabut.

nada yang aku lihat lebih afdal dan sihat berbanding di kota yang kelam kabut serta kurang tentu arah.

aku ke sana melawat keluarga adikku di kota samarahan. isterinya mengajar di unimas dan mereka baru menyambut kelahiran putera mereka bergelar W. Mohammad Awra Zaini.

ibu negeri sembilan, ayah kelantan dan kini anak sarawak.

apa apa pun, untuk bertenang dan melihat kebersihan alam... pilihan saya... adalah sarawak trip.

lagi selebriti meninggal dunia

sebenarnya bilangan orang yang meninggal dunia dan dilahirkan mungkin sama. tapi akhir akhir ini ramai orang yang terkenal pergi tak kembali.

selepas pemergian editor media hiburan, saudara hanif dan raja pop mikaeel jackson kali ini giliran pengarah tersohor Yasmin Ahmad. pergi kerana stroke (angin ahmar). serangan yang datang tiba tiba di kala kita menjalani rutin kehidupan yang biasa.

nada itu lah gaya pemergian arwah ayah yang terlantar koma selama 75 hari mendapat serangan yang sama.

apa beza impak kematian yang mendapat liputan dan tidak. kematian yang menjadi berita utama dan tidak. kematian mereka yang popular dan tidak.

memang ada impaknya. kematian yang selalunya memanggil umat dengan diam dan hilang kini turut digelar kematian yang glamour. ada hikmah atau tidak, itu kerja tuhan.

kematian itu pasti, cuma bila dan bagaimana...

yang penting... lagi selebriti meninggal dunia... lagi kita ingat mati

Thursday, July 23, 2009

kita untuk apa

kita pilih jalan dan cara hidup kita. kita diberi peluang dan kemudahan. kita juga ada akal untuk berfikir.

tapi yang menyedihkan kita juga yang mengeluh dengan apa yang dilalui dan dialami. kita salahkan tuhan, kita salahkan semesta dan kita salah sekeliling kita.

nyawa dan kehidupan kita hanya diberi sebagai pinjaman. cukup masa kita harus pulangkan. tapi semakin hari kita lupa tercipta kita di sini adalah untuk apa.

kita untuk apa.

Wednesday, July 22, 2009

injection di bontot

ungkapan dan senario yang popular di kala arwah ayahku masih ada. demam sikit cucuk. tak sihat sikit cucuk. katanya solution yang terbaik dan mempercepatkan kesembuhan diri.

aku takut pada jarum. jarum suntikan yang pernah membuatku terkulai layu pengsan di lantai hospital. aku takut darah, aku tak suka bau hospital dan aku juga takut sakit.

tak suka, tak suka sakit... last injection yang aku dapat aku pun dah lupa. semalam di klinik aku berfikir 2 3 kali. doktor cakap kalau cucuk cepat hilang demamnya. atau makan ubat dengan teratur. pilih antara satu.

aku teragak agak kerana takut pada jarum. sengal, ngilu dan mengerikan.

ok lah... aku nak sembuh cepat. di bahu atau di bontot. terpulang ujar doktor cina (mualaf).

"you baring mengiring..."

"aduhla... ya allah... aduhlaaa... ya allah..." trademark aku dan arwah ayah kalau diserang sakit. jarum belum pun menusuk di dalam isi lagi.

"selawat la... takpe tahan sikit saja..." doktor cuba menenangkan orang tua berbadan besar dan berperangai mengalahkan baby ini.

zupp... sengal... dan melengohkan... alhamdulillah segalanya beres. nasib baik jarum tak patah dikemut.

"thank god you have a fleshy butt" isteriku membuat komen memecah kebuntuan di kala kami sedang menunggu obat.

Tuesday, July 21, 2009

demam untuk ingat tuhan

manusia makhluk tuhan yang mulia. kerana berakal juga bernafsu. ada kelemahan dan ada kelebihannya.

bercerita tentang kelemahannya. diciptakan untuk beribadah pada tuhan tetapi godaan dunia membuatkkan kita lupa dan alpa. juga leka dan hanyut dengan nikmat yang bersifat sementara.

dikurniakan penyakit padaku adalah sebagai reminder. pengingat untuk kurang hanyut dengan nikmat dunia. dan juga mengingatkan aku tentang wujudnya hari pembalasan melalui kematian.

agak lama aku sihat dan bertenaga menjalani kehidupan dunia yang menduga. Allah benarkan kehadiran wabak penyakit dan pencemaran dunia untuk kita nikmati selain asap rokok, muzik bingit dan rutin yang bazir.

katanya harus bersyukur dikurniakan penyakit, sebagai penebus dosa dosa lampau.

terima kasih tuhan kerana memberi demam. kerana demam, aku semakin ingat tuhan.

Monday, July 20, 2009

diriku semakin pancit

tubuh umpama tayar. mula mula beli memang berbunga-bunga, baru dan sihat. lama kelamaan digunakan ianya semakin haus, tua dan lesu.

perasaan seperti tayar semakin membuak buak di dalam diri ini. tubuh yang cekeding dan melengkung dulu dan digelar saleh yakob kini mula berubah ke arah afdlin shauki.

tayar spare di pinggang semakin membengkak dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan.

apakah pentanda semua ini. adakah aku juga menuju menjadi optimus prime yang semakin membesar.

diriku yang tegang dan tegap kini semakin menggelebeh dan melentur. tak ubah seperti tayar lori lama yang semakin kurang anginnya.

apatah lagi dikala semua orang sihat bertenaga ala ala kementerian kesihatan aku dirundum kelesuan setelah bermain bola anak anak bersama anakanda buat kali pertama.

ditambah dengan paru paru yang semakin lemah dek bantuan oksigen dari udara yang semakin kelabu dan virus virus berterbangan bebas di angkasa raya.

perasaan penat macam nak demam dan lenguh sendi sendi semakin berleluasa. mungkin itulah petandanya awal yang diriku semakin pancit.

masa untuk tidur... sementara dan bukan selamanya...

Saturday, July 18, 2009

tribute untuk payiek yang kembali

simple hidupnya walaupun keluarganya kurang sempurna. anak sulung yang taat menjaga ibunya yang digelar mama don di kampung kami.

dapat dilihat keikhlasan hati seorang belia yang hanya tersengih walaupun ditomah dan dibuli. payiek antara mereka yang setia menemani arwah ayahku semasa mereka mereka menjalani kehidupan yang sunyi di kb.

payiek yang aku kenal adalah kenalan rapat aus adikku. personaliti yang sentiasa dilihat hiba dan bersalah menjadi trademarknya. kadang-kadang menjadi bahan gurauan kami sekeluarga atas sikapnya yang sentiasa tersengeh guilty untuk setiap situasi.

taatnya pada aus membawa jodoh perkenalannya dengan arwah ayah. dia langsung mula menjadi teman kanan ayah untuk memandu dan meneman arwah ayah sementara kami semua sibuk di luar kelantan.

taatnya payiek dalam persahabatan sukar dibandingkan. dia sanggup lakukan apa saja untuk kenalannya dan terbukti sepanjang hubungannya dengan keluarga kami.

payiek juga cekal dan ambitious dalam mengejar cita-cita hidupnya. untuk berjaya seperti teman-teman lain yang jauh hidup mereka lebih sempurnya. dia padaku anak sulung yang bertanggung jawab terhadap adik beradik dan ibunya... mungkin sedar nasib hidupnya yang cukup sukar dia harus bekerja keras dan tidak leka.

walaupun payiek jauh di kelantan, setiap perbualan dan pertuturan kami akan muncul namanya sebagai perumpamaan dan juga imbauan bahan bahan jenaka.

pagi ini aku dikejutkan dengan panggilan aus dari Sarawak mengatakan payiek telah tiada. innalillah kataku yang masih baring di katil dan terpinga-pinga.

"takdok bakpo pulok? keno gapo?!" tanyaku dalam nada garang dan konfius.

"dio gi gunung stong nge apih apek, naik keto api... pahtu demo tu turun meta... keto api gerok... duo duo gi ambak..."

"kaba kaba keno tepuh ko keto api dari belake"

aus terdetik untuk menelefon payiek untuk berkongsi cerita mengenai kisah hidup masing-masing yang telah sekian lama berjauhan.

panggilan aus dijawab oleh seorang sarjan mejar dari Manik Urai yang mengesahkan pemergian payiek. temannya apis apek cedera parah pecah di kepala.

terkini... (10pg) mereka sedang dibedah siasat di hospital kuala krai. adikku ke 4, naki bertolak ke Kuala Krai memberi penghormatan terakhir buat keluarga arwah. padaku, muda umurnya kembali ke rahmat Allah atas pilihan kasih Yang Esa.

payiek, semoga anda dicucuri rahmat. dan sampaikan salam rindu kami pada arwah ayah di sana.

Al Fatihah. God Bless You.

Friday, July 17, 2009

MU vs shoutawards di bukit jalil

hari jumaat... hari terakhir bekerja dalam setiap minggu. akan senantiasa jam walaupun tiada sebarang aktiviti berlaku.

hari ini menambahkan lagi kegilaan jam hari jumaat ini. dengan berlangsungnya dua event yang meriah dan ceria di bukit jalil.

training session pasukan bola M.U dan juga shout awards anjuran 8tv. gila laku tiket lrt dan jalan raya akan bertukar menjadi tempat letak kereta.

besok dah mula cuti maka hari terakhir bekerja disambut dengan aktiviti yang bakal memberi nada rehat yang maksimum untuk sabtu dan ahad.

aku pula terlepas nikmat MU ni sebab kurang minat sukan... dan juga semakin tua untuk hadir pada acara terlompat lompat seumpama shout awards.

Thursday, July 16, 2009

kes samun depan mata

babak 1


"ooo... orang telok panglima garang..." tanya hj yahya yang bakal membaiki paip di rumah ibu ku di bandar seri ehsan banting.


ketika itu kami sedang menghirup cendol terbaik di banting, yang berjudul cendol ibrahim.


"kenal la Dr. Shafie? ujarnya lagi mengesahkan yang kami ini bersaudara. aku hanya mengiyakan saja.


"aneiii... kira berapa?" aku menghulurkan wang untuk membayar makan kami.


babak 2


berdentum! bunyi kereta kereta yang berbaris di seberang jalan tempat kami makan.


aku lantas bangun sambil terlupa untuk mengambil wang baki.


"ki... gi tengok..." ujar ku pada adikku yang ada bersama. aku terus berjalan untuk memerhatikan lebih dekat apa yang berlaku.


samar samar aku nampak lambayan sebilah parang dan botol botol berlindung di sebalik kereta kereta yang sesak.


babak 3


aku kembali mendapatkan wang baki aku. "48.20sen..." terketar ketar mamak cendol menghulurkan wang tersebut.


mata kami masih menatap insiden cemas yang berlaku. tangan kami sama sama meraba menghulur dan menerima wang tadi.


babak 4


aku menuju ke arah hj yahya sambil bertanya berapa upah yang harus ku bayar. rm90 katanya. "aaahhh...." aku berseloroh "mintak diskaun la harga sekampung... ok lah rm 80" mata mata kami masih cuba meneka neka apa yang berlaku di seberang jalan itu.


babak 5


aku berjalan menghampiri insiden tersebut. naki adikku sudah berada semakin hampir tapi masih berada di seberang jalan. kami terhenti mengenangkan parang yang meliar tadi.


sempat mata ku memandang ke arah kaki pemuda yang menendang nendang lelaki yang terbaring. lelaki tersebut dikerumuni oleh beberapa orang yang berada di situ. lelaki itu dilihat luka ditangan dan badan.


babak 6


aku cuba buat andaian. adakah eksiden? pemandu pemandu bengang turun dan bertumbuk? atau memang ada pergaduhan yang menyebabkan lalulintas terhenti.


babak 7


seorang remaja berjalan menghampiri kami yang berdiri berfikir untuk masuk ke keretanya.


"apa kes bro?" tanya naki kepada remaja tersebut.


"orang tu baru lepas samun kedai..." jawabnya selamba lantas menutup pintu kereta buatan perusahaan otomobil kedua negara.


babak 8


kami blah dalam nada kecewa. kerana berangan untuk menjadi nasi tambah. tapi terlepas peluang apabila beberapa orang pemuda lain yang mengerumuni lelaki tersebut turut memiliki gari.


babak 9


sebuah kenderan bernombor pendaftaran kelantan berlalu dari tempat cendol tadi.

"ish rugi la... kalu tidok buleh tupe..." "nate siak ado polih doh..." "bakalih nyo follow doh deh..."

"polis Malaysia memang cekap (hj yahya)"

"gilo.... first time tengok kes samun depey mato... ngosek molek"


babak 10


end credit

penghargaan untuk Polis Di Raja Malaysia


Gerak gerak gerak khasss...

Tuesday, July 14, 2009

analisis n41

media langsung mula menyampaikan berita berita sisi gelap sesi mengundi di Manik Urai. yang remeh dan temeh bagi bn jika mereka yang menang.

mengenai peyokong pas baling batu kepada 2 puteri umno, larangan penyokong kedua dua calon untuk berada sekurang kurang 50 meter dari pusat mengundi dan isu pemberian wang kepada pengundi untuk pulang mengundi.

dah takde modal agaknya. langsung dialihnya perhatian asal kronologi kempen mereka yang menggambarkan orang orang kuat bn sungguh prihatin dengan masyarakat kampung. siap bergambar dengan orang orang tua dan sakit. dasar propa murahan.

overkill, corny dan obvious... itulah tagline sinonim untuk setiap kempen kerajaan dalam proses menarik kepercayaan rakyat dan pengundi setiap kali pilihanraya. tetapi sentiasa gagal. atau dipanggilnya; pembangkang menang tipis, nipis... sipi... ketis... :)

istilah 'lesson learn' jarang digunapakai. kerana modal masih banyak. jika untuk perahu perahu kecil (pejuang pejuang bermodal kecil); itu sudah cukup untuk merombak atau menyusun strategi baru. dengan ikhlas dan demi mencapai matlamat kemenangan. tetapi mungkin tidak untuk bn. kerana masih memerintah dan masih celika untuk mendapatkan modal baru.

so... headline seminggu dua ini. pas hanya menang tipis. kesan pergolakan dalam pakatan rakyat. pemimpin teratas yang bertelingkah sesama sendiri. bla bla bla.

yang kalah taknak diulas atau di post morterm kenapa mereka kalah ke...

bagi demimasa, ada orang hidupnya memang sederhana. ada akhirat dan ada tuhan. bagi mereka yang ingin mempengaruhi manusia lain untuk kekal kaya dan jaya hanya di dunia, yakinkanlah undian mereka seberbaloi pengorbanan yang diambil.


demimasa berjuang untuk agama... bukan parti...

hujan yang turun

popular dengan lagu pagi yang gelap. band yang berbaur the strokes new york ini terus mengukuhkan nama mereka di industri hiburan tanah air. turut diuji dengan pelbagai kontroversi dan gossip, hujan tetap dilihat sebagai pelopor senario indie yang melangkah ke dunia arus perdana.

hari ini, dengan kuasa dan keberkatan Allah taala. pencemaran udara yang sering dingomel bebel oleh setiap insan telah mendapat pertolongan darinya. jerebu yang berlarutan sejak kebelakangan ini, hari ini tewas dengan anugerah tuhan bergelar hujan.

hujan yang turun mampu membersihkan udara yang beredar di ruang atas kepala manusia. setiap habuk dan kotoran ditarik dan dibasahi untuk membolehkannya jatuh ke tanah lalu lenyap.

semoga hujan hari ini bisa mengurangkan keperitan paru paru umat yang letih menyedut asap asap durjana yang tak henti henti berlegar tanpa sebarang konsep.

hujan yang turun hasil nyanyian merdu dari hujan band.

kotornya bumi

semakin hari paru paru aku semakin menjerit meminta tolong. hanya dua kemungkinan. ketahanan tubuhku semakin menurun atau bumi yang semakin kotor.

bangun pagi membuka pintu dan tingkap untuk menyedut udara segar. langsung aku terbatuk. kabus yang cukup tebal dari pandangan tingkat dua kondo tempat tinggal.

tapi pahitnya kabus ini semacam. rasa marah pada alam. dan cukup malu pada tuhan. apa ke bendanya hidup di bumi yang diberi hijau yang kini dibalas hitam.

kesian anak aku yang akan membesar untuk ke sekolah, ke kolej, ke tempat kerja, bertemu awek, bercinta isteri dan membesarkan anak dalam atmosfere sebegini.

pahitnya asap itu memang membuat aku terbatuk. di kala pagi ingin aku memulakan rentak hidup mencari rezeki di bumi Allah ini.

terbayang pula pasir halus dalam dokumentari discovery channel tentang dubai dengan judul the impossible city.

aaaarrrrgggggkkkkkhhhhh hakikatnya... kotornya bumi.

ampunkan kami Ya Tuhan.

Monday, July 13, 2009

transformer 2: filem bodek pak arab

baru saja berpeluang menonton filem yang menjadi perbualan seantero dunia. dan ditambahkan pula dengan trend siapa tengok paling awal dialah paling... entah... aku pun tak tahu.

menonton bersama anak dan isteri atas dasar tidak mahu ketinggalan dan curious terhadap isi kandung filem yang popular ini.

tiada penafian yang dapat dibuat, transformer adalah sebagai kayu ukur baru hollywood dan juga pembikin filem dunia yang turut terhegeh-hegeh mencari niche masing masing.

segala-galanya sempurna. tiada ruang kutukan kecuali mereka mereka yang sememangnya berkepala otak negatif seumur hidup.


ulasan secara detail dan dengan rujukan nama nama pelakon, itu bukan forte demimasa. banyak lagi blog dan web lain yang pengkhususannya adalah laman penganalisis filem.

demimasa hanya menilai transformer sebagai sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton dengan bayaran rm12. atau erti lainnya puas. baik sebagai marhaein mahupun pengkritik amatur yang dibesar, dididik dan berilmu negara dunia ketiga.

rm12 untuk menonton filem yang mengisahkan keluarga itu mengutuk keluarga ini, si anu bercinta dengan si ana di atas motor atau perlumbaan kereta secara ganas yang tak pernah wujud dalam bandar negara ini; demimasa akan pikir banyak kali.

sanggup demimasa makan makanan korea yang terhidang di foodcourt dengan bayaran yang sama.

amerika tetap jaguh dunia dalam berPROPA. dengan benderanya, teknologinya, ideologinya, apatah lagi sifatnya yang cukup mulia terhadap pak arab. tambah lagi lokasi klimaks filem dunia ini adalah di negara pak arab.

mau tak kembang ketiak pak arab.

mungkin mampu menebus dosa dosa lama dalam filem filem yang meletakkan pak arab sebagai pengganas dunia. atau mungkin penerbit mengerti perjuangan presiden baru yang berketurunan marhein yang mengalami isu sosial yang bencikan kasta.

atau inikah masanya membodek pak arab dubai untuk melabur dalam filem mereka seterusnya apabila kebanyakan syarikat besar amerika menuju kejatuhan.

oh well... whatever they are doing, malaysia tetap dengan pendiriannya. kita akan admire bila ada kena mengena atau kita bangga dengan apa yang kita ada. warisan kita. budaya kita. yeah thats the spirit.

tapi opening scene transformer ada tulisan malaysia dengan lambang wau bulan. jangan marah.

kita propa sesama kita. bukan untuk dunia. mungkin bila the matrix jatuh ke tangan the fallen, hati kerajaan kita akan terbuka untuk turut terlibat menghantar pesawat, keta kebal dan pelakon askar untuk berlakon dalam filem Prof. Razak seterusnya. mana la tau. soundtrack(runut bunyi) akan dinyanyikan oleh tomok dan faizal tahir.

tajuk dia; skandal mami jarum dan si optimus prima

so masa tu demimasa punya write up; mami jarum 8: filem bodek hollywood.

hahahaha pun salah. sian filem melayu... maju salah tak maju pun salah.

kruuu kreee kriiikkk more than meets the eye


pelakon pelakon utama transformer versi malaysia... kalau ada la...

Sunday, July 12, 2009

selamat hari lahir dari uncle

baru saja mengucapkan selamat hari lahir kepada ayahnya. hari ini gilirannya pula menjelma di muka bumi Allah ini.

jam 7 pagi waktu tempatan 12 julai 2009. air ketuban ibunya telah pecah dan dikejarkan ke hospital. panggilan diterima nun jauh dari Sarawak.

tulisan ini hadir dahulu sebelum beliau hadir menjenguk alam. uncle doakan anda selamat dan insyaallah menjadi warga Allah yang mulia.

12 julai juga merupakan hari lahir bapa saudara uncle iaitu prof. nazer di Johor. yang juga kini bakal menjadi atok saudara anda.

God Bless You! awra, insyaallah.

Saturday, July 11, 2009

memilih untuk menyampah sesama manusia

perbezaan kualiti nilai diri manusia diletakkan pada pegang mereka pada janji. takde yang tu kurang la markah impresi positif terhadap mereka.

menyampah dengan dunia sejak akhir-akhir ini (menuju kiamat). di mana semua manusia suka temberang dan tamak. hidup mereka tergesa-gesa menipu dan mencari jalan mudah untuk kaya dan berkuasa di dunia.

tanpa memikir langsung atau sengaja melupakan kisah wujudnya hari pembalasan.

atau mereka juga pejam sebelah mata sambil berkata "makhluk tuhan ramai, mungkin dia tak terperasan dengan perangai aku."

hakikatnya. hari ini setiap langkah perjalanan pasti akan disapa oleh golongan manusia yang opportunist memilih matlamat hidup yang tidak mati dan sanggup melakukan apa saja dengan menghalalkan cara.

muak dan menyampah dengan mereka yang sudah tepu dan beku untuk dingatkan bahawa sifat yang harus diamal ialah seperti pemimpin tercinta...

Muhammad s.a.w.

selamat hari jadi Daud!

selamat hari jadi to Wan Mohd Firdaus Wan Mansor yang jauh di perantauan; Sarawak. hehehe...

semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat.

harap bahagia dan sejahtera di samping keluarga tercinta.

yang benar.
abang anda

Thursday, July 09, 2009

ketawa sorang sorang

member aku dengan E71 nya. kami semua tengah lepak di oldtown white cafe. of course ada wi fi ready. kata zaman teknologi.

apa lagi, selain makan, elok lah kita berbincang dan berusrah tanpa maghrib dan isyak. aku kebetulan ada benda nak mengadap laptop bersama adinda.

tiba-tiba senyum. tiba-tiba gelak. sorang sorang sambil meratapi E71nya yang juga wi fi enable. tula kalau zaman sebelum ada internet ni kalau senyum sorang sorang pun dah dikira mengosek.

tapi takpe, berbekalkan kemeja yang kemas. tali pinggang dan seluar slack yang digosok rapi, jejaka berkasut clark yang memegang E71 sambil tersenyum kambing ini dilihat hanya sebagai seorang eksekutif yang peramah di sebuah kedai.

ehek ehek... senyum ku ketika menaip di laptop ini.

Wednesday, July 08, 2009

hari hari benda baru


hari ni belajar benda baru. sehari suntuk melangok kat kantin rtm. mencari kenalan untuk menceritakan tentang artis baru aku ni. adoyai. susahnya semua orang tengah bz.

langsung ke suria fm hidup pasti rancak. bertemu dengan pengarah muziknya. membawa produk produk yang aku sedang urus sekarang.

rupa-rupanya dunia radio ni lagi mencabar dari tv. sebab lebih theatrical katanya. betul ke aku eja dan dengar. tapi aku paham maksudnya. sebab tv kita boleh tengok. radio ni setiap apa yang diungkapkan membawa makna yang besar dan jelas kesan dan pembawakannya.

wow! ye tak ye. mungkin ada yang kata itu common sense. tapi bagi aku yang aku aku aku syok sendiri dan ignorance ini ianya adalah news. hehehe.

so hari ni aku dapat ilmu tentang dunia radio yang lagi challenging dan susah nak convincing.

nampak gayanya aku kena bertukar menjadi david blane lah... magic...

gemuloh michael jackson


first time aku kenal MJ ni masa aku sekolah rendah. masa tu aku pergi restoran keluarga KFC dekat supermarket pantai timur di KB.

inilah gambar dan posse pertama michael jackson yang aku tgk. masa tu dalam tahun akhir 80an atau awal 90an. gambar standees kolaborasi dia dengan KFC kalau tak silap aku.

berdiri bagai nak rak aku kat tepi dia. macam ambik gambar ngan dia. tapi masa tu lagu apa pun aku tak reti. gambar yang diambil oleh orang KFC tu dengan kamera polaroid. kalau tak silap masa tu sekeping rm10. mahal gila la. tapi mak bapak aku sanggup sebab dapat amik ngan MJ.

walaupun MJ standees. punyalah kuat penangan gemuloh ni. semua generasi umur dan seluruh dunia. sampai KFC kat Kelantan pun ada standees dia.

lepas tu mula dengar lagu dia zaman video klip dia dengan binatang tu. kalau tak silap aku dah masuk sekolah menengah. member baru angkat hi fi yang speaker gemuk gemuk dan lampu kelip kelip banyak. macam happening.

sekali dia beli album tu pastu pasang. aku punya la poyo dan entah bila la pulak pandai menari. menari gaya MJ kat dalam rumah dia. memang terjili-jili nak mampus.

lagu yang mula mula ada bapak ketuk pintu kuat kuat sebab anak dia main gitar kuat giler dalam bilik.

lepas tu bagi aku MJ dah jadi macam satu benda priceless dan wujud di bumi ini.

macam macam la berita pasal dia berkumandang dan aku hanya sekadar ambil tahu saja. sebab dah ada seniman fanatik lain seperti oasis, kumpulan nasyid malaysia dan terkini artis republik cinta dari indo.

bagi aku yang semakin meningkat dewasa, MJ dah macam another Presiden of America jer la. hari hari ada cerita dia. simpati tentang kisah hidup dia yang terlalu masyhur tetapi tetap sedih. dari skandalnya, bini bininya, perkahwinannya, anak anaknya, monyetnya, hartanya dan sebagainya.

yang paling aku tersenyum bila ikon dunia ini end up pilih Islam. mesti ada something yang special about Islam sehinggakan kematian Lady D pun kononnya disebabkan dia nak convert.

orang yang dah maximum kehidupannya mungkin dah buat research macam macam tentang perkara yang wujud di muka bumi ini dan mungkin menemui satu jawaban kepuasan bagi mereka. mungkin?

apa apa pun MJ yang aku first time jumpa di KFC kota bharu kini sudah kembali ke alam yang kekal. jikalau betul dia memilih agama Allah, salam kesyukuran dan Al-Fatihah aku tujukan kepadanya.

InsyaALLAH.

Tuesday, July 07, 2009

melayu dan kuman seberang lautnya

penat menjadi jurujual program dan rancangan untuk stesen-stesen tv kerana pembeli-pembelinya yang keliru dan kurang ilmu. kini cuba beralih profesi menjual lagu di stesen radio pula.

situasi yang sama juga berlaku. bukan kualiti, pengisian atau bakat yang dicari. tapi entah apa yang diingini juga kurang pasti. kesimpulan terhasil setelah pengalaman yang dilalui mempromosi artis dari seberang dan juga giliran artis tempatan pula untuk mencari rezeki.

laluan yang sama untuk perolehan tempatan yang sama tetapi membawa bahan dan produk dari dua negara serumpun yang berbeza lambang benderanya. bukannya apa, sehingga kini tiada penjelasan spesifik atau jawapan yang tepat kenapa wujudnya diskriminasi sebegini.

tapi dalam masa yang sama, masing-masing sendiri mengomel industri yang tidak ada perubahan dan wawasan kehadapan. segalanya menjadi semakin subjektif. apa benda sebenarnya yang menjadi kayu ukur.
atau korupsi dan favouritism seperti dunia politik juga melanda dunia hiburan yang seharusnya riang dan ceria tanpa sebarang propa.

sekali lagi mereka suka menyukarkan keadaan yang tidak perlu sukar. itulah dia melayu dengan kuman seberang lautnya.

Monday, July 06, 2009

monopaus jantan

life begin at 40. arggkkhhh begin di duniawi maybe. sekarang aku rasa macam life begin at 30. tiba tiba kemaruk sangat nak pakai moto besar. kemaruk giler dan aku tak pernah mengalami perasaan macam ini seumur 29 tahun.

sekarang tengah konflik. nak beli moto besar ke nak simpan ke nak belanja sebelum ajal ke.

bercakap pasal moto apa tu pun jadi satu isu juga. easy rider yang macam otai otai kat hard rock dan dalam citer wild hog ke atau superbike yang tertonggeng cool macam remaja sokmo.

antara jenama yang terlintas di hati jejaka kemaruk amatur ini ialah harley sportster, ducati monster dan aprilia shiver 750 dan yang juga menawan untuk half berlagak dan half melenjan ialah naza blade.
tengah berangan; dengan memakai 501 jeans dan t-shirt ed hardy, bersama boot bike. jantan monopous ini berjalan menyambar helmet oldskoolnya lalu menunggang sebuah jentera gagah meraung VRRROOOOMMMM!!! megah...

motor megah... jantan mengah...

Konsert Generasi Baru : Festival Kuala Lumpur (KL) 2009

Usaha murni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menganjurkan konsert ini boleh la dihargai. Tetapi sekadar mengambil syarat penganjuran standard amatur sahaja.

Mungkin untuk memenuhi kalendar program Kementerian terbabit. Terutama mendekati golongan muda yang dahagakan hiburan. Cubaan untuk menyuntik nilai kerajaan melalui persembahaan Koir Kebangsaan juga dilihat tidak menyeluruh.

Segalanya bagaikan menggunakan formula 'superficial' yang dirasakan sepatutnya berjaya.

Bermula dengan memilih venue yang 'happening' dan 'in' seperti Hard Rock dilihat sebagai percubaan yang terlalu beria-ria atau 'trying too hard'. Ini kerana ianya agak tidak sesuai dengan pengisian dan latar penganjur.

Begitu juga Meet Uncle Hussain yang sedang dilanda kontroversi perpecahan. JKKN mengambil jalan mudah untuk tidak menghayati 'scene' remaja sebenar yang mahukan lebih ramai band yang terlibat dan bukannya persembahan dari band ala fasha sanda saja nilai beritannya.

Persembahan Koir Kebangsaan juga dilihat janggal dan tidak kena pada tempat. Segalanya tampil seperti kanak-kanak tadika yang terlalu excited membuat persembahan di hadapan crowd ahli keluarga yang begitu ramai. Mungkin juga show ini menjadi penghias resume dalam nada "K.K dah pernah perform di Hard Rock okay...".

Secara keseluruhan, peruntukan wang rakyat nampaknya sekali lagi dibelanjakan dengan tiada kajian terperinci dan terlalu tergesa-gesa. Niat penganjur amat mulia dalam mendekati generasi baru tetapi, akan lebih mulia jika betul-betul mengenali kumpulan sasar ini.

Tidak salah menghadiri lebih banyak kursus pengurusan majlis demi kebahagiaan kita bersama.

Sunday, July 05, 2009

tomaninah di klcc

Ke suria klcc untuk makan bersama keluarga. ramainya orang macam hari-hari ada pesta. mungkin itu kelebihan jadi pusat beli belah yang berdempek bersama dengan mercu tanda negara.

orang ramai datang dari seluruh tempat agaknya. sebab pelbagai bahasa dan lorat yang ditutur sampai aku pun tak paham.

cuma yang tak best bila ada crowd yang tak berapa sopan dan proper ketika kena berinteraksi dalam lif umpamanya. memang jarang penduduk di malaysia ni ada lif di rumah mereka. tapi takkan la sampai kita kata tak pernah langsung naik lif walaupun yang tercabut pintu atau tak berlampu.

berebut-rebut mengambil peluang untuk maju kehadapan memang bagus dalam kehidupan tapi kalau berebut-rebut naik lif, agak orang utan bunyinya.

sehinggakan menolak stroller ke dalam secara paksa walaupun dah tahu tak muat sampaikan kaki orang dipijak. itu dah dikira kurang hilir. nak pulak situasi tersebut berlangsung di pusat beli belah terkemuka negara bergelar KLCC.

mungkin agaknya perlu ada setiap mall di setiap kawasan perumahan untuk memuaskan setiap demografi makhluk.

nak muntah dah dengar statement cari makan "first world infrastructure with third world mentality".

satu malaysia . satu kehidupan . satu klcc

arrgggkhhh masa... demi masa

banyak yang berlaku sehingga lalai untuk mengemaskini laman persuratan ini. semenjak menjadi kaum kroni majlis hiburan. masa dan minda semakin tidak terancang.

tambahan buat-buat bz yang tak sure pulak keputusannya.

selepas mengasuh mereka yang terlibat dengan pesta malam indonesia, aktiviti kerja terus tersusun menanti. termasuk pelancaran album Band Disagree di Hard Rock Cafe pada 30 Jun 2009.

Damn, busy sehingga tiada membawa kamera. semoga dapat cilok dari rakan media yang hadir harapnya.

Planning untuk meneruskan tanggungjawab dengan penerbitan portal hiburan juga insyaallah akan diteruskan. kalau tiada aral melintang. dari jun ke july dan july mungkin ogos juga jadinya.

rezeki datang dengan tawaran untuk menguruskan sebuah band adik beradik perempuan juga muncul tiba. D'adza nama mereka. sekarang dalam perancangan peraturan strategi gamaknya. semoga berjalan lancar hendaknya.

kini baru tenang kembali, tetapi masih ada hutang tugas tertunggak bersama finas. belum belum langsung bergerak. sudah bermula hanya di peringkat pra sahaja.

tambah pula rezeki penerbitan dan juga latihan untuk kementerian yang sudi bekerjasama. insyallah lah harapnya.

aaarrrgggkkkhhhh lega... terluah juga isi sibuk seorang yang menyarung pelbagai topi pada satu masa.

Saturday, June 13, 2009

Pesta Malam Indonesia 3 vs rockaway 2009


Saksikan band-band utama Indonesia beraksi di negara Malaysia yang pemurah lagi penyayang terhadap semua umat di dunia.

Kita tetap mengalu-alukan persembahan orang luar atas nama Dasar Terbuka dan betul ingin mengimprovekan kepala otak yang tak mampu untuk mengembara.

Lihat saja kelambakan dan kebanjiran pekerja-pekerja asing demi membangunkan negara untuk rakyat kita yang memang rajin untuk melihat dan mengomen sahaja. Maklumlah kita pun kaya macam pak arab Dubai yang sentiasa mendapat elaun khairat dari kerajaan mereka yang terlampau mewah.

Oleh itu lihatlah semua benda dari kacamata positif.

Semoga PMI3 berjaya walaupun pada tentative yang sama berlangsungnya sebuah konsert tempatan yang percuma menampilkan "so called" band-band hero utama tempatan. Suratan atau kebetulan atau sesi test market industri hiburan tempatan yang sedang membuat kajian; lagu tempatan atau lagu asing yang betapak dihati Makhluk Malaysia.


Wednesday, June 10, 2009

tabunya K.B.S

dengar nama kementerian ni terus cuak. sebab pernah kena kelepet idea dan juga sesi sumbang saran bersama kakitangna mereka mengenai beberapa kempen dan program.

masa tu bawah pimpinan ayah dafi. kakitangan dia panggil, perah otak semua orang, janji manis manis, lepas tu babai dengan idea. siap keluar tv, jadi billboard dan berjalan sebagai progam tahunan mereka.

offer terbaru pulak ialah dengan kementerian yang sama. kali ini melalui company member. lagi nak kena padan muka. tapi usaha saja. tawakal dan pastu redha dengan ketentuan tuhan. sesi sumbang saran tak lama lagi.

kalau hari tu mengenai GEN-M. iaitu segala macam program untuk memajukan generasi malaysia sebab BN kalah teruk. kali ni pun atas alasan yang sama nak menagih undi dan simpati rakyat.

judulnya 2nd chance program. peluang kedua untuk mereka yang kecundang, kehilangan pekerja dan penganggur yang bertauliah.

so, tunggu saja konsep ini dipersembahkan. samada dia dicedok dan dibabai atau digunapakai dan dibayar dengan lumayan.

namun yang penting, idea yang dicetus dapat diilham kepada mereka yang memerlukan untuk terus berjaya dalam kehidupan.

lillahitaala.

Monday, June 08, 2009

Birokrasi Terpimpin

Penat dan mengah... Apa ke bendanya birokrasi nih. Memberi peluang kepada orang tapi menyukarkan perjalanan peluang itu. Penat dah ulang-alik terhadap proses yang ditambah reka melebihi proses yang sudah tersedia ada menyusahkan.

Aku tak paham matlamat diorang. Manusia yang sedar atau tidak mereka sedang lena diulit birokrasi. Mungkin bagi mereka, mereka sedang perform. Perform dalam jawatan yang disandang. Pegawai Tukang Sukarkan Proses nama jawatan tu.

Mengah juga kadang-kadang aku nak bercerita benda yang sama. Sedangkan kita tercungap sukar mencari jalan untuk jaya dan kaya. Mereka tetap stabil dengan income yang man man tetapi aman.

Mungkin ini dipanggil birokrasi terpimpin. Kesukaran yang harus dilalui walaupun tidak perlu tetapi diatur dan disusun dengan rapi jalannya untuk kita lalui dengan tertib.

Demi merealisasikan kehidupan sebagai rakyat di sebuah negara bergelar Malaysia.

Thursday, June 04, 2009

anniversary 030609 wsa mm

manis sungguh sebuah perkahwinan ini. menyatukan dua hati berbeza latar bermadu kasih cinta bersama.

3 jun, tarikh perkahwinan aku. tahun ini adalah ulangtahun ke empat. setiap tahun akan ada detik yang disambut sebagai tanda meraikan perhubungan yang mendapat keberkatan ini.

mewah atau simple itu terpulang. yang penting pautan kasih sayang tetap sama dari mula hingga akhir hayat dua sejoli. itu sebagai tanda hati yang jujur pada akad yang dilafazkan atas dasar mulia pada hukum tuhan.

terima kasih tuhan di atas kurniaan kehidupan yang cukup manis dan bahagia. di atas panduan dan bantuan dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. dalam menjalani diri sebagai makhluk bergelar suami juga isteri.

semoga hari yang mendatang sentiasa mendapat berkat dari Mu. aku hanya ingin senyum di bumi Mu dan melalui saat indah bersama setiap insan yang tercinta. isteri anak dan juga keluarga.

indah sungguh hari ini sebagai tanda ulangtahun perkahwinan ku yang ke empat.

Monday, June 01, 2009

Renungan MLM

Hari ini, kali ke berapa entah aku berjumpa dengan kawan yang sedang kaya melalui acara MLM. Aku tak pasti, itu adalah hidayah pada aku untuk masuk atau sekadar episod kehidupan sahaja.

Aku dah masuk beberapa tapi tak jugak kaya. Tulisan ni saja jer nak buat sebagai renungan. Nak kira tarikh lepas ni kalau jumpa lagi member aku yang tengah pakai BMW tu, masa depan nak jugak ukur diri. Aku kat tahap mana.

Lepas tu boleh juga meratapi nasib aku yang tak cepat-cepat kaya jugak ni. Hehehehe... saja je memang aku tak pernah ada hati dengan MLM. Try pun orang sponsor. Tapi tak pulak aku komplain aku tak kaya. hahahaha...

Yang penting hati kena senang. Duit ada tak takde aku tak kisah. Tuhan sayang aku pun dah kira cukup ok.

Sekadar renungan.

Wednesday, May 27, 2009

seruan: pre pro bermula

filem pendek yang bakal diterbitkan aku. tadi baru saja berjumpa mata bersuai kenal dengan pegawai baru yang ditugaskan memantau ke mana perginya wang wang finas.

sesi berjalan lancar. alhamdulillah. seperti biasa segalanya perlu melalui proses yang agak teratur dan bersistematik. katanya semuanya akan direkodkan dan terkini, wujudnya agreement di antara penerima dana dan juga pihak finas. satu effort yang hebat demi menyelamatkan bontot masing-masing.

anggaran tarikh penggambaran bakal bermula sekitar pertengahan jun. watak utama memulakan cuti semesternya pada tarikh itu. senarai equipment sudah siap.

petang tadi juga sempat bertemu dengan krew-krew yang bakal terlibat.

sekarang aku hanya pening membuat breakdown lokasi dan mencari sesiapa yang mampu melukis storyboard.

semoga filem pendek ini berjaya di mata dunia.

ciplak: resam muka bumi

terkejut bila mendapat jemputan ke sidang media sebuah program realiti tv baru astro. judulnya gu gu ga ga erra... mengisahkan perjalanan hidup dua pasangan popular itu engku emran dan erra fazira menuju ke alam ibu bapa bagi menyambut bayi mereka.

wow! they all proceed jugak idea yang sepatutnya dibuat untuk terbitan suriafm.tv. tak sangka pula selepas presentation idea marhaein aku ni diorang teruskan without any courtesy bagitau.

well itulah lumrah dunia. segalanya boleh berlaku. konsep video klip pun pernah diciplak. sekarang ni konsep rancangan tv pula. mungkin Allah tetap adil untuk menentukan nasib setiap manusia.

tapi lumrah manusia juga aku hanya ngerti perasaan terkilan. buat setakat ini. kerana ucapan mereka-mereka yang di atas selalunya indah dan seperti memberi harapan kepada manusia di bawah.

all the best diucapkan kepada mereka dan anda semua.

Sunday, May 24, 2009

Radio THR Kota Bharu : Event Assistant

Memerlukan 2 orang event assistant bagi mempromosikan THR gegar di sekitar Pantai Timur
Jantina: Perempuan
Umur: 18 - 35 tahun
Kelayakan: SPM ke atas dan Memiliki Lesen Memandu

segala pertanyaan lanjut:

hubungi En. Zaki Yamani

email: zaki_yamani@astro.com.my
email: ikazkin@gmail.com

mobile: 019.2308032

Darah Daging : Tiada Makna

Aku tak faham bila ada yang sanggup pilih stranger berbanding keluarga. Apa yang berlumut dalam kepala hotak orang macam ni.

Tak paham hukum tuhan ke apa. Keutamaan yang harus diletakkan dalam pemikiran ialah keluarga mengatasi segala benda. Sehinggakan untuk menghadap Allah taala di hadapan kaabah pun disuruh kita pergi bersama dengan muhrim.

Betapa tebalnya kuasa darah daging kekeluargaan yang harus diutamakan. Berpaling ke arah membelakangi ahli keluarga, apakah berkat hidup mereka. Berjalan di atas doa kecil hati ibu dan bapa, adakah tenang hidup mereka.

Mungkin arus permodenan yang cukup pukimak dan celaka hari ini berjaya membutakan hati setiap insan yang rohnya ditiup Allah untuk melakukan kebaikan. Bodohnya kepala hotak manusia hari ini sehingga cetek memilih nilai kehidupan sebenar di bumi Allah yang sementara ini.

Aku doakan mereka-mereka ini insaf dan terbuka hati walaupun di pintu syurga rebahnya. Semoga Allah juga memberi hidayah untuk makhluk-makhluknya yang alpa dengan belaian nikmat dunia yang dongeng lagi sementara.

Simpati: Pelawak Malaysia

Kesian industri hiburan Malaysia ni. Daripada orang yang betul-betul ada art dan passion dalam industri kini telah bertukar menjadi pedih dan pahit.

Semuanya angkara kesukaran perjalanan seni mereka dalam industri hiburan tempatan. Kalau negara seperti India dan Indonesia mahupun kiblat asal kita Hollywood, competition mereka juga tinggi. Dugaan mereka juga teruk. Tapi mereka memupuk talent atau insan seni mereka menjadi professional di mata dunia.

Di Malaysia negara tercinta ini, dugaannya berbeda. Sehingga menerbitkan perasaan 'bitter' mahupun terkilan dengan profession cari makan masing-masing. Ini kerana dugaan yang ditempuhi selalunya adalah dugaan yang tak masuk akal.

Dugaan yang tak perlu dilalui tetapi direka-reka atas dasar melambatkan kejayaan orang lain.

Pelawak yang saya ingin ceritakan di sini ialah Afdlin Shauki. Dia merupakan ikon lawak yang saya rasa cukup tabah dan tetap jujur berlawak. Ianya bukan kerjaya tetapi bakat semulajadi yang dimilikinya.

Namun sejak kebelakangan ini, dia kelihatan begitu sinis dan bukannya sarkastik yang seperti dia ingin contohi dari Drew Carry atau pelawak international yang lain. Jawapan yang diberikan kepada media juga seolah-olah meletakkan dia di atas dan lebih cerdik kononnya dari orang lain.

Ooppsss... kesian. Ibarat tersungkur di pintu syurga. Entah apa yang menghasut kepala hotaknya pun kita tak tahu. Asalnya dia seorang yang humble tetapi berilmu. Namun industri komedi tanah air yang keliru dan berkecamuk telah menghasilkan personaliti yang tidak seberapa di penghujung kariernya.

Hanya simpati sajalah perkataan yang paling sesuai untuk artis-artis yang lahir di negara busuk hati, tikam belakang dan PHD; Malaysia ini.

Friday, May 15, 2009

Photojournalist Wanted!

Malaysia's First Online Magazine currently hiring Photojournalists.



Criteria include:
1. At least 2 years experience
2. Passion for entertainment and celebrities
3. Ability to use professional camera
4. Ability to tell a story through photos
5. Willing to work under tight dateline
6. Possess own transport

Interested parties please contact Wan Syahrul Amry at 0122741979

Region: Kuala Lumpur
Company: Jomstar.com
Email: wansyahrulamry@jomstar.com

Thursday, May 07, 2009

kelantan sweet trip with my little family

balik ke kb sempena hari jadi aku from 2nd - 5th of May. sampai airport tunggu afiq saim naki datang amik. terus ke renai check in. padahal renai tu depan rumah jer. tapi yeah... kejayaan sekaram dok hotel, hadiah bday dari bini tersayam.

rasa macam tourist di negeri sendiri la pulak hehehe lama tak balik. tapi ada la jugak kenal orang orang situ. agenda balik ke kb hanya untuk makan sahaja.

antara kedai-kedai makan wajib ialah seperti berikut:

1. nasi sumatera (hover / jalan gajah mati)

2. laksam, ayam goreng dan roti bakar, telur 3/4 - Kg. Sireh

3. hayaki, cafe with wi fi and good food

4. ridel hotel, for snacks and river view

5. breakfast with kakwok's nasi bungkus at wo's place

6. sun hwa for mee sup daging, kuey tiaw goreng and chicken chop oldschool

7. nasi kukus everywhere in kb

8. nasi kerabu and nasi berlauk tepi maybank wakaf siku

and it seems my wife quite enjoy shopping in kb compared to other place. tapi bukannya di pasar-pasar. di KB mall sudah satisfied katanya sebab murah sangat. whatever bebeh, as long as you are happy. i round2 with mikhail naik stroller.

antara port shopping yang harus dilawati:

1. wakaf che yeh

2. bazar buluh kubu

3. pasar siti khadijah

4. kb mall

5. bundle kawan kawan

waaa... kesimpulannya, pulang ke kampung sebagai pelancong asing adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana perasaan terasing di tempat yang begitu familiar amatlah mengelirukan.

aku tidak pernah lupa daratan. tapi daratan itu telah terlupa pada aku.

selesema babi

Tuhan larang doh, jangan make babi degil. Kajian professor tengkorak batu dari Amareka pun royak babi paling banyok kuman dalam badan. Sebab sifat kejadian dia banyak merupai manusia. Entah-entah dah macam makan manusia.

Pelbagai penyakit tuhan hantar. Selsema burung lah, penyakit kuku, kaki dan mulut lembu lah dan segala macam yang melibatkan binatang. Tapi yang paling takleh belah ialah Selsema babi lah. Nama dia pun dah mengerikan. Babi itself tu penuh dengan kuman. Inikan pulak gabungan selsema dan babi.

Kecoh pulak dalam tv perkataan babi. Dulu masa kecik asyik kena cubit dan kena pukul dengan hanger baju sebab tersebut babi. (kecik-kecik dah melatah). Namun hari ini ucapan babi menjadi contoh teladan yang tersebar luas di media massa. Atas alasan itu selsema babi akhirnya digelar A1N1.

So lepas ni kalau diorang nak makan babi, kena lah order A1 goreng satu, sup A1 satu wahhh dah menyamar jadi ayam la pulak... Adoyai

Saturday, May 02, 2009

transisi 20 ke 30

besok usia aku bertukar 30an. bagi aku atau lelaki benda tu sekadar nombor. jiwanya cukup berbeda. sentiasa remaja hahaha. atau roh yang maintain seperti ditetapkan tuhan di syurga.

namun di dunia, nombor ini menggambarkan pelbagai situasi. maknanya di umur tertentu, untuk kelihatan normal dan tidak dijelik orang, atitud hendaklah seiring. kalau matang umurnya hendaklah matang peribadinya.

well, keliru juga dengan kata-kata "man's life begins at 40". mendapat hidayah untuk berubah pada umur itu atau kehidupan rancak dunia harus dimulakan pada umur itu. namun segalanya terpulang kepada individu untuk menafsirkannya.

belajar dari isteriku yang terlebih dahulu mentranformasikan diri ke alam 30, katanya kena ada tanda, hadiah atau peristiwa. kerana itu adalah satu permulaan ke alam yang berbeza. makan jubli perak or jubli emas pun ada hehehe.

oh well, mulai besok, aku nak mengisi borang, tiada lagi umur 20an. pandangan masyarakat terhadap aku adalah seorang belia yang seharusnya berperangai lelaki berumur 30an. mungkin tiada afro, gelak yang kuat dan berhemah tinggi.

berapa pun umur kita, kita pernah menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akan menuju ke umur tua. semoga tuhan sentiasa merahmati ke semua transisi kehidupan kita.

amen.

Tuesday, April 28, 2009

takdir Kelantan

rumour atau dongeng... aku pernah dengar dialek Kelantan ingin dijadikan bahasa kebangsaan suatu ketika dulu. samar samar aku terbayang Sabri Yunos terlibat dalam memartabatkan perkataan Kelantan dalam Kamus Dewan.

bagi 'ore luar' (malaysian yang di luar Kelantan), Kelantan adalah satu kaum atau puak yang cukup assabiyah. mungkin kerana lorat bahasanya yang terlalu asing seasing sabah dan sarawak tetapi berada di semenanjung.

bagus atau tidak tomahan ini, sedikit sebanyak ia bisa menyatukan melayu. ia perlu untuk menjadi benteng perjuangan bangsa dan Kelantan sanggup diperkotakkan demi negara.

Isu Tengku Temenggong dan pemaisurinya Model popular Indo; Manohara meletak nama Kelantan dipersada nusantara yang cukup mual mengangkat perkataan Malaysia. Tidak seperti Malaysia yang begitu terhegeh hegeh memuja persada indo atas alasan rumpun yang sama.

Tapi 'ore luar' gemar menafikan hak Kelantan yang sudah tertakrif antara 14 negeri yang melengkapkan Malaysia. Lihat saja derma kepada Gaza yang diabai oleh adik beradik arab mereka, Kelantan merangkak rangkak mencari dana membangun anak bangsa Malaysia hanya kerana berparti politik pembangkang walaupun Islam.

Gomo Kelate Gomo

Luahan dari Budak Kelantan ber i/c 03 dan berbonda, beranak Selangor beristeri KL di kala kekalahan Red Warriors Piala FA 2009 yang berlangsung di Bukit Jalil.

Monday, April 27, 2009

kotabharu.kualalumpur.jakarta

indonesia... aku mula kenal bila filem2 dan lagu2 nya mula membanjiri otak otak orang malaysia. dan masa tu juga mereka hadir dengan pekerja2 buruh yang membangunkan pencakar2 langit di negara kita. begitu juga dengan amah atau pembantu rumah yang membangunkan isi perut setiap rakyat2 dalam negara ini.

22 april 2009 kali pertama aku mendaratkan kaki ku di lapangan terbang soekarno, jakarta. excited pada mulanya dengan harapan ingin lebih mengenal tanah tumpah kumpulan kegemaran Dewa19, The Rock dan Ahmad Dhani.

Ramainya umat manusia. dengan pandangan 'welcome' satu macam menyambut aku dan 3 teman yang ingin berjoli di sana. mungkin persepsi mereka orang luar datang untuk mengambil seberapa ramai dara dan mencabul hawa. ahhh kamu terlalu sombong, perasaan dan terlalu 'bitter'.

Aku pernah melayan Christian Sugiono dan Titi Kamal di Malaysia seperti biasa aja. kerana kerja. Bila aku tiba di sana, baru aku paham istilah penghambaan kepada selebriti... mereka cukup gah di jakarta. bukan saja selebriti... malah dengan nota 50000 rps. kamu bisa membeli jiwa.

dari pengagungan Dewa19 secara menyeluruh, hari ini aku hanya melihat karya mereka dan sentuhan 'survival' kehidupan mereka yang terpaksa melalui sistem berlandaskan korupsi dan populasi gila sahaja. terima kasih jakarta kerana membuka mataku sebagai rakyat malaysia yang sudah punya segalanya.

aku lihat dengan mata, kamu memandu hummer h2 di tengah kota mengelak lopak air yang dihuni anak kecil berfantasi seperti di swimming pool. kamu 'check in' di hotel bersama teman gembira di tepi makcik tua bersama cucunya terlentang nyenyak di kaki lima.

jakarta dalam masa 5 hari aku sudah bisa melihat permainan duniawi yang kau miliki. keikhlasanmu mencari rezeki. dan puak2 mu memanipulasi kami. terlena aja sesaat... sepantas kilat kami terjual. terlepa saja mata... kamu sudah bersandiwara.

jakarta tidak pernah jujur terhadap kuala lumpur. apatah lagi terhadap kota bharu. hidup mu terlalu pedih, umatmu amat ramai, peluang mu terlalu tipis. hidupmu ibarat mencari 'loophole' sesuap nasi uduk pengalas perut penerus hidup.

aku tidak salahkan kamu. tuhan itu adil. dikurniakan negara mu kesesakan, tetapi setiap kamu ada sentuhan. cewek mu kacep, cowok mu ganteng, selebriti mu glamor, politik mu hebat walaupun segala-galanya berlandaskan peluang mencari wang. itu aja yang difikirkan. mungkin sudah sebati dalam perjuangan hidupmu.

jakarta, indonesia. kau berjuang kau berjaya. kau di bawah kau usaha. celika memang celika. aku mula sedar di mana letaknya Malaysia dan di mana duduknya Indonesia. hanya 5 hari di jakarta.

Wednesday, April 22, 2009

suka dalam duka

selesai drama yang ku lalui. gembira hati. janji berlayar ke negeri seberang berat pula dirasai.

suka dalam duka. suka untuk meraikan apa yang dirancang namun duka untuk meninggalkan mereka yang tersayang.

tabahkan hati. pergi dengan niat yang suci. mencari rezeki merantau mengenal erti bumi.

selagi Tuhan di hati selagi itu diri dilindungi.

insyallah...

suka dalam duka ... doakan diri terus berjaya

Tuesday, April 21, 2009

sebak dada

tiada doa yang pedih selain dari hati yang cukup sebak. perasaan berdebar, lemah dan keliru.

aku memohon tuhan untuk Kau berkatilah hidupku, tabahkan hatiku dan kau permudahkan segalanya di bumi Mu ini.

aku sebak kerana, aku hiba kerana, aku lemah kerana, kerana aku hamba Mu yang hina.

sebak dada membuatku bersyukur aku masih bernyawa.

punah rancangan

kita hanya merancang... tuhan yang menentukan. segalanya telah dirancang dan diatur sebaik mungkin. dengan niat yang ikhlas serta bersedia untuk redha. segalanya pada mata manusia cantik teratur dan indah tersusun.

namun manusia hanya merancang segala-galanya semampu mungkin tapi Tuhan yang menentukan. bila dikataNya 'kun faya kun' baru la jadi sehendakNya.

jangan disesali apa yang punah. jangan dikesali apa yang gagal. yang pasti hidup harus diteruskan. capailah apa yang diimpikan.

insyaallah taala.

perasaan ingin membunuh

kalau marah kita amik sembahyang. cara nak hilangkan perasaan amaroh syaitan. tapi pernahkah anda memiliki perasaan berdebar-debar yang keliru samada mahu marah atau bertenang atau ingin membunuh.

adakah kita pernah meluangkan masa untuk memikirkan punca dan asabab musabab kenapa kita ada persaan ingin membunuh itu. aku sanggup meluangkan masa kerana aku mempunya isteri dan anak serta keluarga di bawah tanggungjawab ku. kasihankan mereka rasaku.

cuma geram dan marah yang semakin membuak-buak ini membuatkan aku risau jika dengan satu kesilapan sahaja bakal membuatkan aku merengkok di dalam penjara. nauzubillah.

well, mungkin aku simpan saja dulu perasaan ingin membunuh ini. semoga syaitan pergi jauh dari diri. tapi apa-apa pun aku mampu membunuh. kerana keturunan anak adam semuanya pernah membunuh.

Monday, April 20, 2009

sistem malaysia konfius

nak tadbir negara memang susah. nak pulak negara dunia ke 3 yang terhegeh-hegeh nak membangun. isunya senang, aku nak tukar atm kad maybank aku jadi debit card. maybank ni kat bawah ofis aku jer.

jumpa orang bank yang jaga nombor. bagitau dia nak tukar atm kad. dia mintak mykad. aku bagi mykad dia kata nak cek komputer. pastu dia cakap mykad u rosak. u kena tukar mykad u. takpun dia kata u balik kelantan tukar debit kad kat sana.

madafaka... aku nak gi indon lusa la kambing. lagi nak suruh aku pergi kelantan dulu. sistem... sistem... nak menyenangkan ke nak menyusahkan.

pastu dia siap ajar aku cara nak gi JPN untuk tukar mykad. dia kata u cakap kat diorang, its not my fault... i nak tukar kad maybank. mykad rosak... maybank tak kasi tukar. dengan nada yang buat aku macam orang kampung yang baru sampai kat bank nak 4 bas. pendek betul.

babi betul la... gapo dio la... pastu penyelesaian dia:
1. Tukar kad kat home branch... tempat u bukak akaun
2. Pergi tukar mykad dekat cawangan JPN yang tak tau makan masa berapa lama.
3. Pergi mampus tak payah pakai mykad tak payah pakai debit kad maybank.

steady lah... nak sistematik tapi bangang gila. itulah dia dugaan aku hari ni. mykad punya pasal. nak buat sistem pakai chip la pakai cap jari la. tapi beli barang made in china. tipu kontrak kerajaan. makan duit rakyat dan menyusahkan pulak rakyat.

sekarang dah pakai semua kad dan chip. lepas ni duit dah tak pakai pulak ke. pakai plastik lagi. beli nasik pakai plastik. pastu makan plastik. tukar benda dapat benda. dah tak pakai duit dah tak pakai emas. balik balik zaman dulu. sistem bater. nak makan ayam kena tukar ngan kambing. nak pakai kereta tukar dengan rumah. hahaha... aku dah gila.

tensen... jap lagi duit kad dalam handphone. pakai kredit handphone jer beli nasik. hebat. kalau terformat simkad handphone tu. mampus! tak makan nasik la jawabnya.

aku yang semakin konfius akibat sistem malaysia yang konfius.

tahniah buat Diha.

Tuhan itu adil. kita hanya perlu ikut perintahNya. nescaya Dia makbulkan dan beri kita kejayaan.

bagi diha, pengorbanan dan perjuangan hidupnya sentiasa dirahmati dan diberkati. dia inginkan terbaik untuk dirinya, keluarganya dan kehidupannya. jalan dan cara hidup yang dipilih sentiasa direstui.

tidak pernah derhaka dan sentiasa cuba memberi yang sempurna kepada insan istimewa dalam hidupnya. dia tidak pernah kecewa malah terus berjaya.

tahniah buat diha. kerana Tuhan tahu matlamat hidupmu untuk apa.

doa dari suami mu yang amat mencintai sepenuh jiwa.

tengku putera

satu istilah yang arwah ayah guna... dalam meng'adress'kan anak emasnya... adik kedua ku WMF (daud) . siapa dan apa maksudnya aku kurang jelas. pernah juga membuat spekulasi tengku putera ini adalah anak kesayangan raja atau anak raja yang istimewa yang tidak boleh diganggu gugat.

itu cerita lama... dengan arwah. Hari ni aku ada tengku putera aku sendiri. atau dalam nada kelantan; "ku tegho". itu yang dapat aku ungkapkan bila terbayang dan melihat wajah Wan Mikhail. Anak lelaki sulung nan satu. Perasaan sayang dan kasih yang melampau untuk dia dari seorang daddy bergelar Wan Syahrul Amry.

Baunya saja dah cukup membuatkan aku puas dan cinta. Inikan pulak keletahnya berbicara dan gelagatnya yang bersahaja tetapi sering buat aku ketawa.

Mungkin itu yang arwah ayah pernah rasa terhadap anak-anaknya. dan setiap hari aku semakin merasakannya terhadap Tengku Putera ku yang juga padaku adalah nyawa.

hanya linangan airmata yang daddy mampu berikan padamu... sebagai tanda cinta seorang ayah kepada anak lelakinya.

Thursday, April 16, 2009

Lebanon Apa dan Siapa?

Tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari lelaki dari Lebanon. Nama Hussein. Katanya dapat nombor dari seorang kawannya yang pernah bertemu aku di satu majlis. Yang aku heran, aku diaddressnya dengan panggilan 'Boy'. Nama ni untuk family dan kroni rapat atau kaum Kelantan saja.

Nama cari makan di KL Wan Syahrul Amry. So confuse tapi ditolong juga. Katanya Al-Manar nak buat program pasal Ramadhan di dunia. 2 episod nak buat di Malaysia. Life orang Islam di Malaysia sambut bulan puasa. Aku bawak ke Kirawang. Senang sebab established company. Perkenal dan diorang berbincang memberi quotation.

Si Hussein nakkan satu OB van, 5 kamera dan beberapa perkara kecil lagi. Apa lagi. Secara logiknya diletakkan lah 250k. Senang. Dengan below the line pun tapau sekali. Termasuk lah hidden chargers. Hehehe macam bil telefon la pulak. Lepas tu dia call gelak. Dia kata "What is this jokes. Are making movie?"

Aku rasa macam nak karate pun ada. Tadi mintak macam-macam. Kalau nak buat movie, tayangan unggul mintak 1.2 million la. Apada... Lepas tu dia segan dan duduk bagan buat research dan sebagainya. Dia call balik kata, "we just want do simple production, a few camera, technical crew. That's it." Pulok doh.

Aku dah research Al Manar TV ni dia semakin popular di negara arab sebab keterlaluan telusnya dalam media. Al Manar juga dilabelkan sebagai Terrorist Media oleh negara barat. Al Manar TV adalah di bawah pimpinan pejuang Hezbullah Syed Hassan Nasrullah.

Good Luck untuk aku!

Saturday, April 11, 2009

sinus yang biadap

Kepala rasa macam terluka di bahagian atas. Diketuk-ketuk rasa sakit nak mampus. Tension gila. Serangan yang datang secara tiba-tiba. Aku tak pernah rasa macam ni. Tapi yang sakit kepala dulu, bila batuk pun rasa macam bergegar dan berdenyut otak.

Dua tiga hari yang lalu. Aku rasa macam sakit kepala yang pelik. Balik rumah, bini urut. Terus sendawa bagai nak rak. Mana entah datang anginnya. Nak pulak di bahagian pipi dan dahi. Sakitnya macam migrane kata bini ku pada mulanya. Tapi bila diketuk belakang telinga, berdenyutnya tak ingat. Oh... kebiadapan sinus rupanya. A.K.A resdung atau seduan.

Bini ke farmasi dapatkan ubat. Sebab aku benci dan malas ke klinik. Trauma suatu ketika dulu yang hanya nak periksa kesihatan last last ditahan masuk wad sebab Hypo-glucose dan Hepitis. Sampai hari aku malas ke klinik kecuali dah kritikal. Kata biniku "baik u pergi check awal-awal, jangan tiba-tiba kang terus mampus." Hahahaha... aku gelak besar sebab statement tu cute gila. Menyampah dan marah sebab terlalu sayang sehinggakan kata-kata concern keluar dalam nada kesat. Hahahahaha.

Tadi dah makan ubat sinus. Dah spray Nasal Hygiene ke dalam lobang hidung tuan director ahmad nespu. Sekarang dalam proses berlawan dengan perasaan kurang selesa kepala otak seperti nak demam. Mungkin reminder dari Allah sebab dah lama sangat sihat tubuh badan. Alhamdulillah. Tapi kirimkanlah kesihatan tubuh badan Ya Allah.

Thursday, April 09, 2009

kabinet almari atau kabinet negara

Tiusss.... keluar headline kata Khairy tidak termasuk! Lega (envy seorang melayu)... hehehe Mukhriz dapat... wahhh happy... entah hapa-hapa aku ni. Macam pulak diorang kenal aku.

Anyway tahniah diucapkan kepada yang tersenarai. Sebab bukan senang nak mendapat portfolio ni. Tapi apa-apa pun mungkin strategi yang terbaik yang telah diaturkan untuk rakyat Malaysia.

Yang paling interesting, MOI, KTAK dan KPKKW digabungkan menjadi satu. Dibawah naungan Menteri yang Maha Seni iaitu Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menjadikan beliau MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN. Make sense la jugak, sebab berseninya beliau sehinggakan majlis lawatan Menteri, dia gantung DSLR kat leher. Memang gerek bila dipadankan dengan baju batik.

Tapi Penerangan dan Seni dan Budaya tu ok la jugak. Tapi Astro, Media Prima, Maxis, Celcom dan segala telekomunikasi pun di bawahnya. Hehehe... abis lah berkerawang handphone ngan tv nanti.

Kerja Raya dapat kat Datuk Shaziman. Masih kena mengena ngan KJ the great. Kalau aku tau aku register company supply tar ngan simen buat jalan. Hahaha... lupa pulak nak buat baik ngan Datuk Zahid, sebab aku ada connection untuk jual beli senjata. Hehehe berangan sungguh. Beliau dah jaga pertahanan pulak tu.

Well, marhaein macam aku tak related dengan mana-mana Pak Menteri. Yang penting Malaysia aman dan makmur. Semua dapat menjalani hidup seperti biasa hendaknya.

Kabinet Almari ke Kabinet negara ker... yang penting kabinet dapur kena ada. Kalau tak nanti pinggan mangkuk tak tau nak letak kat mana.

p/s: Rindu pada almari lauk arwah nenek. Tempat aku curi tempe goreng.

Tuesday, April 07, 2009

Budak Kelantan, Singapura dan Oasis

Umur 30 baru berpeluang menjengah konsert Oasis. Kumpulan yang diminati sejak berumur 17 tahun. Hehehe... tapi rezeki tetap ada. Bergelar suami dan bapa membuka rezeki untuk menyaksikan kepoyooan Liam dan kekerekan Noel memainkan lagu-lagu kenangan aku di UIA.

Bergerak berkumpulan bersama line up TheWans, Naki dan Pesa (Daud tak dapat join). Bersama rakan-rakan Naki dan Pesa berjumlah 9 orang semuanya. Naik keretapi di KL Sentral macam nak ke Mekah kecohnya.

Perjalanan backpackers pertama meninggalkan Mikhail dan Diha. Sayu lah jugak. Tapi ke Singapura berjumpa cinta lama, Liam dan Noel. Di atas katil keretapi terlelap sehingga tiba di JB dan Woodland untuk pemeriksaan passport.

Tanjung Pagar destinasi pertama di Tanah Singapura jam 8 pagi. Bergambar bagai nak rak. Berjalan kaki menuju ke destinasi yeah yeah... Nak naik MRT ke naik bas. Di sana tak malu pula nak bertanya. Dan tak sesat jalan. Bas pertama di Singapura menuju ke Stadium Tertutup Singapura. Nampak stadium terus konfiden.

Berjalan mencari hotel berdekatan. Katanya area Kallang. Eh... Jalan tulisnya Geylang. Macam familiar. Kita teruskan perjalanan saja. Aku nampak kubah masjid di celah-celah restoran sup katak dan daging goreng babi. Tegasku ada masjid, kat bawah tu mesti ada kedai kopi.

Tiba di Islamic Center jalan Geylang. Bertanya kepada mereka2 berkopiah dan ber tshirt logo pemuda A.S.W.J. Kedai kopi di sana, sambil menunjuk ke arah kedai yang sedang dihuni oleh ayam ayam tua, lelaki melayu bertatoo dan kedai berlabelkan sticker Tiger Beer.

9 sekawan berpakaian seolah model Topshop terus melabuhkan punggung ke bangku dan nasi lemak singapura 1.20 Singapore Dollar dan Teh Ais 1.30 Singapore Dollar dibelasah beramai-ramai.

Berjalan mencari hotel 10 pagi, sambil disapa oleh ayam ayam muda dari china. Katanya 80 dollar. Hahaha... Masuk ke Hotel 81 yang berharga 50 dollar. Tapi check in hanya pukul 12. Ok lah booking dan bayar. Berjalan mencari kedai nak cukupkan lagi 2 jam sebelum check in.

Terjumpa masjid Haji Mohd Salleh, jalan geylang juga. Lepak dan merempat di situ. 6 sekawan semua tertido penat. Aku bantai berborak dengan bilal Haji Mustopa dan komiti masjid yang agak peramah dan gembira bila diberitahu kami dari Kelantan untuk ke konsert Oasis.
Kirim salam Tok Guru Nik Aziz katanya ketika berpisah dengan kami yang berjalan menuju ke Hotel untuk sambung tidur dengan sempurna.

Jam 5 petang turun mencari teksi sebab hujan renyai-renyai. Drummer TheWans, Pesa, tukang organizer pergi dulu ambik tiket. Aku, Naki, Fak, Jepa dan Afik berjalan kaki ceria. Sampai di stadium, ramai gila muka macam Oasis. Semua peminat pakai baju oasis, dressing macam Liam, Noel dan umur lebih kurang jer sumer. Budak2 pun not bad. Ramai gak.

Mula beratur, Pesa dan Yie ke hospital Tan Tok Seng. Pesa diserang Asma sebab letih menguruskan anak anak yatim ni nak tengok oasis. Kesian dia. Kitorang semua beratur dan melihat macam-macam perangai fanatik oasis. Macam mimpi pun ada. Masuk di pintu, semua kena check. Kamera kena tahan. Aku nasib baik pakai sweater. Lepas kamera. Time check badan, aku keluarkan dan pegang kat tangan dia tak perasan.

Langkah pertama ke dalam stadium untuk konsert Oasis. Kaki ku melenting lenting melompat-lompat excited. Wooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!! Jeritan Batinku dan bibirku sekali.

To be continue...

Saturday, April 04, 2009

oasis dihati

minat terhadap kumpulan rock manja sengau british ni masa 1996, masa form 5. pernah perform lagu 'don't look back in anger'. dan terus jadi ketagih bukan dengan lagu, tapi dengan attitude band ni. mungkin masa tu sesuai sangat dengan umur remaja rebelious aku.

sekarang dah 2009, baru berpeluang nak tengok konsert diorang dekat negara jiran. tak sure dapat layan lagi ke tidak. sebab kesetiaan dengan band oasis ni memang lama. memang kalau jamming dengan adik-beradik pun main lagu diorang jer. cuma setahun ni dah terminat dewa19 pulak dan asyik dok layan kepoyoan ahmad dhani. sampai anak aku mikhail pun taksub jugak. tambahan lagi dengan line up the rock feat. ahmad dhani.

well... perjalanan ke singapura bermula sebentar lagi. member datang ambik pukul 8 mlm. dah lama tak backpacking. last sekali masa belajar uia sebab takde kereta nak ulang alik. ni satu malam di Singapura dengan geng-geng Naki (adik) maybe interesting. adventure tetapi sayu la pulak tinggal bini dan anak. hehehe... demi oasis yang pernah menjadi idola ku tabahkan juga.

harap-harap oasis main lagu-lagu 1st 2nd 3rd album jugak la. baru boleh terlompat-lompat. kalau tak shuffle jer la jawabnya. dah la versi baru ada versi prodigy pulak tu. disco disco... orang tua berdisco.

oasis tetap dihati

Memanda Perdana Menteri

Well, aku semakin jahil berpolitik. Macam sesuatu yang asing dan memualkan. Mungkin kerana aku hidup dan leka dalam dunia sendiri. Nak pulak sibuk membuat liputan dunia hiburan yang hanya penjana sampingan ekonomi negara.

Tapi aku tak terkecuali untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru. Atas dasar sebagai rakyat di bawah naungannya. Dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri yang sebelumnya.

Nak terlampau menganalisis pun dah rasa macam nonsense jer. Takde faedah dan takde percikan projek juta-juta yang boleh aku bawak bekal sampai mati. So hanya ucapan-ucapan skema aja untuk pemimpin-pemimpin negara.

Semoga matlamat hidup yang ditetapkan Allah berjaya dilaksanakan tidak kira apa jawatan pun yang kita pegang.

Tahniah kepada PM

seruan 'the calling'

dalam lawaknya finas, akhirnya permohonan diluluskan juga walaupun bersyarat. demi menjayakan filem pendek ke persada dunia, Seruan akan tetap diterbitkan.

terima kasih diucapkan kepada panel yang dapat melihat nilai disebalik Seruan yang hanya bermatlamat untuk berdakwah melalui medium bergelar filem pendek.

insyaallah Seruan mampu meletakkan Islam dan satu petikan kisah Protagonis cerita ini ke satu tahap yang boleh dihargai dan diambil iktibar.

terima kasih semua.