Thursday, July 16, 2009

kes samun depan mata

babak 1


"ooo... orang telok panglima garang..." tanya hj yahya yang bakal membaiki paip di rumah ibu ku di bandar seri ehsan banting.


ketika itu kami sedang menghirup cendol terbaik di banting, yang berjudul cendol ibrahim.


"kenal la Dr. Shafie? ujarnya lagi mengesahkan yang kami ini bersaudara. aku hanya mengiyakan saja.


"aneiii... kira berapa?" aku menghulurkan wang untuk membayar makan kami.


babak 2


berdentum! bunyi kereta kereta yang berbaris di seberang jalan tempat kami makan.


aku lantas bangun sambil terlupa untuk mengambil wang baki.


"ki... gi tengok..." ujar ku pada adikku yang ada bersama. aku terus berjalan untuk memerhatikan lebih dekat apa yang berlaku.


samar samar aku nampak lambayan sebilah parang dan botol botol berlindung di sebalik kereta kereta yang sesak.


babak 3


aku kembali mendapatkan wang baki aku. "48.20sen..." terketar ketar mamak cendol menghulurkan wang tersebut.


mata kami masih menatap insiden cemas yang berlaku. tangan kami sama sama meraba menghulur dan menerima wang tadi.


babak 4


aku menuju ke arah hj yahya sambil bertanya berapa upah yang harus ku bayar. rm90 katanya. "aaahhh...." aku berseloroh "mintak diskaun la harga sekampung... ok lah rm 80" mata mata kami masih cuba meneka neka apa yang berlaku di seberang jalan itu.


babak 5


aku berjalan menghampiri insiden tersebut. naki adikku sudah berada semakin hampir tapi masih berada di seberang jalan. kami terhenti mengenangkan parang yang meliar tadi.


sempat mata ku memandang ke arah kaki pemuda yang menendang nendang lelaki yang terbaring. lelaki tersebut dikerumuni oleh beberapa orang yang berada di situ. lelaki itu dilihat luka ditangan dan badan.


babak 6


aku cuba buat andaian. adakah eksiden? pemandu pemandu bengang turun dan bertumbuk? atau memang ada pergaduhan yang menyebabkan lalulintas terhenti.


babak 7


seorang remaja berjalan menghampiri kami yang berdiri berfikir untuk masuk ke keretanya.


"apa kes bro?" tanya naki kepada remaja tersebut.


"orang tu baru lepas samun kedai..." jawabnya selamba lantas menutup pintu kereta buatan perusahaan otomobil kedua negara.


babak 8


kami blah dalam nada kecewa. kerana berangan untuk menjadi nasi tambah. tapi terlepas peluang apabila beberapa orang pemuda lain yang mengerumuni lelaki tersebut turut memiliki gari.


babak 9


sebuah kenderan bernombor pendaftaran kelantan berlalu dari tempat cendol tadi.

"ish rugi la... kalu tidok buleh tupe..." "nate siak ado polih doh..." "bakalih nyo follow doh deh..."

"polis Malaysia memang cekap (hj yahya)"

"gilo.... first time tengok kes samun depey mato... ngosek molek"


babak 10


end credit

penghargaan untuk Polis Di Raja Malaysia


Gerak gerak gerak khasss...

Tuesday, July 14, 2009

analisis n41

media langsung mula menyampaikan berita berita sisi gelap sesi mengundi di Manik Urai. yang remeh dan temeh bagi bn jika mereka yang menang.

mengenai peyokong pas baling batu kepada 2 puteri umno, larangan penyokong kedua dua calon untuk berada sekurang kurang 50 meter dari pusat mengundi dan isu pemberian wang kepada pengundi untuk pulang mengundi.

dah takde modal agaknya. langsung dialihnya perhatian asal kronologi kempen mereka yang menggambarkan orang orang kuat bn sungguh prihatin dengan masyarakat kampung. siap bergambar dengan orang orang tua dan sakit. dasar propa murahan.

overkill, corny dan obvious... itulah tagline sinonim untuk setiap kempen kerajaan dalam proses menarik kepercayaan rakyat dan pengundi setiap kali pilihanraya. tetapi sentiasa gagal. atau dipanggilnya; pembangkang menang tipis, nipis... sipi... ketis... :)

istilah 'lesson learn' jarang digunapakai. kerana modal masih banyak. jika untuk perahu perahu kecil (pejuang pejuang bermodal kecil); itu sudah cukup untuk merombak atau menyusun strategi baru. dengan ikhlas dan demi mencapai matlamat kemenangan. tetapi mungkin tidak untuk bn. kerana masih memerintah dan masih celika untuk mendapatkan modal baru.

so... headline seminggu dua ini. pas hanya menang tipis. kesan pergolakan dalam pakatan rakyat. pemimpin teratas yang bertelingkah sesama sendiri. bla bla bla.

yang kalah taknak diulas atau di post morterm kenapa mereka kalah ke...

bagi demimasa, ada orang hidupnya memang sederhana. ada akhirat dan ada tuhan. bagi mereka yang ingin mempengaruhi manusia lain untuk kekal kaya dan jaya hanya di dunia, yakinkanlah undian mereka seberbaloi pengorbanan yang diambil.


demimasa berjuang untuk agama... bukan parti...

hujan yang turun

popular dengan lagu pagi yang gelap. band yang berbaur the strokes new york ini terus mengukuhkan nama mereka di industri hiburan tanah air. turut diuji dengan pelbagai kontroversi dan gossip, hujan tetap dilihat sebagai pelopor senario indie yang melangkah ke dunia arus perdana.

hari ini, dengan kuasa dan keberkatan Allah taala. pencemaran udara yang sering dingomel bebel oleh setiap insan telah mendapat pertolongan darinya. jerebu yang berlarutan sejak kebelakangan ini, hari ini tewas dengan anugerah tuhan bergelar hujan.

hujan yang turun mampu membersihkan udara yang beredar di ruang atas kepala manusia. setiap habuk dan kotoran ditarik dan dibasahi untuk membolehkannya jatuh ke tanah lalu lenyap.

semoga hujan hari ini bisa mengurangkan keperitan paru paru umat yang letih menyedut asap asap durjana yang tak henti henti berlegar tanpa sebarang konsep.

hujan yang turun hasil nyanyian merdu dari hujan band.

kotornya bumi

semakin hari paru paru aku semakin menjerit meminta tolong. hanya dua kemungkinan. ketahanan tubuhku semakin menurun atau bumi yang semakin kotor.

bangun pagi membuka pintu dan tingkap untuk menyedut udara segar. langsung aku terbatuk. kabus yang cukup tebal dari pandangan tingkat dua kondo tempat tinggal.

tapi pahitnya kabus ini semacam. rasa marah pada alam. dan cukup malu pada tuhan. apa ke bendanya hidup di bumi yang diberi hijau yang kini dibalas hitam.

kesian anak aku yang akan membesar untuk ke sekolah, ke kolej, ke tempat kerja, bertemu awek, bercinta isteri dan membesarkan anak dalam atmosfere sebegini.

pahitnya asap itu memang membuat aku terbatuk. di kala pagi ingin aku memulakan rentak hidup mencari rezeki di bumi Allah ini.

terbayang pula pasir halus dalam dokumentari discovery channel tentang dubai dengan judul the impossible city.

aaaarrrrgggggkkkkkhhhhh hakikatnya... kotornya bumi.

ampunkan kami Ya Tuhan.

Monday, July 13, 2009

transformer 2: filem bodek pak arab

baru saja berpeluang menonton filem yang menjadi perbualan seantero dunia. dan ditambahkan pula dengan trend siapa tengok paling awal dialah paling... entah... aku pun tak tahu.

menonton bersama anak dan isteri atas dasar tidak mahu ketinggalan dan curious terhadap isi kandung filem yang popular ini.

tiada penafian yang dapat dibuat, transformer adalah sebagai kayu ukur baru hollywood dan juga pembikin filem dunia yang turut terhegeh-hegeh mencari niche masing masing.

segala-galanya sempurna. tiada ruang kutukan kecuali mereka mereka yang sememangnya berkepala otak negatif seumur hidup.


ulasan secara detail dan dengan rujukan nama nama pelakon, itu bukan forte demimasa. banyak lagi blog dan web lain yang pengkhususannya adalah laman penganalisis filem.

demimasa hanya menilai transformer sebagai sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton dengan bayaran rm12. atau erti lainnya puas. baik sebagai marhaein mahupun pengkritik amatur yang dibesar, dididik dan berilmu negara dunia ketiga.

rm12 untuk menonton filem yang mengisahkan keluarga itu mengutuk keluarga ini, si anu bercinta dengan si ana di atas motor atau perlumbaan kereta secara ganas yang tak pernah wujud dalam bandar negara ini; demimasa akan pikir banyak kali.

sanggup demimasa makan makanan korea yang terhidang di foodcourt dengan bayaran yang sama.

amerika tetap jaguh dunia dalam berPROPA. dengan benderanya, teknologinya, ideologinya, apatah lagi sifatnya yang cukup mulia terhadap pak arab. tambah lagi lokasi klimaks filem dunia ini adalah di negara pak arab.

mau tak kembang ketiak pak arab.

mungkin mampu menebus dosa dosa lama dalam filem filem yang meletakkan pak arab sebagai pengganas dunia. atau mungkin penerbit mengerti perjuangan presiden baru yang berketurunan marhein yang mengalami isu sosial yang bencikan kasta.

atau inikah masanya membodek pak arab dubai untuk melabur dalam filem mereka seterusnya apabila kebanyakan syarikat besar amerika menuju kejatuhan.

oh well... whatever they are doing, malaysia tetap dengan pendiriannya. kita akan admire bila ada kena mengena atau kita bangga dengan apa yang kita ada. warisan kita. budaya kita. yeah thats the spirit.

tapi opening scene transformer ada tulisan malaysia dengan lambang wau bulan. jangan marah.

kita propa sesama kita. bukan untuk dunia. mungkin bila the matrix jatuh ke tangan the fallen, hati kerajaan kita akan terbuka untuk turut terlibat menghantar pesawat, keta kebal dan pelakon askar untuk berlakon dalam filem Prof. Razak seterusnya. mana la tau. soundtrack(runut bunyi) akan dinyanyikan oleh tomok dan faizal tahir.

tajuk dia; skandal mami jarum dan si optimus prima

so masa tu demimasa punya write up; mami jarum 8: filem bodek hollywood.

hahahaha pun salah. sian filem melayu... maju salah tak maju pun salah.

kruuu kreee kriiikkk more than meets the eye


pelakon pelakon utama transformer versi malaysia... kalau ada la...

Sunday, July 12, 2009

selamat hari lahir dari uncle

baru saja mengucapkan selamat hari lahir kepada ayahnya. hari ini gilirannya pula menjelma di muka bumi Allah ini.

jam 7 pagi waktu tempatan 12 julai 2009. air ketuban ibunya telah pecah dan dikejarkan ke hospital. panggilan diterima nun jauh dari Sarawak.

tulisan ini hadir dahulu sebelum beliau hadir menjenguk alam. uncle doakan anda selamat dan insyaallah menjadi warga Allah yang mulia.

12 julai juga merupakan hari lahir bapa saudara uncle iaitu prof. nazer di Johor. yang juga kini bakal menjadi atok saudara anda.

God Bless You! awra, insyaallah.

Saturday, July 11, 2009

memilih untuk menyampah sesama manusia

perbezaan kualiti nilai diri manusia diletakkan pada pegang mereka pada janji. takde yang tu kurang la markah impresi positif terhadap mereka.

menyampah dengan dunia sejak akhir-akhir ini (menuju kiamat). di mana semua manusia suka temberang dan tamak. hidup mereka tergesa-gesa menipu dan mencari jalan mudah untuk kaya dan berkuasa di dunia.

tanpa memikir langsung atau sengaja melupakan kisah wujudnya hari pembalasan.

atau mereka juga pejam sebelah mata sambil berkata "makhluk tuhan ramai, mungkin dia tak terperasan dengan perangai aku."

hakikatnya. hari ini setiap langkah perjalanan pasti akan disapa oleh golongan manusia yang opportunist memilih matlamat hidup yang tidak mati dan sanggup melakukan apa saja dengan menghalalkan cara.

muak dan menyampah dengan mereka yang sudah tepu dan beku untuk dingatkan bahawa sifat yang harus diamal ialah seperti pemimpin tercinta...

Muhammad s.a.w.

selamat hari jadi Daud!

selamat hari jadi to Wan Mohd Firdaus Wan Mansor yang jauh di perantauan; Sarawak. hehehe...

semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat.

harap bahagia dan sejahtera di samping keluarga tercinta.

yang benar.
abang anda

Thursday, July 09, 2009

ketawa sorang sorang

member aku dengan E71 nya. kami semua tengah lepak di oldtown white cafe. of course ada wi fi ready. kata zaman teknologi.

apa lagi, selain makan, elok lah kita berbincang dan berusrah tanpa maghrib dan isyak. aku kebetulan ada benda nak mengadap laptop bersama adinda.

tiba-tiba senyum. tiba-tiba gelak. sorang sorang sambil meratapi E71nya yang juga wi fi enable. tula kalau zaman sebelum ada internet ni kalau senyum sorang sorang pun dah dikira mengosek.

tapi takpe, berbekalkan kemeja yang kemas. tali pinggang dan seluar slack yang digosok rapi, jejaka berkasut clark yang memegang E71 sambil tersenyum kambing ini dilihat hanya sebagai seorang eksekutif yang peramah di sebuah kedai.

ehek ehek... senyum ku ketika menaip di laptop ini.

Wednesday, July 08, 2009

hari hari benda baru


hari ni belajar benda baru. sehari suntuk melangok kat kantin rtm. mencari kenalan untuk menceritakan tentang artis baru aku ni. adoyai. susahnya semua orang tengah bz.

langsung ke suria fm hidup pasti rancak. bertemu dengan pengarah muziknya. membawa produk produk yang aku sedang urus sekarang.

rupa-rupanya dunia radio ni lagi mencabar dari tv. sebab lebih theatrical katanya. betul ke aku eja dan dengar. tapi aku paham maksudnya. sebab tv kita boleh tengok. radio ni setiap apa yang diungkapkan membawa makna yang besar dan jelas kesan dan pembawakannya.

wow! ye tak ye. mungkin ada yang kata itu common sense. tapi bagi aku yang aku aku aku syok sendiri dan ignorance ini ianya adalah news. hehehe.

so hari ni aku dapat ilmu tentang dunia radio yang lagi challenging dan susah nak convincing.

nampak gayanya aku kena bertukar menjadi david blane lah... magic...

gemuloh michael jackson


first time aku kenal MJ ni masa aku sekolah rendah. masa tu aku pergi restoran keluarga KFC dekat supermarket pantai timur di KB.

inilah gambar dan posse pertama michael jackson yang aku tgk. masa tu dalam tahun akhir 80an atau awal 90an. gambar standees kolaborasi dia dengan KFC kalau tak silap aku.

berdiri bagai nak rak aku kat tepi dia. macam ambik gambar ngan dia. tapi masa tu lagu apa pun aku tak reti. gambar yang diambil oleh orang KFC tu dengan kamera polaroid. kalau tak silap masa tu sekeping rm10. mahal gila la. tapi mak bapak aku sanggup sebab dapat amik ngan MJ.

walaupun MJ standees. punyalah kuat penangan gemuloh ni. semua generasi umur dan seluruh dunia. sampai KFC kat Kelantan pun ada standees dia.

lepas tu mula dengar lagu dia zaman video klip dia dengan binatang tu. kalau tak silap aku dah masuk sekolah menengah. member baru angkat hi fi yang speaker gemuk gemuk dan lampu kelip kelip banyak. macam happening.

sekali dia beli album tu pastu pasang. aku punya la poyo dan entah bila la pulak pandai menari. menari gaya MJ kat dalam rumah dia. memang terjili-jili nak mampus.

lagu yang mula mula ada bapak ketuk pintu kuat kuat sebab anak dia main gitar kuat giler dalam bilik.

lepas tu bagi aku MJ dah jadi macam satu benda priceless dan wujud di bumi ini.

macam macam la berita pasal dia berkumandang dan aku hanya sekadar ambil tahu saja. sebab dah ada seniman fanatik lain seperti oasis, kumpulan nasyid malaysia dan terkini artis republik cinta dari indo.

bagi aku yang semakin meningkat dewasa, MJ dah macam another Presiden of America jer la. hari hari ada cerita dia. simpati tentang kisah hidup dia yang terlalu masyhur tetapi tetap sedih. dari skandalnya, bini bininya, perkahwinannya, anak anaknya, monyetnya, hartanya dan sebagainya.

yang paling aku tersenyum bila ikon dunia ini end up pilih Islam. mesti ada something yang special about Islam sehinggakan kematian Lady D pun kononnya disebabkan dia nak convert.

orang yang dah maximum kehidupannya mungkin dah buat research macam macam tentang perkara yang wujud di muka bumi ini dan mungkin menemui satu jawaban kepuasan bagi mereka. mungkin?

apa apa pun MJ yang aku first time jumpa di KFC kota bharu kini sudah kembali ke alam yang kekal. jikalau betul dia memilih agama Allah, salam kesyukuran dan Al-Fatihah aku tujukan kepadanya.

InsyaALLAH.

Tuesday, July 07, 2009

melayu dan kuman seberang lautnya

penat menjadi jurujual program dan rancangan untuk stesen-stesen tv kerana pembeli-pembelinya yang keliru dan kurang ilmu. kini cuba beralih profesi menjual lagu di stesen radio pula.

situasi yang sama juga berlaku. bukan kualiti, pengisian atau bakat yang dicari. tapi entah apa yang diingini juga kurang pasti. kesimpulan terhasil setelah pengalaman yang dilalui mempromosi artis dari seberang dan juga giliran artis tempatan pula untuk mencari rezeki.

laluan yang sama untuk perolehan tempatan yang sama tetapi membawa bahan dan produk dari dua negara serumpun yang berbeza lambang benderanya. bukannya apa, sehingga kini tiada penjelasan spesifik atau jawapan yang tepat kenapa wujudnya diskriminasi sebegini.

tapi dalam masa yang sama, masing-masing sendiri mengomel industri yang tidak ada perubahan dan wawasan kehadapan. segalanya menjadi semakin subjektif. apa benda sebenarnya yang menjadi kayu ukur.
atau korupsi dan favouritism seperti dunia politik juga melanda dunia hiburan yang seharusnya riang dan ceria tanpa sebarang propa.

sekali lagi mereka suka menyukarkan keadaan yang tidak perlu sukar. itulah dia melayu dengan kuman seberang lautnya.

Monday, July 06, 2009

monopaus jantan

life begin at 40. arggkkhhh begin di duniawi maybe. sekarang aku rasa macam life begin at 30. tiba tiba kemaruk sangat nak pakai moto besar. kemaruk giler dan aku tak pernah mengalami perasaan macam ini seumur 29 tahun.

sekarang tengah konflik. nak beli moto besar ke nak simpan ke nak belanja sebelum ajal ke.

bercakap pasal moto apa tu pun jadi satu isu juga. easy rider yang macam otai otai kat hard rock dan dalam citer wild hog ke atau superbike yang tertonggeng cool macam remaja sokmo.

antara jenama yang terlintas di hati jejaka kemaruk amatur ini ialah harley sportster, ducati monster dan aprilia shiver 750 dan yang juga menawan untuk half berlagak dan half melenjan ialah naza blade.
tengah berangan; dengan memakai 501 jeans dan t-shirt ed hardy, bersama boot bike. jantan monopous ini berjalan menyambar helmet oldskoolnya lalu menunggang sebuah jentera gagah meraung VRRROOOOMMMM!!! megah...

motor megah... jantan mengah...

Konsert Generasi Baru : Festival Kuala Lumpur (KL) 2009

Usaha murni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menganjurkan konsert ini boleh la dihargai. Tetapi sekadar mengambil syarat penganjuran standard amatur sahaja.

Mungkin untuk memenuhi kalendar program Kementerian terbabit. Terutama mendekati golongan muda yang dahagakan hiburan. Cubaan untuk menyuntik nilai kerajaan melalui persembahaan Koir Kebangsaan juga dilihat tidak menyeluruh.

Segalanya bagaikan menggunakan formula 'superficial' yang dirasakan sepatutnya berjaya.

Bermula dengan memilih venue yang 'happening' dan 'in' seperti Hard Rock dilihat sebagai percubaan yang terlalu beria-ria atau 'trying too hard'. Ini kerana ianya agak tidak sesuai dengan pengisian dan latar penganjur.

Begitu juga Meet Uncle Hussain yang sedang dilanda kontroversi perpecahan. JKKN mengambil jalan mudah untuk tidak menghayati 'scene' remaja sebenar yang mahukan lebih ramai band yang terlibat dan bukannya persembahan dari band ala fasha sanda saja nilai beritannya.

Persembahan Koir Kebangsaan juga dilihat janggal dan tidak kena pada tempat. Segalanya tampil seperti kanak-kanak tadika yang terlalu excited membuat persembahan di hadapan crowd ahli keluarga yang begitu ramai. Mungkin juga show ini menjadi penghias resume dalam nada "K.K dah pernah perform di Hard Rock okay...".

Secara keseluruhan, peruntukan wang rakyat nampaknya sekali lagi dibelanjakan dengan tiada kajian terperinci dan terlalu tergesa-gesa. Niat penganjur amat mulia dalam mendekati generasi baru tetapi, akan lebih mulia jika betul-betul mengenali kumpulan sasar ini.

Tidak salah menghadiri lebih banyak kursus pengurusan majlis demi kebahagiaan kita bersama.

Sunday, July 05, 2009

tomaninah di klcc

Ke suria klcc untuk makan bersama keluarga. ramainya orang macam hari-hari ada pesta. mungkin itu kelebihan jadi pusat beli belah yang berdempek bersama dengan mercu tanda negara.

orang ramai datang dari seluruh tempat agaknya. sebab pelbagai bahasa dan lorat yang ditutur sampai aku pun tak paham.

cuma yang tak best bila ada crowd yang tak berapa sopan dan proper ketika kena berinteraksi dalam lif umpamanya. memang jarang penduduk di malaysia ni ada lif di rumah mereka. tapi takkan la sampai kita kata tak pernah langsung naik lif walaupun yang tercabut pintu atau tak berlampu.

berebut-rebut mengambil peluang untuk maju kehadapan memang bagus dalam kehidupan tapi kalau berebut-rebut naik lif, agak orang utan bunyinya.

sehinggakan menolak stroller ke dalam secara paksa walaupun dah tahu tak muat sampaikan kaki orang dipijak. itu dah dikira kurang hilir. nak pulak situasi tersebut berlangsung di pusat beli belah terkemuka negara bergelar KLCC.

mungkin agaknya perlu ada setiap mall di setiap kawasan perumahan untuk memuaskan setiap demografi makhluk.

nak muntah dah dengar statement cari makan "first world infrastructure with third world mentality".

satu malaysia . satu kehidupan . satu klcc

arrgggkhhh masa... demi masa

banyak yang berlaku sehingga lalai untuk mengemaskini laman persuratan ini. semenjak menjadi kaum kroni majlis hiburan. masa dan minda semakin tidak terancang.

tambahan buat-buat bz yang tak sure pulak keputusannya.

selepas mengasuh mereka yang terlibat dengan pesta malam indonesia, aktiviti kerja terus tersusun menanti. termasuk pelancaran album Band Disagree di Hard Rock Cafe pada 30 Jun 2009.

Damn, busy sehingga tiada membawa kamera. semoga dapat cilok dari rakan media yang hadir harapnya.

Planning untuk meneruskan tanggungjawab dengan penerbitan portal hiburan juga insyaallah akan diteruskan. kalau tiada aral melintang. dari jun ke july dan july mungkin ogos juga jadinya.

rezeki datang dengan tawaran untuk menguruskan sebuah band adik beradik perempuan juga muncul tiba. D'adza nama mereka. sekarang dalam perancangan peraturan strategi gamaknya. semoga berjalan lancar hendaknya.

kini baru tenang kembali, tetapi masih ada hutang tugas tertunggak bersama finas. belum belum langsung bergerak. sudah bermula hanya di peringkat pra sahaja.

tambah pula rezeki penerbitan dan juga latihan untuk kementerian yang sudi bekerjasama. insyallah lah harapnya.

aaarrrgggkkkhhhh lega... terluah juga isi sibuk seorang yang menyarung pelbagai topi pada satu masa.

Saturday, June 13, 2009

Pesta Malam Indonesia 3 vs rockaway 2009


Saksikan band-band utama Indonesia beraksi di negara Malaysia yang pemurah lagi penyayang terhadap semua umat di dunia.

Kita tetap mengalu-alukan persembahan orang luar atas nama Dasar Terbuka dan betul ingin mengimprovekan kepala otak yang tak mampu untuk mengembara.

Lihat saja kelambakan dan kebanjiran pekerja-pekerja asing demi membangunkan negara untuk rakyat kita yang memang rajin untuk melihat dan mengomen sahaja. Maklumlah kita pun kaya macam pak arab Dubai yang sentiasa mendapat elaun khairat dari kerajaan mereka yang terlampau mewah.

Oleh itu lihatlah semua benda dari kacamata positif.

Semoga PMI3 berjaya walaupun pada tentative yang sama berlangsungnya sebuah konsert tempatan yang percuma menampilkan "so called" band-band hero utama tempatan. Suratan atau kebetulan atau sesi test market industri hiburan tempatan yang sedang membuat kajian; lagu tempatan atau lagu asing yang betapak dihati Makhluk Malaysia.


Wednesday, June 10, 2009

tabunya K.B.S

dengar nama kementerian ni terus cuak. sebab pernah kena kelepet idea dan juga sesi sumbang saran bersama kakitangna mereka mengenai beberapa kempen dan program.

masa tu bawah pimpinan ayah dafi. kakitangan dia panggil, perah otak semua orang, janji manis manis, lepas tu babai dengan idea. siap keluar tv, jadi billboard dan berjalan sebagai progam tahunan mereka.

offer terbaru pulak ialah dengan kementerian yang sama. kali ini melalui company member. lagi nak kena padan muka. tapi usaha saja. tawakal dan pastu redha dengan ketentuan tuhan. sesi sumbang saran tak lama lagi.

kalau hari tu mengenai GEN-M. iaitu segala macam program untuk memajukan generasi malaysia sebab BN kalah teruk. kali ni pun atas alasan yang sama nak menagih undi dan simpati rakyat.

judulnya 2nd chance program. peluang kedua untuk mereka yang kecundang, kehilangan pekerja dan penganggur yang bertauliah.

so, tunggu saja konsep ini dipersembahkan. samada dia dicedok dan dibabai atau digunapakai dan dibayar dengan lumayan.

namun yang penting, idea yang dicetus dapat diilham kepada mereka yang memerlukan untuk terus berjaya dalam kehidupan.

lillahitaala.

Monday, June 08, 2009

Birokrasi Terpimpin

Penat dan mengah... Apa ke bendanya birokrasi nih. Memberi peluang kepada orang tapi menyukarkan perjalanan peluang itu. Penat dah ulang-alik terhadap proses yang ditambah reka melebihi proses yang sudah tersedia ada menyusahkan.

Aku tak paham matlamat diorang. Manusia yang sedar atau tidak mereka sedang lena diulit birokrasi. Mungkin bagi mereka, mereka sedang perform. Perform dalam jawatan yang disandang. Pegawai Tukang Sukarkan Proses nama jawatan tu.

Mengah juga kadang-kadang aku nak bercerita benda yang sama. Sedangkan kita tercungap sukar mencari jalan untuk jaya dan kaya. Mereka tetap stabil dengan income yang man man tetapi aman.

Mungkin ini dipanggil birokrasi terpimpin. Kesukaran yang harus dilalui walaupun tidak perlu tetapi diatur dan disusun dengan rapi jalannya untuk kita lalui dengan tertib.

Demi merealisasikan kehidupan sebagai rakyat di sebuah negara bergelar Malaysia.

Thursday, June 04, 2009

anniversary 030609 wsa mm

manis sungguh sebuah perkahwinan ini. menyatukan dua hati berbeza latar bermadu kasih cinta bersama.

3 jun, tarikh perkahwinan aku. tahun ini adalah ulangtahun ke empat. setiap tahun akan ada detik yang disambut sebagai tanda meraikan perhubungan yang mendapat keberkatan ini.

mewah atau simple itu terpulang. yang penting pautan kasih sayang tetap sama dari mula hingga akhir hayat dua sejoli. itu sebagai tanda hati yang jujur pada akad yang dilafazkan atas dasar mulia pada hukum tuhan.

terima kasih tuhan di atas kurniaan kehidupan yang cukup manis dan bahagia. di atas panduan dan bantuan dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. dalam menjalani diri sebagai makhluk bergelar suami juga isteri.

semoga hari yang mendatang sentiasa mendapat berkat dari Mu. aku hanya ingin senyum di bumi Mu dan melalui saat indah bersama setiap insan yang tercinta. isteri anak dan juga keluarga.

indah sungguh hari ini sebagai tanda ulangtahun perkahwinan ku yang ke empat.

Monday, June 01, 2009

Renungan MLM

Hari ini, kali ke berapa entah aku berjumpa dengan kawan yang sedang kaya melalui acara MLM. Aku tak pasti, itu adalah hidayah pada aku untuk masuk atau sekadar episod kehidupan sahaja.

Aku dah masuk beberapa tapi tak jugak kaya. Tulisan ni saja jer nak buat sebagai renungan. Nak kira tarikh lepas ni kalau jumpa lagi member aku yang tengah pakai BMW tu, masa depan nak jugak ukur diri. Aku kat tahap mana.

Lepas tu boleh juga meratapi nasib aku yang tak cepat-cepat kaya jugak ni. Hehehehe... saja je memang aku tak pernah ada hati dengan MLM. Try pun orang sponsor. Tapi tak pulak aku komplain aku tak kaya. hahahaha...

Yang penting hati kena senang. Duit ada tak takde aku tak kisah. Tuhan sayang aku pun dah kira cukup ok.

Sekadar renungan.

Wednesday, May 27, 2009

seruan: pre pro bermula

filem pendek yang bakal diterbitkan aku. tadi baru saja berjumpa mata bersuai kenal dengan pegawai baru yang ditugaskan memantau ke mana perginya wang wang finas.

sesi berjalan lancar. alhamdulillah. seperti biasa segalanya perlu melalui proses yang agak teratur dan bersistematik. katanya semuanya akan direkodkan dan terkini, wujudnya agreement di antara penerima dana dan juga pihak finas. satu effort yang hebat demi menyelamatkan bontot masing-masing.

anggaran tarikh penggambaran bakal bermula sekitar pertengahan jun. watak utama memulakan cuti semesternya pada tarikh itu. senarai equipment sudah siap.

petang tadi juga sempat bertemu dengan krew-krew yang bakal terlibat.

sekarang aku hanya pening membuat breakdown lokasi dan mencari sesiapa yang mampu melukis storyboard.

semoga filem pendek ini berjaya di mata dunia.

ciplak: resam muka bumi

terkejut bila mendapat jemputan ke sidang media sebuah program realiti tv baru astro. judulnya gu gu ga ga erra... mengisahkan perjalanan hidup dua pasangan popular itu engku emran dan erra fazira menuju ke alam ibu bapa bagi menyambut bayi mereka.

wow! they all proceed jugak idea yang sepatutnya dibuat untuk terbitan suriafm.tv. tak sangka pula selepas presentation idea marhaein aku ni diorang teruskan without any courtesy bagitau.

well itulah lumrah dunia. segalanya boleh berlaku. konsep video klip pun pernah diciplak. sekarang ni konsep rancangan tv pula. mungkin Allah tetap adil untuk menentukan nasib setiap manusia.

tapi lumrah manusia juga aku hanya ngerti perasaan terkilan. buat setakat ini. kerana ucapan mereka-mereka yang di atas selalunya indah dan seperti memberi harapan kepada manusia di bawah.

all the best diucapkan kepada mereka dan anda semua.

Sunday, May 24, 2009

Radio THR Kota Bharu : Event Assistant

Memerlukan 2 orang event assistant bagi mempromosikan THR gegar di sekitar Pantai Timur
Jantina: Perempuan
Umur: 18 - 35 tahun
Kelayakan: SPM ke atas dan Memiliki Lesen Memandu

segala pertanyaan lanjut:

hubungi En. Zaki Yamani

email: zaki_yamani@astro.com.my
email: ikazkin@gmail.com

mobile: 019.2308032

Darah Daging : Tiada Makna

Aku tak faham bila ada yang sanggup pilih stranger berbanding keluarga. Apa yang berlumut dalam kepala hotak orang macam ni.

Tak paham hukum tuhan ke apa. Keutamaan yang harus diletakkan dalam pemikiran ialah keluarga mengatasi segala benda. Sehinggakan untuk menghadap Allah taala di hadapan kaabah pun disuruh kita pergi bersama dengan muhrim.

Betapa tebalnya kuasa darah daging kekeluargaan yang harus diutamakan. Berpaling ke arah membelakangi ahli keluarga, apakah berkat hidup mereka. Berjalan di atas doa kecil hati ibu dan bapa, adakah tenang hidup mereka.

Mungkin arus permodenan yang cukup pukimak dan celaka hari ini berjaya membutakan hati setiap insan yang rohnya ditiup Allah untuk melakukan kebaikan. Bodohnya kepala hotak manusia hari ini sehingga cetek memilih nilai kehidupan sebenar di bumi Allah yang sementara ini.

Aku doakan mereka-mereka ini insaf dan terbuka hati walaupun di pintu syurga rebahnya. Semoga Allah juga memberi hidayah untuk makhluk-makhluknya yang alpa dengan belaian nikmat dunia yang dongeng lagi sementara.

Simpati: Pelawak Malaysia

Kesian industri hiburan Malaysia ni. Daripada orang yang betul-betul ada art dan passion dalam industri kini telah bertukar menjadi pedih dan pahit.

Semuanya angkara kesukaran perjalanan seni mereka dalam industri hiburan tempatan. Kalau negara seperti India dan Indonesia mahupun kiblat asal kita Hollywood, competition mereka juga tinggi. Dugaan mereka juga teruk. Tapi mereka memupuk talent atau insan seni mereka menjadi professional di mata dunia.

Di Malaysia negara tercinta ini, dugaannya berbeda. Sehingga menerbitkan perasaan 'bitter' mahupun terkilan dengan profession cari makan masing-masing. Ini kerana dugaan yang ditempuhi selalunya adalah dugaan yang tak masuk akal.

Dugaan yang tak perlu dilalui tetapi direka-reka atas dasar melambatkan kejayaan orang lain.

Pelawak yang saya ingin ceritakan di sini ialah Afdlin Shauki. Dia merupakan ikon lawak yang saya rasa cukup tabah dan tetap jujur berlawak. Ianya bukan kerjaya tetapi bakat semulajadi yang dimilikinya.

Namun sejak kebelakangan ini, dia kelihatan begitu sinis dan bukannya sarkastik yang seperti dia ingin contohi dari Drew Carry atau pelawak international yang lain. Jawapan yang diberikan kepada media juga seolah-olah meletakkan dia di atas dan lebih cerdik kononnya dari orang lain.

Ooppsss... kesian. Ibarat tersungkur di pintu syurga. Entah apa yang menghasut kepala hotaknya pun kita tak tahu. Asalnya dia seorang yang humble tetapi berilmu. Namun industri komedi tanah air yang keliru dan berkecamuk telah menghasilkan personaliti yang tidak seberapa di penghujung kariernya.

Hanya simpati sajalah perkataan yang paling sesuai untuk artis-artis yang lahir di negara busuk hati, tikam belakang dan PHD; Malaysia ini.

Friday, May 15, 2009

Photojournalist Wanted!

Malaysia's First Online Magazine currently hiring Photojournalists.



Criteria include:
1. At least 2 years experience
2. Passion for entertainment and celebrities
3. Ability to use professional camera
4. Ability to tell a story through photos
5. Willing to work under tight dateline
6. Possess own transport

Interested parties please contact Wan Syahrul Amry at 0122741979

Region: Kuala Lumpur
Company: Jomstar.com
Email: wansyahrulamry@jomstar.com

Thursday, May 07, 2009

kelantan sweet trip with my little family

balik ke kb sempena hari jadi aku from 2nd - 5th of May. sampai airport tunggu afiq saim naki datang amik. terus ke renai check in. padahal renai tu depan rumah jer. tapi yeah... kejayaan sekaram dok hotel, hadiah bday dari bini tersayam.

rasa macam tourist di negeri sendiri la pulak hehehe lama tak balik. tapi ada la jugak kenal orang orang situ. agenda balik ke kb hanya untuk makan sahaja.

antara kedai-kedai makan wajib ialah seperti berikut:

1. nasi sumatera (hover / jalan gajah mati)

2. laksam, ayam goreng dan roti bakar, telur 3/4 - Kg. Sireh

3. hayaki, cafe with wi fi and good food

4. ridel hotel, for snacks and river view

5. breakfast with kakwok's nasi bungkus at wo's place

6. sun hwa for mee sup daging, kuey tiaw goreng and chicken chop oldschool

7. nasi kukus everywhere in kb

8. nasi kerabu and nasi berlauk tepi maybank wakaf siku

and it seems my wife quite enjoy shopping in kb compared to other place. tapi bukannya di pasar-pasar. di KB mall sudah satisfied katanya sebab murah sangat. whatever bebeh, as long as you are happy. i round2 with mikhail naik stroller.

antara port shopping yang harus dilawati:

1. wakaf che yeh

2. bazar buluh kubu

3. pasar siti khadijah

4. kb mall

5. bundle kawan kawan

waaa... kesimpulannya, pulang ke kampung sebagai pelancong asing adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana perasaan terasing di tempat yang begitu familiar amatlah mengelirukan.

aku tidak pernah lupa daratan. tapi daratan itu telah terlupa pada aku.

selesema babi

Tuhan larang doh, jangan make babi degil. Kajian professor tengkorak batu dari Amareka pun royak babi paling banyok kuman dalam badan. Sebab sifat kejadian dia banyak merupai manusia. Entah-entah dah macam makan manusia.

Pelbagai penyakit tuhan hantar. Selsema burung lah, penyakit kuku, kaki dan mulut lembu lah dan segala macam yang melibatkan binatang. Tapi yang paling takleh belah ialah Selsema babi lah. Nama dia pun dah mengerikan. Babi itself tu penuh dengan kuman. Inikan pulak gabungan selsema dan babi.

Kecoh pulak dalam tv perkataan babi. Dulu masa kecik asyik kena cubit dan kena pukul dengan hanger baju sebab tersebut babi. (kecik-kecik dah melatah). Namun hari ini ucapan babi menjadi contoh teladan yang tersebar luas di media massa. Atas alasan itu selsema babi akhirnya digelar A1N1.

So lepas ni kalau diorang nak makan babi, kena lah order A1 goreng satu, sup A1 satu wahhh dah menyamar jadi ayam la pulak... Adoyai

Saturday, May 02, 2009

transisi 20 ke 30

besok usia aku bertukar 30an. bagi aku atau lelaki benda tu sekadar nombor. jiwanya cukup berbeda. sentiasa remaja hahaha. atau roh yang maintain seperti ditetapkan tuhan di syurga.

namun di dunia, nombor ini menggambarkan pelbagai situasi. maknanya di umur tertentu, untuk kelihatan normal dan tidak dijelik orang, atitud hendaklah seiring. kalau matang umurnya hendaklah matang peribadinya.

well, keliru juga dengan kata-kata "man's life begins at 40". mendapat hidayah untuk berubah pada umur itu atau kehidupan rancak dunia harus dimulakan pada umur itu. namun segalanya terpulang kepada individu untuk menafsirkannya.

belajar dari isteriku yang terlebih dahulu mentranformasikan diri ke alam 30, katanya kena ada tanda, hadiah atau peristiwa. kerana itu adalah satu permulaan ke alam yang berbeza. makan jubli perak or jubli emas pun ada hehehe.

oh well, mulai besok, aku nak mengisi borang, tiada lagi umur 20an. pandangan masyarakat terhadap aku adalah seorang belia yang seharusnya berperangai lelaki berumur 30an. mungkin tiada afro, gelak yang kuat dan berhemah tinggi.

berapa pun umur kita, kita pernah menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akan menuju ke umur tua. semoga tuhan sentiasa merahmati ke semua transisi kehidupan kita.

amen.

Tuesday, April 28, 2009

takdir Kelantan

rumour atau dongeng... aku pernah dengar dialek Kelantan ingin dijadikan bahasa kebangsaan suatu ketika dulu. samar samar aku terbayang Sabri Yunos terlibat dalam memartabatkan perkataan Kelantan dalam Kamus Dewan.

bagi 'ore luar' (malaysian yang di luar Kelantan), Kelantan adalah satu kaum atau puak yang cukup assabiyah. mungkin kerana lorat bahasanya yang terlalu asing seasing sabah dan sarawak tetapi berada di semenanjung.

bagus atau tidak tomahan ini, sedikit sebanyak ia bisa menyatukan melayu. ia perlu untuk menjadi benteng perjuangan bangsa dan Kelantan sanggup diperkotakkan demi negara.

Isu Tengku Temenggong dan pemaisurinya Model popular Indo; Manohara meletak nama Kelantan dipersada nusantara yang cukup mual mengangkat perkataan Malaysia. Tidak seperti Malaysia yang begitu terhegeh hegeh memuja persada indo atas alasan rumpun yang sama.

Tapi 'ore luar' gemar menafikan hak Kelantan yang sudah tertakrif antara 14 negeri yang melengkapkan Malaysia. Lihat saja derma kepada Gaza yang diabai oleh adik beradik arab mereka, Kelantan merangkak rangkak mencari dana membangun anak bangsa Malaysia hanya kerana berparti politik pembangkang walaupun Islam.

Gomo Kelate Gomo

Luahan dari Budak Kelantan ber i/c 03 dan berbonda, beranak Selangor beristeri KL di kala kekalahan Red Warriors Piala FA 2009 yang berlangsung di Bukit Jalil.

Monday, April 27, 2009

kotabharu.kualalumpur.jakarta

indonesia... aku mula kenal bila filem2 dan lagu2 nya mula membanjiri otak otak orang malaysia. dan masa tu juga mereka hadir dengan pekerja2 buruh yang membangunkan pencakar2 langit di negara kita. begitu juga dengan amah atau pembantu rumah yang membangunkan isi perut setiap rakyat2 dalam negara ini.

22 april 2009 kali pertama aku mendaratkan kaki ku di lapangan terbang soekarno, jakarta. excited pada mulanya dengan harapan ingin lebih mengenal tanah tumpah kumpulan kegemaran Dewa19, The Rock dan Ahmad Dhani.

Ramainya umat manusia. dengan pandangan 'welcome' satu macam menyambut aku dan 3 teman yang ingin berjoli di sana. mungkin persepsi mereka orang luar datang untuk mengambil seberapa ramai dara dan mencabul hawa. ahhh kamu terlalu sombong, perasaan dan terlalu 'bitter'.

Aku pernah melayan Christian Sugiono dan Titi Kamal di Malaysia seperti biasa aja. kerana kerja. Bila aku tiba di sana, baru aku paham istilah penghambaan kepada selebriti... mereka cukup gah di jakarta. bukan saja selebriti... malah dengan nota 50000 rps. kamu bisa membeli jiwa.

dari pengagungan Dewa19 secara menyeluruh, hari ini aku hanya melihat karya mereka dan sentuhan 'survival' kehidupan mereka yang terpaksa melalui sistem berlandaskan korupsi dan populasi gila sahaja. terima kasih jakarta kerana membuka mataku sebagai rakyat malaysia yang sudah punya segalanya.

aku lihat dengan mata, kamu memandu hummer h2 di tengah kota mengelak lopak air yang dihuni anak kecil berfantasi seperti di swimming pool. kamu 'check in' di hotel bersama teman gembira di tepi makcik tua bersama cucunya terlentang nyenyak di kaki lima.

jakarta dalam masa 5 hari aku sudah bisa melihat permainan duniawi yang kau miliki. keikhlasanmu mencari rezeki. dan puak2 mu memanipulasi kami. terlena aja sesaat... sepantas kilat kami terjual. terlepa saja mata... kamu sudah bersandiwara.

jakarta tidak pernah jujur terhadap kuala lumpur. apatah lagi terhadap kota bharu. hidup mu terlalu pedih, umatmu amat ramai, peluang mu terlalu tipis. hidupmu ibarat mencari 'loophole' sesuap nasi uduk pengalas perut penerus hidup.

aku tidak salahkan kamu. tuhan itu adil. dikurniakan negara mu kesesakan, tetapi setiap kamu ada sentuhan. cewek mu kacep, cowok mu ganteng, selebriti mu glamor, politik mu hebat walaupun segala-galanya berlandaskan peluang mencari wang. itu aja yang difikirkan. mungkin sudah sebati dalam perjuangan hidupmu.

jakarta, indonesia. kau berjuang kau berjaya. kau di bawah kau usaha. celika memang celika. aku mula sedar di mana letaknya Malaysia dan di mana duduknya Indonesia. hanya 5 hari di jakarta.

Wednesday, April 22, 2009

suka dalam duka

selesai drama yang ku lalui. gembira hati. janji berlayar ke negeri seberang berat pula dirasai.

suka dalam duka. suka untuk meraikan apa yang dirancang namun duka untuk meninggalkan mereka yang tersayang.

tabahkan hati. pergi dengan niat yang suci. mencari rezeki merantau mengenal erti bumi.

selagi Tuhan di hati selagi itu diri dilindungi.

insyallah...

suka dalam duka ... doakan diri terus berjaya

Tuesday, April 21, 2009

sebak dada

tiada doa yang pedih selain dari hati yang cukup sebak. perasaan berdebar, lemah dan keliru.

aku memohon tuhan untuk Kau berkatilah hidupku, tabahkan hatiku dan kau permudahkan segalanya di bumi Mu ini.

aku sebak kerana, aku hiba kerana, aku lemah kerana, kerana aku hamba Mu yang hina.

sebak dada membuatku bersyukur aku masih bernyawa.

punah rancangan

kita hanya merancang... tuhan yang menentukan. segalanya telah dirancang dan diatur sebaik mungkin. dengan niat yang ikhlas serta bersedia untuk redha. segalanya pada mata manusia cantik teratur dan indah tersusun.

namun manusia hanya merancang segala-galanya semampu mungkin tapi Tuhan yang menentukan. bila dikataNya 'kun faya kun' baru la jadi sehendakNya.

jangan disesali apa yang punah. jangan dikesali apa yang gagal. yang pasti hidup harus diteruskan. capailah apa yang diimpikan.

insyaallah taala.

perasaan ingin membunuh

kalau marah kita amik sembahyang. cara nak hilangkan perasaan amaroh syaitan. tapi pernahkah anda memiliki perasaan berdebar-debar yang keliru samada mahu marah atau bertenang atau ingin membunuh.

adakah kita pernah meluangkan masa untuk memikirkan punca dan asabab musabab kenapa kita ada persaan ingin membunuh itu. aku sanggup meluangkan masa kerana aku mempunya isteri dan anak serta keluarga di bawah tanggungjawab ku. kasihankan mereka rasaku.

cuma geram dan marah yang semakin membuak-buak ini membuatkan aku risau jika dengan satu kesilapan sahaja bakal membuatkan aku merengkok di dalam penjara. nauzubillah.

well, mungkin aku simpan saja dulu perasaan ingin membunuh ini. semoga syaitan pergi jauh dari diri. tapi apa-apa pun aku mampu membunuh. kerana keturunan anak adam semuanya pernah membunuh.

Monday, April 20, 2009

sistem malaysia konfius

nak tadbir negara memang susah. nak pulak negara dunia ke 3 yang terhegeh-hegeh nak membangun. isunya senang, aku nak tukar atm kad maybank aku jadi debit card. maybank ni kat bawah ofis aku jer.

jumpa orang bank yang jaga nombor. bagitau dia nak tukar atm kad. dia mintak mykad. aku bagi mykad dia kata nak cek komputer. pastu dia cakap mykad u rosak. u kena tukar mykad u. takpun dia kata u balik kelantan tukar debit kad kat sana.

madafaka... aku nak gi indon lusa la kambing. lagi nak suruh aku pergi kelantan dulu. sistem... sistem... nak menyenangkan ke nak menyusahkan.

pastu dia siap ajar aku cara nak gi JPN untuk tukar mykad. dia kata u cakap kat diorang, its not my fault... i nak tukar kad maybank. mykad rosak... maybank tak kasi tukar. dengan nada yang buat aku macam orang kampung yang baru sampai kat bank nak 4 bas. pendek betul.

babi betul la... gapo dio la... pastu penyelesaian dia:
1. Tukar kad kat home branch... tempat u bukak akaun
2. Pergi tukar mykad dekat cawangan JPN yang tak tau makan masa berapa lama.
3. Pergi mampus tak payah pakai mykad tak payah pakai debit kad maybank.

steady lah... nak sistematik tapi bangang gila. itulah dia dugaan aku hari ni. mykad punya pasal. nak buat sistem pakai chip la pakai cap jari la. tapi beli barang made in china. tipu kontrak kerajaan. makan duit rakyat dan menyusahkan pulak rakyat.

sekarang dah pakai semua kad dan chip. lepas ni duit dah tak pakai pulak ke. pakai plastik lagi. beli nasik pakai plastik. pastu makan plastik. tukar benda dapat benda. dah tak pakai duit dah tak pakai emas. balik balik zaman dulu. sistem bater. nak makan ayam kena tukar ngan kambing. nak pakai kereta tukar dengan rumah. hahaha... aku dah gila.

tensen... jap lagi duit kad dalam handphone. pakai kredit handphone jer beli nasik. hebat. kalau terformat simkad handphone tu. mampus! tak makan nasik la jawabnya.

aku yang semakin konfius akibat sistem malaysia yang konfius.

tahniah buat Diha.

Tuhan itu adil. kita hanya perlu ikut perintahNya. nescaya Dia makbulkan dan beri kita kejayaan.

bagi diha, pengorbanan dan perjuangan hidupnya sentiasa dirahmati dan diberkati. dia inginkan terbaik untuk dirinya, keluarganya dan kehidupannya. jalan dan cara hidup yang dipilih sentiasa direstui.

tidak pernah derhaka dan sentiasa cuba memberi yang sempurna kepada insan istimewa dalam hidupnya. dia tidak pernah kecewa malah terus berjaya.

tahniah buat diha. kerana Tuhan tahu matlamat hidupmu untuk apa.

doa dari suami mu yang amat mencintai sepenuh jiwa.

tengku putera

satu istilah yang arwah ayah guna... dalam meng'adress'kan anak emasnya... adik kedua ku WMF (daud) . siapa dan apa maksudnya aku kurang jelas. pernah juga membuat spekulasi tengku putera ini adalah anak kesayangan raja atau anak raja yang istimewa yang tidak boleh diganggu gugat.

itu cerita lama... dengan arwah. Hari ni aku ada tengku putera aku sendiri. atau dalam nada kelantan; "ku tegho". itu yang dapat aku ungkapkan bila terbayang dan melihat wajah Wan Mikhail. Anak lelaki sulung nan satu. Perasaan sayang dan kasih yang melampau untuk dia dari seorang daddy bergelar Wan Syahrul Amry.

Baunya saja dah cukup membuatkan aku puas dan cinta. Inikan pulak keletahnya berbicara dan gelagatnya yang bersahaja tetapi sering buat aku ketawa.

Mungkin itu yang arwah ayah pernah rasa terhadap anak-anaknya. dan setiap hari aku semakin merasakannya terhadap Tengku Putera ku yang juga padaku adalah nyawa.

hanya linangan airmata yang daddy mampu berikan padamu... sebagai tanda cinta seorang ayah kepada anak lelakinya.

Thursday, April 16, 2009

Lebanon Apa dan Siapa?

Tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari lelaki dari Lebanon. Nama Hussein. Katanya dapat nombor dari seorang kawannya yang pernah bertemu aku di satu majlis. Yang aku heran, aku diaddressnya dengan panggilan 'Boy'. Nama ni untuk family dan kroni rapat atau kaum Kelantan saja.

Nama cari makan di KL Wan Syahrul Amry. So confuse tapi ditolong juga. Katanya Al-Manar nak buat program pasal Ramadhan di dunia. 2 episod nak buat di Malaysia. Life orang Islam di Malaysia sambut bulan puasa. Aku bawak ke Kirawang. Senang sebab established company. Perkenal dan diorang berbincang memberi quotation.

Si Hussein nakkan satu OB van, 5 kamera dan beberapa perkara kecil lagi. Apa lagi. Secara logiknya diletakkan lah 250k. Senang. Dengan below the line pun tapau sekali. Termasuk lah hidden chargers. Hehehe macam bil telefon la pulak. Lepas tu dia call gelak. Dia kata "What is this jokes. Are making movie?"

Aku rasa macam nak karate pun ada. Tadi mintak macam-macam. Kalau nak buat movie, tayangan unggul mintak 1.2 million la. Apada... Lepas tu dia segan dan duduk bagan buat research dan sebagainya. Dia call balik kata, "we just want do simple production, a few camera, technical crew. That's it." Pulok doh.

Aku dah research Al Manar TV ni dia semakin popular di negara arab sebab keterlaluan telusnya dalam media. Al Manar juga dilabelkan sebagai Terrorist Media oleh negara barat. Al Manar TV adalah di bawah pimpinan pejuang Hezbullah Syed Hassan Nasrullah.

Good Luck untuk aku!

Saturday, April 11, 2009

sinus yang biadap

Kepala rasa macam terluka di bahagian atas. Diketuk-ketuk rasa sakit nak mampus. Tension gila. Serangan yang datang secara tiba-tiba. Aku tak pernah rasa macam ni. Tapi yang sakit kepala dulu, bila batuk pun rasa macam bergegar dan berdenyut otak.

Dua tiga hari yang lalu. Aku rasa macam sakit kepala yang pelik. Balik rumah, bini urut. Terus sendawa bagai nak rak. Mana entah datang anginnya. Nak pulak di bahagian pipi dan dahi. Sakitnya macam migrane kata bini ku pada mulanya. Tapi bila diketuk belakang telinga, berdenyutnya tak ingat. Oh... kebiadapan sinus rupanya. A.K.A resdung atau seduan.

Bini ke farmasi dapatkan ubat. Sebab aku benci dan malas ke klinik. Trauma suatu ketika dulu yang hanya nak periksa kesihatan last last ditahan masuk wad sebab Hypo-glucose dan Hepitis. Sampai hari aku malas ke klinik kecuali dah kritikal. Kata biniku "baik u pergi check awal-awal, jangan tiba-tiba kang terus mampus." Hahahaha... aku gelak besar sebab statement tu cute gila. Menyampah dan marah sebab terlalu sayang sehinggakan kata-kata concern keluar dalam nada kesat. Hahahahaha.

Tadi dah makan ubat sinus. Dah spray Nasal Hygiene ke dalam lobang hidung tuan director ahmad nespu. Sekarang dalam proses berlawan dengan perasaan kurang selesa kepala otak seperti nak demam. Mungkin reminder dari Allah sebab dah lama sangat sihat tubuh badan. Alhamdulillah. Tapi kirimkanlah kesihatan tubuh badan Ya Allah.

Thursday, April 09, 2009

kabinet almari atau kabinet negara

Tiusss.... keluar headline kata Khairy tidak termasuk! Lega (envy seorang melayu)... hehehe Mukhriz dapat... wahhh happy... entah hapa-hapa aku ni. Macam pulak diorang kenal aku.

Anyway tahniah diucapkan kepada yang tersenarai. Sebab bukan senang nak mendapat portfolio ni. Tapi apa-apa pun mungkin strategi yang terbaik yang telah diaturkan untuk rakyat Malaysia.

Yang paling interesting, MOI, KTAK dan KPKKW digabungkan menjadi satu. Dibawah naungan Menteri yang Maha Seni iaitu Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menjadikan beliau MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN. Make sense la jugak, sebab berseninya beliau sehinggakan majlis lawatan Menteri, dia gantung DSLR kat leher. Memang gerek bila dipadankan dengan baju batik.

Tapi Penerangan dan Seni dan Budaya tu ok la jugak. Tapi Astro, Media Prima, Maxis, Celcom dan segala telekomunikasi pun di bawahnya. Hehehe... abis lah berkerawang handphone ngan tv nanti.

Kerja Raya dapat kat Datuk Shaziman. Masih kena mengena ngan KJ the great. Kalau aku tau aku register company supply tar ngan simen buat jalan. Hahaha... lupa pulak nak buat baik ngan Datuk Zahid, sebab aku ada connection untuk jual beli senjata. Hehehe berangan sungguh. Beliau dah jaga pertahanan pulak tu.

Well, marhaein macam aku tak related dengan mana-mana Pak Menteri. Yang penting Malaysia aman dan makmur. Semua dapat menjalani hidup seperti biasa hendaknya.

Kabinet Almari ke Kabinet negara ker... yang penting kabinet dapur kena ada. Kalau tak nanti pinggan mangkuk tak tau nak letak kat mana.

p/s: Rindu pada almari lauk arwah nenek. Tempat aku curi tempe goreng.

Tuesday, April 07, 2009

Budak Kelantan, Singapura dan Oasis

Umur 30 baru berpeluang menjengah konsert Oasis. Kumpulan yang diminati sejak berumur 17 tahun. Hehehe... tapi rezeki tetap ada. Bergelar suami dan bapa membuka rezeki untuk menyaksikan kepoyooan Liam dan kekerekan Noel memainkan lagu-lagu kenangan aku di UIA.

Bergerak berkumpulan bersama line up TheWans, Naki dan Pesa (Daud tak dapat join). Bersama rakan-rakan Naki dan Pesa berjumlah 9 orang semuanya. Naik keretapi di KL Sentral macam nak ke Mekah kecohnya.

Perjalanan backpackers pertama meninggalkan Mikhail dan Diha. Sayu lah jugak. Tapi ke Singapura berjumpa cinta lama, Liam dan Noel. Di atas katil keretapi terlelap sehingga tiba di JB dan Woodland untuk pemeriksaan passport.

Tanjung Pagar destinasi pertama di Tanah Singapura jam 8 pagi. Bergambar bagai nak rak. Berjalan kaki menuju ke destinasi yeah yeah... Nak naik MRT ke naik bas. Di sana tak malu pula nak bertanya. Dan tak sesat jalan. Bas pertama di Singapura menuju ke Stadium Tertutup Singapura. Nampak stadium terus konfiden.

Berjalan mencari hotel berdekatan. Katanya area Kallang. Eh... Jalan tulisnya Geylang. Macam familiar. Kita teruskan perjalanan saja. Aku nampak kubah masjid di celah-celah restoran sup katak dan daging goreng babi. Tegasku ada masjid, kat bawah tu mesti ada kedai kopi.

Tiba di Islamic Center jalan Geylang. Bertanya kepada mereka2 berkopiah dan ber tshirt logo pemuda A.S.W.J. Kedai kopi di sana, sambil menunjuk ke arah kedai yang sedang dihuni oleh ayam ayam tua, lelaki melayu bertatoo dan kedai berlabelkan sticker Tiger Beer.

9 sekawan berpakaian seolah model Topshop terus melabuhkan punggung ke bangku dan nasi lemak singapura 1.20 Singapore Dollar dan Teh Ais 1.30 Singapore Dollar dibelasah beramai-ramai.

Berjalan mencari hotel 10 pagi, sambil disapa oleh ayam ayam muda dari china. Katanya 80 dollar. Hahaha... Masuk ke Hotel 81 yang berharga 50 dollar. Tapi check in hanya pukul 12. Ok lah booking dan bayar. Berjalan mencari kedai nak cukupkan lagi 2 jam sebelum check in.

Terjumpa masjid Haji Mohd Salleh, jalan geylang juga. Lepak dan merempat di situ. 6 sekawan semua tertido penat. Aku bantai berborak dengan bilal Haji Mustopa dan komiti masjid yang agak peramah dan gembira bila diberitahu kami dari Kelantan untuk ke konsert Oasis.
Kirim salam Tok Guru Nik Aziz katanya ketika berpisah dengan kami yang berjalan menuju ke Hotel untuk sambung tidur dengan sempurna.

Jam 5 petang turun mencari teksi sebab hujan renyai-renyai. Drummer TheWans, Pesa, tukang organizer pergi dulu ambik tiket. Aku, Naki, Fak, Jepa dan Afik berjalan kaki ceria. Sampai di stadium, ramai gila muka macam Oasis. Semua peminat pakai baju oasis, dressing macam Liam, Noel dan umur lebih kurang jer sumer. Budak2 pun not bad. Ramai gak.

Mula beratur, Pesa dan Yie ke hospital Tan Tok Seng. Pesa diserang Asma sebab letih menguruskan anak anak yatim ni nak tengok oasis. Kesian dia. Kitorang semua beratur dan melihat macam-macam perangai fanatik oasis. Macam mimpi pun ada. Masuk di pintu, semua kena check. Kamera kena tahan. Aku nasib baik pakai sweater. Lepas kamera. Time check badan, aku keluarkan dan pegang kat tangan dia tak perasan.

Langkah pertama ke dalam stadium untuk konsert Oasis. Kaki ku melenting lenting melompat-lompat excited. Wooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!! Jeritan Batinku dan bibirku sekali.

To be continue...

Saturday, April 04, 2009

oasis dihati

minat terhadap kumpulan rock manja sengau british ni masa 1996, masa form 5. pernah perform lagu 'don't look back in anger'. dan terus jadi ketagih bukan dengan lagu, tapi dengan attitude band ni. mungkin masa tu sesuai sangat dengan umur remaja rebelious aku.

sekarang dah 2009, baru berpeluang nak tengok konsert diorang dekat negara jiran. tak sure dapat layan lagi ke tidak. sebab kesetiaan dengan band oasis ni memang lama. memang kalau jamming dengan adik-beradik pun main lagu diorang jer. cuma setahun ni dah terminat dewa19 pulak dan asyik dok layan kepoyoan ahmad dhani. sampai anak aku mikhail pun taksub jugak. tambahan lagi dengan line up the rock feat. ahmad dhani.

well... perjalanan ke singapura bermula sebentar lagi. member datang ambik pukul 8 mlm. dah lama tak backpacking. last sekali masa belajar uia sebab takde kereta nak ulang alik. ni satu malam di Singapura dengan geng-geng Naki (adik) maybe interesting. adventure tetapi sayu la pulak tinggal bini dan anak. hehehe... demi oasis yang pernah menjadi idola ku tabahkan juga.

harap-harap oasis main lagu-lagu 1st 2nd 3rd album jugak la. baru boleh terlompat-lompat. kalau tak shuffle jer la jawabnya. dah la versi baru ada versi prodigy pulak tu. disco disco... orang tua berdisco.

oasis tetap dihati

Memanda Perdana Menteri

Well, aku semakin jahil berpolitik. Macam sesuatu yang asing dan memualkan. Mungkin kerana aku hidup dan leka dalam dunia sendiri. Nak pulak sibuk membuat liputan dunia hiburan yang hanya penjana sampingan ekonomi negara.

Tapi aku tak terkecuali untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru. Atas dasar sebagai rakyat di bawah naungannya. Dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri yang sebelumnya.

Nak terlampau menganalisis pun dah rasa macam nonsense jer. Takde faedah dan takde percikan projek juta-juta yang boleh aku bawak bekal sampai mati. So hanya ucapan-ucapan skema aja untuk pemimpin-pemimpin negara.

Semoga matlamat hidup yang ditetapkan Allah berjaya dilaksanakan tidak kira apa jawatan pun yang kita pegang.

Tahniah kepada PM

seruan 'the calling'

dalam lawaknya finas, akhirnya permohonan diluluskan juga walaupun bersyarat. demi menjayakan filem pendek ke persada dunia, Seruan akan tetap diterbitkan.

terima kasih diucapkan kepada panel yang dapat melihat nilai disebalik Seruan yang hanya bermatlamat untuk berdakwah melalui medium bergelar filem pendek.

insyaallah Seruan mampu meletakkan Islam dan satu petikan kisah Protagonis cerita ini ke satu tahap yang boleh dihargai dan diambil iktibar.

terima kasih semua.

Tuesday, March 31, 2009

Lawaknya Finas

Pagi 30 Mac 2009, attending meeting dengan AJK simposium untuk FFM22 di Sabah tidak lama lagi. Aku wakil FDAM. Sebagai exposure dan representative yang rugged kot dari persatuan tu. Oklah, sesi brainstorming dan perbincangan tu. Berjalan penuh dengan drama pentadbiran kolar putih kerajaan.

Petang hari yang sama aku ada pitching untuk dana yang aku apply lama dah. Panel dia KP, Dato Mustapha Maarof dan few other guys termasuk chairman jawatankuasa simposium FFM meeting pagi tadi.

Aku try pitch shorts film aku. Tajuknya Seruan, kisah remaja yang suci dan anak tunggal mulia kampung ni nak merasa sembahyang di masjid negara KL. Dugaan dan rintangan sepanjang journey dan depan masjid jer kena langgar dan di sembahyang Jenazah di masjid tu jugak.

KP kata i like the story. Dato pun kata ok. A guy kata jalan cerita macam dibuat-buat. Mungkin dia nak live telecast kot. Reality show ke. Another guy kata kenapa aku propose nama Jamal Maarif jadi DOP. La... jadi isu pulak. Sebab dia ada hutang ratus-ratus ribu dengan Finas untuk filem Aduh Saleha. Aku propose jer. Member aku yang bagi nama.

Then, Chairman AJK simposium FFM kata aku ahli FDAM dah pernah direct. So tak perlukan peluang ini. Mak ai... Confuse. Sebab marhaein kalau nak direct projek or whatever perlu berdaftar dengan FDAM. Maybe sebab aku attend meeting pagi tadi sebagai wakil FDAM dia ingat aku pun otai FDAM. WTH!? Compliment kot. (pikir positif)

Pam! Masuk pasal budget. "U ni kita bagi peluang nak u berkarya, budget yang u bagi ni tinggi. Macam nak bagi harga production house." Aku blur terperanjat dan kalut. "Sapa yang akan direct ni? You? So kenapa u charge? Kita bagi peluang kat u untuk berkarya. Benda ni patutnya macam indie lah." Aku mengiyakan ajer sambil terkucil blur.

"Macam pelakon-pelakon ni, u tak boleh ambik mereka yang dibayar. You patut panggil kawan-kawan u jer berlakon." ujar pegawai lain.

"Jamal ni kerja dia pun tak selesai lagi. I taknak u pakai dia." Ok lah bagi aku, benda tu semua proposal. Benda yang baru dicadangkan. Belum confirm apa-apa lagi. Sambil menjawab dalam hati, saya work within the budget la kot. Tapi kalau budget RM5k jangan beranganlah kualiti dia RM50k. Terbatal lah niat nak masuk festival mana-mana.

"So, jawapan akan diberikan dengan seberapa segera. Kita akan tengok berapa budget yang sesuai untuk diberikan. U kena buat macam u indie ok." KP dan Dato MM menutup majlis presentation aku yang mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Perasaan yang keliru macam dipukau, diambush dan dipsyko. Aku blah tanpa bersalam sebab rasa macam rushing untuk ke mana pun aku tak tahu.

Lawaknya Finas sebagai Badan yang sepatutnya membantu, tapi berkira macam duit tu duit poket sendiri. Pengalaman mengajar aku untuk faham statement-statement mengutuk kerajaan yang berada di pasaran. Kalau ada rezeki, adalah peluang untuk marhaein macam aku untuk berkarya Insyaallah.

Sunday, March 29, 2009

kasih IBU

"Jangan bila aku mati besok, engko datang meratap kat kubur aku," luahan ibu yang begitu hiba kerana rindukan anak-anaknya.

"Sekarang susah nooo nak cari anak-anak aku, sibuk bebenor. Takde langsung nak datang melawat aku kat rumah." Sambil mengesat-ngesat air mata yang menitis.


Kisah sayu yang berlaku di kedai Mamak Pelita Ampang. Mummy yang terlalu sedih sebab rindukan suasana kesemua enam-enam anaknya sentiasa berlegar-legar di sekelilingnya sambil dia boleh berleter tanda sayang dan kasihnya.

Mungkin itu naluri seorang ibu, aku kurang pasti. Kenangan tadi membayangkan aku pada situasi arwah ayah yang begitu merindui untuk menyatukan anak-anaknya buat seketika bersama.

Kekeliruan kedaifan anak-anak untuk berjuang dalam hidup seiring dengan curahan kasih sayang yang setimpal terhadap ibu yang telah banyak berjasa dalam hidup. Bagaimana mahu berlaku adil... pada diri dan juga dia.

Thursday, March 26, 2009

Ketua Pemuda menuju PM

Dulu benci menyampah dan tidak boleh terima orang muda yang too soon. 25 mac 2009 secara rasmi dia sudah menjadi Ketua Pemuda. Tuduhan brutal dan kronisme terus lenyap sekelip kilat. Bak kata Mahathir "melayu mudah lupa."

Trend suck up sudah bermula kepada subjek sama. Orang yang sama semalam masih dibenci kerana pengiraan undi masih berjalan, tapi hari ini mula dihormat. Hahaha, isu menantu PM tak timbul, kredibaliti semakin menyerlah sebab menang dengan usaha sendiri, katanya... nampaknya.

Nak pulak ketika orang-orang tua Umno tersalah langkah mengharamkan sementara new media a.k.a online, dia muncul berkata itu adalah "strategically an error." Kepakaran menangguk di air yang keruh umpama darah dagingnya yang juga seorang yang 'educated.' Ini juga telah men'justify'kan jawatan yang baru diterimanya itu.

Nak seribu daya, taknak sudah. Tapi dia ni, dengan imej tukang tol yang mahal, broker maut, pegawai perolehan brutal dan segala keyahudian yang ada, dia tetap terus mendaki membuktikan dia akan jadi king kepada segala statements tersebut. Sepatah kata Presiden PKR "Perjalanan Ke Putrajaya." Bukan jalan-jalan kat putrajaya tapi dari bilik Pegawai Khas tingkat empat ke bilik PM terus.

Tepat sekali jika ideologi 'matlamat menghalalkan cara' itu pilihannya. Dan entah siapa pulak Niccolo di Bernardo dei Machiavelli pada kaca mata dia.

Wednesday, March 25, 2009

Mama Juwie?

Aku suatu ketika dulu masa kat kampung, Kelantan segala artis, selebriti dan segalanya hanya kenal dalam tv dan majalah. Kat sekolah dengan member2 berangan sambil kecoh-kecoh sembang pasal artis.

Hari ini, menetap di KL, kerja macam-macam dan kenal macam-macam orang. Terkini, ikon gossip negara suatu ketika dahulu, Mama Juwie akan jadi official Gossiper Jomstar.com. Dan report di bawah aku. Miracle, rezeki atau ujian? Pelik tapi benar. Family dan teman-teman rapat pun heran kot.

Well, officially he/she/it will start contributing articles pada 1st of April. Hahaha April Fool untuk aku ker? Dia akan take care dan keep up story dalam ruangan gossip dan maintain 5 star malaysian celebs punya cerita. Aku hanya pantau. Waahhh! Pantau Mama Juwie. Hehehe.

Tapi jumpa belum lagi. 28th ada event at Fasha Sanda's house. Time tu baru nak berkenalan kot. Entah bagaimana gayanya sesi tersebut. Yang penting, insyaallah dapat menuntut ilmu Entertainment Journalist ngan dia. Harap-harap.

Tuesday, March 24, 2009

MAS vs INA

Bersembang dan lepak dengan kumpulan Coda. Sambil pekena milo tarik di restoran Hameedia Mamak. Berbicara pasal industri hiburan tanahair kononnya. Bagus jugak diorang. Ambitious.

Nak sangat release album. Semua buat sendiri tapi dibawah label yang popular. Siti Norhaliza Production (SNP). Alasannya mau bawak something (produk) untuk mempromosi nama Coda dalam persada.

Tak percaya pada industri Muzik digital kot. Sedangkan ekonomi melecet macam ni semua artis pakat dok release single atas nama muzik digital. Senang nak penetrate market dan jimat la jugak.

Sempat jugak aku berkongsi tips dari kacamata editorial a.k.a journalist. Bukan nak agungkan Indonesia, baik dari Muzik atau Filem. Malah Kewartawan pun kata aku dia tapau jugak. Mungkin sebab dah bertapak lebih lama dari kita.

Bagi aku, segala benda yang dibuat macam dan memang dalam darah. Kalau kita, kita panggil Berdarah Seni. Lagi afdal benda ni untuk orang Indonesia la. Pertandingan mencerdikkan otak lebih aktif dalam bangsa diorang. Artis diorang lebih pandai menjawab soalan dan wartawan diorang terpaksa usaha lebih nak beat apa yang terkandung dalam otak artis.

Di Malaysia belum lagi kot. Semuanya kalau dalam bahasa dunia... Masih Amatur. Tapi insyaallah AKAN DATANG.

hugoBOSS

Kat rumah kutuk Parents. Masuk sekolah kutuk Cikgu. Masuk Universiti kutuk lecturer. Masuk kerja kutuk Boss.

Sedap jer kutuk orang sebab diorang tidak dapat memuaskan kehendak kita. Nahhh sekarang aku sendiri yang berada di atas. Entah apa la budak-budak ni kutuk aku. Cakap belakang ker atau gelarkan aku ni bos apa.

Rupanya susah giler duduk di atas ni. Sebab kena deal dengan ketinggian. Nak pulak kita ni keturunan gayat. Yang mereka-mereka yang tengah duduk bawah memang kukuh la tapak. Sebab tapak tu rata.

Nak ambik tindakan dekat staff pun terhegeh-hegeh. Sebab masih terkenang perasaan sebagai orang bawah yang ditegur bos dengan kasar.

Patutlah dalam dunia ni ada macam2 jenis bos.
Too friendly... orang pijak kepala
Too strict... kena pulau
Too rigid... orang tak suka
Too flexible... orang kata tak kredibel

Bos apa yang anda suka?
Bos apa yang anda nak jadi?

Monday, March 23, 2009

majalah online pertama di dunia?

Syukur lagi pada tuhan... murah rezeki. Cerita baru bulan Mac 2009. Aku mula berkhidmat di sebuah syarikat I.T sebagai Editor a.k.a Pengarang Majalah Hiburan.

Jomstar.com sebuah majalah hiburan yang diterbitkan secara online. Hanya terdapat di talian internet semata-mata. Walaubagaimanapun layout dia 99% majalah hiburan yang berpaksi kepada cerita eksklusif artis tempatan dan gossip.

So there your go. Aku kembali lagi ke persada hiburan tanahair. Tetap mempraktikkan ilmu journalism yang ku cedok di RTM untuk beberapa ketika sepanjang 2008 dan digabungkan pengalaman penyiaran di Astro serta persahabatan dengan rakan artis.

Pelabagai story menarik yang bakal dikongsi bersama. Insyaallah.

Monday, February 23, 2009

solat

tiang agama...

kekuatan tiang terhadap sesebuah rumah mampu mengelakkan ianya roboh atau runtuh... apa perlunya tiang kepada agama... dan kenapa solat itu tiang kepada agama...

solat merupakan satu amalan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa... cara untuk senantiasa memperingatiNYA dan menurut perintahNYA...

berkomunikasi dalam fadhu selama 2 4 4 3 4 rakaat 5 waktu sehari dengan melafazkan surah dan pujian yang mulia ke atasNYA...

5 waktu disusun cantik untuk kita setiap detik mengingatiNYA dan bertutur denganNYA...

mampu melengahkan kita untuk dari melakukan perkara yang dilarang olehNYA insyallah...

http://www.ukhwah.com/article.php?sid=1348

Monday, February 09, 2009

p r o j e k

kehadiran Khairy Jamaluddin memberi satu fenomena baru dalam dunia bisnes, perniagaan dan politik.

ibarat mawi dalam dunia hiburan hahahaha...

fenomena = mawi = KJ

terms2 ringkas yang kini sentiasa hadir dalam setiap conversation rakyat malaysia di semua peringkat umur...

semuanya ingin menjadi atau 'wannabe'... bagus untuk bercita-cita bukan bercerita-cerita...

2009 ekonomi merudum katanya... ekonomi dunia pulak tu... so kerja makan gaji dah kurang popular sebab tiada keseimbangan dalam kos sara hidup...

semua orang sudah pandai bercakap tentang peluang dan income selepuk atau lebih popular dengan istilah p r o j e k...

setiap koordinasi geografi muka bumi... umat manusia berbincang dan bertanya kabar pasal projek... tiada lagi bertanya kabar tentang kesihatan atau kesejahteraan...

tetapi apa yang diistilahkan dengan projek? atau wujudkah projek disebalik setiap perbincangan yang diadakan...

berdegar-degar... kalau kita bukan siapa siapa...

berdebar-debar... kalau kita itu broker...

projek itu ada pada mereka yang memiliki kemampuan, kebolehan dan kenalan...

chow!
p/s: gua nak settle satu projek yang baru bermula (my nature call)

sindrom tagline

connecting people, now everyone can fly, just do it, finger lickin' good, the ultimate driving machine dan macam macam ada...

itu semua popular tagline yang kita selalu dengar dan tertanam dalam kepala otak ni... dah lah nak isi ayat Quran tak muat... hari ini penuh pulak dengan tagline tagline product yang kita tak sengaja hafal

sekarang pulak aku baru realize, ramai manusia yang turut mengambil pakai fomula yang sama untuk memasarkan diri mereka... terutama mereka yang bergelar selebriti... jadi ker formula tu... hehehe...

kita dengar yezzaaa, wachaaa, gitu gitu, redah jer, world dan banyak lagi... dan yang paling useful... Lu Pikir la sendiri...

tapi yang aku takleh blah ialah tagline yang dipaksa untuk menjadi popular... dan sedaya upaya menggunakan tagline tersebut untuk di'associate'kan menjadi pemangkin populariti seseorang selebriti yang memang tepu dan tak akan popular jugak...

kesian sungguh senario itu... dan kalau diteruskan boleh membawa kepada penyakit taun yang boleh menyebabkan ramai penduduk malaysia termuntah-muntah...

ok lah... apa apa hal pun korang memang mantop (dengan gerak mulut yang beria-ria menandakan perkataan ini akan menjadi trend untuk umat manusia sehingga tibanya hari pembalasan)

uuuuuwwwwwwwweeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! (aku terlantar di hospital akibat taun)

Thursday, February 05, 2009

memartabatkan filem Malaysia

waaa... orait jugak soalan penonton yang bertanyakan kepada pak menteri shafie apdal tentang identity filem malaysia di waktu rancangan dialog@1 berlangsung secara live di dataran finas

filem hong kong katanya martial art, bollywood dengan tarian dan plot tidak logicnya, siam dengan komedi dan kini aksi dan seram, jepun dan korea dengan filem seramnya dan iran dengan filem agama moralnya... manakala hollywood dengan segala-galanya yang hebat

kembali membincangkan tentang filem malaysia... ada yang berkata filem kita perlukan bantuan kerajaan untuk dipasarkan diluar negara. ada yang kata, kita perlu perhebatkan untuk pasaran dalaman dahulu. dan ada yang kata kita patut pantau kemasukan filem luar bagi menggalakkan filem kita ditonton... pak menteri tanya apa jaminannya... ye tak ye jugak...

so kesimpulan yang dibuat oleh seorang panel yang bergelar doktor falsafah ialah kita perlu berterima kasih dengan usaha yang kerajaan berikan setakat ini... atau dengan kata lainnya bersyukur...

apa yang aku belajar masa dalam kursus dokumentari hari tu... lecture tu cakap, pembikin filem ada banyak peluang untuk menghantar pesanan berbanding ahli parlimen yang memerlukan pelbagai proses untuk sesuatu rang terlaksana...

so... bagi aku, nak memartabatkan filem di malaysia ni senang jer... P.Ramlee pun dah buat dan ada suksesor lain pun dah buat... just follow jer la... cuma stick to our niche... branding tu kena kuat la... Made In Malaysia tu apa benda...

dan kepada para ibu bapa... silalah pupuk nilai nilai bedtime story kepada anak anak kita sebelum terlambat... sebab everything is about telling story... borak kedai kopi ke, public speaking ker, berpidato ker, presentation ker, pitching ker dan lain lain... semua memerlukan kebolehan untuk bercerita dengan menarik, jujur, ikhlas, berperasaan dan tidak syok sendiri...

bila budaya bedtime story ni kembali menular dan menjadi darah daging semua rakyat malaysia, penerbitan filem atau segala-galanya akan menjadi mudah... dan yang hanya membezakan pembikin-pembikin filem ini ialah sentuhan (the touch), kelainan dan aura... macam P.Ramlee, Mr. Os, A.R Badul, Dharma, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Afdlin Shauki dan beberapa ketul aura lagi.

pernah jugak terfikir, dalam sepuluh orang... dibaginya sorang 10 ribu... apa agaknya filem pendek yang keluar... yang mana ke persada dunia, yang mana ke longkang dan yang mana box office... huahuahuahuah... nak bagi sejuta kang baik betulkan sistem perparitan ker... hantar pemimpin kursus ker... bagi kat anak yatim ker... satukan Malaysia biar jadi macam England ker... hehehe...

anyway... Malaysia dah hebat pun dalam industri filem dia... MACAM MACAM ADA... ada hantu, ada drift, ada aksi, ada perang, ada romantik, ada komedi dan ada seni...

apa yang takda ialah IDENTITY...

ker MACAM MACAM ADA = IDENTITY...

takpela... gua pikirlah sendiri...

wallahu'alam

Wednesday, February 04, 2009

k r o n i s m e atausesuapnasi

2009 tahun ekonomi merudum... rumours nya kerana kurang minda yang membangun untuk memajukan negara.

lalu segala projek dan aktiviti pembangunan infrastruktur terpaksa dibatalkan dan dihentikan. atas alasan takut tidak seimbang kemudahan yang ada dengan minda masyarakat yang belum bersedia.

teorinya tersungkur lah kontraktro-kontraktor hebat yang terdiri dari ahli ahli umno yang katanya semakin tiada projek dan kontrak untuk dilangsungkan.

hehehehe... tapi yang menariknya... segala peruntukan, dana atau pinjaman telah dipindahkan kepada KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN... seperti Penerangan, Perpaduan dan Kebajikan.

Sekelip mata kontraktor-kontraktor desperate tetapi kenalan rapat pak pak menteri dan ahli ahli kabinet kini bertukar jawatan dan profession.

Untuk membangunkan kepala otak rakyat, bangunan tidak lagi diperlukan sangat. rakyat lebih mengharapkan pengisian...

So pengisian maklumat dalam kepala otak masyarakat hari ini wujud dalam bentuk bahan bacaan, rancangan tv, dokumentari atau perfileman.

Oleh itu Kontraktor yang memiliki asas civil engineer dan arkitek kini sudah mula dikenali sebagai Producer dan juga Director

melalui kabel kabel yang ada... dengan semudah ABC mereka memperolehi surat Perolehan untuk terus berkerja yang kini mula ditakrifkan sebagai berkarya

All the best, Maju lah Malaysia untuk Dunia!

k a y a

Hari ini semakin banyak program, kempen, iklan dan dorongan untuk menjadi kaya... Kaya wang ringgit dan harta benda selalunya...

Naluri semulajadi aku menyuruh aku menyampah dengan situasi tersebut... Sampai membuatkan aku terfikir... apa kebenda semua ni... Is it fenomena atau arus pembangunan minda...

Aku tertanya-tanya... apa erti atau definasi sebenar Kekayaan... dalam kehidupan maksud aku... Aduh... dahlah aku jahil sejarah... sejarah tamadun, kehidupan dan juga islam... errr kurang pasti la... Mungkin ada pesanan supaya kita menjadi kaya... yang aku tak pernah baca...

Cuma yang membuatkan tekak aku loya ni... Dia punya kempen menggila bagaikan itu adalah satu satunya matlamat hidup... macam tak balance jer airtime yang tv bagi... Citer pasal patut jadi kaya lagi banyak lagi dari citer apa kita nak bawak kalau kita mati...

Desperate promo menyuruh orang masuk MLM sebagai contoh... Allahuakbar... over dan beria-ria posing depan kereta besar berlambangkan logo logo company kereta la... takkan logo lego

Common sense... aku pun nak kaya... tapi daripada kaya... aku prefer senang... Hidup Kaya dan Senang berbeza kot... Kaya kena pakai baju Mahal... Tapi senang boleh pakai apa yang aku suka pakai...

Wife aku selalu cerita dekat aku tentang kawan kawannya... dia kata Old Money dengan New Money... gapo dio tau tuh? ooo... Orang Kaya Lama dan Orang Kaya Baru...

Karakter mereka berbeda-beda... Old Money People ni born rich... dan lifestyle itu adalah lifestyle yang azali... they are not faking it... memang badan diorang pakai mahal-mahal, makan mahal-mahal dan naik benda mahal... Sebab benda dah tersedia... So they don't have to learn to adapt atau terhegeh-hegeh untuk memperagakannya...

Dan yang satu lagi bangsa, memang interesting untuk para professor buat tesis ialah orang kaya baru... atau orang baru kaya... memang menarik gila babas...

They were born susah, average and biasa-biasa jer... But they really work hard untuk memperkayakan diri mereka, mungkin niat asal hanya untuk senang sikit... tapi bila dah terlampau rajin... terlampau kaya la pulak... this is the interesting transition atau transformasi yang mereka harus tempuhi...

Tapi usaha mereka harus dipuji dan dihargai...

Walaubagaimanapun... wujud lah jakun jakun kekayaan yang sudah menjadi buluh dan harus melalui proses pelenturan penerapan nilai nilai kekayaan dalam jati diri... Maka wujudlah terms "trying too hard" sehingga membawa kepada result yang sumbang dan janggal...

Result ini akan mewujudkan jurang di antara Orang Kaya Baru dan Orang Kaya Lama... hehehe sian... ingatkan dari satu rumpun... rupanya... hanya jauhari mengenal manikam...

Contoh simple... orang kaya baru akan beli kereta mahal yang warnanya menarik perhatian...
Manakala orang kaya lama memang dah lama dapat perhatian... so beli kereta yang mahal warnanya humble...

Begitu juga dengan pakaian... warna dan brand main peranan untuk kita mengenal siapa Baru Kaya dan Lama Kaya...

Logiknya... kaya yang betul kaya ialah dalaman... kaya luaran ni limited untuk luar jer la... once kita kaya dalaman, the aura or vibe yang kita zahirkan memang bau dan bunyinya sungguh kaya...

Therefore... seharus dan sepatutnya... kita akur pada Yang Maha Kaya untuk memperkayakan isi badan yang sudah kaya dengan nilai murni ajaran Muhammad s.a.w.

Well... kalau kaya jugak luaran kira bonus lah... ibarat pergi masjid naik ferrari instead of naik motor

Wallahualam!

Positif dan Negatif

Last week ketika aku sibuk dengan aktiviti FDAM di Finas, Diha dan Mikhail pula turun ke P.D bersama family.

Tinggal la bapa tunggal yang kepenatan ini seorang diri di rumah dan bersama aktiviti Hari Finas 2009 nya.

Di sana, Diha terbaca artikel mengenai Tenaga positif dan negatif dalam manusia, katanya setiap orang dilahirkan dengan tenaga-tenaga ini... macam aura la jugak... so macam biasa yang kita berlajar... setiap tenaga yang berbeza akan menarik satu lagi tenaga lain...

contohnya positif akan menarik negatif untuk datang padanya...

Al Kisahnya... dengan perwatakan dan kajian... dalam diri aku ni banyak jugak energy positif, so... teori itu telah menerangkan pada aku terhadap apa yang berlaku selama ini terhadap diri ini...

Bosan siooot cerita ni... dah lama tak menulis ni lah jadinya...

So nak tahu lebih lanjut... TUNGGGUUUUU....

atau call lah...

Wednesday, December 10, 2008

THEWANS masuk BORNEO

Terima kasih kepada Wan Mohd Firdaus (Guitaris THEWANS) dan INA (lecturer UNIMAS) dengan usaha mempromosikan single TEMAN SEJATI THEWANS di persada BORNEO.

Mendapat sambutan yang menggalakkan di Sarawak FM dan juga CATS FM... THEWANS dilihat sebagai satu kumpulan yang Rock tetapi penuh dengan unsur ketuhanan.

Ulasan DJ Sarawak FM yang menyatakan THEWANS antara pelopor genre dan konsep muzik sedemikian.

Kata beliau kita seharusnya perlu memperbanyakkan lagi group atau band sebegini di dalam negara kita.

THEWANS bakal muncul dengan single kedua mereka dengan konsep ROCK SWING dengan lagu nasyid yang turut bakal di remake kembali.

CATS FM turut mempelawa wickedmuse yang merupakan label pengurusan dan imej THEWANS untuk menganjurkan KONSERT besar-besaran di Sarawak yang bakal dimeriahkan oleh band-band indie mahupun mainstream dari seluruh negara.

Terima Kasih BORNEO di atas penerimaan THEWANS... dan Tahniah diucapkan kepada wickedmuse Sarawak (daud & ina) di atas kejayaan yang dicapai.

You guys ROCK!

Wednesday, December 03, 2008

t h a n k y o u K L F M 9 7.2

Ribuan terima kasih kepada gang DJ KLFM terutama DJ Remy dan DJ Zulastri yang telah menyokong THEWANS.


0000hrs, 29 November 2008, THEWANS yang diwakili aku dan badrul telah diberi peluang untuk muncul dalam segmen 1001 malam yang bersiaran dari jam 12malam hingga 1 pagi di 97.2fm.

Peluang yang diberikan digunakan bagi mempromosikan konsep dan ideologi THEWANS sebagai satu lagi kumpulan muzik tanahair yang kini mengakui mengetengahkan lagu berentak Pop Nasyid Indie Rock.

Lagu remake teman sejati yang dipopularkan brothers turut diputarkan bagi pendengar radio yang setia.

Terima kasih kepada pemanggil iaitu Brother Bob yang otai dan sinis dalam menganalisis THEWANS dan juga DJ WAN yang begitu positif dan mengerti tentang perjuangan THEWANS.

Sekalung penghargaan kepada KLFM 97.2 yang menyokong dan menghargai THEWANS.

That was a sweet yet interesting memories.








Tuesday, November 04, 2008

THEWANS


Thewans... artis Pop Nasyid Indie Rock bakal muncul dengan mini album mereka tidak lama lagi...

Baru selesai dengan Single pertama yang merupakan remake lagu nasyid popular kumpulan Brothers berjudul Teman Sejati...

Mendapat kerjasama rakaman dan studio dari Badrul Stellar (ex-Muffin) iaitu di Studio Two Tones dan Loudroom Entertainment di Wisma Sri Rampai

Baru siap dengan klip video pertama untuk single tersebut yang dirakam sekitar Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Penolong Pengarah filem Tipu Kanan Tipu Kiri dan Sepi iaitu Ramdan Che Hassan

Klip Video Teman Sejati menampilkan ahli kumpulan iaitu Wan Syahrul Amry (vocalist), Wan Mohd Firdaus (guitar), Wan Ahmad Naqiuddin (bass), Feisal Mustak (drums) dan Badrul (lead guitar)

Teman Sejati THEWANS mengisahkan tentang penyanyi yang mencari mencari teman sejatinya setelah pemergian ayahandanya ke rahmatullah...

Dan kini dia dikurniakan anak pertamanya Wan Mikhail yang turut ditampilkan di dalam klip video tersebut sebagai Teman Sejati
THEWANS hanya berdoa supaya konsep mereka bakal menjadi ikutan dan idola pendengar yang mahukan kebahgiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat...

Monday, October 20, 2008

liputan thewans@www.budiey.com


Liputan mengenai kumpulan TheWans di www.budiey.com/profile-thewans/ sebuah laman blog popular SENSASI SELEBRITI yang memaparkan ulasan dunia hiburan, gossip, foto, selebriti, filem, muzik, video & teater.


Sunday, July 13, 2008

latest single THEWANS

Persetankan politik negara.

Akhirnya... 7 Julai 2008... Single pertama The Wans muncul dengan remake Teman Sejati, Brothers dalam konsep Pop Nasyid Indie Rock!

Dapatkan dalam handphone kawan2 sekarang... Hanya on bluetooth dan search serta accept.

Untuk laporan lanjut layari http://www.reverbnation.com/thewans

Insyaallah... full album akan muncul dalam masa terdekat.