Sunday, May 24, 2009

Simpati: Pelawak Malaysia

Kesian industri hiburan Malaysia ni. Daripada orang yang betul-betul ada art dan passion dalam industri kini telah bertukar menjadi pedih dan pahit.

Semuanya angkara kesukaran perjalanan seni mereka dalam industri hiburan tempatan. Kalau negara seperti India dan Indonesia mahupun kiblat asal kita Hollywood, competition mereka juga tinggi. Dugaan mereka juga teruk. Tapi mereka memupuk talent atau insan seni mereka menjadi professional di mata dunia.

Di Malaysia negara tercinta ini, dugaannya berbeda. Sehingga menerbitkan perasaan 'bitter' mahupun terkilan dengan profession cari makan masing-masing. Ini kerana dugaan yang ditempuhi selalunya adalah dugaan yang tak masuk akal.

Dugaan yang tak perlu dilalui tetapi direka-reka atas dasar melambatkan kejayaan orang lain.

Pelawak yang saya ingin ceritakan di sini ialah Afdlin Shauki. Dia merupakan ikon lawak yang saya rasa cukup tabah dan tetap jujur berlawak. Ianya bukan kerjaya tetapi bakat semulajadi yang dimilikinya.

Namun sejak kebelakangan ini, dia kelihatan begitu sinis dan bukannya sarkastik yang seperti dia ingin contohi dari Drew Carry atau pelawak international yang lain. Jawapan yang diberikan kepada media juga seolah-olah meletakkan dia di atas dan lebih cerdik kononnya dari orang lain.

Ooppsss... kesian. Ibarat tersungkur di pintu syurga. Entah apa yang menghasut kepala hotaknya pun kita tak tahu. Asalnya dia seorang yang humble tetapi berilmu. Namun industri komedi tanah air yang keliru dan berkecamuk telah menghasilkan personaliti yang tidak seberapa di penghujung kariernya.

Hanya simpati sajalah perkataan yang paling sesuai untuk artis-artis yang lahir di negara busuk hati, tikam belakang dan PHD; Malaysia ini.

Friday, May 15, 2009

Photojournalist Wanted!

Malaysia's First Online Magazine currently hiring Photojournalists.



Criteria include:
1. At least 2 years experience
2. Passion for entertainment and celebrities
3. Ability to use professional camera
4. Ability to tell a story through photos
5. Willing to work under tight dateline
6. Possess own transport

Interested parties please contact Wan Syahrul Amry at 0122741979

Region: Kuala Lumpur
Company: Jomstar.com
Email: wansyahrulamry@jomstar.com

Thursday, May 07, 2009

kelantan sweet trip with my little family

balik ke kb sempena hari jadi aku from 2nd - 5th of May. sampai airport tunggu afiq saim naki datang amik. terus ke renai check in. padahal renai tu depan rumah jer. tapi yeah... kejayaan sekaram dok hotel, hadiah bday dari bini tersayam.

rasa macam tourist di negeri sendiri la pulak hehehe lama tak balik. tapi ada la jugak kenal orang orang situ. agenda balik ke kb hanya untuk makan sahaja.

antara kedai-kedai makan wajib ialah seperti berikut:

1. nasi sumatera (hover / jalan gajah mati)

2. laksam, ayam goreng dan roti bakar, telur 3/4 - Kg. Sireh

3. hayaki, cafe with wi fi and good food

4. ridel hotel, for snacks and river view

5. breakfast with kakwok's nasi bungkus at wo's place

6. sun hwa for mee sup daging, kuey tiaw goreng and chicken chop oldschool

7. nasi kukus everywhere in kb

8. nasi kerabu and nasi berlauk tepi maybank wakaf siku

and it seems my wife quite enjoy shopping in kb compared to other place. tapi bukannya di pasar-pasar. di KB mall sudah satisfied katanya sebab murah sangat. whatever bebeh, as long as you are happy. i round2 with mikhail naik stroller.

antara port shopping yang harus dilawati:

1. wakaf che yeh

2. bazar buluh kubu

3. pasar siti khadijah

4. kb mall

5. bundle kawan kawan

waaa... kesimpulannya, pulang ke kampung sebagai pelancong asing adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana perasaan terasing di tempat yang begitu familiar amatlah mengelirukan.

aku tidak pernah lupa daratan. tapi daratan itu telah terlupa pada aku.

selesema babi

Tuhan larang doh, jangan make babi degil. Kajian professor tengkorak batu dari Amareka pun royak babi paling banyok kuman dalam badan. Sebab sifat kejadian dia banyak merupai manusia. Entah-entah dah macam makan manusia.

Pelbagai penyakit tuhan hantar. Selsema burung lah, penyakit kuku, kaki dan mulut lembu lah dan segala macam yang melibatkan binatang. Tapi yang paling takleh belah ialah Selsema babi lah. Nama dia pun dah mengerikan. Babi itself tu penuh dengan kuman. Inikan pulak gabungan selsema dan babi.

Kecoh pulak dalam tv perkataan babi. Dulu masa kecik asyik kena cubit dan kena pukul dengan hanger baju sebab tersebut babi. (kecik-kecik dah melatah). Namun hari ini ucapan babi menjadi contoh teladan yang tersebar luas di media massa. Atas alasan itu selsema babi akhirnya digelar A1N1.

So lepas ni kalau diorang nak makan babi, kena lah order A1 goreng satu, sup A1 satu wahhh dah menyamar jadi ayam la pulak... Adoyai

Saturday, May 02, 2009

transisi 20 ke 30

besok usia aku bertukar 30an. bagi aku atau lelaki benda tu sekadar nombor. jiwanya cukup berbeda. sentiasa remaja hahaha. atau roh yang maintain seperti ditetapkan tuhan di syurga.

namun di dunia, nombor ini menggambarkan pelbagai situasi. maknanya di umur tertentu, untuk kelihatan normal dan tidak dijelik orang, atitud hendaklah seiring. kalau matang umurnya hendaklah matang peribadinya.

well, keliru juga dengan kata-kata "man's life begins at 40". mendapat hidayah untuk berubah pada umur itu atau kehidupan rancak dunia harus dimulakan pada umur itu. namun segalanya terpulang kepada individu untuk menafsirkannya.

belajar dari isteriku yang terlebih dahulu mentranformasikan diri ke alam 30, katanya kena ada tanda, hadiah atau peristiwa. kerana itu adalah satu permulaan ke alam yang berbeza. makan jubli perak or jubli emas pun ada hehehe.

oh well, mulai besok, aku nak mengisi borang, tiada lagi umur 20an. pandangan masyarakat terhadap aku adalah seorang belia yang seharusnya berperangai lelaki berumur 30an. mungkin tiada afro, gelak yang kuat dan berhemah tinggi.

berapa pun umur kita, kita pernah menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akan menuju ke umur tua. semoga tuhan sentiasa merahmati ke semua transisi kehidupan kita.

amen.

Tuesday, April 28, 2009

takdir Kelantan

rumour atau dongeng... aku pernah dengar dialek Kelantan ingin dijadikan bahasa kebangsaan suatu ketika dulu. samar samar aku terbayang Sabri Yunos terlibat dalam memartabatkan perkataan Kelantan dalam Kamus Dewan.

bagi 'ore luar' (malaysian yang di luar Kelantan), Kelantan adalah satu kaum atau puak yang cukup assabiyah. mungkin kerana lorat bahasanya yang terlalu asing seasing sabah dan sarawak tetapi berada di semenanjung.

bagus atau tidak tomahan ini, sedikit sebanyak ia bisa menyatukan melayu. ia perlu untuk menjadi benteng perjuangan bangsa dan Kelantan sanggup diperkotakkan demi negara.

Isu Tengku Temenggong dan pemaisurinya Model popular Indo; Manohara meletak nama Kelantan dipersada nusantara yang cukup mual mengangkat perkataan Malaysia. Tidak seperti Malaysia yang begitu terhegeh hegeh memuja persada indo atas alasan rumpun yang sama.

Tapi 'ore luar' gemar menafikan hak Kelantan yang sudah tertakrif antara 14 negeri yang melengkapkan Malaysia. Lihat saja derma kepada Gaza yang diabai oleh adik beradik arab mereka, Kelantan merangkak rangkak mencari dana membangun anak bangsa Malaysia hanya kerana berparti politik pembangkang walaupun Islam.

Gomo Kelate Gomo

Luahan dari Budak Kelantan ber i/c 03 dan berbonda, beranak Selangor beristeri KL di kala kekalahan Red Warriors Piala FA 2009 yang berlangsung di Bukit Jalil.

Monday, April 27, 2009

kotabharu.kualalumpur.jakarta

indonesia... aku mula kenal bila filem2 dan lagu2 nya mula membanjiri otak otak orang malaysia. dan masa tu juga mereka hadir dengan pekerja2 buruh yang membangunkan pencakar2 langit di negara kita. begitu juga dengan amah atau pembantu rumah yang membangunkan isi perut setiap rakyat2 dalam negara ini.

22 april 2009 kali pertama aku mendaratkan kaki ku di lapangan terbang soekarno, jakarta. excited pada mulanya dengan harapan ingin lebih mengenal tanah tumpah kumpulan kegemaran Dewa19, The Rock dan Ahmad Dhani.

Ramainya umat manusia. dengan pandangan 'welcome' satu macam menyambut aku dan 3 teman yang ingin berjoli di sana. mungkin persepsi mereka orang luar datang untuk mengambil seberapa ramai dara dan mencabul hawa. ahhh kamu terlalu sombong, perasaan dan terlalu 'bitter'.

Aku pernah melayan Christian Sugiono dan Titi Kamal di Malaysia seperti biasa aja. kerana kerja. Bila aku tiba di sana, baru aku paham istilah penghambaan kepada selebriti... mereka cukup gah di jakarta. bukan saja selebriti... malah dengan nota 50000 rps. kamu bisa membeli jiwa.

dari pengagungan Dewa19 secara menyeluruh, hari ini aku hanya melihat karya mereka dan sentuhan 'survival' kehidupan mereka yang terpaksa melalui sistem berlandaskan korupsi dan populasi gila sahaja. terima kasih jakarta kerana membuka mataku sebagai rakyat malaysia yang sudah punya segalanya.

aku lihat dengan mata, kamu memandu hummer h2 di tengah kota mengelak lopak air yang dihuni anak kecil berfantasi seperti di swimming pool. kamu 'check in' di hotel bersama teman gembira di tepi makcik tua bersama cucunya terlentang nyenyak di kaki lima.

jakarta dalam masa 5 hari aku sudah bisa melihat permainan duniawi yang kau miliki. keikhlasanmu mencari rezeki. dan puak2 mu memanipulasi kami. terlena aja sesaat... sepantas kilat kami terjual. terlepa saja mata... kamu sudah bersandiwara.

jakarta tidak pernah jujur terhadap kuala lumpur. apatah lagi terhadap kota bharu. hidup mu terlalu pedih, umatmu amat ramai, peluang mu terlalu tipis. hidupmu ibarat mencari 'loophole' sesuap nasi uduk pengalas perut penerus hidup.

aku tidak salahkan kamu. tuhan itu adil. dikurniakan negara mu kesesakan, tetapi setiap kamu ada sentuhan. cewek mu kacep, cowok mu ganteng, selebriti mu glamor, politik mu hebat walaupun segala-galanya berlandaskan peluang mencari wang. itu aja yang difikirkan. mungkin sudah sebati dalam perjuangan hidupmu.

jakarta, indonesia. kau berjuang kau berjaya. kau di bawah kau usaha. celika memang celika. aku mula sedar di mana letaknya Malaysia dan di mana duduknya Indonesia. hanya 5 hari di jakarta.

Wednesday, April 22, 2009

suka dalam duka

selesai drama yang ku lalui. gembira hati. janji berlayar ke negeri seberang berat pula dirasai.

suka dalam duka. suka untuk meraikan apa yang dirancang namun duka untuk meninggalkan mereka yang tersayang.

tabahkan hati. pergi dengan niat yang suci. mencari rezeki merantau mengenal erti bumi.

selagi Tuhan di hati selagi itu diri dilindungi.

insyallah...

suka dalam duka ... doakan diri terus berjaya

Tuesday, April 21, 2009

sebak dada

tiada doa yang pedih selain dari hati yang cukup sebak. perasaan berdebar, lemah dan keliru.

aku memohon tuhan untuk Kau berkatilah hidupku, tabahkan hatiku dan kau permudahkan segalanya di bumi Mu ini.

aku sebak kerana, aku hiba kerana, aku lemah kerana, kerana aku hamba Mu yang hina.

sebak dada membuatku bersyukur aku masih bernyawa.

punah rancangan

kita hanya merancang... tuhan yang menentukan. segalanya telah dirancang dan diatur sebaik mungkin. dengan niat yang ikhlas serta bersedia untuk redha. segalanya pada mata manusia cantik teratur dan indah tersusun.

namun manusia hanya merancang segala-galanya semampu mungkin tapi Tuhan yang menentukan. bila dikataNya 'kun faya kun' baru la jadi sehendakNya.

jangan disesali apa yang punah. jangan dikesali apa yang gagal. yang pasti hidup harus diteruskan. capailah apa yang diimpikan.

insyaallah taala.

perasaan ingin membunuh

kalau marah kita amik sembahyang. cara nak hilangkan perasaan amaroh syaitan. tapi pernahkah anda memiliki perasaan berdebar-debar yang keliru samada mahu marah atau bertenang atau ingin membunuh.

adakah kita pernah meluangkan masa untuk memikirkan punca dan asabab musabab kenapa kita ada persaan ingin membunuh itu. aku sanggup meluangkan masa kerana aku mempunya isteri dan anak serta keluarga di bawah tanggungjawab ku. kasihankan mereka rasaku.

cuma geram dan marah yang semakin membuak-buak ini membuatkan aku risau jika dengan satu kesilapan sahaja bakal membuatkan aku merengkok di dalam penjara. nauzubillah.

well, mungkin aku simpan saja dulu perasaan ingin membunuh ini. semoga syaitan pergi jauh dari diri. tapi apa-apa pun aku mampu membunuh. kerana keturunan anak adam semuanya pernah membunuh.

Monday, April 20, 2009

sistem malaysia konfius

nak tadbir negara memang susah. nak pulak negara dunia ke 3 yang terhegeh-hegeh nak membangun. isunya senang, aku nak tukar atm kad maybank aku jadi debit card. maybank ni kat bawah ofis aku jer.

jumpa orang bank yang jaga nombor. bagitau dia nak tukar atm kad. dia mintak mykad. aku bagi mykad dia kata nak cek komputer. pastu dia cakap mykad u rosak. u kena tukar mykad u. takpun dia kata u balik kelantan tukar debit kad kat sana.

madafaka... aku nak gi indon lusa la kambing. lagi nak suruh aku pergi kelantan dulu. sistem... sistem... nak menyenangkan ke nak menyusahkan.

pastu dia siap ajar aku cara nak gi JPN untuk tukar mykad. dia kata u cakap kat diorang, its not my fault... i nak tukar kad maybank. mykad rosak... maybank tak kasi tukar. dengan nada yang buat aku macam orang kampung yang baru sampai kat bank nak 4 bas. pendek betul.

babi betul la... gapo dio la... pastu penyelesaian dia:
1. Tukar kad kat home branch... tempat u bukak akaun
2. Pergi tukar mykad dekat cawangan JPN yang tak tau makan masa berapa lama.
3. Pergi mampus tak payah pakai mykad tak payah pakai debit kad maybank.

steady lah... nak sistematik tapi bangang gila. itulah dia dugaan aku hari ni. mykad punya pasal. nak buat sistem pakai chip la pakai cap jari la. tapi beli barang made in china. tipu kontrak kerajaan. makan duit rakyat dan menyusahkan pulak rakyat.

sekarang dah pakai semua kad dan chip. lepas ni duit dah tak pakai pulak ke. pakai plastik lagi. beli nasik pakai plastik. pastu makan plastik. tukar benda dapat benda. dah tak pakai duit dah tak pakai emas. balik balik zaman dulu. sistem bater. nak makan ayam kena tukar ngan kambing. nak pakai kereta tukar dengan rumah. hahaha... aku dah gila.

tensen... jap lagi duit kad dalam handphone. pakai kredit handphone jer beli nasik. hebat. kalau terformat simkad handphone tu. mampus! tak makan nasik la jawabnya.

aku yang semakin konfius akibat sistem malaysia yang konfius.

tahniah buat Diha.

Tuhan itu adil. kita hanya perlu ikut perintahNya. nescaya Dia makbulkan dan beri kita kejayaan.

bagi diha, pengorbanan dan perjuangan hidupnya sentiasa dirahmati dan diberkati. dia inginkan terbaik untuk dirinya, keluarganya dan kehidupannya. jalan dan cara hidup yang dipilih sentiasa direstui.

tidak pernah derhaka dan sentiasa cuba memberi yang sempurna kepada insan istimewa dalam hidupnya. dia tidak pernah kecewa malah terus berjaya.

tahniah buat diha. kerana Tuhan tahu matlamat hidupmu untuk apa.

doa dari suami mu yang amat mencintai sepenuh jiwa.

tengku putera

satu istilah yang arwah ayah guna... dalam meng'adress'kan anak emasnya... adik kedua ku WMF (daud) . siapa dan apa maksudnya aku kurang jelas. pernah juga membuat spekulasi tengku putera ini adalah anak kesayangan raja atau anak raja yang istimewa yang tidak boleh diganggu gugat.

itu cerita lama... dengan arwah. Hari ni aku ada tengku putera aku sendiri. atau dalam nada kelantan; "ku tegho". itu yang dapat aku ungkapkan bila terbayang dan melihat wajah Wan Mikhail. Anak lelaki sulung nan satu. Perasaan sayang dan kasih yang melampau untuk dia dari seorang daddy bergelar Wan Syahrul Amry.

Baunya saja dah cukup membuatkan aku puas dan cinta. Inikan pulak keletahnya berbicara dan gelagatnya yang bersahaja tetapi sering buat aku ketawa.

Mungkin itu yang arwah ayah pernah rasa terhadap anak-anaknya. dan setiap hari aku semakin merasakannya terhadap Tengku Putera ku yang juga padaku adalah nyawa.

hanya linangan airmata yang daddy mampu berikan padamu... sebagai tanda cinta seorang ayah kepada anak lelakinya.

Thursday, April 16, 2009

Lebanon Apa dan Siapa?

Tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari lelaki dari Lebanon. Nama Hussein. Katanya dapat nombor dari seorang kawannya yang pernah bertemu aku di satu majlis. Yang aku heran, aku diaddressnya dengan panggilan 'Boy'. Nama ni untuk family dan kroni rapat atau kaum Kelantan saja.

Nama cari makan di KL Wan Syahrul Amry. So confuse tapi ditolong juga. Katanya Al-Manar nak buat program pasal Ramadhan di dunia. 2 episod nak buat di Malaysia. Life orang Islam di Malaysia sambut bulan puasa. Aku bawak ke Kirawang. Senang sebab established company. Perkenal dan diorang berbincang memberi quotation.

Si Hussein nakkan satu OB van, 5 kamera dan beberapa perkara kecil lagi. Apa lagi. Secara logiknya diletakkan lah 250k. Senang. Dengan below the line pun tapau sekali. Termasuk lah hidden chargers. Hehehe macam bil telefon la pulak. Lepas tu dia call gelak. Dia kata "What is this jokes. Are making movie?"

Aku rasa macam nak karate pun ada. Tadi mintak macam-macam. Kalau nak buat movie, tayangan unggul mintak 1.2 million la. Apada... Lepas tu dia segan dan duduk bagan buat research dan sebagainya. Dia call balik kata, "we just want do simple production, a few camera, technical crew. That's it." Pulok doh.

Aku dah research Al Manar TV ni dia semakin popular di negara arab sebab keterlaluan telusnya dalam media. Al Manar juga dilabelkan sebagai Terrorist Media oleh negara barat. Al Manar TV adalah di bawah pimpinan pejuang Hezbullah Syed Hassan Nasrullah.

Good Luck untuk aku!

Saturday, April 11, 2009

sinus yang biadap

Kepala rasa macam terluka di bahagian atas. Diketuk-ketuk rasa sakit nak mampus. Tension gila. Serangan yang datang secara tiba-tiba. Aku tak pernah rasa macam ni. Tapi yang sakit kepala dulu, bila batuk pun rasa macam bergegar dan berdenyut otak.

Dua tiga hari yang lalu. Aku rasa macam sakit kepala yang pelik. Balik rumah, bini urut. Terus sendawa bagai nak rak. Mana entah datang anginnya. Nak pulak di bahagian pipi dan dahi. Sakitnya macam migrane kata bini ku pada mulanya. Tapi bila diketuk belakang telinga, berdenyutnya tak ingat. Oh... kebiadapan sinus rupanya. A.K.A resdung atau seduan.

Bini ke farmasi dapatkan ubat. Sebab aku benci dan malas ke klinik. Trauma suatu ketika dulu yang hanya nak periksa kesihatan last last ditahan masuk wad sebab Hypo-glucose dan Hepitis. Sampai hari aku malas ke klinik kecuali dah kritikal. Kata biniku "baik u pergi check awal-awal, jangan tiba-tiba kang terus mampus." Hahahaha... aku gelak besar sebab statement tu cute gila. Menyampah dan marah sebab terlalu sayang sehinggakan kata-kata concern keluar dalam nada kesat. Hahahahaha.

Tadi dah makan ubat sinus. Dah spray Nasal Hygiene ke dalam lobang hidung tuan director ahmad nespu. Sekarang dalam proses berlawan dengan perasaan kurang selesa kepala otak seperti nak demam. Mungkin reminder dari Allah sebab dah lama sangat sihat tubuh badan. Alhamdulillah. Tapi kirimkanlah kesihatan tubuh badan Ya Allah.

Thursday, April 09, 2009

kabinet almari atau kabinet negara

Tiusss.... keluar headline kata Khairy tidak termasuk! Lega (envy seorang melayu)... hehehe Mukhriz dapat... wahhh happy... entah hapa-hapa aku ni. Macam pulak diorang kenal aku.

Anyway tahniah diucapkan kepada yang tersenarai. Sebab bukan senang nak mendapat portfolio ni. Tapi apa-apa pun mungkin strategi yang terbaik yang telah diaturkan untuk rakyat Malaysia.

Yang paling interesting, MOI, KTAK dan KPKKW digabungkan menjadi satu. Dibawah naungan Menteri yang Maha Seni iaitu Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menjadikan beliau MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN. Make sense la jugak, sebab berseninya beliau sehinggakan majlis lawatan Menteri, dia gantung DSLR kat leher. Memang gerek bila dipadankan dengan baju batik.

Tapi Penerangan dan Seni dan Budaya tu ok la jugak. Tapi Astro, Media Prima, Maxis, Celcom dan segala telekomunikasi pun di bawahnya. Hehehe... abis lah berkerawang handphone ngan tv nanti.

Kerja Raya dapat kat Datuk Shaziman. Masih kena mengena ngan KJ the great. Kalau aku tau aku register company supply tar ngan simen buat jalan. Hahaha... lupa pulak nak buat baik ngan Datuk Zahid, sebab aku ada connection untuk jual beli senjata. Hehehe berangan sungguh. Beliau dah jaga pertahanan pulak tu.

Well, marhaein macam aku tak related dengan mana-mana Pak Menteri. Yang penting Malaysia aman dan makmur. Semua dapat menjalani hidup seperti biasa hendaknya.

Kabinet Almari ke Kabinet negara ker... yang penting kabinet dapur kena ada. Kalau tak nanti pinggan mangkuk tak tau nak letak kat mana.

p/s: Rindu pada almari lauk arwah nenek. Tempat aku curi tempe goreng.

Tuesday, April 07, 2009

Budak Kelantan, Singapura dan Oasis

Umur 30 baru berpeluang menjengah konsert Oasis. Kumpulan yang diminati sejak berumur 17 tahun. Hehehe... tapi rezeki tetap ada. Bergelar suami dan bapa membuka rezeki untuk menyaksikan kepoyooan Liam dan kekerekan Noel memainkan lagu-lagu kenangan aku di UIA.

Bergerak berkumpulan bersama line up TheWans, Naki dan Pesa (Daud tak dapat join). Bersama rakan-rakan Naki dan Pesa berjumlah 9 orang semuanya. Naik keretapi di KL Sentral macam nak ke Mekah kecohnya.

Perjalanan backpackers pertama meninggalkan Mikhail dan Diha. Sayu lah jugak. Tapi ke Singapura berjumpa cinta lama, Liam dan Noel. Di atas katil keretapi terlelap sehingga tiba di JB dan Woodland untuk pemeriksaan passport.

Tanjung Pagar destinasi pertama di Tanah Singapura jam 8 pagi. Bergambar bagai nak rak. Berjalan kaki menuju ke destinasi yeah yeah... Nak naik MRT ke naik bas. Di sana tak malu pula nak bertanya. Dan tak sesat jalan. Bas pertama di Singapura menuju ke Stadium Tertutup Singapura. Nampak stadium terus konfiden.

Berjalan mencari hotel berdekatan. Katanya area Kallang. Eh... Jalan tulisnya Geylang. Macam familiar. Kita teruskan perjalanan saja. Aku nampak kubah masjid di celah-celah restoran sup katak dan daging goreng babi. Tegasku ada masjid, kat bawah tu mesti ada kedai kopi.

Tiba di Islamic Center jalan Geylang. Bertanya kepada mereka2 berkopiah dan ber tshirt logo pemuda A.S.W.J. Kedai kopi di sana, sambil menunjuk ke arah kedai yang sedang dihuni oleh ayam ayam tua, lelaki melayu bertatoo dan kedai berlabelkan sticker Tiger Beer.

9 sekawan berpakaian seolah model Topshop terus melabuhkan punggung ke bangku dan nasi lemak singapura 1.20 Singapore Dollar dan Teh Ais 1.30 Singapore Dollar dibelasah beramai-ramai.

Berjalan mencari hotel 10 pagi, sambil disapa oleh ayam ayam muda dari china. Katanya 80 dollar. Hahaha... Masuk ke Hotel 81 yang berharga 50 dollar. Tapi check in hanya pukul 12. Ok lah booking dan bayar. Berjalan mencari kedai nak cukupkan lagi 2 jam sebelum check in.

Terjumpa masjid Haji Mohd Salleh, jalan geylang juga. Lepak dan merempat di situ. 6 sekawan semua tertido penat. Aku bantai berborak dengan bilal Haji Mustopa dan komiti masjid yang agak peramah dan gembira bila diberitahu kami dari Kelantan untuk ke konsert Oasis.
Kirim salam Tok Guru Nik Aziz katanya ketika berpisah dengan kami yang berjalan menuju ke Hotel untuk sambung tidur dengan sempurna.

Jam 5 petang turun mencari teksi sebab hujan renyai-renyai. Drummer TheWans, Pesa, tukang organizer pergi dulu ambik tiket. Aku, Naki, Fak, Jepa dan Afik berjalan kaki ceria. Sampai di stadium, ramai gila muka macam Oasis. Semua peminat pakai baju oasis, dressing macam Liam, Noel dan umur lebih kurang jer sumer. Budak2 pun not bad. Ramai gak.

Mula beratur, Pesa dan Yie ke hospital Tan Tok Seng. Pesa diserang Asma sebab letih menguruskan anak anak yatim ni nak tengok oasis. Kesian dia. Kitorang semua beratur dan melihat macam-macam perangai fanatik oasis. Macam mimpi pun ada. Masuk di pintu, semua kena check. Kamera kena tahan. Aku nasib baik pakai sweater. Lepas kamera. Time check badan, aku keluarkan dan pegang kat tangan dia tak perasan.

Langkah pertama ke dalam stadium untuk konsert Oasis. Kaki ku melenting lenting melompat-lompat excited. Wooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!! Jeritan Batinku dan bibirku sekali.

To be continue...

Saturday, April 04, 2009

oasis dihati

minat terhadap kumpulan rock manja sengau british ni masa 1996, masa form 5. pernah perform lagu 'don't look back in anger'. dan terus jadi ketagih bukan dengan lagu, tapi dengan attitude band ni. mungkin masa tu sesuai sangat dengan umur remaja rebelious aku.

sekarang dah 2009, baru berpeluang nak tengok konsert diorang dekat negara jiran. tak sure dapat layan lagi ke tidak. sebab kesetiaan dengan band oasis ni memang lama. memang kalau jamming dengan adik-beradik pun main lagu diorang jer. cuma setahun ni dah terminat dewa19 pulak dan asyik dok layan kepoyoan ahmad dhani. sampai anak aku mikhail pun taksub jugak. tambahan lagi dengan line up the rock feat. ahmad dhani.

well... perjalanan ke singapura bermula sebentar lagi. member datang ambik pukul 8 mlm. dah lama tak backpacking. last sekali masa belajar uia sebab takde kereta nak ulang alik. ni satu malam di Singapura dengan geng-geng Naki (adik) maybe interesting. adventure tetapi sayu la pulak tinggal bini dan anak. hehehe... demi oasis yang pernah menjadi idola ku tabahkan juga.

harap-harap oasis main lagu-lagu 1st 2nd 3rd album jugak la. baru boleh terlompat-lompat. kalau tak shuffle jer la jawabnya. dah la versi baru ada versi prodigy pulak tu. disco disco... orang tua berdisco.

oasis tetap dihati

Memanda Perdana Menteri

Well, aku semakin jahil berpolitik. Macam sesuatu yang asing dan memualkan. Mungkin kerana aku hidup dan leka dalam dunia sendiri. Nak pulak sibuk membuat liputan dunia hiburan yang hanya penjana sampingan ekonomi negara.

Tapi aku tak terkecuali untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru. Atas dasar sebagai rakyat di bawah naungannya. Dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri yang sebelumnya.

Nak terlampau menganalisis pun dah rasa macam nonsense jer. Takde faedah dan takde percikan projek juta-juta yang boleh aku bawak bekal sampai mati. So hanya ucapan-ucapan skema aja untuk pemimpin-pemimpin negara.

Semoga matlamat hidup yang ditetapkan Allah berjaya dilaksanakan tidak kira apa jawatan pun yang kita pegang.

Tahniah kepada PM

seruan 'the calling'

dalam lawaknya finas, akhirnya permohonan diluluskan juga walaupun bersyarat. demi menjayakan filem pendek ke persada dunia, Seruan akan tetap diterbitkan.

terima kasih diucapkan kepada panel yang dapat melihat nilai disebalik Seruan yang hanya bermatlamat untuk berdakwah melalui medium bergelar filem pendek.

insyaallah Seruan mampu meletakkan Islam dan satu petikan kisah Protagonis cerita ini ke satu tahap yang boleh dihargai dan diambil iktibar.

terima kasih semua.

Tuesday, March 31, 2009

Lawaknya Finas

Pagi 30 Mac 2009, attending meeting dengan AJK simposium untuk FFM22 di Sabah tidak lama lagi. Aku wakil FDAM. Sebagai exposure dan representative yang rugged kot dari persatuan tu. Oklah, sesi brainstorming dan perbincangan tu. Berjalan penuh dengan drama pentadbiran kolar putih kerajaan.

Petang hari yang sama aku ada pitching untuk dana yang aku apply lama dah. Panel dia KP, Dato Mustapha Maarof dan few other guys termasuk chairman jawatankuasa simposium FFM meeting pagi tadi.

Aku try pitch shorts film aku. Tajuknya Seruan, kisah remaja yang suci dan anak tunggal mulia kampung ni nak merasa sembahyang di masjid negara KL. Dugaan dan rintangan sepanjang journey dan depan masjid jer kena langgar dan di sembahyang Jenazah di masjid tu jugak.

KP kata i like the story. Dato pun kata ok. A guy kata jalan cerita macam dibuat-buat. Mungkin dia nak live telecast kot. Reality show ke. Another guy kata kenapa aku propose nama Jamal Maarif jadi DOP. La... jadi isu pulak. Sebab dia ada hutang ratus-ratus ribu dengan Finas untuk filem Aduh Saleha. Aku propose jer. Member aku yang bagi nama.

Then, Chairman AJK simposium FFM kata aku ahli FDAM dah pernah direct. So tak perlukan peluang ini. Mak ai... Confuse. Sebab marhaein kalau nak direct projek or whatever perlu berdaftar dengan FDAM. Maybe sebab aku attend meeting pagi tadi sebagai wakil FDAM dia ingat aku pun otai FDAM. WTH!? Compliment kot. (pikir positif)

Pam! Masuk pasal budget. "U ni kita bagi peluang nak u berkarya, budget yang u bagi ni tinggi. Macam nak bagi harga production house." Aku blur terperanjat dan kalut. "Sapa yang akan direct ni? You? So kenapa u charge? Kita bagi peluang kat u untuk berkarya. Benda ni patutnya macam indie lah." Aku mengiyakan ajer sambil terkucil blur.

"Macam pelakon-pelakon ni, u tak boleh ambik mereka yang dibayar. You patut panggil kawan-kawan u jer berlakon." ujar pegawai lain.

"Jamal ni kerja dia pun tak selesai lagi. I taknak u pakai dia." Ok lah bagi aku, benda tu semua proposal. Benda yang baru dicadangkan. Belum confirm apa-apa lagi. Sambil menjawab dalam hati, saya work within the budget la kot. Tapi kalau budget RM5k jangan beranganlah kualiti dia RM50k. Terbatal lah niat nak masuk festival mana-mana.

"So, jawapan akan diberikan dengan seberapa segera. Kita akan tengok berapa budget yang sesuai untuk diberikan. U kena buat macam u indie ok." KP dan Dato MM menutup majlis presentation aku yang mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Perasaan yang keliru macam dipukau, diambush dan dipsyko. Aku blah tanpa bersalam sebab rasa macam rushing untuk ke mana pun aku tak tahu.

Lawaknya Finas sebagai Badan yang sepatutnya membantu, tapi berkira macam duit tu duit poket sendiri. Pengalaman mengajar aku untuk faham statement-statement mengutuk kerajaan yang berada di pasaran. Kalau ada rezeki, adalah peluang untuk marhaein macam aku untuk berkarya Insyaallah.

Sunday, March 29, 2009

kasih IBU

"Jangan bila aku mati besok, engko datang meratap kat kubur aku," luahan ibu yang begitu hiba kerana rindukan anak-anaknya.

"Sekarang susah nooo nak cari anak-anak aku, sibuk bebenor. Takde langsung nak datang melawat aku kat rumah." Sambil mengesat-ngesat air mata yang menitis.


Kisah sayu yang berlaku di kedai Mamak Pelita Ampang. Mummy yang terlalu sedih sebab rindukan suasana kesemua enam-enam anaknya sentiasa berlegar-legar di sekelilingnya sambil dia boleh berleter tanda sayang dan kasihnya.

Mungkin itu naluri seorang ibu, aku kurang pasti. Kenangan tadi membayangkan aku pada situasi arwah ayah yang begitu merindui untuk menyatukan anak-anaknya buat seketika bersama.

Kekeliruan kedaifan anak-anak untuk berjuang dalam hidup seiring dengan curahan kasih sayang yang setimpal terhadap ibu yang telah banyak berjasa dalam hidup. Bagaimana mahu berlaku adil... pada diri dan juga dia.

Thursday, March 26, 2009

Ketua Pemuda menuju PM

Dulu benci menyampah dan tidak boleh terima orang muda yang too soon. 25 mac 2009 secara rasmi dia sudah menjadi Ketua Pemuda. Tuduhan brutal dan kronisme terus lenyap sekelip kilat. Bak kata Mahathir "melayu mudah lupa."

Trend suck up sudah bermula kepada subjek sama. Orang yang sama semalam masih dibenci kerana pengiraan undi masih berjalan, tapi hari ini mula dihormat. Hahaha, isu menantu PM tak timbul, kredibaliti semakin menyerlah sebab menang dengan usaha sendiri, katanya... nampaknya.

Nak pulak ketika orang-orang tua Umno tersalah langkah mengharamkan sementara new media a.k.a online, dia muncul berkata itu adalah "strategically an error." Kepakaran menangguk di air yang keruh umpama darah dagingnya yang juga seorang yang 'educated.' Ini juga telah men'justify'kan jawatan yang baru diterimanya itu.

Nak seribu daya, taknak sudah. Tapi dia ni, dengan imej tukang tol yang mahal, broker maut, pegawai perolehan brutal dan segala keyahudian yang ada, dia tetap terus mendaki membuktikan dia akan jadi king kepada segala statements tersebut. Sepatah kata Presiden PKR "Perjalanan Ke Putrajaya." Bukan jalan-jalan kat putrajaya tapi dari bilik Pegawai Khas tingkat empat ke bilik PM terus.

Tepat sekali jika ideologi 'matlamat menghalalkan cara' itu pilihannya. Dan entah siapa pulak Niccolo di Bernardo dei Machiavelli pada kaca mata dia.

Wednesday, March 25, 2009

Mama Juwie?

Aku suatu ketika dulu masa kat kampung, Kelantan segala artis, selebriti dan segalanya hanya kenal dalam tv dan majalah. Kat sekolah dengan member2 berangan sambil kecoh-kecoh sembang pasal artis.

Hari ini, menetap di KL, kerja macam-macam dan kenal macam-macam orang. Terkini, ikon gossip negara suatu ketika dahulu, Mama Juwie akan jadi official Gossiper Jomstar.com. Dan report di bawah aku. Miracle, rezeki atau ujian? Pelik tapi benar. Family dan teman-teman rapat pun heran kot.

Well, officially he/she/it will start contributing articles pada 1st of April. Hahaha April Fool untuk aku ker? Dia akan take care dan keep up story dalam ruangan gossip dan maintain 5 star malaysian celebs punya cerita. Aku hanya pantau. Waahhh! Pantau Mama Juwie. Hehehe.

Tapi jumpa belum lagi. 28th ada event at Fasha Sanda's house. Time tu baru nak berkenalan kot. Entah bagaimana gayanya sesi tersebut. Yang penting, insyaallah dapat menuntut ilmu Entertainment Journalist ngan dia. Harap-harap.

Tuesday, March 24, 2009

MAS vs INA

Bersembang dan lepak dengan kumpulan Coda. Sambil pekena milo tarik di restoran Hameedia Mamak. Berbicara pasal industri hiburan tanahair kononnya. Bagus jugak diorang. Ambitious.

Nak sangat release album. Semua buat sendiri tapi dibawah label yang popular. Siti Norhaliza Production (SNP). Alasannya mau bawak something (produk) untuk mempromosi nama Coda dalam persada.

Tak percaya pada industri Muzik digital kot. Sedangkan ekonomi melecet macam ni semua artis pakat dok release single atas nama muzik digital. Senang nak penetrate market dan jimat la jugak.

Sempat jugak aku berkongsi tips dari kacamata editorial a.k.a journalist. Bukan nak agungkan Indonesia, baik dari Muzik atau Filem. Malah Kewartawan pun kata aku dia tapau jugak. Mungkin sebab dah bertapak lebih lama dari kita.

Bagi aku, segala benda yang dibuat macam dan memang dalam darah. Kalau kita, kita panggil Berdarah Seni. Lagi afdal benda ni untuk orang Indonesia la. Pertandingan mencerdikkan otak lebih aktif dalam bangsa diorang. Artis diorang lebih pandai menjawab soalan dan wartawan diorang terpaksa usaha lebih nak beat apa yang terkandung dalam otak artis.

Di Malaysia belum lagi kot. Semuanya kalau dalam bahasa dunia... Masih Amatur. Tapi insyaallah AKAN DATANG.

hugoBOSS

Kat rumah kutuk Parents. Masuk sekolah kutuk Cikgu. Masuk Universiti kutuk lecturer. Masuk kerja kutuk Boss.

Sedap jer kutuk orang sebab diorang tidak dapat memuaskan kehendak kita. Nahhh sekarang aku sendiri yang berada di atas. Entah apa la budak-budak ni kutuk aku. Cakap belakang ker atau gelarkan aku ni bos apa.

Rupanya susah giler duduk di atas ni. Sebab kena deal dengan ketinggian. Nak pulak kita ni keturunan gayat. Yang mereka-mereka yang tengah duduk bawah memang kukuh la tapak. Sebab tapak tu rata.

Nak ambik tindakan dekat staff pun terhegeh-hegeh. Sebab masih terkenang perasaan sebagai orang bawah yang ditegur bos dengan kasar.

Patutlah dalam dunia ni ada macam2 jenis bos.
Too friendly... orang pijak kepala
Too strict... kena pulau
Too rigid... orang tak suka
Too flexible... orang kata tak kredibel

Bos apa yang anda suka?
Bos apa yang anda nak jadi?

Monday, March 23, 2009

majalah online pertama di dunia?

Syukur lagi pada tuhan... murah rezeki. Cerita baru bulan Mac 2009. Aku mula berkhidmat di sebuah syarikat I.T sebagai Editor a.k.a Pengarang Majalah Hiburan.

Jomstar.com sebuah majalah hiburan yang diterbitkan secara online. Hanya terdapat di talian internet semata-mata. Walaubagaimanapun layout dia 99% majalah hiburan yang berpaksi kepada cerita eksklusif artis tempatan dan gossip.

So there your go. Aku kembali lagi ke persada hiburan tanahair. Tetap mempraktikkan ilmu journalism yang ku cedok di RTM untuk beberapa ketika sepanjang 2008 dan digabungkan pengalaman penyiaran di Astro serta persahabatan dengan rakan artis.

Pelabagai story menarik yang bakal dikongsi bersama. Insyaallah.

Monday, February 23, 2009

solat

tiang agama...

kekuatan tiang terhadap sesebuah rumah mampu mengelakkan ianya roboh atau runtuh... apa perlunya tiang kepada agama... dan kenapa solat itu tiang kepada agama...

solat merupakan satu amalan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa... cara untuk senantiasa memperingatiNYA dan menurut perintahNYA...

berkomunikasi dalam fadhu selama 2 4 4 3 4 rakaat 5 waktu sehari dengan melafazkan surah dan pujian yang mulia ke atasNYA...

5 waktu disusun cantik untuk kita setiap detik mengingatiNYA dan bertutur denganNYA...

mampu melengahkan kita untuk dari melakukan perkara yang dilarang olehNYA insyallah...

http://www.ukhwah.com/article.php?sid=1348

Monday, February 09, 2009

p r o j e k

kehadiran Khairy Jamaluddin memberi satu fenomena baru dalam dunia bisnes, perniagaan dan politik.

ibarat mawi dalam dunia hiburan hahahaha...

fenomena = mawi = KJ

terms2 ringkas yang kini sentiasa hadir dalam setiap conversation rakyat malaysia di semua peringkat umur...

semuanya ingin menjadi atau 'wannabe'... bagus untuk bercita-cita bukan bercerita-cerita...

2009 ekonomi merudum katanya... ekonomi dunia pulak tu... so kerja makan gaji dah kurang popular sebab tiada keseimbangan dalam kos sara hidup...

semua orang sudah pandai bercakap tentang peluang dan income selepuk atau lebih popular dengan istilah p r o j e k...

setiap koordinasi geografi muka bumi... umat manusia berbincang dan bertanya kabar pasal projek... tiada lagi bertanya kabar tentang kesihatan atau kesejahteraan...

tetapi apa yang diistilahkan dengan projek? atau wujudkah projek disebalik setiap perbincangan yang diadakan...

berdegar-degar... kalau kita bukan siapa siapa...

berdebar-debar... kalau kita itu broker...

projek itu ada pada mereka yang memiliki kemampuan, kebolehan dan kenalan...

chow!
p/s: gua nak settle satu projek yang baru bermula (my nature call)

sindrom tagline

connecting people, now everyone can fly, just do it, finger lickin' good, the ultimate driving machine dan macam macam ada...

itu semua popular tagline yang kita selalu dengar dan tertanam dalam kepala otak ni... dah lah nak isi ayat Quran tak muat... hari ini penuh pulak dengan tagline tagline product yang kita tak sengaja hafal

sekarang pulak aku baru realize, ramai manusia yang turut mengambil pakai fomula yang sama untuk memasarkan diri mereka... terutama mereka yang bergelar selebriti... jadi ker formula tu... hehehe...

kita dengar yezzaaa, wachaaa, gitu gitu, redah jer, world dan banyak lagi... dan yang paling useful... Lu Pikir la sendiri...

tapi yang aku takleh blah ialah tagline yang dipaksa untuk menjadi popular... dan sedaya upaya menggunakan tagline tersebut untuk di'associate'kan menjadi pemangkin populariti seseorang selebriti yang memang tepu dan tak akan popular jugak...

kesian sungguh senario itu... dan kalau diteruskan boleh membawa kepada penyakit taun yang boleh menyebabkan ramai penduduk malaysia termuntah-muntah...

ok lah... apa apa hal pun korang memang mantop (dengan gerak mulut yang beria-ria menandakan perkataan ini akan menjadi trend untuk umat manusia sehingga tibanya hari pembalasan)

uuuuuwwwwwwwweeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! (aku terlantar di hospital akibat taun)

Thursday, February 05, 2009

memartabatkan filem Malaysia

waaa... orait jugak soalan penonton yang bertanyakan kepada pak menteri shafie apdal tentang identity filem malaysia di waktu rancangan dialog@1 berlangsung secara live di dataran finas

filem hong kong katanya martial art, bollywood dengan tarian dan plot tidak logicnya, siam dengan komedi dan kini aksi dan seram, jepun dan korea dengan filem seramnya dan iran dengan filem agama moralnya... manakala hollywood dengan segala-galanya yang hebat

kembali membincangkan tentang filem malaysia... ada yang berkata filem kita perlukan bantuan kerajaan untuk dipasarkan diluar negara. ada yang kata, kita perlu perhebatkan untuk pasaran dalaman dahulu. dan ada yang kata kita patut pantau kemasukan filem luar bagi menggalakkan filem kita ditonton... pak menteri tanya apa jaminannya... ye tak ye jugak...

so kesimpulan yang dibuat oleh seorang panel yang bergelar doktor falsafah ialah kita perlu berterima kasih dengan usaha yang kerajaan berikan setakat ini... atau dengan kata lainnya bersyukur...

apa yang aku belajar masa dalam kursus dokumentari hari tu... lecture tu cakap, pembikin filem ada banyak peluang untuk menghantar pesanan berbanding ahli parlimen yang memerlukan pelbagai proses untuk sesuatu rang terlaksana...

so... bagi aku, nak memartabatkan filem di malaysia ni senang jer... P.Ramlee pun dah buat dan ada suksesor lain pun dah buat... just follow jer la... cuma stick to our niche... branding tu kena kuat la... Made In Malaysia tu apa benda...

dan kepada para ibu bapa... silalah pupuk nilai nilai bedtime story kepada anak anak kita sebelum terlambat... sebab everything is about telling story... borak kedai kopi ke, public speaking ker, berpidato ker, presentation ker, pitching ker dan lain lain... semua memerlukan kebolehan untuk bercerita dengan menarik, jujur, ikhlas, berperasaan dan tidak syok sendiri...

bila budaya bedtime story ni kembali menular dan menjadi darah daging semua rakyat malaysia, penerbitan filem atau segala-galanya akan menjadi mudah... dan yang hanya membezakan pembikin-pembikin filem ini ialah sentuhan (the touch), kelainan dan aura... macam P.Ramlee, Mr. Os, A.R Badul, Dharma, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Afdlin Shauki dan beberapa ketul aura lagi.

pernah jugak terfikir, dalam sepuluh orang... dibaginya sorang 10 ribu... apa agaknya filem pendek yang keluar... yang mana ke persada dunia, yang mana ke longkang dan yang mana box office... huahuahuahuah... nak bagi sejuta kang baik betulkan sistem perparitan ker... hantar pemimpin kursus ker... bagi kat anak yatim ker... satukan Malaysia biar jadi macam England ker... hehehe...

anyway... Malaysia dah hebat pun dalam industri filem dia... MACAM MACAM ADA... ada hantu, ada drift, ada aksi, ada perang, ada romantik, ada komedi dan ada seni...

apa yang takda ialah IDENTITY...

ker MACAM MACAM ADA = IDENTITY...

takpela... gua pikirlah sendiri...

wallahu'alam

Wednesday, February 04, 2009

k r o n i s m e atausesuapnasi

2009 tahun ekonomi merudum... rumours nya kerana kurang minda yang membangun untuk memajukan negara.

lalu segala projek dan aktiviti pembangunan infrastruktur terpaksa dibatalkan dan dihentikan. atas alasan takut tidak seimbang kemudahan yang ada dengan minda masyarakat yang belum bersedia.

teorinya tersungkur lah kontraktro-kontraktor hebat yang terdiri dari ahli ahli umno yang katanya semakin tiada projek dan kontrak untuk dilangsungkan.

hehehehe... tapi yang menariknya... segala peruntukan, dana atau pinjaman telah dipindahkan kepada KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN... seperti Penerangan, Perpaduan dan Kebajikan.

Sekelip mata kontraktor-kontraktor desperate tetapi kenalan rapat pak pak menteri dan ahli ahli kabinet kini bertukar jawatan dan profession.

Untuk membangunkan kepala otak rakyat, bangunan tidak lagi diperlukan sangat. rakyat lebih mengharapkan pengisian...

So pengisian maklumat dalam kepala otak masyarakat hari ini wujud dalam bentuk bahan bacaan, rancangan tv, dokumentari atau perfileman.

Oleh itu Kontraktor yang memiliki asas civil engineer dan arkitek kini sudah mula dikenali sebagai Producer dan juga Director

melalui kabel kabel yang ada... dengan semudah ABC mereka memperolehi surat Perolehan untuk terus berkerja yang kini mula ditakrifkan sebagai berkarya

All the best, Maju lah Malaysia untuk Dunia!

k a y a

Hari ini semakin banyak program, kempen, iklan dan dorongan untuk menjadi kaya... Kaya wang ringgit dan harta benda selalunya...

Naluri semulajadi aku menyuruh aku menyampah dengan situasi tersebut... Sampai membuatkan aku terfikir... apa kebenda semua ni... Is it fenomena atau arus pembangunan minda...

Aku tertanya-tanya... apa erti atau definasi sebenar Kekayaan... dalam kehidupan maksud aku... Aduh... dahlah aku jahil sejarah... sejarah tamadun, kehidupan dan juga islam... errr kurang pasti la... Mungkin ada pesanan supaya kita menjadi kaya... yang aku tak pernah baca...

Cuma yang membuatkan tekak aku loya ni... Dia punya kempen menggila bagaikan itu adalah satu satunya matlamat hidup... macam tak balance jer airtime yang tv bagi... Citer pasal patut jadi kaya lagi banyak lagi dari citer apa kita nak bawak kalau kita mati...

Desperate promo menyuruh orang masuk MLM sebagai contoh... Allahuakbar... over dan beria-ria posing depan kereta besar berlambangkan logo logo company kereta la... takkan logo lego

Common sense... aku pun nak kaya... tapi daripada kaya... aku prefer senang... Hidup Kaya dan Senang berbeza kot... Kaya kena pakai baju Mahal... Tapi senang boleh pakai apa yang aku suka pakai...

Wife aku selalu cerita dekat aku tentang kawan kawannya... dia kata Old Money dengan New Money... gapo dio tau tuh? ooo... Orang Kaya Lama dan Orang Kaya Baru...

Karakter mereka berbeda-beda... Old Money People ni born rich... dan lifestyle itu adalah lifestyle yang azali... they are not faking it... memang badan diorang pakai mahal-mahal, makan mahal-mahal dan naik benda mahal... Sebab benda dah tersedia... So they don't have to learn to adapt atau terhegeh-hegeh untuk memperagakannya...

Dan yang satu lagi bangsa, memang interesting untuk para professor buat tesis ialah orang kaya baru... atau orang baru kaya... memang menarik gila babas...

They were born susah, average and biasa-biasa jer... But they really work hard untuk memperkayakan diri mereka, mungkin niat asal hanya untuk senang sikit... tapi bila dah terlampau rajin... terlampau kaya la pulak... this is the interesting transition atau transformasi yang mereka harus tempuhi...

Tapi usaha mereka harus dipuji dan dihargai...

Walaubagaimanapun... wujud lah jakun jakun kekayaan yang sudah menjadi buluh dan harus melalui proses pelenturan penerapan nilai nilai kekayaan dalam jati diri... Maka wujudlah terms "trying too hard" sehingga membawa kepada result yang sumbang dan janggal...

Result ini akan mewujudkan jurang di antara Orang Kaya Baru dan Orang Kaya Lama... hehehe sian... ingatkan dari satu rumpun... rupanya... hanya jauhari mengenal manikam...

Contoh simple... orang kaya baru akan beli kereta mahal yang warnanya menarik perhatian...
Manakala orang kaya lama memang dah lama dapat perhatian... so beli kereta yang mahal warnanya humble...

Begitu juga dengan pakaian... warna dan brand main peranan untuk kita mengenal siapa Baru Kaya dan Lama Kaya...

Logiknya... kaya yang betul kaya ialah dalaman... kaya luaran ni limited untuk luar jer la... once kita kaya dalaman, the aura or vibe yang kita zahirkan memang bau dan bunyinya sungguh kaya...

Therefore... seharus dan sepatutnya... kita akur pada Yang Maha Kaya untuk memperkayakan isi badan yang sudah kaya dengan nilai murni ajaran Muhammad s.a.w.

Well... kalau kaya jugak luaran kira bonus lah... ibarat pergi masjid naik ferrari instead of naik motor

Wallahualam!

Positif dan Negatif

Last week ketika aku sibuk dengan aktiviti FDAM di Finas, Diha dan Mikhail pula turun ke P.D bersama family.

Tinggal la bapa tunggal yang kepenatan ini seorang diri di rumah dan bersama aktiviti Hari Finas 2009 nya.

Di sana, Diha terbaca artikel mengenai Tenaga positif dan negatif dalam manusia, katanya setiap orang dilahirkan dengan tenaga-tenaga ini... macam aura la jugak... so macam biasa yang kita berlajar... setiap tenaga yang berbeza akan menarik satu lagi tenaga lain...

contohnya positif akan menarik negatif untuk datang padanya...

Al Kisahnya... dengan perwatakan dan kajian... dalam diri aku ni banyak jugak energy positif, so... teori itu telah menerangkan pada aku terhadap apa yang berlaku selama ini terhadap diri ini...

Bosan siooot cerita ni... dah lama tak menulis ni lah jadinya...

So nak tahu lebih lanjut... TUNGGGUUUUU....

atau call lah...

Wednesday, December 10, 2008

THEWANS masuk BORNEO

Terima kasih kepada Wan Mohd Firdaus (Guitaris THEWANS) dan INA (lecturer UNIMAS) dengan usaha mempromosikan single TEMAN SEJATI THEWANS di persada BORNEO.

Mendapat sambutan yang menggalakkan di Sarawak FM dan juga CATS FM... THEWANS dilihat sebagai satu kumpulan yang Rock tetapi penuh dengan unsur ketuhanan.

Ulasan DJ Sarawak FM yang menyatakan THEWANS antara pelopor genre dan konsep muzik sedemikian.

Kata beliau kita seharusnya perlu memperbanyakkan lagi group atau band sebegini di dalam negara kita.

THEWANS bakal muncul dengan single kedua mereka dengan konsep ROCK SWING dengan lagu nasyid yang turut bakal di remake kembali.

CATS FM turut mempelawa wickedmuse yang merupakan label pengurusan dan imej THEWANS untuk menganjurkan KONSERT besar-besaran di Sarawak yang bakal dimeriahkan oleh band-band indie mahupun mainstream dari seluruh negara.

Terima Kasih BORNEO di atas penerimaan THEWANS... dan Tahniah diucapkan kepada wickedmuse Sarawak (daud & ina) di atas kejayaan yang dicapai.

You guys ROCK!

Wednesday, December 03, 2008

t h a n k y o u K L F M 9 7.2

Ribuan terima kasih kepada gang DJ KLFM terutama DJ Remy dan DJ Zulastri yang telah menyokong THEWANS.


0000hrs, 29 November 2008, THEWANS yang diwakili aku dan badrul telah diberi peluang untuk muncul dalam segmen 1001 malam yang bersiaran dari jam 12malam hingga 1 pagi di 97.2fm.

Peluang yang diberikan digunakan bagi mempromosikan konsep dan ideologi THEWANS sebagai satu lagi kumpulan muzik tanahair yang kini mengakui mengetengahkan lagu berentak Pop Nasyid Indie Rock.

Lagu remake teman sejati yang dipopularkan brothers turut diputarkan bagi pendengar radio yang setia.

Terima kasih kepada pemanggil iaitu Brother Bob yang otai dan sinis dalam menganalisis THEWANS dan juga DJ WAN yang begitu positif dan mengerti tentang perjuangan THEWANS.

Sekalung penghargaan kepada KLFM 97.2 yang menyokong dan menghargai THEWANS.

That was a sweet yet interesting memories.








Tuesday, November 04, 2008

THEWANS


Thewans... artis Pop Nasyid Indie Rock bakal muncul dengan mini album mereka tidak lama lagi...

Baru selesai dengan Single pertama yang merupakan remake lagu nasyid popular kumpulan Brothers berjudul Teman Sejati...

Mendapat kerjasama rakaman dan studio dari Badrul Stellar (ex-Muffin) iaitu di Studio Two Tones dan Loudroom Entertainment di Wisma Sri Rampai

Baru siap dengan klip video pertama untuk single tersebut yang dirakam sekitar Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Penolong Pengarah filem Tipu Kanan Tipu Kiri dan Sepi iaitu Ramdan Che Hassan

Klip Video Teman Sejati menampilkan ahli kumpulan iaitu Wan Syahrul Amry (vocalist), Wan Mohd Firdaus (guitar), Wan Ahmad Naqiuddin (bass), Feisal Mustak (drums) dan Badrul (lead guitar)

Teman Sejati THEWANS mengisahkan tentang penyanyi yang mencari mencari teman sejatinya setelah pemergian ayahandanya ke rahmatullah...

Dan kini dia dikurniakan anak pertamanya Wan Mikhail yang turut ditampilkan di dalam klip video tersebut sebagai Teman Sejati
THEWANS hanya berdoa supaya konsep mereka bakal menjadi ikutan dan idola pendengar yang mahukan kebahgiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat...

Monday, October 20, 2008

liputan thewans@www.budiey.com


Liputan mengenai kumpulan TheWans di www.budiey.com/profile-thewans/ sebuah laman blog popular SENSASI SELEBRITI yang memaparkan ulasan dunia hiburan, gossip, foto, selebriti, filem, muzik, video & teater.


Sunday, July 13, 2008

latest single THEWANS

Persetankan politik negara.

Akhirnya... 7 Julai 2008... Single pertama The Wans muncul dengan remake Teman Sejati, Brothers dalam konsep Pop Nasyid Indie Rock!

Dapatkan dalam handphone kawan2 sekarang... Hanya on bluetooth dan search serta accept.

Untuk laporan lanjut layari http://www.reverbnation.com/thewans

Insyaallah... full album akan muncul dalam masa terdekat.

Monday, June 23, 2008

Kesian Malaysia

manusia tamak dan selfish bukan benda baru dan lain lagi.

ianya seperti amalan utama yang harus dilakukan untuk tidak dipinggir atau tertinggal dari kelompok dunia hari ini.

warga setiap negara pula seharusnya menikmati segala anugerah tuhan seadanya.

namun di malaysia kebahagiaan itu semakin pudar.

pemimpin yang dilantik rakyat untuk membimbing seluruh bangsa kini digelapi dengan sifat individualistik yang kronik.

tiada istilah rasulullah di dalam hati atau panduan jalan hidup langsung.

segalanya aku... aku... dan aku sahaja...

dan yang Maha penting ialah AKU KAYA, AKU KUASA dan AKULAH SEGALA - GALANYA.

seluruh rakyat semakin tertekan dan semakin tertindas.

pemimpin yang opportunist yang bertanding di atas tiket wakil kepada rakyat hari ini memanupulasi market dan ekonomi kehidupan.

tiada masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang lagi.

yang tinggal hanya harapan, doa dan pengampunan dari Allah yang Maha ESA.

Kesian Malaysia.

Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik

Brengset!

Memang susah nak tadbir negara... tapi kalau tak reti jangan buat. Nanti rosak semua. Risk taker setakat diri sendiri takpe. Ini dah sampai menjahanamkan seluruh manusia bergelar Malaysian.

Entah lah badut... sengasara tetap sengsara... No choice. takkan nak lawan. dan takkan nak lari. Layan jela kehidupan ini sehingga tiba hari kiamat nanti.

Pemimpin yang tak amanah akan dihukum, pemimpin yang baik dapat pahala.

Minyak petrol naik? nak isi minyak mahal? ok... kencing je la dalam tangki...

Macam isu beras... ada orang tu kata kurangkan makan. Bijak bijak...

Takkan minyak jer naik... naikkan la benda lain sekali. Makanan, tol, barang, taraf kehidupan. Naikkan semua. Best jugak tengok negara ni dari aman menjadi hancur hehehe... Hidup pemimpin tersayang!

So, minyak naik adalah satu lambang pendekatan pimpinan dan idea pembangunan yang begitu berkesan setakat ini.

Tahniah diucapkan.

Selamat Aman Makmur

Wednesday, May 21, 2008

Tun & UMNO macam Yasin & Brothers

Bagi aku yang hidup dalam dunia aku sendiri, Tun Mahathir keluar UMNO diibaratkan Yasin keluar dari kumpulan Brothers...

Hilang seri, bagi kumpulan yang diasaskan atau dimajukan oleh ikon yang begitu yakin dengan dirinya.

Nilai dan tahap faktor X yang ada dalam diri Tun atau Yasin cukup tinggi sehinggakan mereka berani dan boleh meninggalkan tapak atau pertubuhan yang dilihat cukup popular untuk satu ketika.

Mereka tahu, punca kehebatan atau kejayaan yang dibanggakan seantero adalah diasaskan oleh sentuhan atau THE TOUCH yang hanya ada pada diri mereka.

Begitu juga dengan Ahmad Dhani dengan DEWA19, walaupun Dhani tidak meninggalkan kumpulan yang cukup berpengaruh itu, pembentukan kumpulan barunya iaitu THE ROCK sudah menggambarkan keEGOan yang tebal dan 'menjadi' dalam setiap apa yang disentuhnya.

Tidak lupa Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mencetus filem persahabatan yang evergreen, BUJANG LAPOK. Namun sesuatu yang mungkin berlaku apabila DO RE MI tiba-tiba tercipta di saat penghujung perjuangan seni beliau.

Tan Sri P.Ramlee tetap GAH walaupun bersendirian, kerana dia juga the chosen one.

Yasin yang memiliki keunikan dengan mendapat ilham untuk membuat sesuatu yang popular sebelum waktunya tidak dianggap special di awal kemunculan bersama Brothers.

Usaha yang HARD dan bukannya SMART terpaksa dilakukan untuk menongkah arus melayu yang terpaksa dilalui yang menjadi takdir Ilahi.

Namun, talent dan gift dari Tuhan sudah sebati dan semulajadi dalam diri.

Setiap gerakan atau idea tercetus sentiasa menjadi rare dan tidak typical dalam society.

Tetapi inilah punca PHD yang hakiki bagi mereka yang tidak dikurniakan peribadi berseni.

UMNO dan Brothers terlalu yakin yang mereka bisa berdiri dengan sendiri. Mereka lupa yang association Ikon beraura berperanan besar dalam mempromosikan badan kosong yang hanya berdindingkan package yang kebetulan bersama sekali.

Mungkin UMNO dan Brothers tidak bersalah, tetapi ahlinya sepatutnya berfikir dan cuba mengenalpasti ruang kosong yang sepatutnya diganti isi.

Well... itulah kebiasaan golongan pengikut yang tidak mengerti istilah faktor X yang menjadi kunci pembentukan peribadi tunjang kemajuan industri.

Senario melayu hari ini, kurang senang dengan kewujudan individu seperti MAWI dari AF three walaupun Langkah Mawi World membawa melayu ke merata duniawi.

Oleh itu tidak hairan, pemergian Tun dari UMNO atau kehadiran Yasin secara solo tetap dicaci oleh mereka yang terutamanya dulu bersama sekali.

Itu belum diungkit lagi tentang Wawasan 2020 dan pembangunan negara dan promosi Malaysia ke dunia pertama yang kekal ke hari ini.

Tapi, akan tiba suatu hari, pusingan bumi meletakkan kembali kedudukan yang berpusing dan siapa di atas ke bawah dan juga sebaliknya demi kehidupan realiti.

Ketika itu drama penafian pembencian atau permusuhan dilaung-laungkan dan perjuangan songsang akan terus gemilang.

Tun keluar UMNO menjadi betul.

Yasin keluar Brothers menjadi patut.

P.Ramlee bersendirian adalah tepat.

Individu begini tidak ramai terdapat di dunia, malah kewujudan mereka dianggap meng'compliment'kan golongan lain yang dicipta tuhan hanya untuk menjadi followers yang abadi.

Mari bersama mengenal diri...
Supaya dapat menginsafi...
Menjadi hamba yang berperibadi...

Dengan Izin Allah...

Monday, May 19, 2008

Tun Mahathir tubek UMNO

Persoalan bagi aku, bakpo Tun tubek parti hok dia jadi ahli lamo doh?

Ore lain baru sibuk nok daftar, nak jadi pemuda lah, nak jadi putera la puteri lah...

Tak sempat pun orang lain siap kad keahlian, otai yang sudah menjadi ahli semenjak tahun 1946 ini pula mengejutkan orang ramai dengan tindakannya keluar dari parti tersebut.

Mari kita memandai...

Pendapat aku la... maybe dia ni gentlemen, sekarang penyiasatan kes klip video VK Lingam sedang giat dijalankan. Tun juga turut terkena tempiasnya.

So, terlibat atau tidak, beliau taknak kesan best atau tidak best itu boleh merosakkan kesucian dan ke kredibilitian parti... Yeahhh hebatnya sikap memandai aku...

Tapi dalam laporan media lain memberitahu, Tun nak boikot kepimpinan PakLah... Sebab dia pun ajak orang lain keluar parti juga.

Haaaa... mari kita sama pikirkan dan renungkan... Kita muhasabah diri kita dulu... Pastu kita muhasabah diri Pemimpin kita, bekas pemimpin kita dan parti mana-mana yang ada kat negara ni.

Once kita kenalpasti keikhlasan dan kejujuran mereka, samada pada negara ke, bangsa ke, bank akaun ke atau kerana Allah taala dan Muhammad s.a.w. then baru kita buat penilaian.

Yeah aku yang hebat dan poyo lagi... Sibuk nak kaji pasal negara. hehehe sebab melibatkan kaum la katakan... Kita nak la setiap kaum buat apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian masa nak merdeka dulu.

Taknak la Cina buat ekonomi, politik dan semua. India buat benda professional dan Melayu buat blog jer... hehehe... nak la sama adil... takpun lebih kat melayu sikit ke... hehehe kasi can la... melayu kan tuan rumah yang mulia dan dah tak kutip sewa sekarang hik hik hik...

So, tak sabar bila la kekacauan parti nak setel.

Baru boleh hidup dengan aman dan tenteram. Buat jer satu agama, satu parti dan satu bangsa. Sempoi sikit... senang nak tadbir dan semua jadi disiplin. Yeah... aku masih memandai.

Ok Tun, Paklah... steady deh... semoga cepat sembuh.

Anwar pulak, steady jugak deh... usaha anda memberi kesedaran pada negara.

Yang paling steady Tok Guru Nik Aziz, sebab parti dia, ideologi dia dan kepimpinan dia adalah sama dengan instruction dari tuhan muka bumi yang ada macam2 kaum dan parti ni iaitu ISLAM, Al Quran dan Sunnah...

The Best and Perfect Religion is ISLAM...

Selamat Aman Makmur, Insyaallah

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Saturday, May 17, 2008

HARI BELIA 2008

15 MEI 2008

Menjadi MC / Pengerusi Majlis yang dihadiri Perdana Menteri Malaysia adalah sesuatu yang cukup big deal bagi kakitangan kerajaan Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, rezeki itu muncul setelah ibunda ku memperkenalkan aku kepada teman sepengajian PJJ nya yang merupakan orang-orang Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sempena Hari Belia 2008 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 15 Mei baru-baru ini, aku bersama Jun Suria.fm telah digandingkan bagi menguruskan event yang dihadiri oleh lebih 15 ribu belia dari seluruh negara.

Sebuah event bersejarah bagi golongan belia Malaysia setiap tahun.

Its a previllage bagi aku yang setahun jagung melibatkan diri dalam kancah kerajaan, politik dan dunia keprotokolan atau dalam bahasa mamat... dunia kepoyoan...

Hehehehe... yang paling penting, peristiwa ini menjadi kenangan peribadi aku yang cukup istimewa.

Pendedahan pertama kepada dunia kementerian bagiku dan ia juga memberi kesan migrain kepada senior dan kenalan pejabat yang selama ini suka memandang orang dengan sebelah mata (macam pirate of the carribean).

Sikap humble dan kelow-profilean aku sering ditafsirkan sebagai budak baru grad dan juga tidak tahu apa itu kehidupan sebenar, walaupun aku sudah 10 tahun bekerja secara melompat ke pelbagai tempat.

Tetapi judge a book by its cover adalah sifat wakil sekolah utama golongan manusia yang hidup di dalam tempurung fantasia mereka, golongan busuk hati dan golongan yang hanya memikirkan watak penting dalam dunia ini adalah hanya mereka sendiri.

Hari Belia 2008 membuka majlis dengan persembahan artis tempatan terkemuka.

Keperasanan vokalku cukup bergema mengumumkan teks yang disediakan dan melaungkan ucapan yang menggambarkan kehebatan belia Malaysia.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Siapa mamat botak yang berkaca mata ala ala menteri tanah besar China itu... Heheheh itu lah kalau cikgu-cikgu sekolah Maktab Sultan Ismail Kota Bharu nak tahu, beliau merupakan seorang pengawas wanted yang selekeh dan sentiasa datang lewat ke sekolah yang sering dimakan rotan cikgu disiplin.

Semangat vokal ku dengan diiringi bimbingan guru vokal encik Mod Nadzri membuatkan kebolehan membaca dalam bahasa baku ku kini meningkat.

Tiada langsung botol budu atau petai terpancul keluar dari mulutku yang begitu pekat berdarah Che Siti Wan Kembang ini.

Jabatan salam tahniah bagi individu tertentu sudah cukup untuk aku berpuas hati dengan prestasi yang telah aku curahkan.

Semoga ianya turut menjadi kenangan terindah bagi hadirin yang lain.

Yang penting aku masih sedar diri dan bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Kepada mereka yang suka merendah-rendahkan kebolehan saya, sedarlah, kita semua tak best mana, hanya Allah yang best, Rasul yang best.

Yang membezakan seluruh umat manusia di bumi ini hanyalah content Ilmu dan pengalaman yang mereka usahakan dan keberkatan kehidupan yang Allah kasihi.

Therefore, Hari Belia ke, Timbalan Pemuda Umno ke, Mantan Perdana Menteri ke, anugerah bintang popular ke, ketua CSI ke, apa ker... marilah kita sama-sama hidup dengan aman dan damai dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Salam is Peace and PEACE IS ISLAM!

"Belia Cemerlang Negara Terbilang"... katonyo Paklah... PM mu la... PM mu la... bakpo akunyo... Mung la... nate ni tok ngaku pulok doh... nate apo la... mung la... laaaa... meta ko tok biso gak, hok aku la... Tun tu PM mung?... Ho la... hok biso gak hok mung... PM mung la... Mung la... Aku pulok doh...

AAARRRRRKKKKKGGGGHHHHHH!!! Nabi Muhammad s.a.w pemimpin aku... bo kecek... baik mung ngucak...

"Qul huwallah hu ahad..." laaaa... tu buke ngucak la... jahil la...

"LA ILA HA ILLALLAH... MUHAMMADAR RASULULLAH"

April yang bodoh = APRIL FOOL

1 April 2008

Susulan tindakan Wan Syahrul Amry blah begitu saja dari RTM, tindakan beliau boleh mengundang padah apabila mungkin disenarai hitam dalam permohonan SPA untuk perkhidmatan awam.

Dengan langkah yang taknak burn the bridges, beliau bertindak pergi memain angin bekas bosnya yang juga merupakan panel interview SPA untuk jawatan yang dipohonnya.

Hanya dengan niat untuk berbuat baik sementara mendapat kelulusan SPA diumumkan, beliau langsung terpaksa menyambung perkhidmatan sementara sebagai Pemberita TV di tempat yang sama.

Berbekalkan ideologi yang kurang tertekan, akhirnya beliau berjaya menempuh onak gomeng yang penuh liku dan ranjau yang mungkin lebih teruk dari perjalanan cerita the indiana jones.

Kini sudah genap sebulan lebih bertugas di situ, beliau telah mengambil kesempatan menggunakan peluang berjumpa orang-orang penting negara untuk mengembangkan networking personal beliau.

Semoga tindakan menyelam sambil minum air itu akan membawa kepada kejayaaan hendaknya.

Bersikap kerek adalah perlu di satu tempat yang menuntut sikap sebegitu diamalkan.

Defensive adalah wajib bagi orang bodoh.

Negatif adalah kemahiran orang melayu semulajadi.

Pujian hanya wujud di negara dunia pertama.

Tempurung merupakan rumah ruji bagi orang melayu.

Rendah diri merugikan, bangga diri akan dibenci orang.

Hormati orang yang lebih tua, jangan sekali-kali menzahirkan kecerdikan otak dihadapan mereka, kerana itu dipanggil kurang ajar.

Melayu tidak akan maju kerana semulajadi mereka mudah cemburu.

Cermin kereta dipecah

18 March 2008

Seorang Timbalan Menteri telah kerugian sebanyak RM 12000 setelah cermin keretanya dipecah dan komputer ribanya dicuri.

Seorang manusia biasa telah kerugian sebanyak RM 2000 setelah cermin keretanya dipecah dan sebuah beg yang disangkakan komputernya turut dicuri.

Hanya dalam masa 30 minit, sebuah kereta milik Wan Syahrul Amry telah dipecahkan cermin pintu disebelah kiri bagi membolehkan pencuri melarikan sebuah beg berisi kain batik dan beg galas menyerupai beg laptop.

Celaka punya penyamun.

Akibat berhenti minum bersama rakan arwah ayahnya, Wan Syahrul telah mengalami kesakitan hati yang melampau kerana kerana kehilangan kain batik milik ibunya yang ingin dijual.

Manakala beg galas turut memiliki dokumen penting yang membuatkan hatinya sentiasa berdebar-debar.

Dengan nasihat yang begitu memberangsangkan oleh rakan arwah ayahnya, Wan Syahrul telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya.

Pihak polis hanya membuat kenyataan, "Memang tempat banyak pencuri"

Dengan hati yang suspen, Wan Syahrul hanya memikirkan untuk menggantikan cermin keretanya yang pecah kerana takut dimasuki air hujan pula.

Walaubagaimanapun, selepas dua hari, beliau mendapat panggilan telefon dari wanita yang tidak dikenali memberitahu yang beg galasnya berada di kawasan parkir apartment wanita tersebut.

Mereka membuat pertemuan mendapatkan kembali barangan tersebut kebetulan wanita yang menemui beg itu adalah kakak yang turut bekerja dalam bidang produksi.

What a small world. Mereka kenal kenalan masing-masing.

Oleh itu, jangan pamerkan barangan yang berharga atau kelihatan seperti berharga di dalam kereta anda, kerana ia memang mengundang kecelakaan.

Ini merupakan kerja orang yang mengambil jalan mudah yang tidak mahu bekerja secara halal dan begitu kecewa dengan tuntutan kehidupan yang tinggi dan tidak mampu dihadapi mereka.

Sedar diri, ukur baju di badan sendiri, dan jangan mencuri.

Bangang dan menyusahkan orang. Aku tok halal lasung!

PRU 12

8 MAC 2008

Pilihan Raya Umum ke 12 adalah pilihanraya ke 12 untuk negara, tetapi tidak untuk Wan Syahrul Amry.

Ini merupakan PRU yang pertama bagi beliau walaupun umurnya sudah mencecah 29 tahun pada 3 Mei 2008.

Namun setelah berdaftar dengan SPR, semangat mengundinya datang berkobar kobar.

Bertemankan Pok Cek dan adiknya Naqi, beliau terus berjuang memandu sendiri untuk pulang membuang undi di negeri kelahirannya iaitu di Kelantan.

Senario PRU kali ini cukup berbeza dan meriah sekali.

Ini kerana ramai golongan belia yang dulunya hanya merempit dan berlumba kini sudah mula berjinak dan berbicara seperti genius politik.

Mungkin tsunami ideology KJ dan Nurul Izzah yang merupakan representative dari golongan ini menjadi sumber inspirasi.

Setiap pelusuk maplair dan kedai kopi, golongan yang tidak lekang memakai levis 501 dan t shirt band ini sudah mula arif menentukan perlembagaan yang sepatutnya untuk negara atau negeri.

Namun bagi Wan Syahrul Amry, prinsipnya cukup mudah, agama yang dipegang adalah Islam. Tuhan yang disembah tetap Allah dan pemimpin paling agung ialah Rasulullah s.a.w.

Parti apa atau pemimpin yang memiliki fahaman Islam yang sama dan lebih mutlak, maka itu menjadi pilihan hati.

Tidak kira langit yang ditabur atau gunung yang dijanji, kehidupan di bumi hendaklah adil dan amalannya hendaklah sentiasa suci.

Jadi, PRU 12 menjadi kenangan yang terindah buat Wan Syahrul Amry yang pertama kali membuang undi.

Semoga pentadbiran negara pilihan rakyat kali ini diberkati Ilahi.

Bersemuka bersama Yasin

23 Februari 2008

Dalam perkembangan industri muzik yang kucar kacir, sebuah kumpulan acapella bergelar PAPAPELLA, masih tidak serik untuk meneruskan usaha seni mereka.

Satu pertemuan telah diadakan bersama komposer terkemuka, Yasin Sulaiman bertempat di studio rakaman beliau, Harem Entertaiment di Kota Damansara.

Pertemuan yang singkat tetapi padat itu sedikit sebanyak membantu perjalanan seni PAPAPELLA dan menyusun atur strategi mereka dalam membuktikan kebolehan dalam bidang nyanyian.

Pandangan dan saranan yang diberikan Yasin cukup bermakna dan ini sekaligus memberi suntikan semangat baru untuk PAPAPELLA terus mencuba.

Yasin memberitahu, artis yang sudah establish turut sukar memperkemaskan tapak di dalam industri hari ini, melainkan mereka yang mempunya aura dan fenomena aneh akan muncul lagi.

Ini kerana selera seni pendengar hari ini sukar untuk dipuaskan disamping pelbagai isu besar dunia seperti harga minyak, beras dan bencana alam turut memberi kesan sampingan.

Dengan jiwa yang cintakan muzik, PAPAPELLA akan terus melangkah.

PAPAPELLA dianggotai oleh 7 jejaka yang sudah memiliki kerjaya yang kukuh akan tampil dengan single pertama mereka tidak lama lagi.

Rata-rata ahli kumpulan ini sudah bergelar bapa dan semangat itu akan diterapkan dalam album mereka yang berkonsepkan kekeluargaan harmoni hiburan islam sedar diri.

Nantikan kemunculan PAPAPELLA tidak lama lagi.

Ayah Tok pula meninggal

19 Februari 2008

Takziah diucapkan kepada keluarga Dato' Izuddin Ishak yang telah kehilangan ketua keluarga mereka iaitu Ayah Tok @ Hj. Ishak Abdul Rahman...

Jenazah telah menghembus nafas terakhir di rumah mereka jam 5 pagi di Taman Permata Kuala Lumpur di sisi ahli keluarga tercinta.

Pengkebumian telah dilakukan di Tanah Perkuburan berhampiran iaitu Keramat AU.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafik dan sanak saudara serta sahabat handai yang berada di Kuala Lumpur.

Al- Fatihah.

RTM Sucks!

4 February 2008

Ditawar sebagai Pemberita TV bersama RTM...
Pengalaman ngeri, kejutan budaya dan segalanya...

Aku kenal kerja dengan syarikat swasta... menjadi freelancer... dan begitu selesa menjadi kakitangan swasta...

Hari pertama di RTM... pengalaman yang cukup mengerikan... sebagai wartawan... ianya terlalu baru... dan sebagai staff kerajaan, segala-galanya berbeza... Kasta, politik, tusukan keris dari belakang dan jangan terlalu hebat... itulah budaya rutin mereka yang bergelar kakitangan awam...

Assignment pertama, diherdik oleh kakitangan senior yang begitu defensive dan cukup tergugat dengan kehadiran generasi muda...

Ketam yang suka menarik ketam lain untuk tidak keluar dari bakul...

Assignment kedua, diherdik oleh jurukamera yang hampir mencecah usia akhir perkhidmatan... mungkin pahit dalam mengharungi hidup yang terpaksa menyaksikan kemajuan orang lain agaknya...

"CAKAP TERIMA KASIH PADA KERAJAAN SUDAH LAH!!! TANYA MACAM2 PULAK" - statement yang dibuat kepada aku yang sedang into menginterview public...

Assignment ketiga - dijeling akibat mengajah krew membuat kerja jam 10pg... sebab diorang belum breakfast... WHAT THE FUCK!!!

Assignment ke empat... aku mengangkang di rumah selama sebulan setengah bersama keluarga tercinta di samping membuat projek yang 10 x ganda lumayan berbanding bekerja dengan RTM yang sudah tepu dan keras ibarat buluh yang tidak berguna...

Aku ingin berehat dan bertafakur untuk mengambil transisi otak swasta a.k.a freelancer kepada kakitangan kerajaan yang begitu oldschool

Aku turut memberi laluan kepada PRU ke 12, dengan harapan selepas pertukaran menteri... senario politik kerja turut berubah...

Insyaallah

Thursday, March 06, 2008

Inspirasiku

Dia seorang yang tabah dan cekal...
Rajin dan tekun...
Demi masa depan sekeluarga...

Dari jauh kau merantau...
Dari bawah kau berusaha...
Kini kau terus berjaya...
Mami... Inspirasiku setiap detik...
Untuk aku terus berusaha...

Sendiri mencari kepuasan hati sanubari...
Kau inspirasi kami...



Perjuangan hidup untuk mengecapi keselesaan yang halal




Ditemani adik bongsu tersayang ( the ucu naman) dengan her latest achievement...

Monday, January 21, 2008

hari jadi mami

akhirnya sampai hajat kami untuk merai satu satunya ibu tercinta...


event yang berjaya di organize kan oleh isteri tersayang bagi menyatukan adik adik seramai mungkin untuk men suprise kan mami di ulang tahunnya ke 54...


birthday mami bertarikh 9 january


lokasi diadakan di Redboxplus Pavillion

planning yang caca marba dari aku yang fail dalam memplanningkan sesuatu acara akhirnya membuahkan hasil...

hanya aus,wawa dan ina saja yang tak dapat hadir atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan... :(

(takpa lain kali kita buat lagi deh...)

maka dengan cerita drama sedih nya adik adikku yang lain yang boleh pun bertungkus lumus lah mengejas diri untuk menghadirkan diri...

na datang dari UIA gombak

naki dari Kolej Sungai Buloh

yus dari Mara Seremban

semua standby di Pavillion dan aku diha dan mikhail pergi mengambil mami di putrajaya konon2 mikhail nak ajak nenny dia dating kat pavillion...

tapi lambat la pulak... hehehe nasib baik tak kantoi kui kui kui...

so... dengan ini bermula blog bergambar aku yang pertama... sebab selama ni tak reti post gambar... yeah hidup I.T. nate dunio siber ni payoh sungguh


birthday girl sedang mendendangkan lagu dengan penuh perasaang






naki sedang mendeklamasikan sajak bertajuk "selamat hari jadi mami di redboxplus pavillion"


manakala masyitah sedang menggayakan watak seorang penyanyi karaoke yang ceria lagi gemilang










dua ahli syurga yang bertungkus lumus menghayati lagu mawi :)








na dan fa'e nya senyum cover tok ingat lirik nok nyanyi










mikhail: moms, tu fan ko daddy dok nyanyi atah langit?

mediha: gapo gak mengarut ni?




detik detik sayu penghargaan anak anak di atas jasa ibu selama ini... yeah!!!



Syukur, segalanya berjalan lancar dan semoga mami sentiasa dimurahkan rezeki dan sejahteralah hidup mami

doa kami dari anak - anak,

ampunkan dosa kami semua, halalkan makan dan minum kami...

we love you mummy, happy birthday to you

Tuesday, November 20, 2007

Manusia Yang Kejam

Lebih kurang sebulan selepas aku resign from astro shaw... Now, freelance, suami dan bapa sepenuh masa hehehe... aman dan tenteram otak ku di samping abun ku tersayang...

Aku selalu menjadi mangsa keadaan... anjing suruhan, dan insan yang sering dipergunakan... mungkin sebab sincere sangat or lurus kot... bila dan terkena baru mengadah... or dalam bahasa kelantan 'tepuh tiye sokmo'

Aku resign from astro sebab tak tahan sering diambil mudah oleh supervisor aku... kita baik... bukannya bodoh... kita ikhlas... bukannya mangkuk...

So kerja dah tak macam kerja... dah macam abdi la jugak... kerja dia kita buat... kerja gundik dia pun kita buat... mapuh la menate... diorang dok mengangkang projek bersama... sabar je la...

Pastu aku dapat offer untuk masuk di astro tv... better offer... permanent dan lagi best... so dengan bangganya la aku bersyukur dengan rezeki dari tuhan...

tup tup... HR pun call la ex supervisor aku tu for reference check... nahhh... supervisor yang tak puas hati sebab aku dump dia... (dan leburkan cita-cita dan nak set up company dan suruh aku jadi hamba dia seumur hidup) pun buat la ulasan yang negatif dan tahap menabur racun dalam periuk nasi aku...

so bakal bos baru aku yang berketurunan dua alam yang tiada bertelur lagi berbatang pun mengambil keputusan untuk terus mengemut telur dan batangnya sehingga bertukar menjadi apam... hehehe... atas alasan i don't want to take risk... hehehe... takpela...

dah takdok rezeki... begitu lah al kisah drama kehidupan ku dalam menempuh kehidupan yang adil lagi saksama ini...

so sekarang aku bebas dari cengkaman parasit dan opportunist bangsat yang tidak lain dan tidak bukan tidak pernah bahagia dalam kehidupan mereka.... kuang kuang kuang...

rasulullah pun dilempar najis dalam berdakwah... apa sangat la kalau setakat kena khianat ni...

so sekarang, aku belajar pelbagai perkara dan melihat dari perspektif yang berbeda...

Bumi Allah ni luas... rezeki tak abis nak gali... gali je la kalau tak malas... Usaha tangga kejayaan...

Friday, October 05, 2007

Jerung, Buaya dan Mangsa

A few meeting yang membuatkan aku membuat statement... Patutlah Mejar Wan Mansor (arwah ayah) menyepi dan menyorok dari public...

Aku kini menjadi resolusi dan teman kepada sahabat-sahabat arwah ayah di waktu mereka buntu dan cuba mencari idea penyelasaian isu mereka...

Terkini aku sentiasa bersama Panjang (chinese friend of ayah) ke sana ke mari memikirkan strategi untuk menyelesaikan beberapa isu yang boleh memberi token sampingan dalam kehidupan...

Pada suatu hari di bulan puasa, Panjang cuba menyelesaikan satu misi bosnya untuk mendapatkan balik jam tangan bernilai RM400k yang telah digadai disebuah kedai... however... kedai itu telah menjual jam jam tersebut... dan memberi alasan tidak mahu mengganti jam tersebut...

Lalu kes tersebut telah dilaporkan kepada RMP dan menjadi sebuah kes Commercial Crime... Seorang pegawai berpangkat ASP telah melakukan tugas dengan cemerlang dan membuat tangkapan pemilik premis tersebut...

Walaubagaimanapun, beberapa jam selepas itu dia dilepaskan dan kes tersebut dikatakan sebuah kes sivil dan bukan jenayah seperti dakwaan diperingkat asalnya...

Adakah wujud udang disebalik batu... Panjang menjadi buntu kerana impian menyelesaikan misi tidak terlaksana... faktor kewangan Panjang yang tandus menjadi punca ketidak lancaran proses tersebut...

Wan Syahrul Amry menjadi resolusi networking pengganti arwah dengan harapan tanpa kewangan masalah dapat diselesaikan... hanya dengan hati yang ikhlas dan persahabatan yang tulus...

Berlegar difikiran kami berdua selepas berbincang, Pegawai berpangkat DSP ke atas sahaja yang mungkin boleh memberi petunjuk membantu menyelesaikan kes ini...

Sehari suntuk sehingga ke waktu berbuka aku memikirkan siapa yang dapat dihubungi dan diajukan permasalahan ini... Lalu pertemuan dengan partner perniagaan bidang pengiklanan di Oldtown White Coffee telah menjadi titik jodoh pertemuan kepada resolusi tersebut...

Di situlah kami didatangi oleh hamba Allah yang merupakan sedara bau bacang arwah dan memiliki hubungan mantap dengan pihak RMP diperingkat teratas... Jodoh pertemuan di tangan tuhan... Maka saudara tersebut bersetuju dan teruja untuk menyelesaikan kes Panjang tanpa banyak cerita...

Kebetulan seorang pegawai teratas membawa gelaran Dato' juga akan hadir untuk perbincangan lain... dan secara kebetulan kes ini juga akan diusulkan bersama atas dasar mengenang jasa arwah ayah dan aku sebagai sedara bau bacang...

Lalu hati Panjang gembira bukan kepalang... Pucuk dicita ulam mendatang... maka bergumbiralah semuanya tidak terkata mengangankan kes tersebut akan menjadi sejarah dan selesai...

Aku yang naif diperkenalkan dengan Pegawai bergelar Dato' tersebut... tanpa sebarang prejudis aku juga gumbira bagi pihak Panjang berdasarkan kata-kata janji dari mereka yang menganggap kes itu hanya remeh dan mudah...

Selesai minum teh di situ aku diajak ke sebuah lagi lokasi oleh sedara bau bacang tersebut untuk diperkenalkan dengan seorang lagi pegawai teratas RMP yang juga bergelar Dato'... bersikap sopan dan mengenangkan arwah, pelawaan tersebut disambut dengan spontan dan ikhlas...

Tiba di lokasi tersebut iaitu di sebuah kedai minuman di TTDI... aku diperkenalkan dengan beberapa orang yang dikatakan pegawai teratas RMP dan juga merupakan kenalan arwah...

Aku, Panjang dan Pokcek hanya duduk minum di situ dengan nada keliru dan blur kerana tidak paham apakah tujuan agenda tersebut... Well, hentam sajalah...

Sehingga tiba ketika... sedara bau bacang tersebut mula berbicara dengan nada sindiran dan sinis bertanyakan tentang apakah habuan untuknya jika berjaya menyelesaikan kes tersebut... aku tersentak... Panjang mungkin sudah biasa...

Cuma resolusi ini muncul dengan harapan isu kewangan yang dihadapi Panjang tidak akan timbul... namun itu hanyalah fantasi kami... tiada yang percuma dalam dunia hari ini...

Sedara tersebut mula berbicara tentang figure yang diharapkan... Panjang bermula dengan RM10k... dia tidak begitu gembira... suasana menjadi tegang... dia mula mundar mandir kononnya berbincang dengan pegawai2 tersebut yang berada di meja berasingan bersama gadis gadis rugged disamping mereka...

Sedara kembali dengan soalan yang sama terhadap Panjang... Panjang cuba mendapatkan gambaran yang jelas dalam proses yang cuba dilakukan ke atas kes tersebut... Jika jam dikembalikan 100k akan dibayar kepada sedara dan lain2...

Tetapi jika jam tidak berjaya dikembalikan, Panjang mahukan wang dari kedai tersebut dengan nilai gadaian yang sama... Persetujuan dicapai, tetapi sindiran tetap ada kerana kami tidak berjaya menghulurkan apa2 pada ketika itu... mahupun menyelesaikan bil minuman untuk beberapa meja mereka...

Ketika itu aku sudah bingit dan menyampah dengan suasana tersebut... Aku kini baru mengerti perasaan arwah yang sentiasa menyembunyikan diri dari public yang kotor serta corupt ini... Arwah tidak terdaya melayan karenah hipokrit golongan ini... Begitu juga aku yang kali pertama dipertemukan dengan situasi sedemikian...

Kami blah dengan begitu saja, tanpa rasa hormat pada mereka... Aku menjadi lesu dan terkejut dengan pengalaman sebegitu rupa dalam dunia hari ini...

Apa yang aku dapat pelajari... manusia dijadikan Allah sama rata... tapi manusia sesama manusia mencipta kasta dan hireaki mereka sendiri... Hireaki manusia yang sepatutnya membantu each other tetapi menjadi sebuah rantaian makanan manusia memakan manusia...

Aku rela menjadi mangsa, kerana tangisan di dunia adalah kegembiraan di akhirat...

Wednesday, October 03, 2007

SPM 1996

(LPM/KOM. 6) Pin. 3/95
SPM

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN BERSAMA UNTUK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
DAN SIJIL AM PELAJARAN 96

Nama: WAN SYAHRUL AMRY BIN WAN MANSOR
No. K/P: 790503-03-5061
Nama Sekolah: MAKTAB SULTAN ISMAIL KOTA BHARU KELANTAN
Angka Giliran: DA001A073
Kod Daftar: 9 JEN.DAHULU: 0

BAHASA MELAYU 1P*SATU
PENDIDIKAN ISLAM 3P TIGA
SEJARAH 5P LIMA
BAHASA INGGERIS 4P EMPAT
MATEMATIK 2P DUA
MATEMATIK TAMBAHAN 6P ENAM
FIZIK 6P ENAM
KIMIA 6P ENAM
BIOLOGI 5P LIMA

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU : LULUS
PERKARA ASAS FARDHU 'AIN : LULUS
AGREGAT UNTUK PANGKAT : 21

kEPUTUSAN SPM 1

Monday, September 03, 2007

Merdeka ke 50

Pemerhatian rakyat kerdil yang baru expose...

Isu KJ menghantui aku... sempat dan pernah aku mengidolainya secara tiba tiba dan tanpa usul periksa... hanya kerana kagum dengan umur mudanya tetapi sudah mendapat mileage politics dan kehidupan yang tidak terkira... bersuara dalam media seperti pejuang sebenar melayu... attitude hang jebatnya menjadi inspirasi melayu rebel yang lain...

maklumat belum cukup lengkap untuk aku membuat kesimpulan dan judgement terhadap semua benda... itu yang aku baru pelajari di usia 28 pada tahun 2007 ini... jangan mudah menuduh, menghukum dan menilai... lebih baik terus aku menjadi pemerhati permainan duniawi ini...

Isu ekonomi negara... baru ku lihat pembangunan amat penting menentu taraf hidup masyarakat... terima kasih Tun. Dr. Mahathir yang memimpin negara seketika dan meletak Malaysia di mata dunia... memang habis ringgit tapi ku lihat berbaloi... ala ala investment yang menguntungkan... Putrajaya, The Twin Towers, KLIA, KL Tower, F1 circuit dan sebagainya adalah kebanggaan kita...

Pertandingan bunga api? Wow untuk beberapa hari berturut turut... usaha yang sama untuk menambah nilai terhadap establishment yang sudah diukir oleh Tun. Dr. Mahathir... tetapi pembakaran tersebut menjadi asap yang hanya meletak peristiwa tersebut tinggal sebagai sebuah peristiwa... aku terfikir mungkin hutang ptptn ku bisa lebur ibarat percikan bunga api itu... terima kasih tahun melawat malaysia 2007... ia cukup menghiburkan...

Rumors pilihanraya, politik dan pengurusan negara... pelbagai yang berlaku dan akan berlaku... perlukah aku panik atau kekal memerhati dan menjadi tipikal golongan belia yang tidak mempedulikan segala situasi...

Fungsi media atau industri hiburan dalam kehidupan... perlu atau tidak perlu... pembangunan sudah mencukupi atau masih tercari cari... aku risau bangsa aku tertinggal dan syok dibuai nyanyian dan lakonan...

Banyak nya propaganda kehidupan ni... pengalih perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu isu...

attitude bangsa Melayu... go with the flow... atau 'Tak Pa' hehehe... hentam sajalah labu... janji segalanya berjalan secara okay dan terkawal... yang penting... tiada riot, konflik dan huru hara dalam kehidupan...

Proud to be Malaysian Kelantanese Version

Mesti tonton:
Anak Gemilang Malaysia
Becoming A King
Petronas Twin Towers
Matinya Seorang Patriot