Wednesday, October 18, 2006

stupid CELCOM!

hari ini aku terasa nak transfer sim kad handphone aku yang dah hampir 10 tahun aku guna prepaid (0193711472). Aku paksa diri walaupun malas di bulan puasa ni nak keluar drive pergi tengah bandar tepi klcc semata-mata nak buat benda tu... maklumlah dah berumah tangga dan nak ada anak tak lama lagi... tak pasal aku nak reload-reload lagi... nak pulak kalau emergency, susah gila...

aku sampai kat bangunan CELCOM yang megah berdiri tengah kl... masuk parking kena bayar pastu aku nampak jer parking terus masuk ikut no entry, sebab takut parking kena amik... in hurry la katakan... takpun opportunist konon-konon, kl lite... hehehe

masuk dalam beratur kat kaunter pertanyaan... aku mention pasal nak tukar from prepaid to bill... "mintak ic dulu cik," kata pompuan yang kat kaunter... aku bagi... "err cik ada blacklist ni..." "ok... boleh mintak statement tak... saya nak tau nombor apa..." aku cakap kat dia... "kejap ye cik... errr... statement takleh kasi (aku tak tau apasal) ni nombor dia... 0192316273..."

"Errkk... ok... takpe la saya settle bil tu... (mana ntah datang nombor tu)..." so hari ni aku takleh transfer lagi from prepaid to bill... dengan layanan yang setengah masak daripada pompuan tu, aku pun tanya pulak pasal bill bapak aku...

untuk pengetahuan pembaca sekalian... bapak aku dah dua bulan dalam ICU HKL... pendarahan otak... Citer pasal handphone dia ni... aku dah settlekan balance masa dia guna dulu... so sekarang dia koma... aku pun nak tanya la nak buat macammana... so aku tanya la minah tadi "kak... bapak saya dalam ICU, koma... saya nak check statement bill dia... saya dah settlekan... pastu handphone ada ngan saya dan saya tak guna, apasal ada hutang lagi?" "yang tu ayah awak sendiri kena datang" "kak, ayah saya koma sekarang ni... i/c dia ada ngan saya ni..." "awak kena dapatkan surat doktor la..." dengan nada yang agak kerek dan tak sabar nak suruh aku berambus... "dia guna package 1000 minutes (kejadah apa ntah) memang walaupun tak guna phone tu... dia kena bayar rm200 sebulan" Marvelous la CELCOM...

Potong sialll... semua dah ada sebenarnya... surat dari ICU dah ada... aku tiba-tiba fed-up dan stim ku terpotong... sebab attitude dia yang merupakan pegawai 'Customer Service my ass' yang tak sabar-sabar nak ignore aku... babi betul... Automatic aku rasa turn off dengan CELCOM yang menternak representative yang macam mangkuk tu walaupun dah lebih kurang 10 tahun aku guna line CELCOM... haram betul... aku bengang... aku terus blah... aku punya kad takleh tukar... bapak aku punya line takleh suspend... aduh... sia sia sial aku keluar dari bilik ofisku yang beraircond dan tenang tu...

Aku terus sms luahan pada bini aku... (hehehe mangsa leteran aku) "mulai hari ni... i nak take care line MAXIS je la..." kata aku pada handphoneku dalam bentuk sms...

Aku berjalan ke kereta... punyala user friendly dia punya parking... aku nak cari autopay pun tak jumpa... tup tup, time aku nak tanya kat pakgad mana autopay machine... dia sound aku pasal aku masuk parking ikut no entry tadi... hehehe dendam sial... dia dah usya dari tadi... tunggu masa jer nak lecture aku... pak gad pak gad... nasib baik kau pak gad jer... kalau kau ada qualification... mesti kau dengan pegawai customer service tadi seangkatan dan sewaktu dengannya...

aku bengang la... kat dalam kena sound... kat luar pun kena sound... beginikah perkhidmatan yang cekap? hehehe aku sound pak gad tu balik "abis tu? kena saman ke?" hehehe diorang ingat diorang kerek ke... aku pun la... bukan setakat kerek jer... kalau bukan bulan puasa... hehehe mung tau la budok kelate ke... mana ada table talk ni... buang masa...

aku bayar parking dan terus berambus dari bangunan CELCOM yang berdiri megah di jalan ampang itu... dengan perasaan yang terkemut kemut... aku dah pakai line 019 ni dah lama... haram betul la... letih la aku nak bagitau rakan rakan handai pulak aku nak tukar nombor...

takpelah dugaan di bulan ramadhan 2006

wassalam

1 comment:

  1. Dan ini adalah salah satu sebab kenapa I boikot CELCOM sejak duluuuuuu lagi.

    The worst customer service EVER.

    You guys aren't the only telecommunication company in this country, you know!!!

    ReplyDelete